KOMENTAR: Sejauh manakah Anugerah Kemajuan ITE akan dorong pelajar lanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dan selanjutnya?
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2024 oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Lawrence Wong pada Jumaat (16 Feb), para lulusan ITE akan menerima S$15,000 secara keseluruhannya jika mereka berjaya mendaftar ke program diploma dan selesai menamatkan kursus sebelum melepasi usia 30 tahun.
Adakah Termasuk Program Diploma Privet?
Setakat ini, butiran terperinci belum didedahkan tentang sama ada skim itu juga akan meliputi pelajar yang melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi privet atau di luar negara.
Ada pelajar yang mungkin berhasrat untuk dapatkan diploma namun Gred Purata (GPA) mereka tidak mencukupi untuk layakkan diri ke politeknik tempatan. Walau apapun, usaha memberi motivasi kepada pelajar ITE untuk meneruskan pelajaran mereka adalah sesuatu yang rumit disebabkan oleh jurang latar belakang akademik dan keluarga yang luas dalam kalangan mereka.

Jurang Pemikiran Dalam Kalangan Pelajar ITE
Pertama, terdapat tiga golongan kemasukan yang beza.
Golongan yang paling beruntung adalah pelajar yang masuk ITE menerusi Program Direct Entry Scheme to Polytechnic (DPP). Bergantung kepada jurusan yang diambil, pelajar-pelajar ini paling mudah melanjutkan pelajaran ke politeknik tempatan kerana mereka hanya perlu mengekalkan GPA sekurang-kurangnya 2.5 mata sahaja untuk menjamin kemasukan mereka.
Sebelum ini, ada segelintir pelajar DPP yang merungut kerana tidak dapat memasuki Program Asas Politeknik (PFP). Namun menyusuli pengumuman DPM Wong baru-baru ini, sesetengah daripada mereka kini memilih untuk menjalani kursus ITE terlebih dahulu bagi memanfaatkan sepenuhnya skim Anugerah Kemajuan ITE. Golongan ini sebenarnya sudahpun mempunyai motivasi untuk mendapatkan sekurang-kurangnya sijil diploma.
Golongan kedua pula adalah pelajar yang masuk ke ITE menerusi program NITEC Lanjutan ITE selama dua tahun (2 Year Higher NITEC), yang penggal pertamanya bermula pada bulan April. Para pelajar daripada golongan ini juga sebahagian besarnya sudah terpahat motivasi untuk melanjutkan pelajaran ke politeknik. Serupa dengan pelajar DPP, pelajar ini juga kebanyakannya datang daripada aliran Normal Akademik (NA) atau Ekspres di sekolah menengah dan menganggap ITE sekadar tempat persinggahan disebabkan satu atau dua gred mata pelajaran mereka yang tersasar semasa menduduki Peperiksaan GCE ‘O’ atau GCE 'N' (A).

Golongan yang paling perlu diberi perhatian dan dorongan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma sebenarnya adalah pelajar yang mengikuti program NITEC Lanjutan Tiga Tahun (3 Year Higher NITEC).
Ramai pelajar daripada program ini adalah daripada aliran Normal Teknikal (NT) di sekolah menengah. Para pelajar daripada golongan ini paling bermasalah dari segi isu disiplin termasuk ponteng sekolah dan sebagainya. Amat mencabar bagi para pendidik mencari jalan untuk membantu mereka kerana setiap pelajar mengalami cabaran hidup dan masalah keluarga yang berbeza-beza dan kadangkala rumit. Ini diburukkan lagi dengan sikap mudah berputus asa berbanding rakan-rakan sebaya mereka daripada aliran-aliran lain, disebabkan oleh tahap pemahaman mereka yang jauh lebih lemah.
Tertarik Kepada Jalan Pintas
Disebabkan oleh tahap pemahaman mereka itulah, ramai pelajar dalam program tiga tahun ITE ini tidak mampu berpandangan jauh dan sering kali memilih jalan pintas untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Sebagai contoh, sesetengah daripada mereka yang kerap ponteng sekolah bertanggapan bahawa gaji daripada kerja logistik atau pengiriman barang seperti Foodpanda dan RedMart amat 'lumayan' kerana mereka boleh menjana lebih S$3,000 sebulan daripada kerja sedemikian.
Maka itu, mereka tidak begitu mempedulikan pelajaran mereka di ITE dan lebih memilih untuk bekerja disebabkan oleh tarikan ‘fast cash’ atau bayaran gaji harian. Bagi kes-kes seperti itu, para pelajar sedemikian lazimnya tidak memikirkan manfaat jangka panjang bekerja sepenuh masa seperti peluang untuk menaikkan gaji, bonus, tokokan CPF majikan dan peruntukan cuti tahunan.

Siapa yang bersalah?
Dalam hal ini, amat sukar sekali untuk membuat sebarang kesimpulan tentang punca utama yang mendorong pelajar ITE kurang memberi perhatian kepada pelajaran mereka. Setiap pelajar mempunyai dorongan, sebab dan masalah yang berbeza-beza. Ada yang berkelakuan sedemikian disebabkan oleh cara didikan di rumah atau pengaruh rakan-rakan sebaya.
Ada juga yang terpaksa menyara keluarga mereka pada usia semuda itu. Terdapat juga golongan yang tidak begitu mengejar wang, tetapi sebaliknya memilih untuk melarikan diri apabila berasa tertekan atau mendapatinya sukar untuk mengikuti pelajaran dalam kelas.
Tiada Huraian Tangkap Muat
Perkara-perkara yang diketengahkan di atas hanyalah segelintir daripada pelbagai masalah dan cabaran yang menghambat sesetengah pelajar ITE daripada menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran mereka.
Lantaran itu, tokokan dana pada Akaun Pendidikan Posmenengah (PSEA) dan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mungkin boleh dianggap lebih sebagai ‘bonus’ kepada mereka yang sememangnya sudah merancang untuk mendapatkan diploma.
Bagi golongan yang tertarik dengan ‘fast cash’ ini pula, mungkin salah satu cara yang boleh membantu mereka adalah dengan memperkenalkan konsep pekerjaan tetap pada usia lebih muda sebelum mereka mencapai usia layak untuk bekerja. Ini kerana sesudah mereka mencecah usia layak bekerja dan menikmati hasil pendapatan, ia menjadi bertambah sukar untuk mendidik mereka kerana mereka langsung tidak hadir ke sekolah.

Apabila mereka akhirnya muncul pula, masa sudah suntuk untuk membantu mereka memahami konsep pekerjaan tetap kerana terpaksa mengejar masa untuk menyelesaikan projek-projek yang tertunggak agar tidak gagal dalam mata pelajaran mereka.
Akibatnya, mereka akan mendapat gred paling rendah bagi tugasan mereka dan akhirnya tidak layak memasuki politeknik atau menyertai program diploma.
Selain itu, program bekerja sambil belajar atau WSDip juga mungkin boleh diperluaskan ke peringkat sijil Nitec Lanjutan. Buat masa ini, banyak lagi usaha diperlukan untuk menerangkan kepada para ibu bapa kerana masih ada sebahagian besar pelajar yang berkongsi bahawa ibu bapa mereka tidak menyokong mereka mengambil program sedemikian.
Para ibu bapa seperti itu biasanya masih bertanggapan bahawa anak-anak mereka seharusnya mengimbangi tuntutan kerja dengan pendidikan.
Sekiranya lebih ramai pelajar layak mengikuti program bekerja sambil belajar, mereka mungkin dapat menamatkan kursus mereka tanpa perlu memilih antara sekolah dengan pekerjaan, selain menerima gaji penuh pekerjaan sepenuh masa.

MENGENAI PENULIS
Asyraf Yunos adalah pensyarah 'lifeskills' di Institut Pendidikan Teknikal (ITE). Beliau sudah berkecimpung dalam bidang pendidikan selama lebih 15 tahun termasuk pengalaman mengajar di sekolah rendah dan sekolah menengah.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.