KOMENTAR: Wanita Sihat, Keluarga Kuat, Masyarakat Hebat!
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: "Dah tahu mamogram penting untuk mengesan barah payudara, mengapa masih ramai wanita enggan menjalani ujian ini?
Sebagai seorang doktor keluarga yang sudah berkhidmat dalam bidang kesihatan selama lebih 2 dekad, masih sukar untuk saya mencari pesakit wanita yang konsisten dalam menjalani mamogram. Dalam sebulan, boleh dikira dengan jari, pesakit wanita yang sanggup menjalani ujian ini.
Apakah yang menyebabkan kaum wanita, khususnya wanita Melayu, begitu berat untuk menjalani ujian ini walaupun ia berupaya menyelamatkan nyawa?

Mengikut Laporan Tahunan Daftar Barah Singapura 2018, setiap tahun, lebih 2,000 wanita dikesan dengan barah payudara dan lebih 400 orang yang mati disebabkan barah ini.
Barah payudara merupakan barah yang paling kerap dihidapi kaum wanita. 1 daripada 13 wanita akan menghidap barah payudara dalam hayat mereka.
Namun begitu, barah ini jika dikesan awal, maka '5 year survival rate' boleh mencecah 90 peratus!
Rawatan canggih yang sedia ada boleh memastikan seseorang wanita boleh sembuh seperti sediakala agar peranan mereka sebagai tunggak keluarga dan masyarakat tidak terganggu.
Ujian mamogram adalah kaedah yang berkesan, mudah dan murah yang boleh mengesan barah payudara pada peringkat awal lagi (sebelum sebarang simptom). Inilah kunci bagi menangani penyakit ini selain daripada mengamalkan gaya hidup sihat.

Menurut dapatan Tinjauan Kesihatan Penduduk Nasional 2022, hanya 37.6 peratus wanita Singapura berusia 50 hingga 69 tahun menjalani mamogram dalam 2 tahun sebelum itu.
Kalau dibandingkan degan negara-negara seperti Amerika Syarikat, 75.9 peratus wanita berusia 50 hingga 69 tahun telah menjalani mamogram antara 2020 dan 2021. Di Denmark, Finland dan Sweden pula, puratanya lebih tinggi, lebih daripada 80 peratus.
Tahap pengetahuan dalam kalangan wanita Singapura mengenai kepentingan mamogram amat tinggi hingga 96 peratus tetapi masih ramai yang enggan menjalani ujian ini.
Apakah yang menyebabkan keberatan ini?
Berikut adalah faktor-faktor yang mungkin menyebabkan purata yang rendah bagi ujian mamogram dalam kalangan wanita Singapura.
(A) “Ujian mamogram mahal! Saya tak bekerja dan tak mampu!”
Program 'Screen For Life' oleh Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) menawarkan subsidi untuk mamogram bagi wanita berusia 50 tahun ke atas.
• S$50 untuk warga Singapura
• S$75 untuk Penduduk Tetap (PR)
• S$37.50 untuk Generasi Merdeka
• S$25 untuk Generasi Perintis
• Medisave boleh digunakan untuk ujian mamogram jika dibuat di pusat-pusat yang diluluskan oleh Medisave
Dari 1 Okt hingga 30 Nov 2023, Persatuan Barah Singapura memberi S$25 untuk ujian mamogram. Untuk warga Singapura, ini bermakna ongkos uijan mamogram dikurangkan hingga S$25. Bagi mereka yang memiliki kad CHAS biru/jingga, mereka boleh menjalani mamogram secara percuma di Klinik Persatuan Barah Singapura di Bishan, jika layak (Talian: 1800 727 3333).

(B) “Saya dah tua untuk menjalani ujian mamogram. Lebih baik tak tahu."
Barah payudara boleh dirawat dengan baik jika dikesan awal. Warga emas pun tidak terkecuali. Peluang untuk sembuh seperti sediakala amat baik jika dikesan awal. Diagnosis tidak semestinya hukuman mati.
Jika dikesan awal, menurut laporan Persatuan Barah Singapura pada 2017, pesakit barah payudara Tahap 1 mempunyai "5 year survival rate" menjangkaui 90 peratus dan pesakit barah Tahap 2 pula sebanyak 80 peratus.
Kaum wanita digalakkan menjalani mamogram 2 tahun sekali jika berusia 50 tahun ke atas. Untuk wanita yang berusia 40 hingga 49 tahun, anda boleh menjalani ujian ini setahun sekali jika disyorkan oleh doktor anda. Bagi wanita antara 20 hingga 39 tahun pula, anda digalakkan membuat pemeriksaan payudara sendiri (Breast Self Examination) setiap bulan.
(C) “Saya tak perlu menjalani mamogram kerana saya rasa sihat dan kaum keluarga, saudara-mara saya tiada sejarah barah payudara."
Tiada simptom atau sejarah keluarga yang menghidap barah payudara tidak bermakna anda tidak mungkin menghidapnya.
Hanya 30 peratus pesakit barah payudara di Singapura mempunyai sejarah keluarga. 70 peratus yang menghidap barah tidak mempunyai keluarga yang menghidap barah payudara.

(D) “Saya tiada masa untuk menjalani mamogram.”
Ramai wanita terpaksa mengimbangi pelbagai peranan di tempat kerja dan juga di rumah. Keperluan keluarga sering diutamakan daripada keperluan diri sendiri.
Wanita harus sedar bahawa dengan mengambil langkah proaktif untuk memelihara kesihatan diri sendiri, mereka juga memelihara kestabilan dan kesihatan keluarga.
Kajian mendapati bahawa dorongan dan motivasi daripada keluarga terdekat memainkan peranan yang penting dalam memastikan wanita terus menjalani saringan mamogram secara konsisten.
Ini adalah intipati kempen Yayasan Barah Payudara tahun ini yang menggalak kaum lelaki untuk mengajak isteri, ibu atau anak mereka menjalani mamogram.
(E) “Kawan saya yang menjalani mamogram kata ujian ini menyakitkan. Saya takut!"
Kaedah mamogram menggunakan 2 plate/pinggan yang diletakkan antara payudara untuk mengambil imej X-ray. Sedikit tekanan yang diletakkan pada kedua pinggan ini mungkin menimbulkan rasa tidak selesa. Tiada suntikan diberikan. Seluruh proses hanya mengambil masa 20 minit dari mula hingga akhir ujian.

Rasa tidak selesa ini seperti tekanan yang anda rasa jika mengambil tekanan darah tinggi menggunakan sphygmomanometer.
Untuk mengurangkan rasa sakit, anda boleh menjalani mamogram 7 hingga 10 hari selepas datang haid. Langkah ini dapat mengurangkan rasa sakit kerana payudara kurang bengkak. Anda juga boleh cuba makan ubat penahan sakit seperti paracetamol sebelum menjalani mamogram.
Bayangkanlah. Menahan sakit yang tak seberapa ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!
(F) “Saya tak mahu terdedah kepada radiasi mamogram. Takut dapat barah dari radiasi!"
Dos radiasi yang digunakan untuk mamogram amat rendah. Ia sebanyak radiasi seorang wanita dapat secara semula jadi dari alam sekitar dalam masa 7 minggu.
Risiko mendapat barah dari mamogram amat rendah kecuali jika seseorang wanita menjalani ujian X-ray berkali-kali.
Wanita Sihat, Keluarga Kuat, Masyarakat Hebat!
Tidak disangkal lagi betapa pentingnya peranan wanita dalam keluarga dan masyarakat sekeliling.
Lantaran itu, penting untuk kaum wanita lebih proaktif dalam menjaga kesihatan mereka dengan menjalani saringan kesihatan seperti mamogram secara konsisten.
Usaha untuk mengurangkan kos mamogram dan juga memastikan ujian ini lebih mudah diakses akan sekali gus menolong meningkatkan jumlah wanita menjalani saringan ini.
Satu pelaburan jangka panjang yang pasti akan meningkatkan taraf kesihatan rakyat Singapura pada masa akan datang.
MENGENAI PENULIS

Dr Elly Sabrina Ismail adalah seorang doktor keluarga di Banyan Clinic Pte Ltd.
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.