NOTA DARI JAKARTA: TUNAS - Tunggu Anak Siap
Anggaran Waktu Membaca:
Salah satu bentuk kempen literasi digital untuk ibu bapa dan kanak-kanak di media sosial. (Gambar: IG Literasi Digital)
JAKARTA: Ada satu perkara yang sering terlepas pandang. Kanak-kanak kita hari ini membesar dalam persekitaran yang sejak awal sudah pun bersifat digital. Internet bukan lagi sesuatu yang datang kemudian, sebaliknya sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian mereka.
Pada tahap ini, dunia digital bukan sekadar alat, tetapi satu persekitaran digital yang membentuk cara kanak-kanak melihat dan menjalani kehidupan. Rane Hafied mengupas ancaman digital di sebalik perkembangan pesat ini.
Masalahnya, persekitaran digital ini tidak pernah benar-benar direka untuk kanak-kanak. Ia dibangunkan berasaskan logik penglibatan dan pertumbuhan pengguna, bukan perlindungan. Kanak-kanak bukan sahaja mengakses kandungan, malah turut berinteraksi, berkongsi maklumat, dan berhubung dengan orang lain pada tahap yang sukar dipantau.
Keadaan inilah yang mendorong Kementerian Komunikasi dan Digital Indonesia memperkenalkan Peraturan Pemerintah mengenai Tadbir Urus Penyelenggaraan Sistem Elektronik bagi Perlindungan Kanak-Kanak, atau lebih dikenali sebagai PP TUNAS.

Peraturan ini pertama kali dilancarkan oleh Presiden Prabowo Subianto pada tahun 2025 dan diperkukuh pada 2026.
PP TUNAS ini meletakkan Indonesia sebagai antara negara yang secara rasmi mula mengehadkan akses kanak-kanak kepada platform digital, sebagai tindak balas terhadap kebimbangan berkaitan pendedahan kandungan, privasi data, serta kesan terhadap perkembangan emosi dan sosial sejak usia muda.
Namun persoalan asasnya masih terbuka, adakah had usia benar-benar mampu melindungi kanak-kanak dalam dunia digital?
Fakta Keadaan Kanak-Kanak Indonesia Dalam Dunia Digital
Besarnya masalah yang dihadapi Indonesia tidak boleh dipandang ringan. Dengan kadar penembusan internet yang menghampiri 80 peratus populasi, dunia digital kini menjadi sebahagian utama daripada persekitaran pembesaran kanak-kanak di negara ini.
Kira-kira 48 peratus pengguna internet di Indonesia berusia bawah 18 tahun. Ini bermakna hampir separuh daripada aktiviti digital di negara ini melibatkan kanak-kanak dan remaja sebagai pengguna aktif.
Kes-kes di Indonesia sejak beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan bahawa risiko ini benar-benar wujud dan pelbagai bentuknya.
Baru-baru ini, misalnya, seorang pelajar perempuan sekolah menengah pertama di Sukabumi dipercayai menjadi mangsa 'child grooming' (antun seksual kanak-kanak) selepas berinteraksi secara online dengan pelaku, sehingga akhirnya kandungan eksploitasi yang melibatkan mangsa tersebar di media sosial.
Ancaman juga dapat dilihat daripada besarnya tahap eksploitasi kanak-kanak secara online.
Data daripada NGO National Center for Missing & Exploited Children menunjukkan jumlah laporan kandungan pornografi kanak-kanak yang tinggi berkaitan dengan Indonesia sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sekali gus meletakkan negara ini antara yang mencatat jumlah laporan tertinggi di dunia.
Malah dalam konteks yang dilihat sebagai hiburan seperti permainan online, risiko ini tetap wujud.
Kementerian Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak mengingatkan bahawa amalan 'child grooming' kerap berlaku melalui permainan online, di mana pelaku membina hubungan secara emosi dengan mangsa sebelum melakukan manipulasi.
Rangkaian fakta ini menunjukkan satu perkara yang konsisten. Risiko yang sebelum ini sering dikaitkan dengan dunia fizikal tidak hilang, sebaliknya berubah bentuk dan beralih ke dunia digital, dengan skala yang lebih luas serta tahap pengawasan yang jauh lebih terhad.
Apa Sebenarnya PP TUNAS?
PP TUNAS sering difahami sebagai sekadar had umur untuk media sosial. Namun sebenarnya, peraturan ini bertujuan membentuk semula cara platform digital beroperasi apabila melibatkan kanak-kanak, demi melindungi kepentingan dan keselamatan mereka pada masa hadapan.
Menteri Komunikasi dan Digital Meutya Hafid menegaskan bahawa negara ini perlu memainkan peranan dalam situasi ini. “Pemerintah hadir agar ibu bapa tidak lagi berdepan sendirian dengan kuasa besar algoritma,” katanya.

Secara rasmi, PP TUNAS merujuk kepada Tadbir Urus Penyelenggaraan Sistem Elektronik bagi Perlindungan Kanak-Kanak. Namun secara popular, istilah TUNAS juga difahami sebagai “Tunggu Anak Siap.” Ini memberi mesej bahawa penglibatan kanak-kanak dalam dunia digital perlu mengambil kira tahap kesediaan mereka, bukan sekadar soal akses.
Pendekatan ini diterjemahkan melalui pembahagian umur. Kanak-kanak bawah umur 13 tahun hanya dibenarkan mengakses perkhidmatan berisiko rendah dengan persetujuan ibu bapa. Bagi mereka yang berusia antara 13 hingga 15 tahun, akses masih dikawal ketat, manakala golongan 16 hingga 17 tahun mula diberikan akses yang lebih luas dengan pemantauan.
Kementerian Komunikasi dan Digital Indonesia turut menetapkan platform berisiko tinggi seperti TikTok, Instagram, YouTube, Facebook dan permainan online Roblox. Bagi platform ini, akaun pengguna bawah 16 tahun perlu dibatasi aksesnya.

Namun yang paling penting, peraturan ini tidak terhad kepada sekadar sekatan. Platform sedemikian diharap akan mengubah reka bentuk sistem mereka, termasuk tetapan privasi secara automatik, mengehadkan ciri yang boleh mendorong penggunaan berlebihan, serta mengawal pengumpulan data sensitif seperti lokasi dan tingkah laku pengguna.
Selain itu, platform-platform juga perlu menyediakan saluran pelaporan yang lebih mudah diakses, supaya kanak-kanak boleh mendapatkan bantuan dengan cepat apabila berdepan risiko. Ini menunjukkan bahawa tumpuan dasar ini bukan sahaja pada pencegahan, tetapi juga pada tindakan apabila risiko berlaku.
Dengan itu, PP TUNAS cuba mengalihkan tanggungjawab daripada individu kepada sistem yang lebih luas, termasuk syarikat-syarikat teknologi yang selama ini menjadi pihak utama dalam membentuk pengalaman digital pengguna.
Indonesia dan Australia: Dua Pendekatan, Satu Kebimbangan
Pendekatan Indonesia sering dibandingkan dengan Australia, yang telah lebih awal menetapkan had umur minimum 16 tahun.
Namun terdapat perbezaan. Australia memberi tumpuan kepada pemilikan akaun, manakala Indonesia mengawal keseluruhan ekosistem interaksi digital kanak-kanak, termasuk reka bentuk platform dan perlindungan data.
Perbezaan ini menunjukkan dua pendekatan yang berbeza. Australia menekankan kawalan akses, manakala Indonesia cuba mempengaruhi sistem secara lebih menyeluruh.
Reaksi awam di Indonesia juga pelbagai. Golongan yang memperjuangkan perlindungan kanak-kanak menyokong langkah ini sebagai usaha pencegahan jangka panjang. Ramai ibu bapa turut melihatnya sebagai sokongan terhadap peranan mereka dalam berdepan tekanan daripada platform digital.
Namun, terdapat juga kritikan. Sebahagian pihak dalam masyarakat sivil mempersoalkan implikasi terhadap privasi dan ketelusan dasar. Sementara itu, pihak industri pula membangkitkan kebimbangan tentang potensi kesan terhadap inovasi dan pertumbuhan ekonomi digital.
Dari sudut platform global, reaksi yang muncul cenderung bersifat pragmatik dan berperingkat. Beberapa syarikat mula menyesuaikan dasar mereka, memperkukuh ciri keselamatan untuk remaja, serta membangunkan sistem kawalan untuk menyokong ibu bapa.
Namun pelaksanaannya masih belum sekata, menunjukkan bahawa dasar ini masih berada dalam peringkat penyesuaian.
Ujian Sebenarnya Baru Bermula
PP TUNAS bukan sekadar peraturan had umur, tetapi satu usaha untuk mengubah cara sistem digital berfungsi, yang selama ini tidak direka khusus untuk kanak-kanak.

Kejayaannya tidak akan diukur berdasarkan jumlah akaun yang ditutup, tetapi sama ada pengalaman digital kanak-kanak benar-benar menjadi lebih selamat, lebih sihat, dan lebih terkawal.
Cabarannya ialah dunia digital sentiasa bergerak lebih pantas daripada peraturan. Kanak-kanak juga bukan pengguna pasif, mereka akan terus mencari cara untuk menyesuaikan diri dengan setiap batasan yang ada.
Pada tahap ini, PP TUNAS menjadi satu ujian yang lebih besar daripada sekadar dasar. Ia menguji sama ada negara ini mampu mempengaruhi reka bentuk platform global, sambil mengekalkan keseimbangan antara perlindungan, privasi dan akses.
Akhirnya, yang dipertaruhkan bukan sekadar peraturan.
Yang dipertaruhkan ialah bagaimana generasi seterusnya membesar dalam dunia digital yang kita bentuk hari ini. Satu pertaruhan yang tidak kurang pentingnya jika dibandingkan dengan program pemberian Makanan Bergizi Percuma kepada kanak-kanak di Indonesia.
MENGENAI PENULIS

Rane Hafied ialah penulis dan podcaster dari Jakarta.
LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.