Skip to main content

Komentar

KOMENTAR: Menghargai Aset Besar Singapura Yang Kerdil

Anggaran Waktu Membaca:
KOMENTAR: Menghargai Aset Besar Singapura Yang Kerdil

Ketegangan di Timur Tengah tetap menjejas Singapura kerana dunia saling berkait. (Gambar: MINDEF; Humanity Matters)

SINGAPURA: Amat jelas dan ketara sekali, dunia sedang bergolak, terutama di Timur Tengah. Sukar untuk meramal apakah kesudahan perkembangan ini kelak.
Related article image
Kepulan asap kelihatan selepas serangan peluru berpandu Iran, menyusuli serangan Amerika-Israel ke atas Iran, seperti yang dilihat dari Doha, Qatar pada 1 Mac 2026. (Gambar: REUTERS/Mohammed Salem)
Walaupun apa yang berlaku tidak melibatkan rantau ini, ia tetap membawa kesan kepada kita, menurut Saat A. Rahman, dan sedikit sebanyak menjejas kita. Ini dapat kita saksikan baru-baru in dalam operasi membawa pulang sebilangan warga Singapura yang terkandas di Timur Tengah.

Perkembangan di Timur Tengah memaparkan satu hakikat jelas: kita sedang melalui detik-detik yang tidak menentu. Meskipun gelora ini tercetus di luar rantau kita, ia sedikit sebanyak tetap menjejas kita kerana dunia ini saling berkait.
Related article image
Sebuah pesawat RSAF jenis Airbus A330 MRTT berlepas dari Pangkalan Udara Changi pada 10 Mac 2026 menuju ke Riyadh untuk membawa pulang rakyat Singapura dari Arab Saudi. (Gambar: Facebook/Zaqy Mohamad)
Related article image
Para penumpang di dalam pesawat MRTT A330 milik Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) di Riyadh, Arab Saudi, pada 10 Mac 2026. (Gambar: MINDEF)
Related article image
Penumpang dalam penerbangan pulang RSAF dari Riyadh tiba di Lapangan Terbang Changi pada 11 Mac 2026. (Gambar: CNA/Justin Tan)
Perkembangan yang berlaku, baik di Amerika Syarikat, Eropah, mahupun di Timur Tengah, walaupun jauh dari Singapura, tetap sedikit sebanyak menjejas kita.
Related article image
Menteri Negara Pertahanan, Desmond Choo, menyapa para penumpang yang turun dari pesawat MRTT milik RSAF yang kembali dari Jeddah, Arab Saudi, pada 13 Mac 2026. (Gambar: MINDEF)
Related article image
Seorang anggota RSAF membantu seorang wanita menaiki penerbangan pulang dari Riyadh, Arab Saudi, pada 10 Mac 2026. (Gambar: MINDEF)
SUKAR UNTUK DIRAMAL

Namun, apakah keadaan ini akan berterusan, atau dapat diselesaikan dengan segera dan secara aman?

Tiada siapa yang boleh meramalkan dengan tepat.

Namun yang pasti, kita bersyukur bahawa di Singapura, rakyat dapat menjalankan kehidupan yang  aman dan selesa seperti biasa.

Bagi masyarakat Islam pula, kita dapat menjalani Ramadan, dan persiapan Raya seperti biasa. Pada sebelah malam, masjid-masjid dipenuhi jemaah-jemaaah bertarawih.
Related article image
Para jemaah menunaikan solat tarawih di Masjid Al-Iman. (Gambar: BERITA Mediacorp)
Related article image
Bazaar Raya Geylang Serai pada 14 Februari 2026. (Gambar: BERITA Mediacorp/Nazirah Jamzuri)
Begitu juga keadaannya di bazar-bazar Raya, dan persiapan lain bagi sambutan Raya.

Tentunya, kita menghargai dan bersyukur akan hakikat keamanan ini dalam keadaan dunia yang sedang bergelora. Kita berada di negara berbilang kaum dan agama yang harmoni. Negara kita juga berada di rantau yang aman dan menitikberatkan kerjasama dan persefahaman.

Namun, kita tidak boleh mengambil mudah akan nikmat ini, yang diusahakan pemimpin dan masyarakat kita dari generasi ke generasi.

Buat masa ini, sukar untuk meramalkan apakah kesudahan perkembangan di rantau itu, terutama berhubung dengan Iran.

Apa yang penting, dalam kegelapan dan ketidaktentuan ini, kita bersyukur berada dalam negara dan rantau yang aman dan selamat.

Masyarakat Islam kita pula dapat melalui Ramadan dan sambutan Syawal dengan tenang, sejak sekian tahun lamanya. Tiada konflik dan sengketa yang mengancam, di rantau ini.

Melihat pelbagai pergolakan dan ketidaktentuan global sepanjang beberapa dekad ini, adalah sukar untuk menduga apakah cabaran-cabaran hebat lain yang bakal dilalui generasi mendatang kita. Saya sendiri dilahirkan dalam era negara kita belum berpisah dengan Malaysia, dan seterusnya melalui pelbagai detik penting yang akhirnya menentukan masa depan Singapura dan kemajuan yang dicapai setakat ini.

Tidak terlintas dalam fikiran saya pada ketika itu, negara dan warga kita berupaya mencapai kemajuan dan kemakmuran seperti sekarang ini. Lebih-lebih lagi apabila kita merenung kembali pelbagai cabaran dan ketidaktentuan sejak beberapa dekad lalu - baik dari segi persengketaan di sebahagian rantau di dunia, turun naik keadaan ekonomi, isu-isu kesihatan seperti SARS dan cabaran-cabaran lain.
Related article image
Sekitaran luar Hospital Tan Tock Seng pada Mac 2003 di tengah-tengah penularan wabak SARS. (Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)
MENSYUKURI KEDUDUKAN KITA

Namun, sebagai satu masyarakat, walaupun berbilang kaum dan agama, sejauh ini, kita dapat secara bersama berupaya mengharungi ujian dan dugaan ini. Kita dapat menikmati kehidupan dengan aman dan selesa. Memandang ke hadapan, adalah sukar untuk menduga apakah cabaran-cabaran hebat lain yang bakal dipikul generasi sekarang dan generasi mendatang.

Bagi saya, saya masih lagi teringat cogan kata ketika menjadi anggota pengakap pada awal 1970-an dahulu: 'Be Prepared' atau Sentiasa Bersedia.

Ini satu pedoman yang berharga dalam kita mengharungi kehidupan dengan pelbagai cabaran dan ujian.

Agama Islam juga menuntut kita membuat persediaan yang menyeluruh merangkumi pelbagai aspek kehidupan.

Secara bersatu dan bersepakat, berbekalkan pengalaman dan ilmu pengetahuan, kita akan terus berupaya mengatasi segala ujian dan cabaran.

MENGENAI PENULIS
Related article image
Saat A. Rahman ialah Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita