NOTA DARI JAKARTA: Benarkah Rakyat Indonesia Paling Bahagia di Dunia? Atau Paling Bersyukur?
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Di pentas sebuah acara kebangsaan pada awal tahun 2026, Presiden Indonesia Prabowo Subianto memetik dapatan satu tinjauan antarabangsa terbaharu yang menyatakan rakyat Indonesia sebagai antara yang paling bahagia di dunia berbanding negara-negara lain.
“Perkara ini menyentuh perasaan saya kerana saya memahami bahawa sebahagian besar rakyat kita sebenarnya masih menjalani kehidupan yang sangat sederhana, dan harus kita akui belum benar-benar berada dalam keadaan sejahtera,” kata Presiden Prabowo.

Ramai kemudian terus merujuk kepada World Happiness Report (WHR) atau Indeks Kebahagiaan Dunia yang selama ini sering dijadikan sebagai rujukan utama.
Namun hakikatnya, kedudukan Indonesia dalam WHR 2025 hanya berada di tempat ke-83 daripada 137 negara, jauh daripada kedudukan teratas yang diduduki oleh negara-negara Nordik seperti Finland, Denmark dan Iceland.
WHR mengukur tahap kebahagiaan berdasarkan beberapa penunjuk utama seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) per kapita, jangka hayat sihat, sokongan sosial, kebebasan membuat pilihan, sifat pemurah, serta persepsi terhadap rasuah. Jika menggunakan ukuran ini, Indonesia belum boleh dianggap sebagai “negara paling bahagia”.
Tinjauan yang disebut oleh Presiden Prabowo sebenarnya merujuk kepada hasil kajian Global Flourishing Study, iaitu sebuah kajian bersama oleh Universiti Harvard, Universiti Baylor dan Gallup, yang menilai kualiti kehidupan manusia daripada sudut pandang yang lebih menyeluruh.
Kajian ini bukan sekadar mengemukakan soalan “adakah anda bahagia?”, sebaliknya berusaha memahami sama ada kehidupan seseorang itu dirasakan utuh, bermakna dan wajar untuk dijalani. Dalam penilaian inilah, Indonesia dicatatkan berada di tempat pertama.
Apa Itu Global Flourishing Index (GFI)?
Global Flourishing Index (GFI) ialah satu ukuran yang menilai kualiti kehidupan manusia secara lebih menyeluruh, dan tidak terhenti pada persoalan sama ada seseorang itu berasa bahagia atau berpuas hati. Pendekatan ini bersifat menyeluruh kerana ia bukan sahaja menilai perasaan atau keadaan ekonomi, tetapi turut mengambil kira makna hidup, hubungan sosial, serta keupayaan individu untuk bertahan dan berkembang dalam persekitarannya.

Berbeza dengan banyak tinjauan lain yang hanya merakam gambaran pada satu-satu masa, GFI disusun berdasarkan kajian jangka panjang selama lima tahun di 22 negara. Apa yang menarik, peserta kajian yang sama ditemu bual berulang kali setiap tahun, membolehkan para penyelidik menelusuri perubahan sebenar pada kehidupan mereka dari semasa ke semasa.
Perubahan-perubahan inilah yang menjadi asas kepada pengukuran konsep “flourishing” dalam kajian tersebut. Dalam Bahasa Indonesia mahupun Melayu, istilah ini tidak dapat diterjemahkan secara langsung sebagai kebahagiaan, kesejahteraan atau kemakmuran.
“Flourishing” merujuk kepada kehidupan yang berkembang secara menyeluruh, yang diukur melalui enam aspek utama, iaitu kebahagiaan dan kepuasan hidup, kesihatan mental dan fizikal, makna serta tujuan hidup, pembentukan karakter (perwatakan) dan nilai peribadi, hubungan sosial yang rapat, serta kestabilan kewangan dan material (kebendaan).
Dalam laporan tahun 2025, Indonesia berada di kedudukan teratas dunia, mengatasi negara-negara lain seperti Israel, Filipina, Mexico dan Poland. Sebaliknya, beberapa negara maju mencatat kedudukan yang jauh lebih rendah, dengan Jepun berada di tangga paling bawah.
Tidak jelas mengapa Presiden Prabowo menyebut rakyat Indonesia sebagai yang paling bahagia di dunia, sedangkan kebahagiaan hanyalah salah satu daripada komponen yang dinilai dalam indeks GFI.
Mungkin cara paling mudah untuk memahaminya ialah melihat “bahagia” menurut takrif GFI sebagai kehidupan yang lebih bermakna, kerana ia dinilai melalui lensa yang lebih luas.
“Flourishing” ala Indonesia: Bukan Hanya Bahagia
Untuk memahami maksud “flourishing” dalam konteks Indonesia, cukuplah dengan melihat cara masyarakatnya menjalani kehidupan seharian. Dalam serba kekurangan, ramai masih mampu mencari ruang untuk ketawa dan berkongsi bersama. Nilai-nilai ini hidup dalam budaya popular, perbualan di warung, serta amalan sosial yang ringkas tetapi sarat makna, sejak sekian lama.
Satu contoh tepat untuk menggambarkan pendekatan ini dapat dilihat dalam budaya muzik popular. Semasa era 1980-an, muncul sebuah lagu dangdut berjudul 'Gubuk Derita' yang dipopularkan oleh Hamdan ATT. Liriknya mengisahkan jurang perbezaan antara kemiskinan dan kekayaan, namun lagu tersebut tetap mengundang orang ramai untuk bergoyang dan menikmatinya.
Gambaran yang lebih mutakhir dapat dilihat menerusi lagu 'Pergi Pagi Pulang Pagi' oleh kumpulan Armada. Lirik lagu ini mengisahkan kerasnya kehidupan para pekerja bandar yang terpaksa keluar awal pagi dan pulang keesokan harinya demi mencari rezeki dan pulang dengan “dompet terisi”. Namun, lagu ini tidak disampaikan dengan nada sedih dan mendayu-dayu, sebaliknya hadir dengan tempo yang rancak dan suasana ceria. Tidak hairanlah peminat Armada sering turut bergoyang apabila lagu ini dipersembahkan di pentas konsert.

Lirik dan melodi lagu-lagu tersebut menggambarkan bagaimana masyarakat tidak menafikan realiti pahit, namun pada masa yang sama tidak tenggelam di dalamnya. Pendekatan ini bukan sahaja hidup dalam lirik dan melodi, malah turut terpancar dalam amalan sosial harian yang sederhana, iaitu budaya berkumpul atau lepak-lepak sambil berbual ditemani secawan kopi.
“Nongkrong” bukan sekadar membuang masa. Ia berfungsi sebagai mekanisme sosial untuk mengekalkan kewarasan, mengeratkan hubungan, serta berkongsi beban secara tidak formal.
Begitu juga dengan amalan tradisi “gotong-royong,” yang menjadi bukti bahawa semangat kebersamaan dan solidariti (perpaduan) masih menjadi sebahagian daripada asas kehidupan sosial, khususnya ketika negara belum mampu menjangkau setiap sudut kehidupan rakyatnya.
Semasa pandemik COVID-19, istilah seperti “warga bantu warga” dan “warga jaga warga” pernah menjadi tular. Ungkapan ini kembali mendapat perhatian apabila pada penghujung tahun lalu, beberapa kawasan di Sumatra dilanda bencana besar yang mengorbankan ribuan nyawa. Pelbagai lapisan masyarakat tampil menghulurkan bantuan, dengan sumbangan mencecah puluhan bilion rupiah ke kawasan-kawasan terjejas, sekali lagi membuktikan bahawa solidariti bukan sekadar slogan, tetapi realiti dalam kehidupan seharian.

Dalam konteks inilah, konsep “flourishing” yang diperhatikan dalam tinjauan GFI bukan merujuk kepada kesempurnaan hidup atau kemewahan ekonomi, sebaliknya menekankan ketahanan sosial dan spiritual. Ia merujuk kepada keupayaan untuk terus merasakan kehidupan itu bermakna walaupun tidak sempurna, serta kemampuan untuk tetap tersenyum meskipun berdepan kesukaran.
Membaca Ulang Makna Bahagia
Jadi, benarkah rakyat Indonesia merupakan yang paling bahagia di dunia?
Mungkin ya, jika dibaca dalam erti yang lebih mendalam. Tinjauan global tersebut memperlihatkan bagaimana di negara kepulauan ini, tawa dan air mata, susah dan senang, dijalani secara bersama.
Kebahagiaan versi Indonesia ialah kisah tentang menemukan rasa syukur dalam kesederhanaan. Cabaran tetap ada, poket mungkin tidak sentiasa tebal, namun keteguhan hati terus dipelihara. Dunia kini menyaksikan bahawa di sebuah negara beribu pulau ini, wujud sebuah masyarakat yang mampu berkembang dengan caranya yang tersendiri.
Boleh jadi hanya di Indonesia orang ramai boleh menyanyikan lagu patah hati sambil menari di majlis kenduri, atau mentertawakan kehidupan bersama rakan-rakan di warung kopi. Tidak menghairankan jika Presiden Prabowo berasa terharu melihat semangat saling membantu dalam kalangan rakyatnya.
Namun, pada masa yang sama, dapatan tinjauan ini juga wajar dibaca sebagai peringatan bahawa kebahagiaan masyarakat tidak seharusnya hanya bergantung kepada daya tahan sosial dan semangat kolektif semata-mata, tanpa disokong oleh asas ekonomi yang kukuh dan berdaya tahan. Di sinilah kehadiran negara seharusnya dirasakan.
MENGENAI PENULIS

Rane Hafied ialah penulis dan podcaster dari Jakarta.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.