NOTA DARI JAKARTA: Anak Muda Indonesia Lawan Stigma Malas Membaca
Anggaran Waktu Membaca:
Aktiviti Membaca Senyap (Silent Reading) di Taman Langsat, Jakarta. (Gambar: SBC Jakarta)
JAKARTA: Seorang remaja perempuan termenung di depan kamera. Air matanya mengalir saat membalik halaman demi halaman novel 'Laut Bercerita' karya Leila S. Chudori. Tanpa sepatah kata, hanya diiringi muzik latar yang sayu, video itu menjadi viral di TikTok dan telah ditonton lebih daripada 2 juta kali. Di ruangan komen, ratusan orang berkongsi pengalaman serupa, terhanyut dalam jalan cerita, menangis, merenung, malah ada yang berasa marah selepas membaca novel tersebut.
Novel ini merupakan salah satu buku fiksyen terlaris di Indonesia yang telah dicetak ulang hampir 100 kali dan ramai pembacanya terdiri daripada generasi muda yang bahkan belum lahir pada era-era yang diceritakan dalam novel tersebut. Mereka aktif berkongsi ulasan serta pengalaman membaca novel ini di media sosial dengan cara mereka sendiri.
Penerbit Kepustakaan Populer Gramedia (KPG) menangkap gelombang keghairahan ini dengan mencetak edisi khas yang dilengkapi dengan kad pos (poskad) bergambar watak-watak dalam novel tersebut. Seperti koleksi kad artis Korea Selatan yang popular dalam kalangan anak muda masa kini, edisi ini habis diborong oleh peminat. Setiap 12 Disember, bahkan terdapat video TikTok yang meraikan ulang tahun watak utama, Biru Laut Wibisana, seolah-olah dia benar-benar wujud.
Dalam novel tersebut, memang diceritakan bahawa watak itu lahir pada 12 Disember 1995.
Fenomena ini boleh menjadi salah satu bukti bahawa stigma “anak muda Indonesia malas membaca” tidak sepenuhnya benar. Sebaliknya, anak-anak muda ini menjadikan buku sebagai medium untuk memahami isu-isu besar, dari sejarah kelam Indonesia hingga ke perjuangan hak asasi manusia.
Keghairahan mereka juga jelas terlihat apabila tiket acara-acara diskusi (perbincangan) dan sesi tontonan bersama filem promosi novel 'Laut Bercerita' yang dilaksanakan di pelbagai kota, selalu habis dalam masa kurang daripada dua minit sahaja.
Walaupun fenomena ini menunjukkan semangat membaca dalam kalangan anak muda, cabaran literasi di Indonesia masih nyata. Data UNESCO 2016 mencatatkan bahawa hanya 1 daripada 1,000 orang di Indonesia yang memiliki kebiasaan membaca. Skor PISA 2022 pula menempatkan Indonesia di kedudukan ke-69 daripada 81 negara dalam literasi membaca.
Malah laporan Perpustakaan Nasional Indonesia 2023 menunjukkan bahawa indeks kegemaran membaca masyarakat hanya mencapai 63.9 mata (dalam skala 0–100). Walaupun angka ini meningkat dari tahun sebelumnya, ia masih mencerminkan bahawa budaya literasi Indonesia belum cukup kuat.
Namun, berita baiknya kini ramai anak muda yang memiliki minat membaca dan secara aktif mengadakan pelbagai aktiviti untuk berkongsi minat mereka dengan masyarakat luas.
“Baca Bareng”: Membaca Dalam Senyap

Pada hari Ahad di penghujung Mei 2025 lalu, hampir 500 anak muda berkumpul di Taman Langsat, sebuah taman awam milik pemerintah daerah Jakarta yang terletak di salah satu kawasan Jakarta Selatan. Masing-masing membawa buku cetak atau buku elektronik dari pelbagai genre, baik fiksyen (cereka) mahupun non-fiksyen. Mereka duduk di sekitar taman dan mula membaca selama satu jam. Suasana taman yang biasanya dihiasi dengan hiruk-pikuk kota Jakarta perlahan-lahan menjadi lebih senyap kerana semua orang tenggelam dalam bacaan mereka. Tidak ada yang saling berbicara. Hanya membaca.
Inilah salah satu aktiviti dari “Baca Bareng Silent Book Club Jakarta”, sebuah kelab membaca yang unik kerana tidak ada aktiviti lain yang mereka lakukan selain berkumpul di satu tempat yang telah diumumkan melalui media sosial dan mula membaca buku masing-masing di tempat awam selama satu jam sebelum bersurai meneruskan aktiviti harian masing-masing.

“Baca Bareng” atau membaca bersama dimulakan oleh Hestia Istiviani atau Hesti pada 24 Ogos 2019, terilham daripada sebuah artikel yang membahaskan konsep “Silent Reading” (Membaca Senyap) di Amerika Syarikat. Pada awalnya, pertemuan ini hanya dihadiri oleh sekitar 10 orang sahaja, tetapi kini jumlah peserta terus meningkat secara signifikan.
Kelab ini kini menjadi sebahagian daripada “Silent Book Club Network Global” yang berpusat di San Francisco, Amerika Syarikat, menjadikannya cabang pertama di Indonesia dalam rangkaian tersebut.
Seiring waktu, jumlah peserta “Baca Bareng” di Jakarta meningkat dengan pesat. Sebelum pandemik, pertemuan diadakan di pelbagai lokasi, termasuk di kedai-kedai kopi. Ketika pandemik COVID-19 melanda, aktiviti mereka beralih ke format online melalui Zoom. Barulah setelah pandemik reda, kegiatan ini kembali diadakan di tempat awam, seperti taman-taman awam.

Jumlah peserta pun terus bertambah, dengan rekod tertinggi sehingga lebih daripada 260 orang. Ini membuktikan bahawa walaupun membaca merupakan satu aktiviti individu, ramai yang tertarik untuk melakukannya secara bersama. Inilah inti pati dari “Baca Bareng,” iaitu membaca bersama rakan-rakan secara senyap.
Bagi generasi yang lebih tua, aktiviti ini mungkin tampak aneh pada pandangan pertama. Membaca biasanya dianggap sebagai kegiatan individu, tetapi mengapa perlu dilakukan secara beramai-ramai?
“Media sosial dan notifikasi telefon kini semakin menjadi gangguan yang menjejaskan fokus ketika membaca. Jadi, apabila mereka membaca secara beramai-ramai, wujud semacam ‘tekanan rakan sebaya’ yang mendorong mereka untuk benar-benar fokus kepada aktiviti membaca sahaja. Lagipun, membaca jika ditemani kawan-kawan adalah sesuatu yang menyeronokkan,” kata Hesti.
Memang harus diakui bahawa rentang perhatian (attention span) masyarakat di era digital ini semakin memendek. Kegiatan “Baca Bareng” menjadi salah satu jawapan kepada cabaran ini kerana para peserta dituntut untuk hanya membaca selama waktu yang telah ditentukan. Menurut Hesti, selain gangguan daripada media sosial, masih ada anggapan bahawa membaca hanyalah untuk mengisi waktu lapang, seolah-olah ia bukan aktiviti yang penting.
"Kalau kita menunggu ada masa lapang, itu tidak akan terjadi, kerana masa itu akan diisi dengan scrolling TikTok dan media sosial lainnya," katanya dengan bersemangat.
Acara “Baca Bareng” yang digagaskan oleh Hesti ini hanyalah salah satu daripada banyak aktiviti anak muda di Indonesia yang berkaitan dengan membaca. Kini, jaringan 'Silent Reading' di Indonesia boleh ditemui di pelbagai kota seperti Tangerang, Purwakarta, Bandung, Yogyakarta, Jember, Tuban, Surabaya, Tanjung Pandan, Palangkaraya, hingga Papua.
Pelbagai bentuk kelab membaca oleh anak-anak muda kini semakin berkembang di Indonesia, dari sesi membaca buku secara tematik, diskusi buku, mengundang para penulis, hingga ke inisiatif perseorangan seperti membuat ulasan buku yang dikongsi melalui media sosial. Berkat media sosial, membaca kini menjadi trend dalam kalangan anak muda, tidak kalah popular dengan aktiviti lain.
Perlukan Sokongan Negara
Di sebalik berita menggembirakan tentang minat anak-anak muda Indonesia terhadap membaca, tetap tidak dapat dinafikan bahawa sokongan daripada negara memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan budaya literasi.
Hesti, yang telah dilantik sebagai Duta Baca Jakarta pada tahun 2023, menekankan pentingnya peranan negara dalam menyokong pembangunan literasi. Salah satu isu utama yang dikritiknya ialah harga buku yang tinggi, yang berpunca daripada kos pengeluaran yang mahal. Di samping itu, kenaikan Pajak Pertambahan Nilai (Cukai Nilai Tambah, GST) turut menjadi beban tambahan yang menyebabkan harga buku terus melambung.
Akibatnya, ramai pembaca di Indonesia berpaling kepada buku-buku cetak rompak. Menurut Ikatan Penerbit Indonesia (IKAPI), sekitar 75 peratus buku yang diterbitkan pada masa beberapa tahun ini telah dicetak rompak. Ini adalah sebuah realiti yang amat menyedihkan.
Fenomena ini, dari satu sudut, membuktikan bahawa minat membaca dalam kalangan rakyat Indonesia masih tinggi. Namun masalah utamanya ialah ketidakmampuan masyarakat untuk membeli buku pada harga pasaran. Faktor ekonomi menjadi alasan utama di sebalik berleluasanya pembelian buku cetak rompak. Dalam keadaan ini, sudah sewajarnya pihak pemerintah tampil untuk melindungi.
Namun begitu, terdapat satu hal yang menarik dalam program kerja Presiden Prabowo Subianto yang dikenali sebagai “Asta Cita”. Program ini secara khusus menjanjikan insentif kepada industri buku melalui pemansuhan Cukai Nilai Tambah ke atas semua jenis buku dan penetapan cukai royalti buku sebagai cukai muktamad.
Diharapkan langkah ini dapat membantu menurunkan harga buku di Indonesia.
Sebagaimana inisiatif pemerintahan Presiden Prabowo untuk melaksanakan program makanan berkhasiat percuma bagi seluruh rakyat, buku juga tidak kurang pentingnya kerana ia merupakan “nutrisi” minda. Oleh itu, buku juga perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.

Pada 18 Mei 2025 yang lalu, rakyat Indonesia menyambut Hari Buku Nasional - satu momen penting untuk mengingatkan semula pemerintah terhadap janji tersebut. Perkara ini turut ditegaskan oleh Menteri Ekonomi Kreatif Indonesia, Teuku Riefky Harsya.
"Melindungi karya adalah satu bentuk penghormatan terhadap kreativiti. Ekonomi kreatif berkembang apabila idea-idea hebat dilindungi dan diberdayakan," ujar Encik Riefky ketika menyambut Hari Buku Nasional bersama para belia di Perpustakaan HB Jassin di Jakarta.
Menurut Encik Riefky, setiap halaman buku mengandungi daya cipta, imaginasi dan dedikasi yang wajar dihargai. Tambahan pula, sektor penerbitan dan penulisan memainkan peranan strategik terhadap subsektor ekonomi kreatif lain seperti filem, animasi dan produk digital kerana ia mampu menjadi sumber inspirasi dan adaptasi bagi industri kreatif.
Ramai anak muda pencinta buku di Indonesia telah membuktikan bahawa stigma ‘mereka malas membaca’ adalah tidak benar.
Kini, tibalah giliran pihak pemerintah untuk memastikan semangat literasi ini terus berkembang dan menerima sokongan yang sewajarnya.
MENGENAI PENULIS
Rane Hafied ialah penulis dan podcaster dari Jakarta.

Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.