KOMENTAR: Menjangkaui Celik Digital - Ibu Bapa, Guru, Kaunselor Perlu Dilengkapi Kemahiran Baharu Cegah Radikalisasi
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) merekodkan 15 kes di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) melibatkan golongan muda dari 2022 hingga 2026. (Gambar hiasan: Canva)
- Singapore’s ISD threat assessment, published in September 2026, showed that six of the eight people detained or placed under Restriction Orders since July 2025 were under 21. Youth cases had increased compared with the previous period, with varied extremist influences.
- Writers Dr Noor Huda Ismail and Sabariah Hussin propose Interruption Literacy as a complement to digital literacy, so adults can understand the needs behind an interest in violence and respond without severing relationships.
- The PAUSE guide encourages people to pay attention to changes, have open conversations, build strong offline connections, seek professional help and report suspicions promptly to ISD. Emergencies should be reported to 999.
- Prevention requires cooperation among families, schools, ACG, government agencies and community partners through clear referral pathways, appropriate support and rehabilitation that takes into account motivations, emotions, identity and online behaviour.
- Penilaian ancaman ISD Singapura yang diterbitkan pada September 2026 menunjukkan enam daripada lapan rakyat yang ditahan atau dikenakan Arahan Sekatan sejak Julai 2025 berusia bawah 21 tahun; kes belia meningkat berbanding tempoh sebelumnya, dengan pengaruh ekstremisme yang pelbagai.
- Penulis Dr Noor Huda Ismail dan Sabariah Hussin mencadangkan Literasi Interupsi sebagai pelengkap celik digital, supaya orang dewasa memahami keperluan di sebalik minat terhadap keganasan dan bertindak tanpa memutuskan hubungan.
- Panduan PAUSE menggalakkan perhatian terhadap perubahan, perbualan terbuka, hubungan luar talian yang kukuh serta bantuan profesional dan laporan segera kepada ISD apabila timbul syak wasangka; ancaman kecemasan perlu dilaporkan kepada 999.
- Usaha pencegahan memerlukan kerjasama keluarga, sekolah, ACG, agensi kerajaan dan rakan masyarakat melalui laluan rujukan jelas, sokongan bersesuaian serta pemulihan yang mengambil kira motivasi, emosi, identiti dan tingkah laku dalam talian.
Namun, satu persoalan yang lebih sukar tetap tidak terjawab: mengapakah bahan sebegini menjadi sesuatu yang bermakna bagi anak muda tersebut?
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) Singapura, dalam penilaian ancamannya yang diterbitkan pada 10 September 2026, melaporkan bahawa enam daripada lapan rakyat Singapura yang ditahan atau dikenakan Arahan Sekatan (RO) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak Julai 2025 adalah mereka yang berusia bawah 21 tahun.
Penilaian ancaman Singapura bagi 2026 juga menunjukkan bahawa golongan muda yang tertarik dengan keganasan ekstremis bukanlah satu kelompok yang seragam; pengaruh yang terlibat merangkumi ekstremisme agama, ekstremisme sayap kanan (FRE), ekstremisme ganas komposit (CoVE), serta bentuk ekstremisme ganas nihilistik (NVE) yang baru muncul.
Laporan tersebut mengenal pasti naratif haluan kanan dan nihilistik sebagai kebimbangan yang semakin meningkat di peringkat serantau.
Tiga kes CoVE pertama yang direkodkan di Singapura - yang melibatkan pelbagai ideologi ekstremis - kesemuanya membabitkan golongan muda yang berumur bawah 21 tahun.
Seorang remaja berusia 14 tahun didapati hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum menjalankan rancangan untuk melakukan serangan di sekolah. ISD turut menekankan bahawa permainan online boleh dijadikan sebagai wadah untuk simulasi serangan, dan pendedahan yang berulang kali boleh menjadikan keganasan sebagai sesuatu yang dianggap seperti perkara biasa.
Ciri-ciri ini memerlukan perhatian yang rapi; namun, sekadar bermain permainan video atau terdedah kepada kandungan tertentu tidak semestinya bermakna seseorang itu telah mengalami radikalisasi.
Orang dewasa perlu memahami apa yang dicari oleh seseorang anak muda itu, di samping mengetahui apa yang mereka sedang tonton atau akses.
Oleh sebab itu, celik digital - yang merangkumi kemahiran menilai kandungan dan berinteraksi secara selamat online - sahaja tidak mencukupi.
Literasi Interupsi Sebagai Pelengkap Celik Digital
Literasi Interupsi – satu istilah yang dicipta oleh penulis – diperlukan sebagai pelengkap. Literasi interupsi menambah satu dimensi hubungan:
Mengapakah kandungan seperti itu menjadi bermakna bagi seseorang anak muda, dan apakah yang boleh dilakukan oleh orang dewasa di sekeliling mereka untuk membantu?
Ini bermakna menyedari perubahan yang ketara pada tingkah laku atau identiti, bertindak balas tanpa memutuskan komunikasi, serta mengetahui bila masa yang tepat untuk mendapatkan bantuan profesional atau daripada pihak keselamatan.
Penggunaan perkataan “interupsi” (gangguan/pencelahan) adalah sesuatu yang disengajakan. Ia merujuk kepada usaha mencelah atau mengganggu trajektori yang berbahaya melalui perbualan, sokongan, dan rujukan kepada pihak yang relevan pada masa yang tepat.
Penetapan batas dan sekatan online mungkin diperlukan, namun ia harus diiringi dengan usaha untuk mengekalkan komunikasi dan membina semula hubungan yang berasaskan kepercayaan. Proses radikalisasi tidak mengikut urutan yang seragam, bermula daripada pendedahan sehinggalah kepada tindakan.
Dokumentari 'Jihad Selfie' dan 'Seeking the Imam', menggambarkan betapa pentingnya hubungan dan rasa mahu diterima dalam sesebuah kumpulan, di samping faktor ideologi.
Kami mencadangkan “PAUSE” sebagai panduan praktikal untuk ibu bapa; ia bukanlah alat penilaian risiko yang disahkan dan diiktiraf secara rasmi mahupun satu urutan langkah yang wajib diikuti. Langkah-langkah ini boleh bertindih; pelaporan tidak seharusnya ditangguhkan semata-mata menunggu langkah-langkah awal selesai.
Berikan perhatian kepada perubahan yang luar biasa serta konteksnya, termasuk peningkatan kekaguman atau ketaksuban terhadap individu yang melakukan keganasan atau sikap bermusuhan terhadap orang lain.
Satu ancaman yang jelas sudah cukup untuk mewajarkan tindakan; jangan tunggu sehingga berminggu-minggu.
Ajukan soalan terbuka tanpa menghakimi bagi memastikan saluran komunikasi kekal terbuka: “Apakah yang menarik minat anda tentang kumpulan ini?” Dengarlah tanpa menyokong keganasan.
Cuba fahami sama ada bahan atau masyarakat tersebut menawarkan rasa kepunyaan (identiti diri), status, mewajarkan rungutan, atau membuka laluan untuk mengasingkan diri - tanpa menganggap bahawa kegagalan atau kelemahan keluarga menjadi puncanya.
Kukuhkan hubungan dan rutin di luar talian melalui aktiviti bersama, bimbingan daripada individu yang dipercayai, serta peluang untuk mencapai kejayaan. Tangani isu buli, pengasingan, dan tekanan keluarga sekiranya ia berlaku.
Tingkatkan tindakan mengikut tahap kebimbangan. Dapatkan khidmat kaunseling jika terdapat tekanan emosi, dan laporkan segera sebarang syak wasangka mengenai radikalisasi kepada ISD di talian 1800-2626-473. Hubungi 999 sekiranya berlaku kecemasan.
ISD menegaskan bahawa identiti individu yang melaporkan syak wasangka radikalisasi akan dirahsiakan.
Tiada tindakan akan diambil sekiranya individu tersebut tidak menjadi radikal atau tidak menimbulkan ancaman keselamatan; kes-kes pada peringkat awal mungkin diberikan kaunseling atau langkah intervensi lain tanpa melibatkan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Pelaporan awal membolehkan penilaian dan sokongan diberikan; ia tidak seharusnya dianggap sebagai ikhtiar terakhir.
Sikap Peduli dan Prihatin
Tanggungjawab untuk melakukan intervensi (pencegahan awal) tidak seharusnya terletak pada ibu bapa semata-mata.
Singapura telah pun menubuhkan Kumpulan Penjagaan Lanjut Antara Agensi (Inter-Agency Aftercare Group atau ACG), yang ditubuhkan pada 2002, sebagai satu rangkaian masyarakat yang menyokong keluarga tahanan dan individu di bawah pengawasan ISD.
Kumpulan ini bekerjasama dengan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (Religious Rehabilitation Group atau RRG). Bantuan praktikal, sokongan pendidikan, serta khidmat kaunseling yang disediakan membantu keluarga membina semula kestabilan dan hubungan dengan masyarakat.
Rakan-rakan masyarakat seperti AMP, MENDAKI, PPIS, Taman Bacaan, Masjid Khadijah, dan SINDA menawarkan sumber keluarga dan pendidikan yang saling melengkapi.
Dengan adanya sumber yang sewajarnya, para kakitangan di pertubuhan-pertubuhan ini dapat membantu golongan dewasa mengenal pasti keperluan yang belum dipenuhi, berlatih mengadakan perbualan yang sukar, serta menghubungkan keluarga dengan khidmat bimbingan (mentoring), kaunseling, atau bantuan pendidikan.
Sikap peduli yang merangkumi seluruh masyarakat harus menghubungkan keluarga, rakan sebaya, pendidik, pertubuhan masyarakat, dan agensi keselamatan. Lantaran itu, usaha menangani ekstremisme ganas (Countering Violent Extremism atau CVE) memerlukan pendekatan menyeluruh yang melibatkan seluruh masyarakat, serta penyelarasan antara pelbagai agensi termasuk sekolah, penyedia khidmat sosial, institusi keagamaan, pertubuhan masyarakat, dan agensi keselamatan - dengan peranan yang jelas bagi tujuan sokongan awal dan rujukan.
Pihak sekolah boleh melantik seorang pegawai perhubungan untuk menyelaraskan sokongan bersama kaunselor dan pekerja sosial.
Sokongan seperti ini harus menyediakan bantuan yang bersesuaian dengan tahap keperluan. Seorang remaja yang tertekan akibat dibuli mungkin memerlukan tindakan daripada pihak sekolah, khidmat kaunseling, serta sokongan berterusan daripada orang dewasa yang boleh dipercayai.
Sebarang bentuk kekaguman atau ketaksuban terhadap pengganas atau sokongan terhadap keganasan ekstremis wajar dilaporkan segera kepada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD), di samping memastikan sokongan kepada keluarga terus diberikan.
Walaupun ancaman yang bakal berlaku memerlukan tindakan kecemasan, orang dewasa tidak perlu menunggu sehingga ideologi seseorang dikenal pasti atau rancangan serangan dapat dibuktikan sebelum mendapatkan bantuan; penilaian profesional harus diperolehi bagi membimbing langkah intervensi selanjutnya.
Menyesuaikan Proses Pemulihan
Proses pemulihan di Singapura melangkaui kaunseling agama. Keutamaannya adalah untuk menyesuaikan kapasiti pelbagai disiplinnya kepada motivasi ideologi dan nihilistik yang bercampur-campur, dengan kaunseling agama jika relevan, dan perhatian kepada emosi, identiti dan tingkah laku online.
Literasi Interupsi juga harus sensitif terhadap jantina tanpa menetapkan sebarang laluan tetap. Pengamal harus meneroka bagaimana jangkaan jantina, rasa terhina, hubungan dan pencarian identiti diri membentuk pengalaman setiap orang.
3 Keutamaan Dasar
Pertama, perintis Literasi Interupsi dalam program keibubapaan dan latihan guru sedia ada, memanfaatkan kepakaran rakan-rakan masyarakat seperti institusi keagamaan, RRG dan pertubuhan masyarakat lain. Amalkan respons terhadap senario yang realistik dan nilaikan sama ada latihan tersebut meningkatkan pencarian bantuan yang sesuai.
Kedua, jelaskan laluan rujukan antara sekolah, perkhidmatan sosial dan rakan kongsi masyarakat. Terbitkan titik hubungan dan tanggungjawab, tetapkan aturan susulan dan kongsikan maklumat dengan sewajarnya. Rujukan untuk mendapatkan khidmat kaunseling tidak seharusnya melengahkan tindakan untuk melaporkan kes radikalisasi yang disyaki.
Ketiga, perkukuhkan latihan dan sumber untuk pemulihan yang sensitif terhadap jantina dan motivasi. Libatkan kepakaran dalam psikologi dan tingkah laku digital, sokong pengamal masyarakat dan nilaikan hasil sebelum memperluaskannya.
Literasi Interupsi (Interruption Literacy) wajar memperkukuh usaha sedia ada Singapura dalam menangani ekstremisme yang ganas, dengan melengkapkan golongan dewasa serta institusi untuk memahami mengapa bahan berunsur keganasan memberi kesan kepada golongan muda.
PAUSE menyediakan titik permulaan bagi pencegahan awal, yang disokong oleh pengalaman masyarakat serta jaringan sokongan yang saling berhubung. Dengan memahami keperluan asas, membina semula hubungan yang bersifat melindungi, dan melaporkan kebimbangan lebih awal, campur tangan yang sewajarnya dapat dilaksanakan sebelum keganasan berlaku.
Rencana bertajuk 'CO26223 | Beyond Digital Literacy: “Interruption Literacy” and Youth Violence' ini diterbitkan oleh RSIS pada 22 Okt 2026.
MENGENAI PENULIS
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.