KOMENTAR: Nama Indah Agar Peribadi Gah
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan: iStock
SINGAPURA: Baru-baru ini tindakan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPNM) telah menarik liputan luas media serantau, iaitu memberi nama anak disyaratkan tidak membawa makna yang buruk dan tidak melebihi 80 huruf. Mohd Raman Daud menyusuri evolusi nama Melayu dan mengapa nama buruk masih timbul serta pedoman yang ada.
Menetapkan nama bagi orang, tempat sehingga benda sebenarnya bukanlah mudah. Ia menuntut ilmu dan tanggungjawab yang jitu.
Prinsip inilah tampak ditegaskan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPNM). Baru-baru ini, di media sosialnya dan media massa negara jiran, JPNM mensyaratkan agar waris atau ibu bapa tidak memilih nama buruk bagi bayi mereka yang baru lahir. Nama yang diberikan tidak boleh melebihi 80 huruf.

Walaupun dasar JPNM itu tampak ditujukan kepada ‘orang Melayu’ iaitu majoriti di Malaysia, tetapi garis pandunya tentulah melibatkan semua kaum yang menjadi rakyat atau penduduk di negara itu.
NAMA ANEH
JPNM telah mengeluarkan panduan bagi ibu bapa tentang cara memilih nama yang sesuai. Ia menolak nama seperti Busuk, Bodoh, Harimau dan Evil sehinggalah Ultraman yang diambil daripada karakter komik Jepun.
Tanggungjawab memberikan nama anak biasanya dibahu oleh ibu bapa atau waris si anak (datuk nenek dan sebagainya yang diserahkan secara perundangan untuk memelihara bayi).
Dalam kebudayaan Melayu, tegas Pendeta Dr Muhammad Ariff bin Ahmad (1924-2016) atau Cikgu Ariff, hanya yang ‘baik’ sahaja yang diterima sebagai ‘budi’ dan ‘daya’ (dicantumkan menjadi ‘budaya’).

Oleh itu, apa jua yang negatif atau buruk tidak boleh sama sekali dianggap ‘budaya’. Maka itu, hujah Cikgu Ariff, walaupun penjajah Barat menyatakan “orang Melayu malas”, maka tidak boleh sama sekali dinyatakan ‘malas’ atau ‘bermalas-malasan’ adalah budaya Melayu. Hakikatnya, sejarah ditulis oleh penakluk (penjajah) dan ini perlu diubah.
Menetapkan nama yang baik-baik bukan sahaja terdapat dalam kebudayaan Melayu, tetapi amat dianjurkan Islam. Umumnya, takrif ‘Melayu’ ialah orang yang berbahasa dan berbudaya Melayu serta beragama Islam. Maka itu, hujah budayawan Riau, Pak Tenas Effendy (1936-2015), Islam mencorakkan budaya Melayu agar sentiasa ‘membina’ atau positif – dari aspek nama, makanan sehingga perlakuan.
NAMA BURUK
Mengapa nama buruk timbul seperti nama Pungot bin Buang. Saya teringat seorang kawan menceritakan perihal seorang makcik yang naik haji tetapi namanya tidak diubah sehingga pegawai haji berasa ‘malu’ menyapanya. Sebabnya: namanya bermakna kemaluan perempuan!
Tentulah boleh dihujahkan bahawa kesilapan menamakan anak sempena alat kelamin menunjukkan kebodohan si ibu bapa. Tetapi apabila membesar atau dewasa, bukankah seseorang boleh mengubah atau menukar namanya?
Memberikan ‘nama buruk’ terdapat dalam amalan banyak masyarakat dunia. Ini kerana kepercayaan bahawa ‘nama buruk’ sebagai pendinding daripada gangguan makhluk halus atau sebagai cara membuang ‘sial’. Misalnya, nama ‘buang’ sering digunakan dalam masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu. Ini kerana kepercayaan bahawa dengan menetapkan nama ‘buang’ maka musibah si anak akan ‘terbuang’.
NAMA PILIHAN
Dalam zaman silam, nama orang Melayu diambil daripada alam bak peribahasa ‘alam terbentang dijadikan guru’. Maka nama seperti Jati (sempena pokok jati) sehingga Dian (sempena lampu/obor) telah digunakan.
Setelah kedatangan agama Hindu/Buddha, nama orang Melayu menggunakan istilah Sanskerta seperti Sang Nila Utama iaitu raja pertama Singapura (dahulunya Temasik: pulau yang bertasik-tasik). Sang bererti orang yang dihormati, nila ialah sejenis buah yang mengeluarkan warna ungu, utama dari bahasa Sanskerta bermakna yang ‘dimuliakan’.

Dalam Islam, nama pilihan terdiri daripada 99 nama Allah yang perlu dibubuh ‘Abdul’ (hamba) di depannya; diikuti dengan lebih 200 nama Nabi Muhammad (seperti Ahmad sehingga Taha), nama malaikat, nama para nabi, nama wali atau tokoh terkemuka.
Buku Ensiklopedia Nama-Nama Anak (2018) karya bersama Dr Muhammad Fauzi Yusuf dan Ustazah Sabariah Bakri menampilkan 3,500 nama elok. Namun setiap bahasa punya keunikan misalnya ‘wati’ daripada bahasa Sanskerta bermakna perwira/pejuang perempuan, tetapi dalam bahasa Arab boleh bermakna lelaki penzina.
Nama kini boleh dicari maknanya menerusi enjin carian, Google. Jadi, tepuk dada, tanya selera.

Nama juga dipilih menurut detiknya. Dahulu ada ‘pawang raksi’ yang menggunakan buku warisan Hindu untuk memilih nama dengan bahasa Sanskerta. Di Jawa, dikatakan amalan ini masih ada.
USAH TERLALU PANJANG
Teringat hidup di kampung dahulu, orang yang bernama ‘Ahmad’ cukup ramai. Untuk membezakan setiap seorang, maka timbul gelar pada nama itu seperti Ahmad Panjang, Ahmad Pendek, Ahmad Buntal dan sebagainya.
Hari ini, anak-anak saudara saya (Generasi Z) menamakan anak mereka dengan dua atau tiga nama seperti Fatin Amirah Ihsani binti Muhammad Ashraf. Hendak tahu ertinya, google sajalah. Namun apabila disapa, lazimnya nama si anak hanya disebut dengan satu suku kata (silabel) seperti ‘Rah’ (Amirah). Trend nama panjang bak menyerupai nama raja dan permaisuri walaupun kita orang biasa, rakyat jelata. Bukankah ini menyukarkan untuk pendaftaran?

MARUAH
Nama mencerminkan harga diri atau maruah. Maka rosak maruah walau sedikit bermakna tercemar nama bak tercatat dalam peribahasa – sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Malah cemar seseorang boleh menjejas imej seluruh masyarakat – seekor lembu membawa lumpur, semuanya terpalit.
Dalam sirah Nabi, terpapar banyak tindakan Nabi Muhammad untuk menukar nama para sahabat agar bermakna baik dan terpandang apabila diperhitungkan pada hari Akhirat kelak.
Amalan menukar nama berlaku apabila Islam memasuki rantau ini dengan aman lewat kegiatan dakwah pedagang-mubaligh. Contohnya, Raja Pasai dalam abad ke-13 Masihi yang bermakna Meurah Silu bertukar nama menjadi Malik-us-Soleh (raja yang baik/soleh). Nama asalnya sempena perbuatannya menelan semut besar berwarna merah!
Nama penting dalam setiap usaha termasuk menjadi penulis hujah penyair negara, Dr Masuri Salikun @ Masuri S.N. (1926/27-2005) yang berpesan: “Jangan tidak terbilang nanti, bila orang dibilang.”
Dalam pemilihan nama anak, sebaiknya ibu bapa meneliti nama itu dari segi lafaz dan baik maknanya menurut Islam atau budaya Melayu. Nama diberikan selepas sahaja bayi dilahirkan yang disambut dengan azan dan iqamat.
Bahkan ada adat Melayu dipanggil ‘belah mulut’ yang kemudian digantikan dengan tahnik iaitu amalan Islam untuk menyuapkan palitan madu dan air zamzam pada bibir bayi. Doa dibaca dengan menyertakan nama bayi agar hidupnya berbakti gemilang.
Nama kota, pekan dan kampung yang tidak elok juga perlu diubah seperti Nonok di Sabah ditukar menjadi Asajaya pada 1993, Menggatal (sempena pokok mangga yang buahnya setelah dimakan menimbulkan alahan gatal-gatal) diubah menjadi Manggatal pada 2015 sehingga pekan Batang Berjuntai di Selangor diberi nama baharu, Bestari Jaya, pada 2007.
Saya teringat budaya Turki yang tidak menggalakkan orang menamakan dirinya ‘Muhammad’ demi memelihara kemuliaan nama Rasulullah. Maka sebagai jalan keluar dinamakan ‘Mehmet’ – ertinya apabila berjaya menjadi manusia, nama Muhammad tetap terpelihara. Dan apabila gagal bak penjenayah, nama Nabi tidak tercemar.
Sempena Hijrah (perpindahan) 1446, bagi mereka yang kurang elok namanya, maka ubahlah nama jika tidak sesuai agar meningkat imej dan maruah serta pencapaian.
MENGENAI PENULIS

Mohd Raman Daud ialah mantan wartawan kanan Berita Harian (1984-2016), mantan penulis tetap skrip drama televisyen Perbadanan Penyiaran Singapura (1980-1984), pengarang, aktivis masyarakat, editor sejumlah buku termasuk adikarya Pendeta Dr Muhd Ariff Ahmad, NILAM. Beliau juga antara anggota pengasas Majlis Bahasa Melayu Singapura.
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.