KOMENTAR: Memasyarakat MASTERA, Membangun Sastera
Anggaran Waktu Membaca:

Hari Mastera 2024. (Gambar: Afi Hanafi/Facebook)
SINGAPURA: Masyarakat yang membangun seharusnya memiliki daya cipta dan seni halus yang tinggi dan berkembang sejajar dengan peredaran masa. Keampuhan dalam bidang pembangunan fizikal dan ekonomi belum tentu menjamin kemajuan dan kesejahteraan yang sebenarnya.
Ranah sastera dan seni adalah sebahagian daripada jiwa dan khazanah budaya yang menjadikan sesebuah masyarakat celik peradaban, sadar politik, berwawasan dan mendakapi nilai-nilai kesejagatan, lantas mendaulatkan manusia bermaruah.
Ranah sastera terjelma dalam pelbagai arena. Pastinya dalam kalangan cerdik pandai yang menghargai budaya persuratan. Juga dalam dunia pendidikan. Namun yang terbesar adalah awam yang membaca yang tertarik dengan naratif dan pengimejan, kekata dan kritikan.
Di sinilah dapat kita jejak kehadiran penulis, penggiat dan pendukung sastera, yang termasuk di dalamnya penerbit, penyunting, penjual buku, selain pengurus sastera yang menjalankan forum dan seminar sastera.
Kesemua ini terangkum apa yang disebut sebagai ekologi sastera. Namun kalau diperpanjangkan, sastera tidak sekadar, ataupun tidak boleh terbatas kepada suatu wilayah. Ruang sastera tidak mengenal sempadan, kerana rumahnya sasterawan dan seniman adalah jagat alam, tanpa beralamat pada lokasi yang spesifik.
Dalam erti kata lain, sastera boleh sahaja hidup dalam wilayah setempat, serantau dan sejagat. Maka dari kesedaran seperti ini, ia membuat para sasterawan sering berkelana bukan sahaja mencari ilham, tetapi menjalin keakraban dengan penulis di tanah seberang.

Di Nusantara, rasa keakraban dalam kalangan para sasterawan telah berkembang seiring dengan sentimen kebangsaan yang meluap-luap sejak Perang Dunia Kedua. Gerakan sastera Angkatan’45 di Indonesia ternyata memberi kesan kepada perkembangan sastera Melayu di Singapura dan Semenanjung Malaysia. Pembentukan ASAS’50 di Singapura ternyata tergerak dengan apa yang berlaku di rantau ini, khususnya di Indonesia.
Rasa keakraban sastera ini berdenyut dari masa ke masa. Penulis dan penggiat sastera Melayu di Singapura pernah menggembeling usaha untuk menganjurkan Pertemuan Sastera Nusantara. Penulis setempat kita, yang dipimpin oleh barisan sasterawan mapan, sedar akan pentingnya kita mengeratkan hubungan dengan para sasterawan lain di rantau ini. Usaha mereka juga membuktikan masyarakat sastera setempat mampu menjadi penggerak untuk membolehkan para sasterawan dari rantau ini berkumpul, berbahagi bacaan, lantunan dan syarahan sewaktu di sini.
Tabik bagi para sasterawan dan penggiat sastera kita, khasnya yang berada dalam ikatan ASAS’50 yang bekerja keras menjayakan pertemuan tersebut.
Melembaga MASTERA
Selain ikhtiar Pertemuan Sastera Nusantara, satu lagi perkumpulan sastera bergerak di tingkat yang lebih formal adalah MASTERA (Majlis Sastera Asia Tenggara). MASTERA ditubuhkan atas kesepakatan tiga negara pendiri yakni, Brunei, Indonesia dan Malaysia pada 1985. Singapura diundang sama dan menjadi negara pemerhati, sehinggalah pada 2012, ia menjadi anggota penuh.
Sebelum itu, dalam bidang bahasa, negara serantau yang menggunakan Bahasa Melayu/Indonesia sudahpun menjalin kerjasama dalam MABBIM (Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia) sejak 1972. Singapura menjadi negara pemerhati sehingga hari ini.
Setiap negara anggota meletakkan badan rasmi berkenaan bahasa dan sastera negara masing-masing sebagai wakil dan pengendali kegiatan MASTERA. Malaysia dan Brunei diwakili oleh Dewan Bahasa dan Pustaka di negara masing-masing, sedang Indonesia pula diwakili oleh Pusat Bahasa yang berpangkalan di Jakarta. Manakala di Singapura, kegiatan MASTERA diuruskan oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura.

Dengan keanggotaan dalam MASTERA, tiang seri sastera Melayu di Singapura menjadi lebih kukuh. Antara tiang sastera yang tersedia adalah persatuan penulis seperti ASAS’50, badan penyelaras seperti Majlis Bahasa Melayu Singapura, akhbar dan media Melayu tempatan, Pengajian Melayu serta pedidikan bahasa dan sastera di sekolah dan maktab, selain para penerbit, perpustakaan dan badan kebudayaan Melayu setempat.
Dalam lain perkataan, ranah sastera tidak sahaja terdiri oleh para penulis yang menjadi tiang seri utama. Ia juga memerlukan dukungan prasarana, sumber, badan dan penggerak. Membangunkan masyarakat sastera (penulis dan pembaca) sama pentingnya dengan membangunkan jentera dan prasarana sastera (penggiat, pentadbir dan pendana).
Sejak keanggotaan MASTERA, setiap negara anggota mendapat manfaat dan peluang. Kumpulan sastera Melayu Singapura, sebagai contoh, sekarang dapat memanfaatkan pelbagai forum, bengkel, seminar dan wadah penerbitan yang disediakan oleh Brunei, Indonesia dan Malaysia. Karya-karya para penulis kita dari semasa ke semasa diundang atau dimasukkan ke dalam rangkaian penerbitan seperti majalah Pangsura (Brunei) dan edisi khas dalam jurnal Dewan Masyarakat (DBP, Malaysia) selain majalah dari Pusat Bahasa, Indonesia.
Selain itu, setiap negara anggota MASTERA menganugerahkan hadiah sastera dalam pelbagai kategori. Ini juga dapat dimanfaatkan oleh sasterawan kita, sekali gus memberi pengiktirafan kepada mereka di peringkat serantau.
Memasyarakat MASTERA
Dengan saling mengenal satu sama lain, kita dapat membaca, mengiktiraf dan diilhamkan oleh karya-karya besar dari rantau ini, sekali gus menjadi wadah di mana penulis kita mendapat pendedahan kepada budaya dan khazanah sastera serantau.
Pelbagai strategi telah disarankan agar MASTERA sebagai ikatan sastera dapat bergerak di negara anggota masing-masing.
Antara yang diusulkan ialah MASTERA terlibat aktif dalam kalangan persatuan penulis dan mahasiswa di kampus. Sewajarnya MASTERA bukan sekadar jenama yang harus dipromosikan tetapi menjadi tekad dan pendirian kukuh dalam memperkenalkan sastera kepada khalayak yang lebih besar.

Pengendali MASTERA harus mencari wadah baharu untuk memasyarakatkan sastera. Media baharu pastinya harus dimanfaatkan. Siaran podcast, forum dalam talian, kuliah ala 'TED Talks', penulisan makalah ringkas berbentuk “opinion pieces” wajar digerakkan, selain wadah yang sedia ada seperti seminar, jurnal, ceramah, bacaan puisi, sayembara sastera, pameran dan banyak lagi.
Wadah sastera yang berkesan pastinya tahu akan sasaran khalayaknya. Strategi dan perancangan diperlukan. Malah dalam keanggotaan MASTERA, kita saling dapat bertukar-tukar idea dan pengalaman, bagaimana kegiatan dan wacana sastera boleh dikembangkan lagi.
Visi serantau ertinya memperluaskan skop sastera dan daya ilham para sasterawan kita. Mengenali para sasterawan setempat belum memadai. Pastinya diperlukan pendedahan kepada jaguh-jaguh handal dalam dunia sastera di rantau ini. Pada masa yang sama kita berpeluang memperkenalkan tokoh sasterawan tanah air kita kepada khalayak yang lebih besar di rantau ini.
Potensi membangunkan MASTERA harus terus dioptimumkan. Para pentadbir dan penggubal dasar harus melihat ini menjangkaui kerjasama yang bersifat rasmi dan berdiplomasi. Lain perkataan, MASTERA bukan semata hubungan badan berwenang tentang sastera.
Sudah sampai masanya juga kita meneroka dengan lebih bersungguh-sungguh agar budaya bersastera, berestetika dan keintelektualan dapat diperkenalkan dan diperluaskan kepada khalayak masing-masing dengan lebih kerap dan mendalam.
Di Singapura, meraikan Hari MASTERA pada setiap tahun adalah usaha untuk memasyarakatkan sastera serantau kepada khalayak Singapura. Pada 17 Ogos lalu telah tersempurna Hari Mastera yang diadakan di The Arts House.

Acara tahun ini melibatkan lebih ramai anak muda daripada kumpulan Sahabat Sastera untuk berbicara, melantun puisi, mengadakan persembahan muzik dan tarian. Para sasterawan mapan tanah air turut hadir menyerikan acara, yang sebenarnya diadakan untuk meraikan mereka, selain sasterawan serantau.
Melibatkan anak muda dalam kegiatan sastera telah menjadi sebahagian daripada pendekatan Majlis Bahasa untuk menyemarakkan kegiatan sastera dan bahasa.
Dengan keanggotaan dalam MASTERA kita bukan saja memerlukan barisan penulis mapan dan baharu, tetapi juga para penggerak dan pengkaji sastera. Ini kerana MASTERA memiliki tunjang penulis sastera, pengurus sastera, serta pengkaji sastera. Ertinya MASTERA Singapura harus mempersiapkan struktur sebegini dalam perancangannya.
Sekadar mengenali para sasterawan menerusi wadah ikatan MASTERA, pastinya tidak mencukupi. Diperlukan sekelompok pengkaji dan pendidik sastera yang boleh tampil menggerak kajian dan kegiatan sastera. Sama penting adalah usaha membangunkan hubungan sesama anggota MASTERA. Setiap tahun negara anggota mengambil giliran menjadi tuan rumah untuk bersidang dan menganjurkan Seminar MASTERA. Tahun ini giliran Brunei, dan pada tahun hadapan, Singapura menjadi tuan rumah.
Kegiatan seperti ini pastinya memberi pendedahan dan pengukuhan jaringan antara para sasterawan kita dengan sasterawan lain dari rantau ini. Anak muda kita boleh memanfaatkan pelbagai bengkel dan forum yang disusun. Pendedahan di peringkat serantau menjadi masukan yang berguna kepada penulis dan pengkaji muda kita.
Kemanusiaan Nusantara
Cara pandang yang luas tentang sastera boleh tergerak sekiranya cakerawala sastera kita luas. Dengan merasakan kita sama berada dalam kekeluargaan sastera yang besar, ia akan menjadikannya sebagai pembakar semangat untuk turut menyumbang menghasilkan karya dan wacana yang bermutu, selain kita dapat menikmati taman-taman sastera yang rimbun mekar dari negara tetangga.

Suatu ikatan ketara yang lazim kita perhatikan ialah mekarnya kemanusiaan Nusantara yang terjelma dalam pandangan dunia ataupun orientasi nilai. Kita memerlukan kemanusiaan yang membumi, berpihak, berilmu, berkerohanian, berpendirian untuk menyuburkan pemberdayaan dalam kalangan orang awam, dan siap siaga memantau apa jua jenis dehumanisasi yang menggolak hak dan martabat manusia, sambil ia menyuntik wawasan harapan.
Cakerawala sebesar ini tidak boleh wujud sekiranya kita memiliki imaginasi sastera yang sempit. Mengusul dan menyeru kepada kemanusiaan mungkin sahaja mudah, tetapi kandungannya harus dipastikan relevan, substantif, membumi, kritis dan rasional.
Kemanusiaan Nusantara dalam Sastera
Kemanusiaan dalam sastera memiliki segi-segi menyeru dan menyanggah.
“Sastra besar hanya lahir dari keagungan, bukan dari semangat menepi-nepi, semangat pojok.”
Begitulah yang pernah diujarkan oleh Sitor Situmorang, seorang sasterawan berwibawa dari Indonesia.
Berada dalam keanggotaan MASTERA yang lebih besar, membuat kita bergerak merancang dan membangunkan ekologi sastera di tempat kita. Perancangan yang baik juga datang daripada wawasan yang jelas dan kukuh. Maka itu kemanusiaan Nusantara yang terjelma lewat badan seperti MASTERA harus dapat mewarnai ranah kesusasteraan kita pada hari muka.
Ini bererti kumpulan MASTERA tidak boleh tersendat dengan ragam birokratik, atau eksklusif hanya kepada kelompok tertentu.
Rasa kekeluargaan, kebersamaan dan keserumpunan dalam bersastera akan terbangun kalau kita memiliki paradigma sastera yang saling menghargai.
Mungkin paradigma sebeginilah yang boleh disebut sebagai kemanusiaan Nusantara. Malah sudah banyak sasterawan ulung seperti Shahnon Ahmad menyebut peri penting kemanusiaan menjadi asas atau pasak kesusasteraan itu sendiri. Beliau mengatakan:
“Kesusasteraan yang terbabas daripada kemanusiaan adalah kepelikan-kepelikan yang sedang berlaku dengan rancak sekarang ini bila sasterawan cuba mengolah karyanya atau pengkritik cuba mendekati sesebuah karya sastera itu.
Kepelikan-kepelikan itu terjadi kerana masing-masing cuba meyakini orang lain bahawa kesusasteraan bukan kemanusiaan tetapi adalah teknik-teknik, adalah bahasa-bahasa dengan gaya-gaya yang tertentu, adalah imaginasi dan kekuatan daya khayal yang tidak secara mesra berkaitan dengan kemanusiaan.
Kepelikan yang cuba menyarankan bahawa kesusasteraan bukan kemanusiaan ini semakin hebat diketengahkan oleh golongan-golongan yang melihat kemanusiaan sebagai sesuatu yang menyekat kebebasan kesusasteraan itu sendiri. Kesusasteraan tanpa kemanusiaan yang bermakna sebenarnya bukanlah boleh disebut sebagai kesusasteraan.”
Tanpa kemanusiaan seperti ini, inti, roh dan bentuk sastera akan rapuh dan mudah mengecut. Kemanusiaan sebagai nilai dan cara pandang dan hala tuju membangunkan bangsa dan negara, adalah asas penting.

Maka gagasan seperti MASTERA mempunyai peranan penting bukan sahaja sebagai penggerak sastera, tetapi juga sebagai pengikat kemanusiaan yang mendunia dan mengunggulkan akal budi.
Jelasnya dari MASTERA ia membolehkan kita memanfaatkan pelbagai kegiatan sastera di peringkat serantau. Kemanusiaan sastera kita pasti akan diperkukuh oleh warna-warni sastera rantau ini.
Namun itu bukan bererti kita hanya menjadi pemanfaat semata. Malah dengan berada dalam ikatan serantau ini kita juga boleh menjadi penyumbang dan pencorak kepada dunia sastera Nusantara.
Itulah yang harus menjadi impian, perancangan dan harapan kita.

MENGENAI PENULIS
Dr Azhar Ibrahim Alwee ialah pensyarah Pengajian Melayu di Universiti Nasional Singapura (NUS). Beliau juga Naib Pengerusi Yayasan Warisan Melayu (MHF) dan anggota Majlis Bahasa Melayu Singapura dan Sahabat Sastera.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.