KOMENTAR: Merdeka Dalam Jiwa
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: BERITA Mediacorp)
SINGAPURA: Ogos merupakan ‘bulan merdeka’ bagi Singapura, Indonesia dan Malaysia.
Mengapa ‘merdeka’ menjadi dambaan insan dan watan? Komentar Mohd Raman Daud kali ini meninjau erti dan usaha ke arah melestari erti merdeka.
Ogos ialah bulan merdeka bagi tiga negara serantau iaitu Singapura (bermula pada 9 Ogos 1965), Indonesia (sejak 17 Ogos 1945) dan Malaysia (31 Ogos 1957).
Konsep merdeka setua tamadun Melayu. Ia pembeza insan sebagai hamba dan orang biasa. Dikatakan sudah ada rasa merdeka dalam jiwa orang Melayu yang terkenal sebagai pelayar/pelaut sejak dahulukala. Ini diperkuatkan pula dengan kemasukan Islam yang mendorong penghapusan perhambaan di rantau ini. Menurut para sarjana seperti Prof Hamka (1908-1981), Islam masuk ke rantau ini menerusi pedagang Arab (Yaman) seawal pertengahan abad ketujuh Masihi.
BEBAS DENGAN MERDEKA
Kekata asal Melayu yang menyangkut erti ‘merdeka’ ialah ‘bebas’. Hakikatnya, istilah ‘merdeka’ berasal daripada perkataan Sanskrit ‘maharddhika’ merujuk kepada erti kaya, makmur dan berkuasa. Namun dalam rangka melawan penjajahan dan penganiayaan, ‘merdeka’ menampung makna yang lebih jitu lagi sarat iaitu untuk bebas daripada sebarang penjajahan dan belenggu zahir dan batin.
Namun, ‘merdeka’ juga melibatkan maksud yang rencam. Merdeka bukan saja ‘bebas’ daripada penjajahan atau kezaliman, tetapi tekanan ekonomi iaitu kemiskinan sehinggalah hak untuk bersuara dan memilih dengan bebas.
Dalam membentuk sesebuah kerajaan atau pemerintahan, rumpun Melayu dihadapkan dengan erti ‘persetiaan’ seperti terakam dalam buku Sulalat-us-Salatin (lebih dikenali sebagai Sejarah Melayu). Ia bermula apabila Sang Sapurba (berketurunan asal raja) memeterai ikatan dengan Demang Lebar Daun (Demang: ketua bagi 100 penghulu atau lebih) untuk membentuk kerajaan.

Raja hendaklah adil dan ihsan untuk mendapat ‘sembah’ (penghormatan) rakyat. Tetapi jika sebaliknya, maka rakyat wajar melawan atau memberontak (derhaka).
Dalam persetiaan tadi, timbul konsep ‘maruah’ iaitu jika sekalipun rakyat didapati bersalah, ia hendaklah tidak diaibkan dengan buruk.
Sejauh mana ‘persetiaan’ tadi diderhakakan? Mungkin kisah Hang Jebat memberontak dengan membunuh ramai orang atau ‘amuk’ selepas mendapati ‘abang’nya Hang Tuah dihukum bunuh dalam buku, Hikayat Hang Tuah, dapat dijadikan renungan.
Hari ini, erti persetiaan dikaitkan dengan ‘kontrak sosial’ atau ‘kompak sosial’ . Perlembagaan Negara adalah ‘kontrak sosial’.
INSAN SETIA
Peribahasa yang mencerminkan falsafah Melayu meliputi kesetiaan. Maka ‘sebebas mana pun’ seseorang Melayu yang berkuasa, dia perlu patuh pada peraturan dan undang-undang negeri bak diperikan:
Di mana bumi dipijak, di sana langit dijunjung
Terdapat sejumlah peribahasa yang seiras seperti di mana ranting dipatah, di situ air disauk – semuanya malar segar mengenai erti setia. Ini jelas menunjukkan tingginya nilai kesetiaan orang Melayu pada negeri tempat dia bernaung atau mencari rezeki sehingga membentuk keluarganya.
Konsep kemerdekaan dalam rumpun Melayu hendaklah dilanjutkan dengan erti kerakyatan dalam negara berdaulat. Ia digandingkan pula dengan konsep kesetiaan pada negara, maka terpapar pula konsep tanah tumpah darah dalam memupuk keberanian orang Melayu. Ada dwimakna pada ungkapan ‘tumpah darah’ – pertama, merujuk kepada tempat kelahiran seseorang atau ketika seseorang sanggup ‘mati’ (menumpahkan darah) demi membela nusanya.

Untuk Singapura dan Malaya, hal ini terpapar pada ketabahan Leftenan Adnan Saidi yang memimpin pasukan Askar Melayu menentang habis-habisan tentera Jepun di Bukit Candu pada Februari 1942 dalam Perang Dunia Kedua (1942-1945).
Walaupun ketika itu Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura belum merdeka, namun beliau dan pasukannya rela menumpahkan darah dan akhirnya gugur sebagai pembela ‘ibu pertiwi’.
Walaupun penjajahan tentera Jepun hanya sementara dalam menamatkan penguasaan kuasa-kuasa Eropah di Asia Tenggara, termasuk Alam Melayu, namun kesannya amat besar dalam mengisi kesedaran tentang kemerdekaan. Ini kerana buat pertama kali sebuah kuasa Asia dapat mengalahkan kuasa-kuasa Barat bermula dengan Rusia, Perancis (Indochina), British (Malaya, Singapura dan Borneo) dan Belanda (Hindia Timur/Indonesia).
Sejak itu, kesedaran massa mengenai tanah air, tanah tumpah darah, nusa, watan (dari bahasa Arab) dan ibu pertiwi (Inggeris: motherland) merupakan deretan ungkapan luhur merujuk kepada negara yang merdeka lagi berdaulat.
Kecuali ‘tanah air’, kesemuanya digunakan juga di negara lain. Ada negara seperti Jerman lebih senang menggunakan ‘fatherland’ (tanah bapa/leluhur). Menurut Pendeta Dr Muhd Ariff Ahmad (1924-2016), rumpun Melayu yang tinggal di gugusan kepulauan memang agak unik dalam menggunakan istilah ‘tanah air’ – kesan daripada interaksi cara hidup atau budaya yang akrab dengan air (sungai dan laut) dan tanah – penghuni kawasan pesisir atau perairan.

SERUAN DAN TUNTUTAN
Demi merdeka, setiap insan perlu ‘berjuang’ untuk mencapai dan mengekalkannya.
Indonesia, misalnya, perlu berjuang dengan getir demi mempertahankan perisytiharan (proklamasi) kemerdekaan pada 1945. Ini dilakukan dengan gigih termasuk menggunakan bambu runcing (dek amat kekurangan senjata api) untuk mengatasi tentera Belanda yang dibantu British tetapi akhirnya, Indonesia merdeka penuh pada 1949.
Sebaliknya pula, Malaya dan Singapura, meraih kemerdekaan secara damai menerusi siri rundingan dengan British yang mungkin menyedari ‘harga terlalu mahal’ untuk terus menundukkan negeri-negeri jajahannya. Mentelah zaman kehebatan British atau Pax Britannica (1815-1914) telah digantikan dengan Amerika Syarikat (Pax Americana) sesudah Perang Dunia Kedua.
Oleh itu seruan ‘merdeka’ amat besar gema dan kesannya dalam sanubari rantau rumpun Melayu. Ia menjadi seruan utama dalam mengawali dan mengakhiri ucapan pemimpin ulung seperti Sukarno di Indonesia, Tunku Abdul Rahman di Malaya dan juga Perdana Menteri Pengasas Singapura, Lee Kuan Yew (1923-2015) yang amat fasih berbahasa Melayu.

Seruan merdeka menjadi bahan dalam persuratan rumpun Melayu. Bahkan terbentuknya Angkatan Sasterawan ’50 merupakan antara kesan daripada seruan merdeka – untuk membela rakyat terutama golongan lemah/miskin dan mengenyahkan penjajahan.

Bagaimanapun di sebalik seruan merdeka juga terpapar sepak terjang siasah – pertentangan fahaman atau ideologi antara komunisme-sosialisme dengan kapitalisme. Kemerdekaan di rantau rumpun Melayu pernah diwarnai dengan rasa cemburu sehingga tercetus Konfrontasi (1963-1965) iaitu kemarahan Sukarno terhadap pembentukan Malaysia pimpinan Tunku Abdul Rahman yang turut dianggotai Singapura, Sabah dan Sarawak.
Namun ada ‘hikmah’ di sebalik Konfrontasi iaitu munculnya ASEAN yang terus kukuh untuk membina suasana kedaulatan rantau berdasarkan dasar aman dan berkecuali. Ia kini dianggotai oleh hampir seluruh negara Asia Tenggara dengan Timor Leste yang terbaharu merdeka pada 2002, menantikan pengesahan keanggotaannya.
Dalam mengisi erti merdeka, pesan sarjana ternama, Prof Syed Hussein Alatas (1928-2007): Yang utama ialah memiliki jiwa (semangat dan fikiran) yang tidak terjajah secara berilmu untuk mencari huraian dalam menyelesaikan masalah secara berdikari dan bermaruah.
Pada detik ke-58 kemerdekaan watan ini, sudahkah kita meraih jiwa merdeka itu?

MENGENAI PENULIS:

Mohd Raman Daud adalah mantan wartawan kanan Berita Harian, penulis tetap skrip drama televisyen Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC), ahli pengasas Majlis Bahasa Melayu Singapura, ahli seumur hidup Angkatan Sasterawan ’50 dan penyunting sejumlah buku termasuk adikarya Pendeta Dr Muhd Ariff Ahmad, ‘NILAM’, pengarang dan aktivis masyarakat.
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.