NOTA DARI JAKARTA: Jakarta kini 'kandang banteng' PDI-P; landskap politik Indonesia akan terus berubah
Indonesia baru sahaja menyelesaikan Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) atau Pilihan Raya Tempatan secara serentak di seluruh wilayah dan keputusan rasminya juga telah diumumkan.
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Indonesia baru sahaja menyelesaikan Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) atau Pilihan Raya Tempatan secara serentak di seluruh wilayah dan keputusan rasminya juga telah diumumkan.
Pilihan raya tempatan kali ini lebih daripada sekadar mencari pemimpin di peringkat wilayah; ia mencerminkan dinamika politik nasional serta hala tuju pembangunan Indonesia pada masa hadapan.
Dengan lebih daripada 500 wilayah, daerah dan bandar yang mengambil bahagian, keputusan pilihan raya tempatan serentak ini bukan sahaja mempengaruhi dasar di peringkat tempatan, tetapi juga memberikan gambaran awal tentang kekuatan partai politik dan bagaimana mereka mula menyusun strategi menuju Pilihan Raya Umum 2029.
Kali ini kita akan melihat bagaimana keputusan pilihan raya tempatan ini mempengaruhi politik nasional di Indonesia, bermula dengan kemenangan besar partai pembangkang, PDI Perjuangan, di wilayah paling strategik di Indonesia, Jakarta.
Jakarta: Kemenangan Partai Pembangkang di Wilayah Strategik
“Kita sudah menang ya? Serius ini? Alhamdulillah. Padahal dahulu kita dipandang sebelah mata,” kata-kata ini disampaikan oleh Rano Karno dalam majlis kesyukuran sempena kemenangannya di Jakarta, yang disambut dengan sorakan riuh penyokongnya.

Komisi (Suruhanjaya) Pemilihan Umum (KPU) secara rasmi telah mengumumkan kemenangan pasangan Pramono Anung-Rano Karno sebagai Gabenor dan Timbalan Gabenor Jakarta dengan undian sebanyak 50.07 peratus.
Walaupun sempat dibayangi oleh rancangan pasukan lawan, pasangan Ridwan Kamil-Suswono, untuk membawa keputusan pemilihan Gabenor Jakarta ke Mahkamah Perlembagaan (Mahkamah Konstitusi), akhirnya Ridwan Kamil mengucapkan tahniah atas kemenangan pasangan ini, menyebutnya sebagai hasil demokrasi yang harus dihormati.
Sebagai ibu kota negara dan pusat ekonomi, Jakarta sentiasa menjadi tumpuan dalam setiap pertandingan politik. Kemenangan Pramono Anung-Rano Karno yang disokong oleh partai PDI Perjuangan atau PDI-P di Jakarta menjadi angin segar bagi partai ini, terutamanya setelah keputusan pilihan raya tempatan 2024 menunjukkan kejutan di beberapa daerah yang selama ini dianggap sebagai "kandang banteng," istilah yang merujuk kepada wilayah di mana parti berlambang 'banteng' atau lembu jantan itu secara tradisinya mempunyai kekuatan yang sangat kukuh.
Wilayah seperti Jawa Tengah dan Jawa Timur, yang secara tradisional menjadi kubu kuat PDI-P, ternyata mengalami kekalahan. Begitu juga di beberapa wilayah strategik seperti Jawa Barat dan Sumatra Utara. Kekalahan ini menunjukkan bahawa dominasi PDI-P tidak lagi sekuat dahulu di kubu tradisionalnya.
Namun, pada masa yang sama, kemenangan di Jakarta turut mendedahkan banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh sistem politik Indonesia. Partai-partai yang menyokong kemenangan Presiden Prabowo Subianto mungkin sahaja menggunakan kelebihan mereka sebagai pihak berkuasa untuk berusaha mengukuhkan dominasi mereka.
Dalam pilihan raya tempatan 2024, muncul tuduhan bahawa alat-alat negara telah digunakan untuk menyokong calon-calon mereka.

Contohnya, banyak kepala desa atau ketua kampung didakwa memanfaatkan warganya untuk memberikan sokongan.
Presiden Prabowo juga turut menerima kritikan kerana secara terbuka memberikan sokongan kepada calon Gabenor Jawa Tengah yang disokong partainya melalui sebuah video pendek di media sosial.
Hasilnya pasangan calon Gabenor Ahmad Luthfi-Taj Yasin Maimoen berjaya mengalahkan pasangan kuat yang disokong PDI-P, iaitu Andika Perkasa-Hendar Prihardi.
Fenomena lain yang turut muncul kali ini adalah tuduhan terhadap keterlibatan “Partai Coklat” yang didakwa menggunakan intimidasi kuasa mereka untuk memastikan kemenangan calon-calon daripada partai-partai pemerintah.
"Coklat" merujuk kepada warna seragam pasukan polis Indonesia. Perlu diingat bahawa Tito Karnavian, Menteri Dalam Negeri Indonesia dari era Jokowi hingga Prabowo, merupakan bekas Ketua Polis Indonesia.

Fenomena “Partai Coklat” ini dilaporkan berlaku di wilayah-wilayah penting seperti Jawa Tengah, Jawa Timur, dan Medan.
Sementara itu, bagi politik Indonesia, kemenangan Pramono-Rano di Jakarta menunjukkan bahawa sistem politik masih berfungsi dengan baik, kerana partai pembangkang seperti PDI-P masih memiliki ruang untuk berperanan secara aktif.
“Golput”: Mengapa Penyertaan Rakyat Rendah?
Ada satu ciri khas dalam setiap pemilihan kepimpinan di Indonesia, iaitu “Golput,” singkatan dari Golongan Putih.
“Golput” bermula sebagai gerakan protes (bantahan) oleh mahasiswa dan golongan muda menjelang Pilihan Raya Umum 1971, sebagai wujud kekecewaan mereka terhadap Partai Golkar dan pemerintahan Presiden Suharto yang dianggap tidak adil dalam pilihan raya.
Istilah "putih" merujuk kepada pilihan kosong di kertas undi, berbeza dengan warna kuning milik Partai Golkar atau simbol warna partai lain, sementara perkataan "golongan" mencerminkan sikap perlawanan terhadap Partai Golkar atau Golongan Karya yang ketika itu merupakan partai paling dominan yang disokong pemerintahan Suharto yang berkuasa.
Sejak itu, “Golput” menjadi istilah untuk merujuk kepada mereka yang memilih untuk tidak berpartisipasi (keluar mengundi) dalam pilihan raya atau pilihan raya tempatan.
Dalam Pilihan raya tempatan 2024, jumlah “Golput” kembali mencatatkan kenaikan. Menurut kajian beberapa institusi, jumlah pengundi yang tidak menggunakan hak mereka dalam pilihan raya tempatan di seluruh Indonesia mendekati purata 30 peratus.
Di Jakarta dan Sumatra Utara, jumlahnya bahkan lebih tinggi, sekitar 42 hingga 45 peratus. Data ini dijangka tidak akan jauh berbeza daripada keputusan rasmi yang akan diumumkan oleh KPU.
Mengapa jumlah “Golput” ini begitu besar?
Salah satu sebab yang disyaki ialah rakyat mengalami kejemuan politik akibat jarak yang dekat antara Pilihan Raya Umum dengan pilihan raya tempatan. Pemilu diadakan pada 14 Februari 2024, manakala pilihan raya tempatan serentak dilaksanakan pada 27 November 2024, hanya berjarak sekitar sembilan bulan.
Jarak waktu yang rapat ini menjadi salah satu punca keletihan pengundi atau “election fatigue” kerana masyarakat harus menggunakan hak pilih dua kali dalam tempoh yang singkat.
Selain keletihan dan rasa jemu, perhatian rakyat Indonesia sememangnya lebih cenderung kepada pilihan raya pusat, khususnya pemilihan Presiden, berbanding pilihan raya tempatan, sehingga tahap penyertaan dalam pilihan raya tempatan cenderung lebih rendah.
Keadaan ini menjadi lebih buruk apabila kurangnya sosialisasi dan pendekatan daripada calon-calon yang gagal menarik minat pengundi.
Akibatnya, jumlah “Golput” dalam pilihan raya tempatan meningkat. Malah di Jakarta, jumlahnya mencapai rekod tertinggi dalam sejarah, melebihi purata sebelumnya.

Tingginya jumlah “Golput” dalam pilihan raya tempatan 2024 memberi kesan yang signifikan terhadap legitimasi pemerintahan daerah yang terpilih.
Penyertaan pengundi yang rendah mencerminkan penurunan kepercayaan masyarakat terhadap proses politik, yang boleh menyebabkan pemerintah daerah bakal kesukaran untuk mendapatkan sokongan awam dalam melaksanakan program mereka.
Menyusun Bidak-Bidak Catur Untuk 2029
Suka atau tidak, pilihan raya tempatan 2024 ini bagi para ahli politik menjadi langkah awal untuk mula menyusun bidak-bidak catur (percaturan politik) bagi pertandingan Pemilihan Presiden 2029. Begitulah dunia politik. Tidak menghairankan jika sengitnya persaingan dalam pilihan raya tempatan kali ini bukan hanya sekadar tentang memilih pemimpin di setiap wilayah.
Pilihan raya tempatan serentak pada 2024 menjadi pentas beradu kekuatan antara dua poros utama politik Indonesia, iaitu Koalisi Indonesia Maju (KIM) Plus dan PDI Perjuangan (PDI-P). Daripada 37 provinsi (wilayah) yang mengadakan pemilihan gabenor, KIM berjaya meraih kemenangan di 26 provinsi, manakala PDI-P menang di 14 provinsi, termasuk DKI Jakarta.
KIM memperlihatkan dominasinya di beberapa provinsi strategik seperti Jawa Barat, Jawa Tengah, Jawa Timur, dan Sumatra Utara. Pasangan seperti Ahmad Luthfi-Taj Yasin Maimoen di Jawa Tengah serta Khofifah Indar Parawansa-Emil Dardak di Jawa Timur mencatatkan kemenangan besar, mengukuhkan pengaruh KIM di wilayah-wilayah ini.

Selain itu, KIM juga menguasai seluruh provinsi di Sulawesi, Maluku dan Nusa Tenggara, memperteguh cengkaman politiknya hingga ke wilayah timur Indonesia.
Di sisi lain, PDI-P masih mampu mempertahankan beberapa wilayah penting, terutama DKI Jakarta. Kemenangan ini menjadi simbol kejayaan PDI-P dalam menguasai bekas ibu kota negara, meskipun mereka kehilangan beberapa kubu tradisional seperti Jawa Tengah, Jawa Barat dan Jawa Timur.
Keputusan pilihan raya tempatan 2024 bukan sahaja mencerminkan perubahan dalam peta kekuatan politik, tetapi juga menonjolkan cabaran yang perlu dihadapi kedua-dua pihak. Dominasi KIM di peringkat daerah berpotensi memperkukuh sinergi antara pemerintah pusat dan daerah. Namun, PDI-P tetap relevan dengan kemenangan strategik mereka di ibu kota, yang menjadi simbol penting dalam dinamika politik nasional.
Melangkah ke hadapan, hasil ini dijangka akan mempengaruhi strategi partai-partai politik dalam persiapan Pemilu 2029.
KIM berpotensi memanfaatkan momentum ini untuk memperluaskan pengaruhnya, sementara PDI-P perlu bekerja lebih keras untuk meraih semula wilayah-wilayah yang hilang.
Pilihan raya tempatan 2024 bukan hanya tentang siapa yang menang, tetapi juga bagaimana peta politik Indonesia terus berubah dan berkembang.
MENGENAI PENULIS
Rane Hafied ialah penulis dan podcaster dari Jakarta.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.