NOTA DARI JAKARTA: 'Terorisme Ekologi' - Nama Baharu, Masalah Lama
Anggaran Waktu Membaca:
Banyak kebakaran besar di Indonesia berlaku di kawasan tanah gambut. (Gambar fail: REUTERS)
- Di Serian, Sarawak pada 4 September, bacaan pencemaran udara melepasi paras darurat, menyebabkan darurat diisytiharkan dan 647 sekolah ditutup selama lima hari.
- Jerebu daripada kebakaran di Kalimantan dan Sumatra turut menjejaskan Singapura pada 14 September, ketika Indonesia berdepan kebakaran terburuk dalam 11 tahun.
- Presiden Prabowo Subianto mahu hukuman pembakaran hutan diperketat, termasuk meneliti istilah “terorisme ekologi”, ketika polis menyiasat suspek dan syarikat.
- Artikel menekankan bahawa undang-undang, kerjasama ASEAN dan bantuan Malaysia wujud, tetapi cabaran utama ialah penguatkuasaan, bayaran denda, pemulihan tanah gambut dan pencegahan berulang.
JAKARTA: Pada 4 September, Indeks Pencemaran Udara di Serian, Sarawak mencecah 495 pada pukul 7.00 pagi sebelum meningkat kepada 521 selepas tengah hari, melepasi paras 500 untuk mempertimbangkan pengisytiharan darurat akibat jerebu.
Menjelang petang, darurat diisytiharkan di seluruh Bahagian Serian. Kerajaan Sarawak turut menutup 647 sekolah di beberapa daerah selama lima hari, memaksa hampir 200,000 murid mengikuti pembelajaran dari rumah.
Beberapa hari kemudian, jerebu bergerak ke arah selatan. Pada 14 September, Indeks Pencemaran Udara 24 Jam, PSI Singapura berada antara 88 dengan 117, dalam kategori sederhana hingga tidak sihat. Imej satelit turut menunjukkan jerebu akibat kebakaran di Kalimantan bergerak ke arah Singapura, bersama asap dari selatan Sumatra.

Bagi penduduk Malaysia dan Singapura, episod seperti ini sudah terlalu biasa. Selama hampir tiga dekad, musim kemarau di Indonesia beberapa kali membawa corak yang sama. Titik panas muncul, jerebu merentasi sempadan, mutu udara merosot, lalu perdebatan lama tentang siapa yang perlu bertanggungjawab kembali kedengaran.
Tahun ini, masalah itu kembali dalam skala besar. Indonesia sedang berdepan kebakaran hutan paling dahsyat dalam tempoh 11 tahun, diburukkan oleh keadaan “Super El Niño” dan kemarau berpanjangan. Kebakaran terutama melanda Kalimantan dan Sumatra, manakala musim hujan dijangka tiba lebih lewat.

“Terorisme Ekologi”: Nama Baharu, Masalah Lama
Pada 16 September, Presiden Indonesia Prabowo Subianto menggesa agar hukuman terhadap pihak yang melakukan pembakaran hutan dan tanah diperketatkan, termasuk mengkaji kemungkinan mengklasifikasikan perbuatan itu sebagai “terorisme ekologi” (keganasan ekologi).
Ketika itu, polis Indonesia telah membuka 219 kertas siasatan, mengenal pasti 162 suspek dan menyiasat dakwaan penglibatan 95 syarikat.
Istilah “Terorisme Ekologi” mengubah cara isu tersebut dilihat. Pembakaran hutan tidak lagi dianggap sekadar sebagai kesalahan alam sekitar, tetapi sebagai perbuatan yang boleh membahayakan orang ramai secara meluas. Kesan paling awal tentu sekali dirasai oleh penduduk Indonesia yang tinggal berhampiran kawasan kebakaran.
Pada awal September sahaja, lebih 113,000 kes gangguan pernafasan dilaporkan di tujuh wilayah yang terjejas. Itu hanya kesan yang dicatatkan di Indonesia, sedangkan jerebu sudah pun merentasi sempadan negara.
Namun, penggunaan istilah yang lebih tegas itu turut menimbulkan satu percanggahan. Indonesia sebenarnya tidak kekurangan undang-undang untuk menghukum pihak yang melakukan pembakaran tanah.
Undang-Undang Perlindungan dan Pengelolaan Lingkungan Hidup (Undang-Undang Perlindungan dan Pengurusan Alam Sekitar) Indonesia sudah melarang pembukaan tanah dengan cara membakar. Mereka yang didapati bersalah boleh dihukum penjara antara tiga hingga 10 tahun serta didenda antara Rp3 bilion hingga Rp10 bilion.
Malah, undang-undang antikeganasan Indonesia sebenarnya sudah memasukkan kerosakan alam sekitar dalam takrifannya. Namun, itu tidak bermakna pembakaran hutan secara automatik boleh dianggap sebagai keganasan. Undang-undang tersebut turut mensyaratkan unsur kekerasan atau ancaman kekerasan serta motif ideologi, politik atau gangguan keselamatan.
Oleh itu, persoalannya bukan semata-mata sama ada mereka yang membakar hutan perlu dihukum lebih berat.

Persoalan yang lebih asas ialah mengapa, selepas berpuluh-puluh tahun menggubal undang-undang dan memenangi beberapa kes di mahkamah, kebakaran yang sama masih terus berulang. Apa yang salah?
Menang di Mahkamah, Masalah Belum Berakhir
Salah satu jawapannya mungkin terletak pada jurang antara keputusan mahkamah dengan pelaksanaannya.
Pada tahun 2025, siasatan Mongabay, sebuah media yang memberi tumpuan kepada isu alam sekitar, mendapati mahkamah Indonesia telah mengarahkan beberapa syarikat peladangan membayar lebih Rp21 trilion sebagai pampasan dan kos pemulihan akibat kebakaran hutan dan tanah gambut. Namun menurut siasatan itu, hampir keseluruhan jumlah tersebut masih belum berjaya diperoleh daripada syarikat-syarikat berkenaan.
Halangannya pelbagai, daripada syarikat yang muflis dan aset yang sukar dijejaki, hinggalah proses pelaksanaan keputusan mahkamah yang mengambil masa bertahun-tahun.
Sebuah syarikat yang beroperasi di Aceh, misalnya, baru mula menunaikan kewajipannya selepas lebih sedekad mempertikaikan undang-undang berkaitan kebakaran di sebuah kawasan hutan gambut di sana. Kes seperti ini menunjukkan bahawa memenangi kes di mahkamah hanyalah satu peringkat dalam proses tersebut.
Selepas hakim menjatuhkan keputusan, pemerintah masih perlu memastikan denda dibayar, kawasan yang rosak dipulihkan, tindakan diambil terhadap lesen yang berkaitan dan kesalahan serupa tidak berulang. Undang-undang yang tegas tidak semestinya membawa perubahan jika pelaksanaannya hanya terhenti di atas kertas.
Undang-Undang Merentasi Sempadan
Indonesia bukan satu-satunya negara yang cuba menangani masalah jerebu menerusi undang-undang. Singapura meluluskan Transboundary Haze Pollution Act (Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan) pada 2014.
Malah, ASEAN sendiri sudah mempunyai ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution (Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan) sejak 2002. Indonesia meratifikasinya pada 2014. Lebih dua dekad kemudian, jerebu masih terus merentasi sempadan negara.
Malaysia pula mengambil pendekatan yang lebih langsung tahun ini. Pada 18 September, Kerajaan Malaysia menawarkan bantuan untuk menangani kebakaran di Kalimantan. Bantuan itu merangkumi sebuah pesawat, tiga helikopter dan pasukan pemadam kebakaran. Presiden Prabowo menyambut baik tawaran itu sambil berkata bahawa walaupun kebakaran berlaku di Indonesia, kesannya turut dirasai negara-negara jiran.

Dengan erti kata lain, Asia Tenggara tidak kekurangan undang-undang atau kerjasama. Yang jauh lebih sukar ialah memastikan semuanya benar-benar membawa kesan di lapangan.
Masalahnya juga tidak semuanya terletak di mahkamah. Sebahagiannya benar-benar berada di bawah tanah.
Api di Bawah Permukaan
Banyak kebakaran besar di Indonesia berlaku di kawasan tanah gambut. Tanah gambut ialah tanah yang terbentuk daripada timbunan bahan organik seperti sisa tumbuhan yang mereput secara perlahan dalam keadaan berair. Dalam keadaan semula jadi, tanah gambut lembap dan agak sukar terbakar. Namun, ketika kemarau berpanjangan, kandungan airnya boleh berkurangan dan lapisan organiknya menjadi lebih mudah terbakar, terutama di kawasan yang telah disalirkan atau diubah untuk pertanian dan peladangan.
Api boleh merebak dan terus membara di bawah permukaan, menjadikannya sukar dikesan dan dipadamkan.
Indonesia pernah merasai kesan besar kebakaran tanah gambut ini pada 2015. Sekitar 2.6 juta hektar kawasan terbakar dan Bank Dunia menganggarkan kerugian kepada ekonomi Indonesia mencecah sekurang-kurangnya AS$16.1 bilion.

Kebakaran itu diburukkan oleh kemarau dan El Niño, tetapi penggunaan api untuk membersihkan kawasan serta memperoleh akses kepada tanah dengan kos yang lebih rendah turut menjadi sebahagian daripada masalah.
Oleh itu, jerebu yang sampai ke Serian atau Singapura hanyalah penghujung daripada satu rangkaian masalah yang panjang. Sebelum itu, timbul persoalan tentang bagaimana tanah diurus, syarikat dipantau, kebakaran dikesan, tanggungjawab dibuktikan dan keputusan mahkamah akhirnya dilaksanakan.
“Keganasan ekologi” sememangnya memberi nada yang lebih tegas untuk menggambarkan skala kerosakan tersebut. Namun, jika istilah itu diterjemahkan kepada dasar atau undang-undang baharu, ujian sebenarnya tetap terletak pada pelaksanaannya.
Adakah syarikat yang terbukti bertanggungjawab benar-benar kehilangan lesen mereka?
Adakah denda dibayar? Adakah kawasan yang rosak dipulihkan? Dan adakah kawasan yang pernah terbakar tidak terbakar lagi?

Bagi keluarga di Serian yang menyaksikan sekolah anak-anak mereka ditutup, penduduk di Kalimantan yang tinggal berhampiran kawasan kebakaran, atau warga Singapura yang sampai perlu memeriksa mutu udara sebelum keluar rumah, soalan yang paling penting sebenarnya mudah sahaja:
Adakah pada musim kemarau berikutnya mereka masih perlu menghirup jerebu akibat masalah yang sama?
Kerana pada akhirnya, negara memang mempunyai sempadan. Tetapi jerebu tidak.
MENGENAI PENULIS

Rane Hafied ialah penulis dan podcaster dari Jakarta.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.