KOMENTAR: Trend Baca Kembali ke Jawi
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sejak sedekad ini, berlaku trend pencetakan Jawi. Hal ini terpapar bukan sahaja di negara-negara rantau ini seperti Malaysia dan Brunei, bahkan menarik penyertaan dari Singapura.
Mohd Raman Daud menyusuri trend yang sering dikaitkan dengan ‘kesedaran warisan’ nan langka.
Novel karya Jamal Ismail, 'Mustafa', yang pertama diterbitkan dalam Tulisan Rumi (TR), mutakhir ini akan dapat dibaca dalam Tulisan Jawi (TJ).

Pak Jamal, 72 tahun, penerima Anugerah Tun Seri Lanang pada 2023, menyifatkan usahanya sebagai “aras selanjutnya”. Beliau memang cintakan TJ yang diamalkannya untuk catatan peribadinya.
Beberapa tahun sebelum beliau, sasterawan wanita Rohani Din dan sasterawan bertaraf jagat, Isa Kamari, juga telah mencetakkan karya-karya mereka dalam TJ. Kedua-duanya dibantu Dr Hirman Mohamed Khamis, yang berijazah PhD dan dianggap ‘pakar TJ, serta sokongan Perikatan Tulisan Jawi Singapura (PTJS).
Novel Pak Jamal dalam TJ diusahakan oleh Akademi Jawi Malaysia (AJM) yang mempunyai antara lain dua khidmat iaitu percetakan (syarikat Tukang Buku) dan pengedaran/penjualan, syarikat Mulaqa.
AJM pimpinan Muhammad Syukri Rosli sejak 2011 didaftarkan secara rasmi pada 2016. Kehadirannya bak pencetus semacam ‘revolusi’ kesedaran untuk kembali kepada Tulisan Jawi (TJ) di Malaysia.
Tempisan ombak kesedaran tadi tersebar di rantau ini. Ketika pandemik COVID-19, Encik Syukri pernah memberikan ceramah TJ secara maya atau Zoom kepada para ahli Perikatan Tulisan Jawi Singapura (PTJS) pimpinan cikgu pesara, Hj Supki Hj Sidek.
SEJARAH TJ
Kesedaran pada TJ bukanlah ‘baharu’. Di rantau ini, Brunei Darussalam boleh dikatakan paling tekal (konsisten) dalam mengangkat warisan ini.
Di Thailand pula, khususnya bahagian selatannya yang ramai orang Melayu seperti wilayah Patani, TJ ternyata masih ampuh dan pengantar di sekolah pondok (madrasah).
Di Indonesia, yang memiliki penduduk Muslim terbesar dunia (89 peratus daripada 283 juta rakyatnya), pesantrennya (berjumlah lebih 41,000) masih mengamalkan TJ iaitu disebut tulisan ‘Arab gundul’ (tanpa tanda bacaan) yang digunakan dalam buku agama yang juga disebut ‘kitab kuning’.
Tahukah anda sekitar tahun 1900 sehingga lewat 1930-an, Singapura merupakan pusat percetakan serantau yang antara lain menghasilkan sejumlah besar judul kitab kuning?
Selepas ‘lama menghilang’, TJ kembali dihargai kalangan orang Melayu di Singapura. Antara lain, seawal 2018, Hj Supki (kini 78 tahun, guru TJ di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura atau SUSS) telah ‘berkempen’ untuk mendapatkan sokongan setempat sehingga PTJS tertubuh pada Disember 2021.

Sejarah TJ dengan rumpun Melayu memang cukup lama. Menurut catatan sejarah, TJ diperkenalkan serentak dengan masuknya Islam ke rantau ini seawal pertengahan abad ke-7 Masihi. Para pendakwah dari Yaman telah menggunakan aksara Arab untuk menyerap perkataan Melayu dan memperkenalkan istilah Arab dari Quran dan Hadis yang kemudian ‘dimelayukan’.
IKATAN ISLAM
Pemikir besar tamadun Islam-Melayu, Prof Muhammad Naquib Al-Attas (1932 - ) menyifatkan kosa kata Arab telah “dibersihkan” daripada unsur jahiliah sejak kebangkitan Islam, dan begitu juga dengan Bahasa Melayu. Maka ciri ini perlu dipelihara dan antara caranya ialah mengekalkan TJ.
Penemuan artifak tua, Batu Bersurat Terengganu, yang dianggarkan terukir sekitar 1300M – sering dijadikan detik bermulanya peluasan TJ sebagai wadah bagi Bahasa Melayu yang merupakan lingua franca atau bahasa pengantar rumpun Melayu.
Misalnya pada 1819M, wakil Kompeni Inggeris Hindia Timur, Thomas Stamford Raffles memeterai perjanjian dengan Temenggong Abdul Rahman dan Sultan Hussein Shah berkenaan penggunaan Singapura sebagai loji British. Perjanjian itu dicatatkan dalam TJ.
Berwadahkan aksara Arab menerusi pengembangan Islam, muncul beberapa bahasa ‘baharu’ seperti Urdu di Pakistan sehingga Swahili di Afrika Timur. Namun, bahasa-bahasa lain seperti Tamil dan Jawa juga dapat ditulis dengan aksara Arab.
Hakikatnya, dalam zaman gemilang tamadun Islam di Sepanyol dan Timur Tengah sekitar abad ke-8 sehingga 15 Masihi, Bahasa Arab dianggap sebagai bahasa antarabangsa.
DEMI WARISAN-JATI DIRI
TJ digantikan Tulisan Rumi (TR) bermula di Indonesia yang merdeka pada 1945 dan disambut pula di Tanah Melayu pada 1957. Ertinya, orang Melayu mengamalkan TR dalam sekitar 70 tahun walaupun sejumlah besar khazanah ilmunya dalam TJ.
Tekad besar Jamal Ismail, Rohani Din, Isa Kamari dan sebilangan penulis yang menurut jejak mereka dapatlah dikatakan sebagai “kembali ke akar” warisan atau khazanah silam.
Namun ada beberapa hal yang perlu difahami selain faktor kos yang boleh menjejas tekad tadi.
Pertama, versi TJ manakah yang perlu atau wajar dipakai?
Soalan ini genting kerana umumnya belum ada piawai ejaan TJ untuk rantau ini iaitu yang disepakati semua negara rumpun Melayu – Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (mungkin juga selatan Thailand).

Di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia selaku agensi berwenang mengenai Bahasa Melayu telah mengeluarkan versi rasmi ejaan TJ. Namun, Akademi Jawi Malaysia (AJM) mempunyai versi ejaan TJ yang tersendiri. Bahkan AJM bertegas untuk menggunakan versi ejaan ruminya seperti maklum dieja sebagai ma’lum. Alasan AJM adalah untuk mengekalkan amalan Bahasa Jawi (bukan Bahasa Melayu ejaan rumi) yang bersandarkan Bahasa Arab.
Aspek di atas tentu menimbulkan kekeliruan namun ia diterima sebagai suatu ‘pengecualian’ – maklumlah peribahasa mengatakan asal bisa, tegal biasa.
Ada juga pendapat agar TJ disesuaikan dengan ejaan baku rumi. Ini pandangan Prof Dr Kang Kyoung Seok yang diiktiraf sebagai pakar TJ oleh DBP. Beliau berijazah dalam bidang Bahasa Melayu dan Indonesia dari Universiti Hankook, Korea Selatan pada tahun 1974.
Di internet, terdapat beberapa aplikasi dengan versi TJ bersandarkan versi DBP. Taip sahaja tulisan dalam TR, anda akan berhasil mendapatkan versi TJ. Salin dan pindahkan ke fail! Ini memudahkan proses penjawian karya dari Tulisan Rumi.
Maka itu, sebagai penulis yang ingin puisi, cerpen, esei atau novelnya “dijawikan”, mana satukah versi TJ yang anda berkenan?
Namun menurut Dr Hirman, selaku pakar TJ setempat dalam salah satu ceramahnya, umumnya variasi tadi tidak menjejas pembacaan TJ. “Lama-kelamaan, pembaca dapat menyesuaikan diri. Malah ia memperkaya pengalaman.”
SAMBUTAN PASARAN
Majalah TJ terakhir dari Singapura ialah Qalam (1950 sehingga 1969). Ia gagal dihidupkan semula di Kuala Lumpur kerana kurang sambutan atau pasaran tidak menerimanya lagi.
Hal yang sama berlaku pada akhbar Utusan Melayu dalam TJ yang diasaskan di Singapura pada 1939. Ia menampilkan pengurus besarnya, Yusof Ishak (1910-1970) yang kemudian menjadi Presiden pertama Singapura. Syarikat Utusan telah dipindahkan ke Kuala Lumpur tetapi terbitan TJ-nya merosot. Beberapa kali Utusan Melayu cuba dicetak kembali tetapi gagal dek kurang sambutan.
Hal yang sama mungkin dilalui oleh para penulis kita yang mungkin membiayai sendiri atau mencari penaja bagi terbitan dalam TJ. Syabas atas kecekalan mereka. Mungkin karya mereka dalam TJ menjadi koleksi nadir (rare collection). Namun ini juga suatu pencapaian kerana azam sedemikian memanglah langka.
Pesta buku merupakan acara yang kerap di Malaysia dalam rangka mempromosikan bahan bacaan, terutama dalam Bahasa Melayu.
MENGENAI PENULIS

Mohd Raman Daud ialah mantan wartawan kanan Berita Harian (1984-2016), mantan penulis tetap skrip drama televisyen Perbadanan Penyiaran Singapura (1980-1984), pengarang, aktivis masyarakat, editor sejumlah buku termasuk adikarya Pendeta Dr Muhd Ariff Ahmad, NILAM. Beliau juga antara anggota pengasas Majlis Bahasa Melayu Singapura.
Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.