KOMENTAR: Ramadan dan Kemanusiaan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Baru-baru ini Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) dan Masjid Khadijah menganjurkan majlis berbuka puasa tahunan yang agak unik. Ustaz Dr Mohamed Ali yang merupakan Pengerusi Masjid Khadijah dan Pengerusi Bersama Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) berkongsi tentang keunikan acara tahun ini.
Dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di Masjid Khadijah tahun ini, sepuluh wakil daripada Pertubuhan Antara Agama (IRO) yang mewakili sepuluh agama rasmi di Singapura telah diundang untuk turut serta dalam majlis tersebut.
Mereka juga telah diberi peluang untuk berkongsi secara ringkas tentang tema majlis iftar tersebut ialah “Keharmonian antara Agama: Kemanusiaan dalam Agama”. Perkongsian mereka telah memperkayakan pemahaman para hadirin tentang pentingnya nilai kemanusiaan dalam hubungan antara agama.
Majlis iftar tersebut mencerminkan corak masyarakat Singapura yang indah dan dinamik. Hakikat bahawa kita – orang yang berbeza agama, bangsa, dan sejarah – boleh makan bersama bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Ia juga adalah peluang di mana masyarakat berbilang kaum dan agama dapat duduk di satu meja dan berinteraksi antara satu sama lain dalam semangat pembelajaran dan persefahaman.
Satu Kemanusiaan
Tema “Keharmonian Antara Agama – Kemanusiaan dalam Agama” yang dipilih RRG ini bukan hanya berbicara tentang kewujudan bersama (coexistence), tetapi tentang hubungan. Ia juga bukan sekadar berkongsi ruang fizikal, tetapi untuk memperkayakan ruang yang dikongsi tersebut. Keharmonian mestilah wujud agar kita dapat memiliki kemanusiaan yang dikongsi bersama. Semua agama pada terasnya memanggil kita kembali kepada nilai kemanusiaan.
Dalam majlis iftar tersebut, ketua Rabai Singapura, Rabai Mordechai Abergel juga menekankan kepentingan nilai kemanusiaan ini. Beliau berucap menerusi rakaman video menjelaskan bahawa masyarakat Yahudi di Singapura mengakui kesakitan dan penderitaan yang dialami oleh ramai warga Palestin susulan konflik tragis antara wilayah itu dengan Israel.

Sikap kemanusiaan ini merentasi pelbagai tradisi agama. Dalam semua agama, kita melihat nilai-nilai murni yang serupa: kasih sayang, keadilan, belas kasihan, rendah diri, dan berbakti kepada orang lain. Sama ada seseorang itu melangkah masuk ke dalam masjid, gereja, kuil, saumaah (synagogue), atau mana-mana ruang suci, mereka akan menemui mesej asas yang sama – bahawa kita bertanggungjawab atas cara kita melayani satu sama lain.
Dalam dunia hari ini, agama kadangkala salah difahami, disalahgunakan, atau dimanipulasi. Agama yang seharusnya menjadi sumber kesatuan, kadangkala telah digambarkan sebagai punca perpecahan. Bukannya mengangkat martabat manusia, bahkan agama kadangkala dibenarkan untuk mewajarkan perpecahan dan peminggiran.
Islam memartabatkan kemanusiaan ini kepada tahap yang amat tinggi seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran (Surah Al-Isra’ ayat 70). Memandangkan manusia semua adalah keturunan Adam, penghormatan ini tidak dihadkan oleh bangsa, bahasa, atau kepercayaan. Ia berakar umbi dalam asal usul manusia yang dikongsi bersama.
Konsep kemanusiaan ini turut bergema dalam ajaran agama lain. Rakan-rakan Kristian kita berbicara tentang mencintai jiran sesama manusia. Rakan-rakan Buddha kita berbicara tentang kasih sayang dan meringankan penderitaan. Rakan-rakan Hindu kita pula berbicara tentang dharma dan ahimsa. Rakan-rakan Sikh kita berbicara tentang seva, iaitu khidmat bakti tanpa mementingkan diri sendiri.
Ini bukanlah cita-cita yang bersaing antara satu sama lain, sebaliknya ia adalah aspirasi moral yang saling melengkapi.

Rahmah dan Ihsan
Rahmah merupakan sifat yang penting dalam kita berinteraksi sesama umat manusia. Ia adalah wasilah bagi membina sebuah masyarakat yang hidup dalam keadaan aman, rukun dan makmur. Mentelah lagi dalam konteks kehidupan kita di Singapura yang bercirikan masyarakat majmuk, maka sifat rahmah ini sangat-sangat diperlukan.
Ramadan dikenali sebagai bulan untuk mencurahkan kasih sayang. Allah swt yang sifatnya Ar-Rahman dan Ar-Rahim memerintahkan kepada kita supaya bersifat kasih sayang kepada semua manusia tidak kira apa sahaja latar belakang bangsa dan agama mereka.
Begitu juga Nabi Muhammad s.a.w. dalam ayat yang sering kita dengar di mana Allah swt menyifatkan Baginda sebagai rahmah bagi sekelian alam seperti dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 107.
Dalam konteks masyarakat berbilang agama kita, sifat rahmah ini diterjemahkan kepada tanggungjawab sivik. Ia bermakna bertutur dengan berhemah. Ia bermakna membetulkan maklumat yang salah dalam masyarakat kita sendiri. Ia juga bermakna mempunyai keberanian untuk menangani interaksi yang sukar — secara hormat, tenang, dan membina.
Ramadan Penuh Berkah di Singapura
Muslim di Singapura beruntung kerana berpeluang menyambut Ramadan di sebuah negara yang aman dan stabil. Dengan keamanan yang wujud di negara ini, sambutan Ramadan dan ibadah dalamnya dapat dilaksanakan dengan baik dan tenang.
Keadaan seperti ini mungkin tidak wujud di tempat yang lain. Peperangan dan ketidakstabilan yang wujud di sebahagian tempat dan negara seperti di Palestin telah menyebabkan ramai Muslim menyambut Ramadan dengan serba kekurangan dan rasa kepiluan serta ketakutan.
Masyarakat Muslim di sini juga mengambil peluang pada setiap bulan Ramadan untuk mengukuhkan lagi keharmonian kaum dan agama di negara ini. Ini jelas kelihatan dalam majlis-majlis iftar yang dianjurkan oleh masjid-masjid dan badan-badan setempat di mana masyarakat bukan Islam turut diundang untuk berbuka puasa bersama masyarakat Muslim.

Tradisi iftar bersama ini amat penting dalam kehidupan bermasyarakat. Selain dari mengukuhkan hubungan antara agama, masyarakat bukan Muslim juga berpeluang untuk memahami Islam dengan lebih baik lagi.
Dengan adanya hubungan baik antara masyarakat berbilang agama di sini, sifat ihsan dan rahmah yang digalakkan nilainya dalam bulan Ramadan dapat ditonjolkan dalam masyarakat kita. Ia juga dapat meningkatkan rasa keyakinan dan kepercayaan antara Muslim dan bukan Muslim. Ini amat penting sekali sekiranya berlaku krisis dan ketegangan antara kaum atau pun keganasan.
Bagi umat Islam, Ramadan adalah masa untuk beribadah dan bermuhasabah diri. Namun, kedatangan Ramadan setahun sekali bukan sekadar hanya untuk beribadah dan mendisiplinkan diri sahaja. Ramadan juga adalah peluang terbaik untuk meluaskan khidmat bakti kita dan mengeratkan hubungan sesama masyarakat. Ia merupakan sebuah "madrasah" (sekolah) jiwa yang melatih manusia untuk mencapai darjat tertinggi dalam hubungan sesama makhluk.
Sifat rahmah dan ihsan adalah bahasa sejagat. Sering kali, perbuatan baik yang dilakukan secara konsisten sepanjang Ramadan lebih berkesan daripada kata-kata dalam memperkenalkan keindahan Islam. Apabila umat Islam mempamerkan ketenangan, kesabaran, dan budi bahasa yang tinggi walaupun dalam keadaan letih, ia memberikan gambaran positif tentang ajaran Islam kepada masyarakat bukan Muslim di sekeliling mereka.
Semoga kita terus membina Singapura di mana kepelbagaian tidak sekadar diuruskan tetapi diraikan. Di mana keyakinan beragama memperdalam belas kasihan. Di mana perbezaan pendapat tidak mengurangkan maruah. Dan di mana kemanusiaan kekal sebagai nadi agama.

Marilah kita menghayati Ramadan kali ini dengan penuh semangat untuk meningkatkan hubungan kita dengan Allah swt serta mengukuhkan juga ikatan kemanusiaan yang penuh dengan sifat ihsan dan rahmah antara kita.
MENGENAI PENULIS
MENGENAI PENULIS
Ustaz Dr Mohamed Ali adalah Pengerusi Masjid Khadijah dan Pengerusi Bersama Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG). Beliau juga adalah Zamil Kanan di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam, Universiti Teknologi Nanyang.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.