NOTA DARI JAKARTA: Menyingkap 10 Tahun Kepimpinan 'Blusukan' Jokowi
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Tatan Syuflana)
JAKARTA: Rakyat Indonesia kini sedang bersiap sedia untuk memasuki era baharu di bawah kepimpinan Prabowo Subianto yang bakal menjadi Presiden ke-8 dalam sejarah negara ini.
Di tengah-tengah persiapan ini, mari kita menyingkap kembali 10 tahun kepimpinan Presiden Joko Widodo yang memberi banyak warna baharu kepada Indonesia saat ini.
Sepanjang sejarah Indonesia agaknya tidak pernah ada ahli politik yang mempunyai kerjaya politik dari asas hingga ke puncak kuasa dalam masa yang begitu cepat. Pada mulanya beliau dikenali di bandarnya sebagai pengusaha perabot kayu yang cukup berjaya.
Namun, atas dorongan sesama rakan usahawan, pada tahun 2005 beliau bertanding dalam Pemilihan Datuk Bandar Surakarta, sebuah kota di Jawa Tengah dan berjaya dimenangi dengan 36.62% undi. Jokowi membuktikan kemahirannya sebagai seorang pemimpin. Surakarta atau Solo berkembang begitu pesat sehingga pada tahun 2010 apabila beliau kembali ke Pemilihan Datuk Bandar untuk penggal kedua, beliau berjaya memenangi 90.09% undi. Satu pencapaian yang sangat jarang berlaku dalam dunia politik di Indonesia.

Tanpa menunggu lama, Jokowi segera melaksanakan semua janji politiknya semasa pilihan raya. Keputusan yang mendapat pujian ramai kerana kepimpinan sebelum beliau dianggap lambat bertindak. Beliau terkenal sebagai pemimpin yang cekap, tidak teragak-agak membuat keputusan dan tidak berjauhan dengan rakyat.
Semasa menjadi Datuk Bandar, Jokowi terkenal dengan gaya "blusukan". Dalam Bahasa Jawa, blusukan bermaksud lebih kurang turun ke bawah dan bergaul dengan masyarakat dan sering pergi ke tempat yang sering dianggap kurang selesa bagi kebanyakan orang.
Apabila menjadi Presiden beliau terus menjalankan gaya blusukan. Beliau keluar masuk ke pasar tradisional yang sesak, datang ke projek pembangunan, malah pernah dirakam kamera wartawan sedang memasuki lubang di longkang yang kotor dan berbau di Jakarta.
Di luar Jawa, beliau juga sering “blusukan” menunggang motosikal di kawasan pedalaman Kalimantan atau ke kawasan terpencil di Papua untuk melihat dan menyelia secara langsung projek pembangunan di sana. Papua khususnya merupakan tempat yang mendapat perhatian Jokowi semasa menjadi presiden, berbeza dengan pemimpin Indonesia sebelumnya.
Pembangunan infrastruktur merupakan salah satu program yang mendapat perhatian besar. Menurut Jokowi, infrastruktur akan meningkatkan ketersambungan dan meningkatkan daya saing antara wilayah di Indonesia, sehingga ekonomi tidak lagi berpusat di pulau Jawa sahaja atau dalam istilah Jokowi, tidak lagi "Java centric".
Dalam tempoh pertama kepimpinannya, Jokowi melakukan pembangunan infrastruktur secara besar-besaran, bermula daripada pembinaan ribuan kilometer jalan raya, termasuk lebih 700 kilometer jalan tol.
Beliau turut membina landasan kereta api, termasuk memulakan pembinaan kereta api laju Jakarta Bandung dan projek MRT di Jakarta. Lapangan terbang dan pelabuhan laut turut dibina terutamanya di kawasan yang jauh dari Ibukota Jakarta. Selain itu, Jokowi sedang membina infrastruktur untuk menyokong ketersediaan makanan dengan meningkatkan pengeluaran domestik melalui pembinaan berpuluh-puluh 'dam' atau empangan untuk pertanian di seluruh Indonesia.

Yang tidak kurang pentingnya ialah infrastruktur telekomunikasi yang membuka akses komunikasi ke pelbagai wilayah di Indonesia. Kesemua langkah ini dijangka dapat mengurangkan kos dan meningkatkan daya saing Indonesia. Langkah Presiden ke-7 Indonesia ini kemudian dikenali sebagai "Jokowinomics".
Namun, bolehkah Jokowinomics dikatakan berjaya dalam tempoh pertama pentadbirannya? Jika indikatornya adalah ekonomi, maka pada akhir periode (penggal) pertama kepemimpinannya, pertumbuhan ekonomi Indonesia mencapai sekitar 5%. Angka ini agak baik mengikut perbandingan global, tetapi masih meleset sasaran 7% yang Jokowi sebutkan pada permulaan pentadbirannya.
Era Pandemik: Penggal Kedua Kepresidenan Jokowi 2019-2024
Ketika pertama memasuki penggal kedua kepimpinannya bersama Naib Presiden baharu KH Maruf Amin, Presiden Joko Widodo pastinya tidak pernah menjangkakan betapa dunia akan berubah disebabkan oleh wabak pandemik dan sejauh mana ia akan menjejaskan semua rancangan kebijakannya.
Hanya beberapa bulan selepas rasmi memegang jawatan presiden, Jokowi mengumumkan kes pertama penularan COVID-19 di Indonesia. Sejarah kemudian mencatatkan bahawa dalam 2 tahun masa pandemik, Indonesia telah menjadi antara negara yang mempunyai jumlah jangkitan tertinggi dan kadar kematian kedua terbesar di Asia selepas India.
Pandemik itu jelas memberi impak besar kepada rancangan penggal kedua Jokowi yang tertumpu kepada 5 perkara iaitu meneruskan dan mempercepatkan pembangunan infrastruktur, pembangunan sumber manusia, peningkatan pelaburan, reformasi birokrasi dan bajet pendapatan dan perbelanjaan negeri yang tertumpu dan disasarkan.
Bagaimanapun, Jokowi mampu memulihkan keadaan secara relatif cepat berbanding kebanyakan negara selepas wabak COVID-19, malah mampu mencatat pertumbuhan ekonomi melebihi 5%. Meskipun masih jauh daripada janji 7% di awal kepimpinannya, laporan pencapaian 10 tahun yang dikeluarkan Istana Presiden menggunakan naratif mengekalkan pertumbuhan ekonomi.
Bercakap mengenai infrastruktur, sepanjang tempoh kepimpinannya selama 10 tahun, 2,700 km jalan tol baharu dan 6,000 km jalan negara telah dibina serta pelabuhan dan lapangan terbang baharu di berbagai kawasan. Dengan perkembangan ini, kos logistik akan berkurangan daripada 24% sebelum ini kepada 14% pada 2023 dan meningkatkan daya saing daripada kedudukan ke-44 kepada ke-27 pada 2024. Ini tidak termasuk pembinaan ratusan ribu kilometer jalan raya di kawasan pedesaan (pedalaman).

Pihak Istana juga mendakwa terdapat kemajuan dalam pelbagai bidang seperti dasar hiliran (downstream policy) atau dalam istilah Jokowi “hilirisasi”. Hilirisasi membolehkan Indonesia menikmati hasil buminya sendiri dan bukan sekadar menjadi pembekal bahan mentah kepada negara-negara lain. Ini sudah dilaksanakan walaupun Indonesia sering dituduh oleh negara-negara lain sebagai melakukan monopoli komoditi seperti bijih nikel.
Namun, di sebalik pelbagai pencapaiannya sejak 10 tahun lalu, perlu diingat bahawa dalam penggal kedua kepimpinannya Jokowi menerima banyak kritikan di dalam negara dari segi kemajuan demokrasi dan hak asasi manusia.
Beliau dianggap mencampuri banyak perkara menjelang Pilihan Raya Indonesia 2024. Jokowi sendiri sudah memberi isyarat mesti ada campur tangan demi memastikan peralihan kepimpinan Indonesia berjalan lancar. Satunya adalah keputusan kontroversial di Mahkamah Perlembagaan atau Mahkamah Konstitusi yang membuka pintu kepada anak sulungnya untuk bertanding sebagai calon naib presiden, serta tanggapan ramai yang ditunjukkannya ketika menyokong Prabowo Subianto dan anak sulungnya untuk bertanding walaupun partai yang telah lama menyokongnya, PDI Perjuangan, sudah mempunyai calon sendiri.
Ini adalah keputusan yang memeranjatkan banyak pihak termasuk dalam kalangan penyokong setia Jokowi.

Di penghujung kepimpinannya, menjelang peringatan ulang tahun kemerdekaan Indonesia bulan Ogos lalu, Jokowi sendiri telah menyampaikan permohonan maaf kepada orang ramai. Beliau mengatakan sedar sepenuhnya bahawa tidaklah mudah untuk menggembirakan dan memenuhi harapan semua orang dan beliau adalah manusia biasa yang tidak luput dari kesilapan.
Manusia biasa yang telah memimpin Indonesia selama 10 tahun ini akan bersara tidak lama lagi dan meninggalkan pelbagai legasi kepada penggantinya, Prabowo Subianto.
Bagaimanakah Prabowo akan meneruskan legasi ini? Sudah tentu rakyat Indonesia dan dunia antarabangsa akan memerhati dengan teliti.
MENGENAI PENULIS
Rane Hafied ialah penulis dan podcaster dari Jakarta.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.