Skip to main content

Iklan

Iklan

Komentar

KOMENTAR: Sejauh mana belia kita cukup berdaya tahan untuk hadapi kesulitan dan cabaran

Mengapa masyarakat, sekolah dan pemerintah harus memainkan peranan lebih aktif untuk membina sebuah masyarakat yang teguh dan berdaya tahan. 

Anggaran Waktu Membaca:
KOMENTAR: Sejauh mana belia kita cukup berdaya tahan untuk hadapi kesulitan dan cabaran

Para belia di Festival Belia M³ pada 6 Jul. (Gambar: BERITAmediacorp)

BERITAmediacorp: Mengapa masyarakat, sekolah dan pemerintah harus memainkan peranan lebih aktif untuk membina sebuah masyarakat yang teguh dan berdaya tahan.

Setiap kali kita bertutur dengan seorang belia, kita akan dapat rasakan semangat yang berkobar-kobar dalam diri mereka.

Dari pandangan asas atau ke atas sesuatu perkara yang mereka percaya kepada harapan mereka terhadap masa depan generasi mereka, belia bergerak pantas dan sering dengan tenaga yang tidak terhad.

Namun begitu, disebabkan kurang pengalaman mereka dalam menjalani berbagai liku hidup, daya bertahan mereka belum lagi teruji.

Belia yang memiliki daya bertahan yang kukuh mampu mengatasi pasang surut gelombang hidup. Ia adalah kemahiran hidup yang boleh dibentuk dan dilatih menerusi berbagai-bagai aktiviti dan usaha ini akan mengakibatkan kestabilan kesejahteraan mental.

Encik Masagos ajak golongan karyawan tampil perkasa golongan belia. (Gambar: Yayasan MENDAKI)

Mereka lebih berupaya untuk memahami keadaan sekelilingnya dan dengan keyakinan diri yang mantap tidak akan berasa segan untuk meminta peertolongan jika mereka mengalami sebarang kerumitan.

Kualiti ini juga lebih membolehkan seseorang itu tadi menyelesaikan masalah dengan lebih efektif dan mampu menjalin hubungan yang lebih kukuh.

Dalam buku “Growing Up Resilient” yang dihasilkan bersama oleh Tatyana Barankin dan Nazilla Khanlou, mereka telah menerangkan bahawa 3 kategori luas yang menjejas daya bertahan seseorang iaitu faktor berkenaan dengan individu, keluarga dan persekitaran.

Pengetahuan ini memberi satu panduan kepada ibu bapa, guru, pekerja masyarakat dan sebagainya untuk memahami dengan lebih jelas lagi akar ketahanan yang sangat-sangat diperlukan untuk ada dalam belia-belia kita.

Tenaga dan semangat belia adalah kekuatan yang sering dikagumi, tetapi kekuatan itu jugalah yang boleh menjadi senjata makan diri jika ia tidak dapat disesuaikan dengan keadaan yang sering tidak menentu.

Ibarat kain layar kapal yang tak putus-putus bergelut dengan angin kencang, tidak mungkin akan dapat bertahan jika kain layar itu tadi terlalu mampat dan tegang.

Ia perlu kelenturan untuk menahan kekuasaan angin dan dengan kelenturan itulah yang akhirnya memajukan pelayaran kapal layar itu tadi ke arah yang ditujunya.

Daya bertahan tidak tergantung kepada ketegapan fisikal atau prestasi akademik. Malah, sebahagian besar dari daya bertahan melibatkan pengurusan emosi yang baik.

DAYA TAHAN KUKUH

Bayangkan cabaran dan kekecewaan yang Nick Vujicic telah alami semasa membesar dan akan tempuhi seumur hidupnya kerana kekurangan fizikal yang begitu ketara sekali.

Beliau telah melihatkan pengurusan emosi yang luar biasa dan dengan secara langsung telah membentuk daya bertahan beliau yang begitu teguh sekali sehinggakan beliau telah menjadi ikon motivasi sedunia.

Acara kerjaya Re:work Career Convention berjaya menarik 280 golongan belia kebanyakannya terdiri daripada siswazah baru.

Ini tidak bererti belia-belia terpaksa kehilangan tangan dan kaki untuk membina daya bertahan seperti Nick Vujicic.

Sebaliknya, belia yang mempunyai kesempurnaan fizikal boleh menggunakan pemberian itu untuk meningkatkan lagi daya tahan mereka masing-masing dengan mencontohi perjalanan Nick Vujicic.

Sudah pasti tidak mudah untuk mencontohinya kerana keadaan Nick yang begitu kurang bernasib baik, tetapi ia juga tidak mustahil kerana kebanyakan tidak berkeadaan seperti Nick.

PENGURUSAN EMOSI

Seperti yang telah dikemukakan, pengurusan emosi adalah kunci utama bagi membina daya tahan.

Pengurusan emosi yang baik pula hanya boleh tercapai dengan corak pemikiran yang positif dan ini termasuk penggunaan kata-kata yang positif semasa perbualan dengan diri masing-masing (iaitu “self-talk”).

Di samping itu, belia digalakkan supaya menghadapi kesulitan dan menerima cabaran-cabaran dengan hati terbuka kerana setiap cubaan dan yang dihadapi akan menjadi satu “latihan” dan pengajaran yang akan mengukuhkan lagi daya tahan seseorang.

Seperti kata pendidik dan pakar latihan Gever Tulley: “Kegigihan dan daya tahan hanya akan tercapai setelah seseorang itu diberi peluang untuk berusaha menangani masalah yang rumit.” (“Persistence and resilience only come from having been given the chance to work through difficult problems.”)

Tentu sekali belia-belia kita boleh mengambil langkah-langkah proaktif bagi meneruskan perjalanan menuju ke arah daya tahan dan perjalanan ini tidak semestinya dilalui sendiri.

SEAWAL MUNGKIN

Pihak ibu bapa, sekolah, dan juga pihak pemerintah harus memainkan peranan yang lebih aktif kerana untuk membangkitkan sebuah masyarakat yang teguh dan berdaya tahan memerlukan kerjasama setiap pihak berkepentingan.

Gambar hiasan. (Gambar hiasan: Edric Sng)

Di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi, misalnya boleh menerajui program-program yang menekankan pembentukan sifat dan keteguhan akhlak.

Program-program tersebut boleh dianjurkan dengan gabungan antara pihak sekolah dan persatuan-persatuan atau peniaga-peniaga yang menyertai inisiatif ini.

Ibarat pepatah Melayu: “Jika hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya”, adalah amat digalakkan supaya usaha pembentukan ini dimulakan seawal mungkin.

Di pusat jagaan kanak-kanak dan tadika, usaha ini boleh disertakan ke dalam kurikulum seharian. Cerita-cerita tentang individu-individu yang telah berjaya menempuhi cabaran boleh dijadikan satu tumpuan dalam mata pelajaran sivik dan akan memberi perangsang kepada kanak-kanak.

Tujuannya, apabila kanak-kanak itu didedahkan kepada isu-isu kesukaran, kemusykilan dan motivasi dari awal ini akan membiasakan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran menyelesaikan masalah.

PERKARA WAJIB

Kekukuhan belia kita bukan hanya satu perkara yang baik, malah ia adalah satu perkara yang wajib jika kita inginkan negara yang terus maju dan pesat.

Itulah sebabnya amat penting bagi semua pihak bekerjasama dan sehaluan bagi mencapai generasi belia yang kukuh dan berdaya tahan.

Seperti apa yang pernah dikatakan oleh Presiden Amerika Syarikat Franklin D. Roosevelt: “Kita tidak selalu boleh membina masa depan untuk belia kita, tetapi kita boleh bina belia kita untuk masa depan.” (“We cannot always build the future for our youth, but we can build our youth for the future.”)

MENGENAI PENULIS:

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan