KOMENTAR: Seni Membangun Masyarakat dan Masyarakat Membentuk Seni
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail
BERITAmediacorp: Setiap perabadan besar tentu akan ditandai dengan ranah kesenian yang beragam, bermutu, berguna dan berdenyut dalam setiap lapisan masyarakatnya.
Lapisan atas dengan seninya yang tinggi, beriringan sama dengan seni dari lapisan rakyat terbanyak. Seni sering memberikan ciri khas kepada sesebuah peradaban, sebagaimana juga bahasa dan budaya etnik terus memberi warna kepada jati diri masyarakat dan individu.
Dari masyarakat petani sampailah masyarakat industri, setiap satu bukan saja telah melahirkan seni pada kadar dan kemampuannya, tetapi juga seni dapat mencorak perkembangan sesebuah masyarakat dalam pelbagai segi.
Yang mencorakkan itu pastinya para seniman. Tanpa seniman tidak ada pembikin atau tukang seni. Seniman lahir di tengah-tengah masyarakat dan kehidupan inilah yang mengilhami sang seniman, selain karya seninya disambut dan dihargai.
Dalam masyarakat moden yang semakin canggih dengan sumber yang kian terhad dan direbuti di pelbagai ramah kehidupan, etos perancangan perlu terwujud. Institusi yang mendukung kegiatan seni perlu terbina dengan memberi ruang, dana, sokongan dan pengiktirafan.
Di Singapura, sejak beberapa dekad ini kita telah menyaksikan dukungan untuk memberi ruang dan peluang kepada seniman untuk maju membangun di peringkat setempat dan antarabangsa.
Sejak penubuhan Majlis Seni Kebangsaan (NAC) pada 1991, landskap seni di negara ini melalui perkembangan dan peningkatan yang subur.
Pendidikan seni yang ditawarkan oleh NAFA, Lasalle dan Sekolah Seni Singapura (SOTA) dan kemahiran penyelarasan seni daripada beberapa politeknik melahirkan sejumlah pembikin, pengurus dan pendidik seni yang diperlukan dalam masyarakat.

Hari ini wadah dan wacana warisan yang kian mendapat sambutan, juga memberi tempias segar kepada dunia seni.
PUSAT SENI
Pusat-pusat seni yang dibina menjadi pemangkin kepada kegiatan seni. Seni persembahan terangkul di The Esplanade, seni tampak (visual) di Galeri Nasional Singapura dan Muzium Seni Singapura, selain muzium-muzium warisan juga menampung pelbagai kegiatan seni dan budaya.
Hari ini prasarana seni semakin terbangun. Dengan kemakmuran ekonomi, ia memberikan kita cukup sumber untuk terus mendukung pembangunan seni.
Bukan saja seniman dan penggiatnya diberikan ruang, tetapi juga penggalakan dalam masyarakat agar seni dihargai dan diiktiraf akan kegunaannya.
Tanpa diragui prasarana dan sumber ekonomi yang cergas, membolehkan Singapura membangunkan sektor kesenian dengan lebih baik, sehingga dari peta kegiatan seni, kita telah menjadi hab seni di peringkat serantau.
Membangunkan khalayak seni, khasnya yang rela membayar untuk menyaksikan pertunjukan seni, juga harus dibina bersungguh-sungguh kerana tanpa khalayak yang munasabah jumlahnya, ia tidak dapat memastikan keberlanjutan kegiatan seni. Ertinya kita harus melihat seni bukan setakat rasa kedalaman dan berkesanggupan untuk mencipta karya seni, tetapi ia juga membenarkan sang seniman itu terus dapat menampung sumber ekonomi.
Tanpa ini seniman tidak dapat memperlengkapkan dirinya dengan alatan, bahan, selain keperluan sara hidup yang asas.
Seniman seperti manusia lainnya yang memiliki keluarga dan keperluan hidup harus memastikan kebajikan hidupnya terjamin terlebih dulu, sebelum dapat mencurahkan masa dan tenaga untuk berkarya.

MEMBANGUNKAN UNIVERSITI SENI
Sudah sampai masanya dalam peringkat pembangunannya yang rancak, Singapura memiliki sebuah universiti seni yang berwenang mengeluarkan ijazah kepada graduan yang khas berpengkhususan ilmu seni.
Pada tanggal 10 Mei 2023 yang lalu, logo Universiti Seni Singapura (UAS) telah dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Chan Chun Sing. Majlis itu menyaksikan Syarahan Ulung yang sangat menarik disampaikan oleh Naib Canselor UAS, Profesor Kwok Kian Woon.
Ceramah yang padat berisi ini menggariskan beberapa batu tanda yang wajar dipertimbangkan dalam membina sebuah institusi pendidikan tinggi untuk seni. Antara yang disebut beliau ialah seni harus memenuhi keperluan 'vocation' (kejuruan) dan 'livelihood' (kehidupan).
Konsep yang pertama itu merujuk bukan setakat kepada pekerjaan tetapi juga keterpanggilan atau kerjaya dan keterdayaan dalam mengemban suatu amanah.
Konsep yang kedua ialah usaha menyara kehidupan agar ia dapat berlangsung dengan mencukupi, selesa dan munasabah.
Dalam membangunkan seniman, termasuk siswa seni, dua perkara asas tersebut wajib terpenuhi.
Tanpa kebajikan dan asasi mereka tidak terjamin, kerja berkarya tidak mungkin dapat berhasil. Mengangkat perkara ini dalam pertimbangan menvisi pendidikan dan perancangan dasar seni tentulah wajar.
EKOLOGI SENI
Ekologi seni yang mahu dibangunkan pastinya juga memerlukan ruang berfikir yang kritis. Tanpa segi pemikiran kritis, kreativiti tidak akan tumbuh subur. Seni bukan setakat berkemahiran dalam ketukangan menghasilkan karya, namun juga memerlukan daya pemikiran yang bebas meneroka dan mencuba, mendalami dan memahami. Lingkungan masyarakat pastinya dapat membekali ini kepada seniman dan siswa pendidikan seni.
Seniman atau siswa yang tidak mempunyai keterikatan organik dengan masyarakat dan alamnya, pasti adalah mereka yang kurang sensitif dan empati terhadap apa yang ada di sekelilingnya.
Begitulah juga yang disebut oleh Prof Kwok bahawa seni khasnya yang mahu dibangunkan di Singapura, harus mula dalam tumbuh terkait dengan lingkungan alam budaya daerah Asia Tenggara.
Rantau ini harus dilihat sebagai 'hinterland' kepada manusia seni di negara ini khasnya. Ini penting agar kita tidak membuta hanya berghairah untuk mendakapi dunia Eropah-Amerika, sedangkan tradisi dari Asia umumnya, dan Asia Tenggara khasnya terkesamping atau tersisih.
Jika ini dibenarkan, ia suatu kerugian kepada kita sendiri kerana gagal memanfaatkan sumber inspirasi untuk berkarya, sekali gus gagal meraih potensi khalayak yang ada dari rantau ini.
Prof Kwok malah tertarik dengan kepelbagaian budaya yang terdapat di Singapura, sebagai landasan untuk kita membangun dan memvisikan seni dalam masyarakat kita. Malah pada penutup syarahan tersebut, beliau telah menukil cogan kata yang dipegang oleh kumpulan APAD (Angkatan Pelukis Aneka Daya) yakni “Secita Mencipta” yang diterjemahkan oleh Prof Kwok sebagai “Together, We Create.”
APAD DIIKTIRAF
Pastilah ini juga pengiktirafan kepada APAD sebagai pertubuhan seni yang lahir dari komuniti seni Melayu Singapura sejak 1962.
“Secita Mencipta” adalah lafaz sebuah iltizam padu untuk menghasilkan karya seni dengan semangat menyumbang kepada masyarakat. Ia pasti suatu lafaz yang dibuat secara kolektif, dengan memiliki wawasan dan harapan yang sama, sedangkan mencipta sebagai amanah dan kemampuan untuk melaksanakannya berdasarkan kemampuan dan bakat masing-masing.
Pengiktirafan bakat dan sumbangan para seniman harus menjadi perkiraan kita yang cermat. Dalam menggubal dasar, termasuklah membangunkan institusi pendidikan tinggi seni, para seniman harus dirangkul untuk mendapatkan buah fikiran, tanggapan dan pedoman mereka.
Seniman sering kali menjadi guru dan mentor kepada anak-anak seni. Sama juga dalam dunia kesusasteraan, para sasterawan menjadi tiang utama dalam ekologi kesusasteraan. Begitulah juga seharusnya kepada para seniman. Mengesampingkan seniman bukan saja tidak adil, malah suatu tindakan yang jahil.
Ranah seni harus menempatkan senimannya ke paras paling atas.
Syukur sewaktu majlis pelancaran logo UAS pada 10 Mei yang lalu, ia dimulakan dengan segmen pengiktirafan menyanjungi para seniman tersohor tanah air. Ia telah dilakukan dengan ringkas tetapi bermakna, malah sangat menyentuh hati.
Sepuluh seniman berwibawa dalam ranah masing-masing telah dikalungkan selendang kehormatan oleh anak didik masing-masing. Antara tokoh yang diiktiraf ialah pengukir tembikar terkenal tanah air, Cikgu Iskandar Jalil, yang dikalung selendang kehormatan oleh Dr Suriani Suratman, yang pernah belajar seni anyaman tembikar dari maestro tembikar ini.

Mengiktiraf seniman ini adalah ikhtiar paling manusiawi. Jadi membuka tirai sebuah universiti seni dengan pengiktirafan kepada seniman adalah usaha yang terpuji.
Ini cukup memberi petanda bahawa apa yang mahu dibangunkan itu bukanlah keghairahan untuk mendapatkan pengiktirafan antarabangsa atau bermimpi untuk menggondol ranking sebegitu-sebegini.
Sebaliknya mengalungkan para seniman kita adalah tabik hormat kita kepada upaya penciptaan yang digerakkan dari kreativiti manusia dan pastinya juga pemikiran kritis.

Malah dalam filsafat sosial sebagaimana yang penah diujarkan oleh pemikir asal Rusia, Nicholas Berdyaev bahawa kreativiti manusia itulah yang akan menyelamatkan umat manusia. Manusia dicipta oleh Sang Pencipta untuk mengemban amanah untuk terus mencipta, yakni menghasilkan kebaikan untuk kehidupan dan kemanusiaan.
Berdyaev sampai menyimpulkan bahawa insan itu adalah makhluk kreativiti kerana perbuatan insan itu adalah sebuah upaya mencipta. Suatu tindakan atau kelakuan yang asli dan alami sekali gus mentakrifkan seorang insan itu dan tindak laku ini tidak lain suatu kegiatan yang rohani sifatnya.
Kalau diperpanjangkan, insan seniman itu bisa menawarkan kita sisi yang paling asas dalam kehidupan - yakni bagaimana kita menghargai kreativiti. Kita dicipta oleh Sang Pencipta untuk hidup mencipta, iaitu anugerah paling mulia, menurut pandangan Berdyaev.
Benarlah dari manusia seni itu terungkap insan yang mencipta. Yang mencipta itu hidup dan menghidupkan. Inilah antara sumbangan seni kepada perkembangan manusia dan masyarakat.
SIFAT SENI YANG PRIHATIN
Dengan seni, manusia bisa mengalami dan menghargai sesuatu yang estetik. Tanpa estetik pembangunan tidak akan terlengkap sempurna. Seni memberi kita ruang untuk meneguk keindahan estetik sehingga kita dapat menimbang mana yang indah dan buruk, bersih dan kotor, harum dan busuk, bukan dari lensa hitam putih, tetapi akur akan spektrum sifat-sifat itu tadi.

Menarik diperhatikan dalam lafaz bahasa kita perihal estetik yang kita sebut indah, bukan saja berkenaan yang halus dan cantik, berseri dan hidup, tetapi indah juga selari dengan lafaz indah (kadangkala dieja endah), seperti terungkap dalam “dia tak ambil endah pada ku” - yakni membawa maksud tidak ambil peduli, ambil tahu dan ambil hati.
Itulah soal berkenaan kepedulian atau sensitif kepada yang ada di sekitar kita. Jelasnya seni itu indah pada sisi estetiknya tetapi ia juga ada sisi peduli. Malah seni yang cantik tidak berpeduli itu akan menjadi kontang, sedangkan sikap mulia yang peduli tetapi tidak terbungkus dan terlazaf dengan indah menjadikannya tempang.
Masyarakat yang mampu memartabatkan seni adalah masyarakat yang dapat mengiktiraf perlunya keseimbangan, keaturan dan kemolekan menyusun dan menghargai kehidupan itu sendiri. Seni bukan setakat ketukangan dan kemahiran dalam mencipta sebuah karya seni.
Seni adalah wadah berhubung antara manusia, saling menerjemah perasaan dan kepedulian. Seni merakam pengalaman dan harapan insan seni dan kala ia berbagi itu lewat karyanya, khalayak dapat meraih atau sama merasakan sejumlah pengalaman dan perenungan tadi.
Seniman agung menjadi penerjemah perasaan paling berkesan.
Beberapa butiran yang disampaikan dalam ceramah Prof Kwok itu memberi harapan bahawa seni harus dapat memberi imbuhan estetik dan ilmu kepada kehidupan kolektif ini. Seni memerlukan masyarakat untuk mewadahi dan menampungnya. Sebegitu juga masyarakat memerlukan seni untuk memberikan makna, pesan, memori, imaginasi dan impian.
Semoga dengan terdiri sebuah universiti seni di tanah air kita, dapat ia memberi ruang untuk menghimpunkan para seniman, pendidik dan siswa seni, penggiat dan pengkaji seni dalam bukan saja menggalak dan mempertingkatkan hasil seni tetapi juga menambah kepada produksi ilmu yang mampu mencakupi dimensi puitik dan politik, berkembang mapan dalam proses mencipta seni dan seniman.
Wajarlah Prof Kwok menutup ceramah tersebut dengan lafaz “Secita Mencipta” kerana tugas dan tanggungjawab membangunkan seni adalah kerja bersama sehingga ia dapat menyulam warna keinsanan, kemasyarakatan dan kemanusiaan dengan utuh dan indah.
Seni akan membungakan harapan bahawa dunia yang lebih indah boleh subur berputik selagi kita cermat bertukang, berkebun dan berpahat dengan secantiknya.
MENGENAI PENULIS:

Dr Azhar Ibrahim Alwee adalah pensyarah Pengajian Melayu di Universiti Nasional Singapura (NUS). Selain kesusasteraan klasik dan moden Melayu, fokus penyelidikan beliau adalah wacana penulisan kritikal dan pembangunan intelektual Melayu-Indonesia.
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.