NOTA DARI JAKARTA: Hari Kemerdekaan Indonesia Disambut Dari Kampung Hingga Istana Negara
Anggaran Waktu Membaca:

JAKARTA: Bagi mereka yang lahir dan dibesarkan di Indonesia, bulan Agustus (Ogos) adalah antara bulan yang paling meninggalkan kesan sejak kecil hingga dewasa.
Bulan ini, tepatnya, 17 Ogos adalah sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia, namun suasana perayaan telah bermula sejak awal bulan di pelbagai sudut negeri, dari kampung-kampung kecil hingga ke Istana Negara.
Salah satu ciri khas yang sering ditemui pada bulan Ogos adalah ramai peniaga yang menjual tiang buluh bambu, bendera Indonesia dan pelbagai perhiasan berwarna merah putih. Peniaga-peniaga ini boleh ditemui di tepi-tepi jalan atau berjalan keluar masuk kampung menolak gerobak (kereta sorong) barangan mereka sambil berteriak: “Tiang bendera! Tiang bendera! Ayo beli!"
Ini kerana sejak awal bulan ini orang ramai sudah terbiasa memasang bendera merah putih itu di rumah mereka.
Namun yang paling menarik dan meninggalkan kesan kepada kebanyakan warga Indonesia ialah bermulanya pelbagai aktiviti yang melibatkan kebersamaan masyarakat, tua dan muda, lelaki dan wanita, semuanya secara spontan mengambil bahagian.
Biasanya mereka bermula dengan beramai-ramai membersihkan kawasan perumahan atau kediaman yang dikenali sebagai “Kerja Bakti.”
Kemudian diteruskan dengan merancang aktiviti pertandingan untuk pelbagai peringkat umur, umumnya pertandingan sukan seperti sepak bola (bola sepak), badminton, ping pong (tenis meja), catur dan juga pertandingan untuk kanak-kanak seperti menghias basikal dan karnival.
Beberapa daripada aktiviti ini telahpun dijalankan sejak tahun 1950-an sehingga sekarang.
Indonesia memang mengisytiharkan kemerdekaannya pada tahun 1945, tetapi beberapa tahun kemudian pertempuran masih berlaku di banyak tempat kerana usaha penjajah untuk kembali berkuasa.
Pada tahun 1950, apabila pertempuran mula reda, rakyat secara spontan mula mengadakan sambutan besar-besaran pada setiap Hari Kemerdekaan melalui pelbagai aktiviti yang mempunyai makna yang mendalam.
Dari Perlumbaan ”Gapura” Hingga “Lari Karung” yang Penuh Makna
Jika anda datang ke Indonesia pada awal bulan Ogos, kemungkinan besar anda akan melihat gerbang atau yang biasa disebut “gapura” yang didirikan oleh orang ramai di banyak wilayah perumahan.

Gapura ialah sejenis bangunan yang dibina di bahagian hadapan sebelum memasuki kawasan perumahan atau kampung yang bertujuan untuk menyambut para tetamu. Tradisi gapura ini telah diamalkan sejak zaman kerajaan Hindu di Indonesia, malah masih boleh ditemui di beberapa tempat seperti Bali dan Jawa Tengah.
Bangunan Gapura menjadi penanda untuk masuk ke kawasan kerajaan tertentu termasuk pintu gerbang istana dan tempat ibadat ketika itu serta sebagai cara menyambut tetamu yang datang.
Seiring berjalannya waktu tradisi pintu gerbang masih dikekalkan. Biasanya orang mendirikan gapura untuk menandakan permulaan masuk ke kawasan tempat tinggal atau kampung mereka, dan ia menjadi semakin banyak ditemui setiap kali menghampiri Hari Kemerdekaan.
Ketika itulah orang ramai di sesuatu kawasan akan mendirikan gapura daripada buluh atau kayu yang dihiasi dengan pelbagai jenis hiasan dan gambar pemimpin atau pejuang kemerdekaan dengan warna dominan merah dan putih.
Tradisi mendirikan gapura kemudiannya dipertandingkan pada masa yang sama dengan pertandingan kawasan terbersih.
Sudah tentu menjadi satu kebanggaan bagi penduduk setempat sekiranya kawasan mereka menjadi pemenang, maka mereka mengusahakannya bersama-sama.
Selain mendirikan dan menghias gapura, pelbagai pertandingan turut diadakan yang antaranya dikatakan telah dilakukan sejak dahulu. Salah satunya ialah pertandingan lari dalam guni atau di Indonesia dikenali sebagai “lari karung”.
Dalam pertandingan ini, peserta memasukkan kaki ke dalam karung guni sehingga paras pinggang lalu berlari untuk mengalahkan peserta lain.

Lari karung ini nampaknya sudah dikenali di kawasan serantau, tetapi bagi warga Indonesia, ia mempunyai sejarah dan makna yang tersendiri.
Pada era sebelum merdeka, masyarakat kelas menengah (pertengahan) ke bawah di Indonesia hidup dalam keadaan ekonomi yang sangat sukar.
Begitu mencabarnya sampai untuk pakaian mereka menggunakan apa sahaja kain yang mereka ada termasuk kain guni.
Mungkin orang pertama yang mencipta perlumbaan guni ini adalah untuk mengingatkan lagi kenangan masa lalu yang penuh dengan cabaran. Keadaan ini juga dilambangkan melalui satu lagi pertandingan yang masih banyak diadakan di Indonesia iaitu pertandingan makan keropok.
Sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia di tingkat (peringkat) masyarakat kebanyakannya sinonim dengan “lomba makan kerupuk” atau keropok dalam bahasa Melayu.

Dalam pertandingan ini, keropok bulat putih sebesar tangan orang dewasa digantung pada tali setinggi kepala dan seterusnya peserta berlumba-lumba memakannya sehingga habis tanpa boleh menggunakan tangan. Ini pertandingan yang menyeronokkan dan sentiasa mengundang gelak tawa penonton ketika melihat wajah peserta yang mencuba memakan keropok yang tergantung di udara.
Keropok adalah makanan khas Indonesia sampai ada pepatah, makan apa pun belum sedap rasanya kalau tak ada keropok.
Tetapi ia juga sering menjadi simbol makanan bagi golongan bawahan yang hidupnya serba kekurangan sampai ada istilah “makan dengan keropok sahaja.”
Satu lagi pertandingan Hari Kemerdekaan di Indonesia yang terkait dengan sejarah ialah Lumba “Panjat Pinang” yang masih banyak ditemui sehingga kini. Dalam pertandingan ini, peserta perlu memanjat batang pokok pinang dengan pelbagai jenis hadiah tergantung di bahagian atasnya, daripada pakaian hingga barangan elektronik.
Pada pandangan pertama ia kelihatan mudah, tetapi sebenarnya tidak. Batang pokok pinang itu diselaputi minyak hitam dan licin sehingga mustahil jika hanya seorang sahaja yang memanjatnya.
Lumba memanjat pokok pinang ini mempunyai sejarah yang panjang. Kononnya orang Belanda yang dahulunya menjajah Indonesia sering mengadakan pertandingan seperti ini untuk masyarakat setempat. Mereka sangat terhibur melihat rakyat kecil bergegas berlumba ke puncak pokok pinang untuk mengambil hadiah yang kadang tidak bernilai.
Namun sebaliknya, pertandingan ini sebenarnya menunjukkan perpaduan dalam kalangan rakyat kecil kerana ia memerlukan kerjasama antara mereka untuk menyokong satu sama lain supaya mereka boleh sampai ke puncak dan berjaya merebut apa sahaja hadiah di atasnya.
Pasukan Pengibar Bendera Pusaka di Istana
Sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia juga tidak terlepas daripada upacara menaikkan bendera di Istana Negara di Jakarta yang dilakukan oleh anak muda terpilih yang telah dilatih selama berbulan-bulan dengan pasukan pengibar bendera itu dikenali sebagai Paskibraka.

Ini juga merupakan tradisi lama yang bermula satu tahun selepas Indonesia mengisytiharkan kemerdekaannya.
Pada tahun 1946, presiden pertama Indonesia, Sukarno, memberi tugas kepada salah seorang pembantunya Major (Mejar) Husein Mutahar untuk menyediakan upacara memperingati Hari Kemerdekaan di Istana Negara.
Major (Mejar) Mutahar yang mempunyai kebebasan merancang upacara itu kemudian mencadangkan bendera Indonesia dinaikkan oleh golongan muda terpilih. Ketika itu dia memilih lima remaja muda untuk melaksanakan pengibaran bendera tersebut dan kemudian ia menjadi tradisi setiap tahunnya.
Semasa kepimpinan Suharto, presiden kedua Indonesia, Mejar Mutahar yang telah bersara daripada tentera sekali lagi diminta untuk mempersiapkan para remaja ini. Ketika itu jumlah remaja yang terlibat telah meningkat dengan banyak kepada 17 orang yang mengetuai barisan hadapan, lapanorang membawa bendera dan 45 orang pengawal bendera.
Jumlah ini mewakili tanggal 17 Ogos 1945 iaitu Hari Kemerdekaan Indonesia.
Apa yang menjadi ciri khas para remaja ini ialah mereka dipilih daripada semua wilayah di Indonesia dengan syarat yang sangat ketat. Mereka mestilah berumur antara 15 dan 19 tahun, mempunyai prestasi akademik yang baik dan tinggi badan antara 170 hingga 180 sentimeter untuk lelaki dan 165 hingga 175 sentimeter untuk wanita.
Beberapa bulan sebelum Ogos mereka mula dipilih di peringkat wilayah dan yang terbaik dihantar ke Jakarta untuk menjalani latihan ala tentera yang sangat mencabar.
Remaja dari seluruh Indonesia yang terpilih mengibarkan bendera di hadapan Presiden di Istana Negara dikenali sebagai PASKIBRAKA iaitu singkatan daripada “Pasukan Pengibar Bendera Pusaka.”
Ia dipanggil bendera pusaka kerana pada mulanya bendera Indonesia yang digunakan adalah bendera sama yang pertama kali dikibarkan ketika Indonesia mengisytiharkan kemerdekaannya pada tahun 1945.
Bendera itu dijahit sendiri oleh Fatmawati, isteri kepada presiden pertama Indonesia, Sukarno, yang juga ibu daripada Megawati Sukarnoputri, presiden kelima Indonesia.
Namun, kerana bendera tersebut sudah terlalu lama, maka yang dikibarkan kini adalah salinan yang mempunyai bentuk dan warna yang sama dengan bendera pusaka Indonesia.
Tahun ini remaja-remaja dari seluruh Indonesia juga telah terpilih dan menjalani latihan sejak sebulan lalu di Jakarta.
17 Ogos 2024 ini adalah upacara Hari Kemerdekaan yang terakhir bagi Joko Widodo sebagai Presiden Indonesia.
Bagaimanapun, tahun ini Presiden ke-7 Indonesia itu tidak akan melihat para remaja ini mengibarkan bendera di Istana Negara Jakarta seperti biasanya kerana beliau akan mengetuai upacara di Istana Garuda yang berada di Ibu Kota Baharu Indonesia, Nusantara, bersama Presiden Terpilih Prabowo Subianto dan para mantan Presiden Indonesia.
Sementara itu di Istana Negara di Jakarta, upacara serupa akan dipimpin oleh Wakil Presiden (Naib Presiden) Kyai Haji Ma'ruf Amin bersama anak sulung Encik Joko Widodo dan juga Naib Presiden Terpilih Gibran Rakabuming Raka bersama para mantan Naib Presiden Indonesia.
Selain Istana Negara Jakarta dan Istana Garuda di Ibu Kota Nusantara pada 17 Ogos ini, upacara pengibaran bendera juga diadakan di pelbagai kota di seluruh Indonesia serta semua Kedutaan Indonesia di negara lain.
Semua melibatkan remaja sebagai simbol calon pemimpin bangsa. Pada sebelah malam di banyak kawasan di Indonesia, dari kampung-kampung terpencil hingga ke bandar-bandar besar, pesta rakyat turut diadakan di kawasan kediaman masing-masing dengan pelbagai acara kesenian.
Sudah tentu tak lupa untuk mengumumkan siapa yang memenangi pelbagai perlumbaan yang sudah diadakan sejak awal Ogos.
Sejak merdeka hingga ke zaman moden, aktiviti menyambut Hari Kemerdekaan Indonesia atau lebih dikenali sebagai “Agustusan” masih dikekalkan sehingga kini.
Jika dahulu ia adalah lambang perjuangan dan perpaduan dalam kalangan rakyat, kini ia menjadi wadah untuk merapatkan kembali antara para jiran di tengah-tengah beratnya perjuangan kehidupan zaman moden yang bermakna mereka semakin jarang bertemu, walaupun hanya untuk bersembang-sembang sahaja.
MENGENAI PENULIS

Rane Hafied ialah penulis dan podcaster dari Jakarta.
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.