KOMENTAR: Program bina kemahiran main peranan penting bantu bekas pesalah wanita mulakan kehidupan baru
Anggaran Waktu Membaca:

Rumah peralihan Rise Above. (Gambar: Tuminah Sapawi)
SINGAPURA: Apakah erti sebuah kemaafan? Amat mendalam jika dilafazkan dengan hati yang tulus dan penuh keinsafan.
Dan kemaafan yang diterima sepenuhnya dengan hati dan minda yang terbuka bakal membawa kepada peluang kedua dalam kehidupan.
Kemaafan sedemikian yang diharapkan dalam kalangan sebilangan besar kaum wanita di rumah peralihan Rise Above yang dikendalikan oleh Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) yang dilancarkan pada 4 Julai lalu.
Sejak menawarkan khidmatnya pada September tahun lalu, ia sudah menampung seramai 46 wanita. Daripada jumlah tersebut, 13 sudah pulang ke pangkuan keluarga dan mendapat pekerjaan tetap.
Bukan mudah perjalanan integrasi mereka. Setiap langkah diharungi dengan cabaran. Antaranya penerimaan keluarga apabila sukar untuk memaafkan atas kekhilafan yang lalu.

Si ibu dan ayah sering bertanya – apa salah mereka sehingga si anak terjebak dengan keadaan sedemikian. Sementara si suami atau isteri sukar untuk menerima hakikat tindakan pasangan mereka telah menjejas kebahagian keluarga. Dapatkah mereka memberi kemaafan?
Titik Permulaan Satu Kemaafan
Sering kali sukar bagi seseorang untuk memaafkan atau dimaafi, jika dia sendiri tidak dapat memaafi dirinya. Sama seperti mereka yang sukar menyayangi orang lain kerana tidak dapat menyayangi dirinya sendiri.
Jelas, kemaafan bermula dengan keupayaan memaafi diri sendiri. Dengan memaafi diri sendiri, barulah seseorang itu dapat membuka lembaran baru dalam naskhah kehidupannya.
Dengan memaafi diri sendiri barulah ketenangan itu timbul untuk meminta pengampunan daripada yang Maha Esa dan insan-insan yang pernah mereka sakiti.
Bagi ramai kaum wanita yang menghabiskan masa dalam tahanan, sering kali pertanyaan yang menghantui saat mereka bersendirian ialah, “kenapa aku lakukan perkara yang bodoh ini?” Dapatkah anak, suami, ibu bapa dan orang-orang yang mereka sayangi memaafkannya?

Yang jelas, sebelum meminta maaf daripada orang lain, seseorang itu mesti dapat memaafi dirinya sendiri. Inilah yang akan memberi mereka ketenangan, keredaan dan kekuatan untuk berupaya mengambil langkah baru.
Tutur kata dan Tingkah Laku Bukti Satu Kemaafan
Cukupkah dengan melafazkan kemaafan? Bagi mereka yang terabai, ditinggalkan dan kurang kasih sayang, kemaafan bermula dengan bukti tutur kata dan tingkah laku.
Liza (bukan nama sebenar) yang berusia 47 tahun merupakan salah seorang wanita yang sedang menjalani fasa terakhir tahanannya di rumah peralihan Rise Above.
Ibu kepada dua orang anak remaja ini mula berhubung semula dengan kedua-dua anaknya yang ditempatkan di rumah tumpangan. Sejak berada di rumah peralihan, beliau aktif melibatkan diri dalam perbincangan bersama pekerja sosial di rumah tumpangan anak-anaknya untuk mengetahui perkembangan anak-anaknya, selain memainkan peranan sebagai ibu kepada kedua-duanya.

Buat julung-julung kalinya juga, Liza menghadiri sesi pertemuan guru. Dan baru-baru ini beliau menemani anaknya untuk membuat kad pengenalan.
Apabila berpeluang untuk menyertai acara Hydrodash awal tahun ini bagi wanita-wanita yang memerlukan, Liza membawa bersama anaknya untuk menghabiskan masa berkualiti serta menjalin semula ikatan yang pernah rapuh suatu ketika dahulu.
Satu usaha Liza yang membuat pekerja sosial di Rise Above tersentuh ialah apabila beliau menggalakkan anak-anaknya menabung. Dan beliau akan menokok jumlah yang ditabung.
Contohnya jika si anak menabung S$2 sehari, beliau akan menokok S$2 dan dalam sebulan, jumlah yang akan beliau tokok ialah S$60.
Sejak Januari, Liza telah bekerja sebagai penyelia di sebuah restoran dan menunjukkan prestasi yang baik.
Jauh di lubuk hati Liza, beliau inginkan kemaafan daripada anak-anaknya dan kaum keluarga yang lain. Mungkin tanpa beliau sedari, anak-anaknya telah memaafkannya. Indahnya kemaafan ialah apabila si anak merasakan ibu yang hadir semula dalam kehidupan mereka dan mencurahkan kasih sayang, semua ini dapat memadam api kemarahan si anak-anak tersebut atas perkara yang berlaku dan bersedia memaafkan ibu mereka.
Memaafkan Satu Ibadah
Tanpa kita sedari ada kalanya sukar untuk memaafkan seseorang yang telah mengguris hati dan perasaan diri kita.
Apatah lagi, jika yang mengguris perasaan itu adalah ibu atau ayah yang telah membuat kesilapan besar dan berada dalam tahanan. Semasa si ibu atau ayah dalam tahanan, segala yang dulunya biasa menjadi luar biasa.

Siapa yang akan menyediakan keperluan si anak? Lebih menyedihkan apabila si anak itu terpaksa ditempatkan di rumah tumpangan atau keluarga titipan. Segalanya menjadi porak-peranda. Si nenek dan datuk yang telah berusia terpaksa memainkan peranan sebagai ayah dan ibu.
Dapatkah mereka yang terjejas dengan kesilapan seseorang yang diperlukan dalam kehidupan mereka, dengan mudah memaafkannya.
Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., Rasulullah bersabda: Musa bin Imran bertanya: "Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang paling mulia di sisiMu?
FirmanNya: "Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu untuk membalas kejahatan orang lain."
Hakikatnya, kita hanya manusia biasa, biarpun tidak terlepas daripada kekhilafan, adakalanya sukar untuk memaafkan orang lain yang telah bersalah. Malah kita menghakimi mereka.
Namun kemaafan bagi mereka yang memerlukannya untuk memulakan hidup baru, jauh lebih besar ganjarannya. Ia juga tanda diterima semula dalam keluarga. Ia memudahkan usaha untuk memanfaatkan peluang kedua.
Dan bagi diri yang memaafkan, ia memberi satu ketenangan. Hati menjadi reda apabila kita reda apa yang telah berlaku. Hati menjadi terbuka apabila kita ingin mendampingi bekas pesalah untuk pulang ke pangkal jalan.
Program Bantu Bina Kemahiran
Dalam masa kurang tiga bulan sahaja, kesemua penghuni Rumah Peralihan Rise Above berjaya mendapatkan pekerjaan ataupun menjalani latihan kejuruan, sejak dimasukkan ke rumah peralihan tersebut.

Sejak mula beroperasi pada September 2022, sekitar 46 bekas pesalah wanita sudahpun menjalani pemulihan mereka di rumah peralihan sekular pertama untuk wanita di Singapura itu.
Dalam kerjasama dengan Edible Garden City misalnya, para penghuni diajar bercucuk tanam di sebuah taman kecil di kawasan tersebut.
Hasil tuaian juga digunakan dalam masakan harian dan akan diagihkan kepada para penduduk berdekatan atau rakan-rakan masyarakat.
Ia bagi memupuk semangat kedermawanan dan berdikari dalam kalangan para penghuni.
PPIS juga merancang untuk menjalankan satu kajian bagi menilai program-program sedia ada dan mencipta program-program baru supaya dapat menyokong para penghuninya dengan lebih berkesan.
Selain memperluaskan rangkaian kerjasamanya, PPIS juga mengalu-alukan sokongan mereka yang telah menjalani latihan untuk berbakti semula kepada masyarakat.
Antara kemudahan lainnya termasuklah pelbagai ruang bagi menimba kemahiran memasak dan menjahit dan juga kaunseling.
Rumah peralihan wanita pertama yang bersifat sekular itu mengambil pendekatan mesra keluarga dalam persekitaran, perkhidmatan dan program-program pemulihannya.
Rise Above menyediakan persekitaran yang berstruktur dan selamat untuk para pesalah wanita menimba kemahiran baru melalui program-program pemulihan yang dikendalikan di dalam penjara.
Usaha Kolektif
Jika ia memerlukan usaha satu kampung untuk membesarkan seorang anak, ia juga memerlukan usaha masyarakat termasuk kaum keluarga untuk menangani masalah penagihan dadah dan kesalahan yang membawa kepada tahanan.

Antara caranya ialah dengan memberi sokongan pro-sosial supaya perjalanan selepas tahanan itu membolehkan beliau memulakan hidup baru dengan positif.
Sebuah ekosistem yang menawarkan bantuan sama ada kewangan, pekerjaan ataupun sokongan emosi amat penting bagi setiap wanita yang keluar dari tahanan untuk kembali menjadi individu yang berguna.
Hakiskan segala stigma atau label yang dikaitkan dengan mereka di bawah tahanan. Sebaliknya terima keinginan mereka untuk berubah dengan hati dan minda yang terbuka.
Setiap pesalah mempunyai cerita tersendiri dan adakalanya mereka ingin didengari agar mudah untuk mereka dimaafi. Jika setiap daripada kita inginkan peluang kedua, begitu juga mereka.
MENGENAI PENULIS

Tuminah Sapawi adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS).
Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.