KOMENTAR: Memperingati Warisan Cikgu Ariff Sempena Seabad Kelahirannya
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bakti Pendeta Dr Muhammad Ariff Ahmad atau lebih mesra dikenali sebagai Cikgu Ariff diperingati tahun ini sempena seabad kelahirannya.
Mohd Raman Daud menyingkap keunggulan jasa gemilangnya yang wajar dilestari dan dimajukan Singapura.
Tahun ini genap seabad usia kelahiran Pendeta Dr Muhammad Ariff Ahmad (6 Disember 1924 - 23 Mac 2016) atau lebih dikenali sebagai Cikgu Ariff atau antara nama penanya yang terkenal, MAS (Muhammad Ariff Singapura).
Beliau antara anak Melayu yang paling banyak menerima anugerah kerana bakti besarnya. Malah, Dana Endowmen Pengajian Melayu telah dibentuk sejak 2009 di Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang (NIE-NTU) demi memperingatinya. Menerusi dana ini, biasiswa possiswazah telah dianugerahkan sejak 2016 - dua untuk Doktor Falsafah (PhD) dan satu untuk sarjana serta geran kajian oleh kumpulan sarjana dari Universiti Sains Malaysia.

Sebuah Hab Kajian dan Sumber telah dibangunkan atas namanya di Perpustakaan NIE yang boleh dibaca oleh pengguna sejagat. Di hab ini, hampir seluruh karya (50 judul buku), rencana di media cetak hingga elektronik, manuskrip, foto, surat, lukisan dan sketsa atau khazanah cendekianya dikumpulkan dalam bentuk digital.
DEMI MASYARAKAT
Dr MAS bertubuh sederhana agak gempal, memiliki daya ingatan luar biasa serta daya akal (IQ), emosi (EQ) dan semangat (SQ) yang tinggi serta bersenda pintar (wit). Secara matematik, rumus algebra pemikiran atau gaya hidupnya seperti berikut:
MAS = f(budi, syukur mujur, impian, huraian ilmu, ihsan zuhud, kaedah MAS)
Menurut Dr MAS, seluruh hidupnya adalah untuk berbudi dan membalas budi seperti terpapar dalam sajak, ‘Jadi Apa Aku?’. Mesej ini cuba diterapkan dalam semua karya dan usahanya di mana saja.
Harus jadi apa aku?
Kiai bilang: jadilah sesempurna insan
yang ke Khaliq ke makhluk – punya iman punya ihsan
biar Allah redha, manusia pun sunggi*
beroleh laba di dunia, di akhirat tidak rugi.
*(Nota: sunggi (Jawa) - menjunjung nama)
“Jangan kita berbudi dan harapkan balasannya. Jangan. Nanti kita kecewa. Kita berbudi kerana ikhlas, demi Allah sahaja yang balas,” katanya.

Bagi Dr MAS, peribahasa adalah khazanah budi Melayu dan juga semacam ‘hadis’. Hal ini diulasnya panjang lebar dalam buku, NILAM (2007). Buku ini dijulang sebagai ‘adikarya’ Melayu pertama abad 21 Masihi oleh Prof Emeritus Dr Hashim Musa dari Malaysia pada Seminar Temasek anjuran KGMS pada 2013.
Atas nama budi, MAS sanggup melayani panggilan telefon sehingga larut malam, daripada penanya yang terdesak cuba mendapatkan pencerahan ilmu dan pandangannya tentang bahasa, persuratan, kebudayaan Melayu dan Islam.
MUJUR/TUAH
Ketika menyiapkan memoirnya, Perjalanan MAS (Majlis Pusat. 2003), Cikgu Ariff memberitahu saya bahawa hidupnya bertuah atau ‘mujur’ (dari bahasa Jawa: beruntung, bernasib baik dan berbahagia).
Itulah sebabnya beliau sentiasa bersyukur walaupun mengharungi pelbagai cabaran besar. Baginya, bersama kesukaran ada kemudahan seperti maksud Surah Quran, Al-Insyirah.
Dek terlalu miskin, bapanya tidak sanggup menyekolahkannya. Namun mujurlah ketika bermain 'rounders' di laman rumah guru mengajinya di Malcolm Road, seorang guru menangkapnya dan diboncengkan ke Sekolah Melayu Tanglin Besar. Terpaksalah bapanya mendaftarkannya di sekolah itu.
Beliau pernah dicekup dalam serbuan askar Jepun secara rambang demi mendapatkan belia menjadi buruh paksa untuk Jalan Keretapi Maut Siam-Burma. Mujurlah beliau memakai lencana ‘Bunga Sakura’ pada saku bajunya - menunjukkan dirinya dilatih Tentera Jepun, maka terlepas bencana.

IMPIAN BESAR
Sejak kecil, MAS sudah menaruh impian besar. Beliau dipupuk kakeknya (bahasa Jawa: datuk). Sewaktu berkongsi tikar untuk tidur malam, kakeknya suka bercerita. Dari cerita-ceritalah inilah, beliau tahu beza erti angan-angan dan impian serta firasat hari muka.
Sejak 1936 (usia 11 tahun), MAS mula berkarya, termasuk kisah yang ‘kontras’ dengan cerita rakyat Mat Jenin (pemuda yang berangan-angan sehingga membawa punah). Nama ceritanya pula, Mat Jamin - pemuda yang berjiwa besar demi merubah hidupnya yang susah ke arah kejayaan.
Ketika bergiat dengan Kesatuan Guru Melayu Singapura (KGMS), MAS mendapati keadaannya tidak “memberangsangkan”. Impiannya adalah meniupkan semangat merdeka, memburu ilmu dan memajukan masyarakat menerusi sastera.
Maka itu, beliau gagaskan Angkatan Sasterawan ’50 (ASAS '50) di laman rumah sewanya sendiri! Daripada ratusan surat (alamat mereka diperolehi daripada Jymy Asmara, penyelaras di Singapura untuk Persaudaraan Sahabat Pena Malaya atau PASPAM, yang sebenarnya tidak berdaftar), hanya 18 orang penulis yang menyahut.

Berpaut dengan KGMS dan ASAS ’50, MAS berikhtiar untuk mengadakan Konferens (kemudian dikenali sebagai kongres) Bahasa dan Persuratan Melayu I di Singapura. Rancangan awal ialah pertemuan ini diadakan di Sekolah Melayu Kota Raja. Namun guru besar hanya mengizinkan kantin sekolahnya digunakan.
Ia suatu ‘penghinaan’ dan mendorong rakan-rakan MAS mengadakannya di Hotel Seaview! Maka naiklah ‘martabat’ sasterawan (sastera pernah dahulu dikaitkan dengan ilmu nujum). Dari Kongres I hingga III (1952, 1954 dan 1956), nama MAS terpahat sebagai penggerak utama (prime mover) tiga kongres awal itu, demikian dapatan kajian Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan.
BERKARYA DEMI HURAIAN
Ketika diminta memutuskan apakah perjuangan ASAS ’50, MAS selaku Ketua I telah memilih ‘Seni Untuk Masyarakat’ dan mengetepikan ‘Seni untuk Seni’. Keputusannya mengakhiri polemik panas awal 1950-an.
MAS senantiasa menerapkan ‘faedah ilmu huraian masyarakat’ dalam tulisannya dari drama radio, sajak, cerpen sehinggalah novel. Hal ini ditanggapi oleh sasterawan ternama, Isa Kamari, sebagai “keunikan” pada MAS yang hampir tiada tara pada sasterawan sezamannya.
Noveletnya, Sarah Pengarang Kecil (1960) memberi huraian bahawa ilmu diperlukan untuk memajukan masyarakat. Menerusi novelnya, Mail Mahu Kawin (1974), MAS meneroka erti kehidupan berumah tangga yang teguh sebagai teras masyarakat. Peri pentingnya mencari jodoh sehingga perlu menggunakan komputer, telah diutarakannya lama sebelum ia menjadi trend. Dalam novelnya Syarifah (1998, berdasarkan cerpennya tahun 1952), MAS menghuraikan peri pentingnya hak wanita menentukan pilihan jodohnya.

IHSAN DAN ZUHUD
Sepanjang hidupnya, beliau sentiasa menerima pelbagai permintaan untuk berkhidmat atau setidak-tidaknya memberi nasihat atau ulasan, terutama jika diperlukan pihak media.
Walaupun rumahnya, 16 Nemesu Avenue, jauh dari kemudahan awam, Cikgu Ariff sering dikunjungi pelajar, guru sehingga mahasiswa doktor falsafah. Demi “menyenangkan” mereka, beliau sediakan mesin fotostat. Ada sebahagian bukunya “kena kapur” (tak dipulangkan setelah dipinjam). Tulisan dan koleksi bukunya sering difotostat oleh kalangan mereka yang tidak pula menghulurkan sagu hati.
Dr MAS memiliki cara hidup rendah hati, mudah lagi polos - bak menepati erti ‘zuhud’ dari segi tasawuf. Pakaiannya amat sederhana. Rumahnya berhias sederhana, hanya amat menonjol adalah koleksi buku dan manuskripnya sehingga kabinet besi yang sarat dengan surat dan dokumen. Cara hidupnya seperti meniru gurunya, Ustaz Ahmad Zuhri bin Mutamim (1905-1985).
Melihat ‘khazanahnya’, wartawan Berita Harian, Cik Nuryati Duriat bertanya: “Ini nanti untuk siapa Cikgu?”
Jawabnya mudah: “Suatu hari nanti, masyarakat perlukan walau saya tiada.” Ternyata benar jangkaannya.
Beliau menolak untuk menerima wang pembelian koleksinya oleh Lembaga Perpustakaan Negara (NLB). Wang tadi dijadikan modal bagi ‘Anugerah MAS’ untuk mengiktiraf penulis berpotensi besar dari kalangan guru (termasuk guru agama atau asatizah) dan profesional berusia bawah 40 tahun. Selepas empat kali diadakan (2006-2009), hadiah ini dihentikan kerana calon penerima kian berkurangan. Mentelah, Majlis Bahasa Melayu Singapura juga mempunyai skim serupa.
Maka wang tadi selanjutnya dijadikan modal benih bagi Dana Endowmen Pengajian Melayu Dr Muhammad Ariff Ahmad di NIE-NTU. Ketika dikhabarkan tentang beliau sebagai insan Melayu pertama di nusa ini dihormati dengan endowmen ini, Dr MAS terlalu sebak seraya berujar: “Penghargaan ini terlalu tinggi bagi saya.”
KAEDAH MAS
Dr MAS merupakan pengamal (practitioner) daripada teoriwan (ahli teori) sahaja. Apabila beliau menyatakan tentang makanan tradisional Melayu dari ketupat, lontong, sambal goreng dan sebagainya, hakikatnya beliau pernah memasaknya.
Saya namakan caranya sebagai ‘Kaedah MAS’ iaitu ilmuwan-pengamal yang sanggup turun padang untuk memberi tunjuk ajar kepada murid sehingga masyarakat.
Misalnya, beliau amat hargai ikhtiar Cikgu Mahmud Ahmad (1906-1976) yang sanggup membetulkan ‘bahasa’ Berita Harian dengan cara guru (tandakan kesilapan halaman akhbar Berita Harian dengan tinta merah dan berikan pembetulan) yang kemudian dikirim melalui pos. Sebaliknya, Cikgu Ariff menawarkan dirinya untuk datang langsung ke Times House demi membimbing para wartawan Berita Harian pada waktu rehat/makan tengah hari antara lewat 1980-an dan awal 1990-an.
Beliau gigih mengadakan bengkel bahasa dan sastera sehingga ke Sebutan Baku untuk para penyiar radio dan televisyen. Di Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), beliau membantu dalam membentuk sayap perhubungan awam menerusi lidah Warita sehingga menjadi jurucakap dan wakilnya.
Beliau juga menasihati pasangan muda yang rumah tangga mereka retak dan menganggotai Lembaga Rayuan MUIS. Beliau juga menunjuk ajar cara membina dan menguruskan masjid ketika memimpin Lembaga Pembinaan dan Lembaga Pentadbir Masjid Al-Muttaqin.
Banyak lagi boleh dijejerkan tentang bakti Dr MAS. Maka terserah kepada kita untuk memperingatinya dengan tulus, gigih dan bijaksana kerana begitulah pesanannya.

MENGENAI PENULIS
Mohd Raman Daud ialah mantan wartawan kanan Berita Harian (1984-2016), mantan penulis tetap skrip drama televisyen Perbadanan Penyiaran Singapura (1980-1984), pengarang, aktivis masyarakat, editor sejumlah buku termasuk adikarya Pendeta Dr Muhd Ariff Ahmad, NILAM. Beliau juga antara anggota pengasas Majlis Bahasa Melayu Singapura.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.