Skip to main content

Iklan

Iklan

Komentar

KOMENTAR: Usaha dipergiat untuk pikat lebih ramai anak Melayu/Islam ceburi bidang kedoktoran & jagaan kesihatan

Anggaran Waktu Membaca:
KOMENTAR: Usaha dipergiat untuk pikat lebih ramai anak Melayu/Islam ceburi bidang kedoktoran & jagaan kesihatan

Gambar: Facebook/Muslim Healthcare Outreach Programme

BERITAmediacorp: Program Pendampingan Jagaan Kesihatan Muslim (MHOP) adalah sebuah program di mana mahasiswa muda akan berkongsi pengalaman mereka merebut tempat ke menara gading. Mahasiswa yang baru melayakkan diri ke universiti mungkin berminat untuk mengetahui tentang sistem dan kriteria kelayakan terkini.

Pada mulanya, MHOP dianjurkan bagi membantu anak-anak Melayu/Islam memasuki fakulti perubatan di Universiti Nasional Singapura (NUS). Sekarang terdapat fakulti perubatan bukan sahaja di NUS tetapi juga di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Duke-NUS. MHOP juga telah berkembang untuk memberi tunjuk ajar mengenai pelbagai karyawan lain dalam bidang-bidang kesihatan selain jurusan perubatan sahaja.

Gambar: Facebook/Muslim Healthcare Outreach Programme
Untuk tahun in, Dr Norhisham, Presiden Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA) akan meluangkan masa untuk menghadiri acara MHOP bersama dengan Encik Sahari Ani, seorang jururawat, yang kini menyandang jawatan sebagai Dekan Akademi Palang Merah Singapura.

Perkongsian oleh Mahasiswa Jagaan Kesihatan

Penceramah akan membincangkan mengenai kehidupan mereka dan juga tangga kerjaya selepas bergelar siswazah. Antara perkongsian yang akan dikongsi termasuk pilihan kerjaya yang boleh diceburi. Ramai yang mungkin tidak mengetahui bahawa masyarakat kita mempunyai Dr Juriyah Yatim yang merupakan seorang jururawat yang meneruskan pengajian sehingga mendapat ijazah doktor falsafah (PhD). Beliau ditawarkan peluang untuk melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat Doktor Amali Kejururawatan (Advanced Nurse Practitioner). Sekarang kita juga boleh berbangga dengan lebih ramai jururawat Melayu APN (Advanced Nurse Practitioner).
Ramai yang mengikuti MHOP untuk mendengar betapa pentingnya untuk mempertimbangkan aspek baik dan buruk kehidupan sebagai seorang doktor.

Sebagai contoh, ramai yang suka bahawa perubatan menggabungkan cabaran saintifik dengan interaksi manusia. Ia juga menawarkan peluang tulen untuk membuat perubahan kepada kehidupan. Hakikatnya, ramai yang tidak mengetahui bahawa pekerjaan sebagai seorang doktor sangat tertekan.
 
Ramai juga yang berminat untuk mengetahui tentang kerjaya kesihatan selain bidang kedoktoran. Ramai juga yang mungkin ingin tahu mata pelajaran yang diperlukan untuk memasuki universiti. Perbezaan antara universiti-universiti di Singapura boleh juga dikupas semasa MHOP.

Kemahiran Asas Temu Duga

Temu duga diperlukan bukan sahaja untuk fakulti perubatan tetapi juga untuk bidang pergigian, kejururawatan dan terapi seperti fisioterapi.

Jika seseorang pelajar dapat melepasi peringkat pertama proses kemasukan dalam saringan akademik, pelajar tersebut akan diundang untuk menghadiri sesi temu duga. Ini adalah peluang untuk mempamerkan kualiti peribadi yang sejajar dengan seorang karyawan kesihatan yang baik dan untuk menunjukkan kemahiran yang ada.

Temu Bual Mini

Kadangkala temu duga dilakukan secara temu bual mini (MMI). Perbezaan utama ialah MMI melibatkan penggiliran melalui satu siri stesen di mana pelajar akan menghadapi pelbagai cabaran dan jenis soalan atau tugasan

Panduan Menulis Kenyataan Peribadi

Sesetengah sekolah perubatan tidak akan memberi perhatian yang besar kepada kenyataan peribadi, manakala sesetengah sekolah akan menggunakannya untuk memilih calon untuk ditemu duga.

Sesetengah juga akan menggunakannya untuk membentuk asas soalan temu duga, jadi pastikan karangan kenyataan peribadi menarik dan tidak meletakkan apa-apa yang tidak boleh dihuraikan semasa temu duga.

Jika sekolah perubatan bergelut untuk membuat keputusan antara dua calon, mereka boleh menggunakan penyata peribadi sebagai faktor penentu.

Permohonan dan Garis Masa

Sesetengah sekolah memerlukan keputusan peperiksaan seperti BMAT, maka mereka yang berminat haruslah mengenepikan masa untuk menduduki peperiksaan BMAT. BMAT (Ujian Kemasukan BioPerubatan) adalah uji bakat selama dua jam yang diperlukan oleh segelintir Sekolah Perubatan, Pergigian dan Veterinar. Terdapat pelbagai ujian yang mungkin diperlukan, jadi pelajar haruslah jangan terlepas tarikh akhir untuk menghantar borang permohonan.

Memperbaiki Portfolio

Ramai yang mempunyai portfolio yang amat menyerlah seperti meluangkan masa sebagai sukarelawan, penyelidikan, latihan amali/paparan pekerjaan di klinik dan sebagainya.

Ada juga yang menerbitkan buku untuk menunjukkan cinta mereka kepada kerjaya kesihatan.

Pada tahun ini, MHOP 2022/2023 dianjurkan oleh mahasiswa dan mahasiswi kesihatan, di bawah naungan MHPA dan disokong kuat oleh Yayasan MENDAKI. Ia akan diadakan di NUS pada Sabtu, 3 December 2022 dari 9.00 pagi.

MHOP 2022/23 akan menganjurkan dua inisiatif:

- Acara 1 hari
- Program bimbingan selepas acara selama beberapa bulan

Melalui acara pertama pada 3 December 2022, MHOP berusaha untuk membantu pelajar prauniversiti yang berminat dalam kerjaya jagaan kesihatan dengan (1) memperluaskan pengetahuan mereka tentang bidang jagaan kesihatan dan (2) membantu mereka menyertai kursus yang diminati.
Peserta akan mendapat peluang untuk belajar dan melibatkan diri dengan kedua-dua karyawan jagaan kesihatan dan mahasiswa sarjana muda dari bidang jagaan kesihatan semasa sesi ceramah. Bidang yang diliputi termasuk Perubatan, Kejururawatan, Farmasi, Pergigian, Fisioterapi, Terapi Pekerjaan, Terapi Pertuturan dan Bahasa, Terapi Sinaran, Radiografi Diagnostik dan Dietetik dan Pemakanan.

MHOP 2022/23 juga akan menganjurkan program bimbingan pasca acara dan program membayangi pekerjaan, merentasi garis masa selama 4 bulan.

Melalui program bimbingan, peserta akan dipadankan dengan mahasiswa yang boleh memberi nasihat dan sokongan untuk permohonan ke universiti.

Untuk program membayangi pekerjaan (job shadowing), peserta akan diberi peluang untuk mendapatkan pandangan tentang kehidupan harian karyawan jagaan kesihatan. Peluang ini tertakluk kepada ketersediaan karyawan jagaan kesihatan untuk mereka yang berminat.

Pelajar boleh menunjukkan minat mereka dalam program bimbingan dan/atau bayangan pekerjaan dalam borang pendaftaran. Apabila hampir dengan tarikh acara, peserta akan ditambahkan ke kumpulan untuk mendapatkan kemas kini tentang MHOP.

Sebagai penganjur MHOP, kami berharap lebih ramai akan merebut peluang ini untuk menghadiri MHOP 2022/2023.

Sebelum ini, MHOP sukar diadakan secara fizikal disebabkan oleh pandemik COVID-19. Kami berharap untuk meneruskan usaha murni ini dan mengundang mereka yang berminat untuk mengikuti acara tahunan kami yang akan diadakan pada  Sabtu 3 December 2022 di NUS.

Pautan Pendaftaran sebelum 13 November 2022: bit.ly/mhop22-23

Sila ikuti kami:
Instagram: instagram.com/mhop_sg
Facebook: facebook.com/mhop.sg

MENGENAI PENULIS:
Dr Nurhidayati Mohamed Suphan adalah doktor perbidanan & sakit puan, Pacific Healthcare Specialist Centre.
Sumber : BERITA Mediacorp/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan