KOMENTAR: Usaha perlu jangkaui ruang diplomatik dan akademik untuk capai visi ASEAN Bebas Jerebu
Anggaran Waktu Membaca:
Keadaan jerebu di beberapa kawasan di semenanjung Malaysia. (Gambar fail: BERNAMA)
SINGAPURA: Para pelawat ke Asia Tenggara mungkin terkejut dengan mutu udara yang buruk baru-baru ini.
Rantau ini telah menikmati mutu udara yang agak baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan oleh perubahan pada penggunaan tanah semasa tempoh pandemik COVID-19 dan cuaca yang lebih lembap semasa fenomena La Nina.
Mungkin ramai masih ingat lagi bahawa rantau ini pernah dilanda masalah pencemaran udara rentas sempadan yang berulang selama beberapa dekad, dengan yang paling dahsyat berlaku antara 1997 hingga 1998, 2002, 2004, 2006, 2010, 2013 dan 2015.
Di selatan Asia Tenggara, jerebu disebabkan oleh kebakaran tanah gambut yang besar di Sumatera dan Kalimantan, di mana pembersihan tanah untuk membuka laluan kepada ladang pertanian telah mengeringkan landskap, sekali gus menjadikannya sangat mudah terbakar.
Masalah pencemaran jerebu rentas sempadan menjadi semakin meruncing semasa tempoh kemarau yang diburukkan lagi oleh fenomena El Nino dari 1997 hingga 1998 dan kemudian 2013 hingga 2015. Cuaca kering berserta angin kencang membawa jerebu ke merata rantau ini. Dengan fenomena El Nino diramalkan pada tahun ini, keadaan yang lebih kering mungkin menandakan musim jerebu yang berpanjangan pada kali ini.

Minggu lalu, pihak berkuasa Indonesia mengarahkan pembelajaran di rumah bagi sekolah-sekolah di bandar Palembang dan Jambi akibat pencemaran jerebu. Jumaat lalu, Malaysia mengeluarkan amaran mengenai pencemaran udara di bahagian barat Semenanjung Malaysia dan Sarawak, menyalahkan Indonesia atas jerebu rentas sempadan yang dinafikan oleh pihak berkuasa Indonesia.
Pada awal Mac tahun ini, sebahagian Thailand, Laos dan Myanmar diselubungi jerebu. Thailand mengalami jerebu rentas sempadan yang paling teruk dengan mutu udara mencecah tahap berbahaya melebihi had yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selama lebih dua minggu.
PERUBAHAN IKLIM BURUKKAN LAGI PENCEMARAN JEREBU
Perubahan iklim memburukkan lagi masalah pencemaran jerebu. Buat masa ini, punca yang sering disebut-sebut di sebalik bencana alam sekitar ialah perubahan iklim yang dituduh telah menyebabkan fenomena cuaca buruk - dengan apa yang buruk akan menjadi lebih teruk.

Walau bagaimanapun, apa yang ramai tidak tahu ialah perubahan iklim bukan sahaja menjadikan jerebu lebih teruk; jerebu itu sendiri adalah pemacu perubahan iklim.
Para penyelidik meramalkan fenomena El Nino yang lebih dahsyat dan kerap dengan peningkatan perubahan iklim.
Rantau ini sedang melalui kitaran jerebu dan perubahan iklim yang dinamik dan ganas: Anehnya, cuaca yang nyaman meningkatkan lagi risiko kebakaran di tanah gambut yang lama dan cuaca yang lebih kering bermakna usaha memadamkan kebakaran, sama ada melalui campur tangan manusia atau hujan, menjadi lebih mencabar. Ini hanya akan memburukkan lagi masalah pencemaran jerebu.

Asia Tenggara mempunyai kira-kira 24 juta hektar tanah gambut, atau 40 peratus daripada jumlah keseluruhan dunia. Menurut Program Sekitaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, tanah gambut meliputi hanya 3 peratus daripada permukaan bumi tetapi mengandungi hampir 550 bilion tan karbon.
Menurut laporan Bank Dunia pada Februari 2016, kebakaran antropogenik (kebakaran yang berlaku akibat aktiviti manusia) telah memusnahkan 2.6 juta hektar tanah Indonesia - saiz empat setengah kali ganda pulau Bali - antara Jun dan Oktober 2015. Kos ekonomi yang ditanggung Indonesia pada tahun itu sahaja dianggarkan AS$16.1 bilion, atau 1.9 peratus daripada hasil dalam negeri kasar negara itu.
Menurut Institut Sumber Dunia, Indonesia mengeluarkan 1.62 bilion tan metrik karbon dioksida pada 2015, mengatasi Rusia untuk menjadi pengeluar karbon keempat terbesar di dunia.
Padahnya: Penutupan sekolah, kematian, masalah pernafasan dan kos kesihatan lain serta gangguan pada jadual penerbangan, ekonomi dan pelancongan.
USAHA MEMBENDUNG JEREBU
Pencemaran jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara adalah masalah pelbagai sudut yang memerlukan kerjasama antara pemerintah dan penglibatan pelbagai pihak dengan masyarakat tempatan, pemerintah daerah, syarikat dan masyarakat sivil.
Penglibatan peringkat ASEAN berhubung jerebu sudah diusahakan sejak 1990-an, dan pemerintah Singapura telah menggubal undang-undang pencemaran jerebu rentas sempadan pada 2015.

Analisis punca, faktor, impak dan implikasi jerebu telah diteliti dengan mendalam oleh para pakar selama bertahun-tahun. Namun, masalah itu berulang saban tahun.
Masanya sudah tiba untuk berusaha menjangkaui ruang diplomatik dan akademik dan turun padang untuk meyakinkan masyarakat, syarikat dan pemerintah bahawa ia menjadi kepentingan bersama untuk memulihara tanah gambut. Ringkasnya, usaha yang lebih bersasar dan fokus akan membantu mengurangkan kesan perubahan iklim dan jerebu di rantau ini.

Dalam hal ini, momentum di rantau ini dalam menggunakan peralatan untuk menetapkan harga karbon dan penubuhan pasaran perdagangan pelepasan karbon secara sukarela (seperti yang dilakukan oleh Indonesia baru-baru ini) boleh dijadikan sebagai insentif untuk merangsang pihak-pihak berkepentingan meningkatkan usaha pemuliharaan mereka dan menjana mutu kredit karbon yang boleh dimanfaatkan.
Britain, sebagai contoh, sudah mempelopori mekanisme pembiayaan modal asli yang inovatif yang diberi nama Kod Tanah Gambut menggunakan piawai sukarela untuk menyediakan penilaian dan pengesahan bebas bagi projek-projek pemulihan tanah gambut.
Melalui mekanisme ini, Britain telah mendaftarkan kira-kira 200 projek tanah gambut dalam daftar negara itu dan memantau jumlah kawasan tanah gambut yang dipulihkan dan jumlah pengurangan pelepasan karbon menggunakan pembiayaan awam dan swasta. Kod ini memastikan para pelabur mengamalkan amalan yang baik, sekali gus menggantikan keperluan untuk audit projek individu.
Peralihan ke arah usaha sedemikian bagi kawasan tanah gambut di Asia Tenggara mestilah bersifat inklusif. Hasilnya hendaklah boleh diukur, boleh dilaporkan dan boleh disahkan mengikut piawai peringkat antarabangsa.
Walaupun ia mungkin mencabar dalam landskap tadbir urus semasa, manfaatnya amat berbaloi.
Bagi rantau ini, ia mungkin akan membantu mencapai visi "ASEAN Bebas Jerebu".
MENGENAI PENULIS

Dr Maszenan Abdul Majid adalah Zamil Penyelidik Institut Penyelidikan Sekitaran Universiti Nasional Singapura (NERI).
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.