NOTA DARI JAKARTA: Program 'Makan Bergizi Gratis' Prabowo
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: “Kita akan beri makan tengah hari untuk semua kanak-kanak Indonesia. Mereka yang tidak setuju, mungkin perlu belajar lagi. Kalau ada yang tidak setuju kanak-kanak Indonesia diberikan makan tengah hari, itu memang keterlaluan!”
Begitulah pernyataan Prabowo Subianto dalam kempen besar bersama para penyokongnya pada 10 Februari 2024.
Sepanjang kempen pilihan raya presiden yang lalu, Prabowo kerap kali menjanjikan program makan tengah hari percuma ini dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti sumber daya manusia Indonesia melalui peningkatan pemakanan atau nutrisi.
Ini merupakan salah satu janji kempen terbesar dan mungkin paling berat daripada Prabowo yang kini menjawat Presiden Indonesia ke-8. Tidak hanya kerana skopnya yang sangat luas, melibatkan lebih daripada 80 juta kanak-kanak usia sekolah dan ibu hamil di seluruh Indonesia, tetapi juga kosnya yang dijangka mencecah puluhan trilion rupiah setiap tahun.
Program “Makan Siang Gratis” Prabowo
Program ini pada awalnya diberi nama “Makan Siang Gratis” atau makan tengah hari percuma tetapi kemudiannya ditukar kepada nama rasmi “Makan Bergizi Gratis” atau Makan Berkhasiat Percuma.
Inti program ini adalah pemberian satu hidangan bernutrisi setiap hari kepada kanak-kanak usia sekolah, ibu hamil dan ibu menyusu di seluruh Indonesia.
Program ini secara rasmi bermula pada Januari 2025, dengan sasaran 82.9 juta penerima bantuan dalam tempoh lima tahun akan datang. Pelaksanaannya akan dilakukan secara berperingkat. Pada tahun 2025, dianggarkan 40% kanak-kanak Indonesia akan menerima manfaat ini, meningkat kepada 80% pada tahun 2026, dan akhirnya 100% menjelang tahun 2029.
Dalam pelaksanaannya, program ini melibatkan apa yang disebut sebagai “Satuan Pelayanan,” yang terdiri daripada ribuan unit operasi yang tersebar di seluruh Indonesia untuk memasak dan mengagihkan makanan bernutrisi kepada para penerima bantuan. Unit-unit ini berupa dapur awam dan pusat pengedaran, yang dijangka berjumlah puluhan ribu di seluruh negara.
Setiap dapur awam bukan sahaja terdiri daripada tukang masak, tetapi juga pakar pemakanan. Proses penyediaan, pengeluaran, hingga penghantaran makanan akan disesuaikan dengan standard yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan UNICEF.
Menariknya, dapur-dapur awam ini tidak hanya dikoordinasikan (diselaraskan) oleh pemerintah daerah dan sektor swasta tetapi juga melibatkan Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan Polis Republik Indonesia (POLRI).
Penglibatan TNI adalah kerana mereka mempunyai infrastruktur yang mampu menjangkau kawasan-kawasan terpencil dan melaksanakan operasi berskala besar. TNI akan menyediakan dapur awam di tanah mereka dari peringkat wilayah hingga daerah.
Boleh dibayangkan betapa program ini luar biasa besar skalanya. Oleh itu, tidak lama selepas dilantik, Presiden Prabowo segera merancang pelaksanaan program ini di bawah Badan Gizi Nasional yang baru dibentuk, dengan sasaran untuk memulakan operasi secara rasmi pada Januari 2025.
Uji cuba program ini telah dijalankan di hampir seluruh wilayah Indonesia beberapa bulan terakhir.

Nutrisi dengan 10,000 Rupiah: Cukupkah?
Sesuai dengan janji kempen Prabowo, Program Makan Berkhasiat Percuma ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti nutrisi kanak-kanak Indonesia, yang merupakan keprihatinan bersama. Oleh sebab itu, Badan Gizi Nasional memberi perhatian khusus kepada kualiti nutrisi makanan yang akan diberikan, meskipun ia membawa implikasi besar terhadap anggaran negara.
Prabowo nampaknya sangat memahami faktor anggaran ini. Pada awalnya, mereka menganggarkan kos sebanyak Rp15,000 untuk satu kali makan setiap anak. Jumlah ini sudah merangkumi nasi, sayur-sayuran, protein seperti daging atau ikan, buah-buahan, serta susu, dan telah diuji cuba di beberapa wilayah di Indonesia. Namun, Prabowo akhirnya harus bersikap realistik dengan keadaan kewangan negara.
Pada akhir November 2024, beliau secara peribadi mengumumkan pengurangan anggaran menjadi Rp10,000 untuk setiap kali makan bagi satu anak. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa jumlah ini adalah minimum yang masih dapat menjamin nutrisi yang baik untuk setiap anak.
Sebagai contoh, berdasarkan uji cuba yang telah dilakukan di Jawa Barat pada Julai lalu, kos makanan dalam satu kotak yang diagihkan adalah Rp14,900 setiap anak.
Hidangan ini sudah merangkumi nasi, lauk berasaskan protein, sayur, buah pisang dan susu dengan kandungan nutrisi yang mencukupi. Uji cuba ini dipantau secara langsung oleh Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka.
Namun, ketika nilai anggaran turun menjadi Rp10,000, timbul persoalan sama ada pemakanan tersebut masih dapat menjamin nutrisi yang mencukupi. Beberapa media kemudian menjalankan penelusuran (tinjauan) untuk menilai sama ada jumlah itu masih dapat menyediakan nutrisi yang optimal untuk kanak-kanak. BBC Indonesia, misalnya, pada awal Disember 2024 menelusuri (meninjau) kos makanan minimum di pelbagai daerah di Indonesia, dari Medan hingga Papua. Hasilnya ternyata sangat beragam.
Di beberapa kota di Jawa atau Sumatra, Rp10,000 masih relatif mencukupi untuk menyediakan makanan lengkap berupa nasi, protein dari lauk seperti ikan atau ayam, dan sayur, walaupun dalam porsi makanan yang lebih kecil. Namun, di Papua, jumlah tersebut hanya cukup untuk membeli nasi, protein daripada tempe atau tahu, dan sayur. Ini belum termasuk buah-buahan dan susu seperti yang direncanakan oleh Badan Gizi Nasional Indonesia.
Hal ini jelas menimbulkan keraguan terhadap kualiti nutrisinya, menjadikannya cabaran besar bagi pentadbiran Presiden Prabowo.
Walaupun begitu, masih ada kemungkinan untuk memastikan pemakanan anak-anak tetap mencukupi, misalnya dengan membentuk dapur awam dan membeli bahan mentah dalam jumlah besar untuk menurunkan kos. Namun, ini memerlukan keahlian khusus untuk memastikan makanan yang disediakan memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan. Inilah cabaran terbesar bagi pemerintah Indonesia, iaitu memastikan anak-anak dapat tumbuh menjadi individu dewasa yang sihat dan produktif.
Kos Memberi Makan Sebuah Generasi
Presiden Indonesia ke-7, Joko Widodo, telah mencanangkan “Visi Indonesia Emas 2045”, iaitu sebuah visi di mana Indonesia akan menjadi negara yang berdaulat, maju, adil, dan makmur pada ulang tahun kemerdekaannya yang ke-100 pada tahun 2045.
Visi ini diteruskan oleh Prabowo, dengan salah satu fokus utamanya adalah untuk memastikan anak-anak Indonesia yang kini masih bersekolah dapat membesar sebagai generasi yang sihat dan produktif melalui pemberian makanan yang bernutrisi.
Namun, masalahnya adalah Indonesia tidak dapat dilihat hanya dari sudut pandang Jakarta atau kota-kota besar seperti Bandung, Surabaya, Semarang atau Medan.
Indonesia adalah sebuah negara yang sangat luas, dan jurang perbezaan antara wilayah-wilayahnya masih tinggi, termasuk dalam aspek pemakanan anak-anak.
Ketidakseimbangan ini juga tercermin dalam laporan UNICEF yang menunjukkan bahawa kanak-kanak Indonesia masih menghadapi tiga cabaran utama malnutrisi: kekurangan zat makanan, berat badan berlebihan, dan kekurangan zat mikro.
Seperti yang dinyatakan oleh UNICEF, faktor utama yang menyumbang kepada masalah ini adalah pola nutrisi dan amalan pemberian makanan yang kurang memadai serta akses yang terhad kepada perkhidmatan pemakanan.
Di Indonesia, tiga daripada sepuluh bayi bawah usia 6 bulan tidak mendapat susu ibu secara eksklusif. Dua daripada lima kanak-kanak bawah usia lima tahun tidak menerima kumpulan makanan yang disarankan, dan hanya 40% yang mendapat jumlah pemakanan minimum yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan optimum.
Pemakanan ibu yang buruk semasa kehamilan dan jangkitan turut menyumbang kepada masalah pertumbuhan janin, dengan 6% bayi yang baru lahir mempunyai berat badan rendah.
Inilah yang mendorong pemerintah pimpinan Presiden Prabowo untuk memastikan pemakanan kanak-kanak Indonesia dapat dipertingkatkan secara maksimum sepanjang lima tahun pemerintahannya, meskipun memerlukan kos yang sangat besar.
Pada tahun 2025 sahaja, anggaran kosnya melebihi 71 trilion rupiah, atau sekitar S$6 bilion. Dijangkakan jumlah kos yang perlu dikeluarkan sehingga akhir pemerintahannya pada tahun 2029 boleh mencapai 400 trilion rupiah, atau lebih daripada S$33 bilion – jumlah yang hampir menyamai keseluruhan kos pembangunan Ibu Kota Indonesia yang baharu di Kalimantan.
Prabowo kini menghadapi tugas berat untuk menyediakan makanan bernutrisi demi memastikan pertumbuhan sebuah generasi penting, iaitu Generasi Emas Indonesia 2045.
Sebagai ilustrasi, seorang anak yang lahir pada tahun 2024 akan mencapai usia 21 tahun pada tahun 2045, usia yang seharusnya sangat produktif jika mereka dibesarkan dengan pemakanan yang baik, terutama peringkat awal kehidupan kanak-kanak.
Seperti kata pakar ekonomi terkenal Milton Friedman, "There’s No Such Thing As A Free Lunch" kerana sentiasa ada “trade-offnya” (tukar ganti). Semoga “trade-off” makan tengah hari percuma ala Presiden Prabowo ini menghasilkan kejayaan maksimum kerana kanak-kanak hari ini adalah masa depan sesebuah negara.
MENGENAI PENULIS
Rane Hafied ialah penulis dan podcaster dari Jakarta.

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.