NOTA DARI JAKARTA: Apabila Gen Z Indonesia Mengubah Nostalgia Menjadi Trend Baharu
Anggaran Waktu Membaca:
- Gen Z Indonesia dijangka menjadi pemimpin dan penentu budaya pada era Indonesia Emas 2045, membentuk nilai melalui pilihan gaya hidup mereka.
- Ramai anak muda menunjukkan minat terhadap barangan vintaj seperti kaset, pakaian terpakai dan jamu tradisional, sebagai simbol penolakan budaya digital dan konsumerisme.
- Trend membaca buku fizikal dan berkumpul di kedai buku serta perpustakaan semakin meningkat, memperkukuh hubungan sosial dan identiti budaya.
- Fenomena 'slow living' muncul sebagai respons terhadap keletihan digital, menekankan kemajuan yang seimbang dengan nilai kemanusiaan dan keselesaan.
JAKARTA: Pada tahun 2045 kelak, Indonesia dijangka memasuki satu era yang dikenali sebagai Indonesia Emas.
Istilah ini merujuk kepada sambutan ulang tahun kemerdekaan Indonesia yang ke-100, dengan harapan negara ini telah mencapai kemuncak kemajuan ekonomi, kestabilan sosial serta daya saing global.

Siapakah generasi yang akan hidup, bekerja dan memimpin Indonesia pada era tersebut?
Hampir pasti, mereka datang daripada kalangan Generasi Z atau Gen Z, iaitu kelompok yang lahir antara tahun 1997 hingga 2012.
Apabila Indonesia mencapai usia satu abad, Gen Z ini akan berada dalam lingkungan umur antara 33 hingga 48 tahun. Mereka bukan lagi golongan muda yang masih mencari identiti diri, sebaliknya telah menjadi pemimpin korporat, pemimpin negara, penggubal dasar, ibu bapa serta penentu hala tuju budaya.
Kerana itulah, pilihan, minat dan penolakan yang mereka tunjukkan hari ini secara beransur-ansur membentuk asas nilai ke arah era Indonesia Emas.
Menariknya, ketika dunia hari ini bergerak semakin laju dan didorong oleh teknologi digital, sebahagian daripada Gen Z di Indonesia kelihatan seolah-olah menoleh ke belakang dengan kecenderungan terhadap perkara-perkara bersifat vintaj dan nostalgia.
Hakikatnya, mereka seolah-olah sedang bernostalgia terhadap satu zaman yang tidak pernah mereka alami secara langsung. Anak-anak muda ini malah lahir jauh selepas era tersebut.
Kaset Yang Kembali Menemukan Jati Dirinya
Nama Hysteria Music bukan lagi asing dalam kalangan peminat kaset di Jakarta. Kedai yang menjual kaset, medium muzik yang selama ini dianggap hampir tidak lagi digunakan pada masa kini, sentiasa dipenuhi pengunjung.
Akaun Instagram kedai tersebut, yang kini mempunyai lebih 10,000 pengikut, memaparkan foto dan video para pengunjung yang menunjukkan kaset-kaset yang mereka beli. Tidak jarang, pemilik kedai turut mengajak pengunjung menyanyikan lagu-lagu lama secara spontan, sebelum rakaman video itu dimuat naik ke Instagram.
Walaupun terletak di ruang bawah tanah sebuah pusat beli-belah lama di kawasan Blok M di Jakarta, kedai kaset tersebut tetap sering dikunjungi pengunjung dari dalam dan luar negara.
Yang lebih menarik, tidak sedikit daripada mereka datang daripada kalangan Gen Z yang memburu keluaran kaset muzik Indonesia mahupun antarabangsa.
Menariknya, ramai kolektor daripada kalangan Gen Z tidak semestinya memutar kaset yang mereka beli. Sebaliknya, kaset berfungsi sebagai sejenis artifak. Ia menjadi simbol penolakan secara halus terhadap budaya digital yang serba segera, tidak berwajah, dan sering dianggap kurang adil terhadap para pemuzik.

Bukan hanya Hysteria Music, di ruang bawah tanah pusat beli-belah tersebut turut terdapat beberapa kedai lain yang menjual muzik dalam format lama, bermula daripada kaset, piring hitam hinggalah kepada CD. Di sinilah kaset kembali menemukan jati dirinya terutama di tangan Gen Z.
Trend Vintaj dan Penolakan Budaya Konsumerisme
Dalam dunia fesyen, arah yang sama turut kelihatan dengan jelas. Aktiviti jual beli pakaian terpakai, yang lebih dikenali sebagai “thrifting” kini menjadi amalan lazim dalam kalangan Gen Z di Indonesia.
Pasar pakaian terpakai, platform online serta bazar pop-up dipenuhi anak muda yang memburu denim vintaj, jaket windbreaker, atau kemeja-T bergambar kumpulan muzik dari masa lalu.
Pakaian-pakaian ini boleh didapati di pelbagai tempat, sama ada secara fizikal mahupun online. Di Jakarta, lokasi seperti Pasar Senen, Pasar Baru, Pasar Santa, Blok M Square, Kebayoran Lama, Taman Puring serta pasar lambak lain lazimnya menawarkan pilihan yang pelbagai dengan harga berpatutan. Jual beli online turut menjadi alternatif yang semakin popular.
Di tangan anak-anak muda ini, istilah “pakaian terpakai” atau “thrifting” turut diberi nafas baharu dan sering digantikan dengan sebutan “pre-loved.”
Pakaian vintaj menawarkan keunikan di tengah-tengah pengeluaran secara besar-besaran. Barangan terpakai tidak lagi dilihat sebagai satu kekurangan, sebaliknya dianggap sebagai nilai tambah. Media sosial pula mempercepatkan proses ini dengan menjadikan nostalgia sebagai bahasa visual yang dikongsi bersama.
Di sebalik fenomena ini, wujud penolakan terhadap budaya konsumerisme yang mengagungkan jenama mewah. Daripada mengejar koleksi terbaharu, ramai anak muda berasa bangga apabila berjaya menemui barangan unik pada harga yang lebih mampu milik. Nilainya terletak pada cerita di sebalik barangan tersebut, bukan lagi pada harga yang semakin sukar dicapai.
Trend nostalgia dalam kalangan Gen Z Indonesia tidak terhenti pada barangan semata-mata. Jamu, minuman herba tradisional yang sekian lama dikaitkan dengan generasi lebih tua, kini diperkenalkan semula dalam gaya kafe moden. Di kafe-kafe seperti “Acaraki” atau “Suwe Ora Jamu,” minuman kesihatan tradisional ini tidak lagi dianggap sebagai ubat semata-mata, sebaliknya diperkenalkan sebagai minuman gaya hidup.
Sebagai contoh, jamu beras kencur disajikan menggunakan peralatan seperti 'french press', manakala jamu-jamu yang terkenal dengan rasa pahit pula dihidangkan dalam gelas kecil dan diperkenalkan sebagai “jamu shot”.

Intinya, yang kekal tradisional ialah ramuannya, manakala penyajiannya disesuaikan dengan selera moden. Amalan meminum jamu kini menjadi satu pernyataan identiti serta lambang kebanggaan terhadap budaya Indonesia.
Kembali ke Buku Fizikal, Menjauhi Layar Ponsel Pintar
Selama bertahun-tahun, Indonesia sering dilabel sebagai sebuah masyarakat yang kurang gemar membaca. Membaca buku fizikal pula dilihat sebagai sesuatu yang sudah ketinggalan zaman. Pelbagai tinjauan, baik dari dalam mahupun luar negara, pernah mengukuhkan tanggapan tersebut.
Namun, pelbagai petunjuk kebelakangan ini menunjukkan berlakunya perubahan. Antaranya, data Perpustakaan Nasional Republik Indonesia mencatatkan Indeks Gemar Membaca meningkat daripada 66.77 peratus pada tahun 2023 kepada 72.44 peratus pada 2024. Peningkatan ini paling ketara dapat dilihat dalam kalangan generasi muda.
Trend ini muncul dalam pelbagai bentuk. Komuniti membaca bersama mula tumbuh di kafe, perpustakaan serta ruang awam seperti taman-taman bandar. Anak-anak muda berkumpul untuk membaca secara bersama atau berbincang secara santai. Aktiviti ini bukan sekadar berkisar tentang buku tetapi turut menjadi ruang untuk membina hubungan sosial.
Perpustakaan kembali menerima kunjungan, manakala kedai-kedai buku turut menyesuaikan peranan mereka. Kedai buku kini bukan sekadar berfungsi sebagai tempat jual beli, sebaliknya menawarkan pengalaman.

Antaranya ialah Makarya, sebuah kedai buku kecil yang menekankan pendekatan kurasi dan ruang perbincangan atau Kios Ojo Keos yang direka sebagai ruang komuniti untuk membaca, berbual dan berhenti seketika daripada kesibukan kota.
Keletihan di Era Digital dan “Slow Living”
Di sebalik pelbagai trend ini, terdapat satu benang merah yang jelas, iaitu keletihan. Gen Z membesar sepenuhnya dalam budaya digital, dikelilingi notifikasi yang berterusan, metrik keterlibatan, serta perbandingan sosial yang tidak pernah berhenti.
Respons mereka bukanlah dengan menolak teknologi, sebaliknya dengan menyusun semula rentak hidup yang dirasakan terlalu bising dan meletihkan.
Di sinilah munculnya gagasan 'slow living'. Aktiviti seperti mendengar kaset, membaca buku fizikal, atau sekadar bersembang-sembang santai tanpa agenda produktif, menjadi cara untuk merebut kembali masa. Trend vintaj bukan sekadar gaya, tetapi ruang untuk berhenti sejenak daripada kebisingan era digital.
Di satu sisi, trend ini turut boleh dibaca sebagai bentuk respons politik terhadap dunia kerja yang melelahkan, keadaan ekonomi yang tidak sentiasa mesra, serta teknologi yang sering mengabaikan dimensi kemanusiaan.
Sebagai bakal pemimpin dalam era Indonesia Emas pada tahun 2045, Gen Z Indonesia sebenarnya sedang menyampaikan isyarat yang jelas.
Bagi mereka, kemajuan tidak boleh diukur melalui kelajuan ekonomi semata-mata. Ia juga perlu menjadi satu kemajuan yang wajar dilalui, dengan ruang untuk keselesaan serta nilai kemanusiaan.
MENGENAI PENULIS

Rane Hafied ialah penulis dan podcaster dari Jakarta.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.