KOMENTAR: Landskap Ancaman Pengganasan Di Asia Tenggara Selepas Jemaah Islamiyah Dibubar
Anggaran Waktu Membaca:

Pesantren Darusy Syahadah di Boyolali, Indonesia. (Gambar hiasan: CNA/Wisnu Agung Prasetyo)
SINGAPURA: Pembubaran Jemaah Islamiyah (JI) di Indonesia telah menimbulkan kebimbangan terhadap penubuhan kumpulan-kumpulan serpihan yang terdiri daripada bekas anggota JI, yang boleh menggugat kestabilan keselamatan di seluruh Asia Tenggara, termasuk Singapura, Malaysia dan Filipina.
Pendekatan pelbagai aspek dan kerjasama rentas sempadan penting untuk memastikan pembubaran Jemaah Islamiyah membawa kepada keamanan yang berkekalan dan bukan lenyapnya ekstremisme buat sementara waktu.
Pembubaran Jemaah Islamiyah (JI) di Indonesia menandakan satu kemajuan ketara dalam landskap antipengganasan di Asia Tenggara. Walaupun agensi-agensi keselamatan boleh menghela nafas lega, ia berpotensi menimbulkan cabaran-cabaran keselamatan baharu. Kebingkasan JI, ditambah dengan rangkaian anggotanya yang sejak sekian lama sudah berakar umbi dan dengan daya tarikan ideologinya, ia boleh meningkatkan potensi kumpulan-kumpulan serpihan baharu ditubuhkan dan lebih radikal yang terdiri daripada anggota tegar.
Ancaman baharu ini memerlukan pendekatan yang lebih bersasar dan ia juga melibatkan usaha pelbagai aspek untuk memerangi pengganasan dalam jangka panjang di Asia Tenggara.
Penubuhan Kumpulan-Kumpulan Serpihan Baharu
Pembubaran JI mungkin membayangkan seolah-olah keputusan itu adalah satu langkah ke belakang daripada keganasan terancang. Penyerahan senjata, termasuk senjata api yang sebelum ini disembunyikan di kawasan-kawasan terpencil, menunjukkan seolah-olah kumpulan itu komited terhadap pelucutan senjata. Sungguhpun demikian, salah satu keprihatinan yang paling mendesak ialah ia berpotensi menubuhkan kumpulan-kumpulan serpihan baharu yang lebih radikal.
Sesetengah bekas anggota JI mungkin merasakan perjuangan mereka dikhianati oleh keputusan pemimpin JI dan ini mungkin mendorong anggota tegar untuk meneruskan perjuangan ideologi JI. Sentimen seolah-olah para pemimpin kanan JI telah "memusnahkan perjuangan mereka sendiri" boleh mencetuskan perpecahan sedemikian, yang membawa kepada kemunculan kumpulan-kumpulan serpihan dengan ideologi dan taktik yang lebih ekstrem.

Cabaran Seterusnya
Berdasarkan persekitaran keselamatan semasa, banyak negara telah mengalihkan tumpuan mereka daripada kestabilan dalam negeri ke arah usaha menangani konflik antara negara dan lebih mengutamakan keselamatan negara masing-masing.
Peralihan ini berisiko menyebabkan sesetengah negara terlepas pandang terhadap ancaman-ancaman baharu, terutama sekali di rantau seperti Asia Tenggara, di mana kumpulan seperti JI lebih aktif. Serangan nekad di Tel Aviv, Israel pada 18 Ogos menjadi peringatan bahawa ancaman kumpulan-kumpulan serpihan masih wujud, sedang negara-negara bergelut dengan ketegangan geopolitik.
Kedudukan Strategik Singapura dan Keprihatinan Terhadap Keselamatannya
Kedudukan unik Singapura sebagai sebuah hab kewangan dan jaraknya yang dekat dengan Indonesia meletakkan negara ini dalam kedudukan yang boleh menggugat keselamatannya. Sebagai sebuah pusat kewangan utama di Asia Tenggara, Singapura menjadi sasaran kumpulan pelampau yang mahu menyebarkan agenda-agenda tertentu.
Pembubaran JI menimbulkan kebimbangan terhadap radikalisasi dalam kalangan belia Singapura, dengan sesetengah anggota tegar JI akan berusaha untuk mewujudkan semula rangkaiannya di rantau ini.

Dari perspektif strategik, Singapura perlu terus berwaspada. Dengan persaingan yang semakin sengit antara China dan Amerika Syarikat, terdapat risiko bahawa Singapura dan negara-negara Asia Tenggara yang lain mungkin lebih tertumpu kepada isu keselamatan dalam negara masing-masing, dan ini akan membuka peluang kepada kumpulan-kumpulan serpihan untuk memperluaskan pengaruhnya dan melancarkan serangan jika ancamannya dipandang remeh.
Malaysia 'Tapak Semaian' Kumpulan-Kumpulan Pelampau
Malaysia telah dijadikan sebagai tempat persinggahan dan juga lokasi untuk merekrut anggota baharu untuk kumpulan-kumpulan pelampau, termasuk JI.
Walaupun JI sudah dibubarkan, rangkaian kumpulan pelampau masih berleluasa di Malaysia dan ini menimbulkan cabaran dalam usaha memerangi pengganasan. Beberapa warga Indonesia yang cuba menyertai kumpulan-kumpulan pelampau di Marawi, Filipina masih dipenjarakan di Malaysia, dan ini menekankan betapa pentingnya untuk terus mengukuhkan kerjasama serantau.
Landskap keselamatan di Malaysia dirumitkan lagi dengan keprihatinan terhadap keselamatan dalam negeri dan dinamik politiknya.
Tumpuan Malaysia terhadap kestabilan dalam negeri, khususnya dalam menghadapi tekanan ekonomi dan sosial, boleh menyebabkan negara itu kurang menumpukan usaha memerangi pengganasan. Ini amat membimbangkan memandangkan Malaysia mempunyai sejarah sebagai sebuah hab untuk merekrut anggota baharu bagi kumpulan-kumpulan pengganas. Jika Malaysia kurang memberikan perhatian kepada isu-isu keselamatan, ia akan memberi peluang kepada ideologi ekstremis untuk muncul semula.
Terdapat juga risiko sekiranya Malaysia beralih ke arah keselamatan negara yang lebih tradisional, yang berpotensi menimbulkan ancaman daripada JI jika ancaman itu tidak ditangani dengan sewajarnya. Interaksi kompleks antara tekanan peringkat domestik dan antarabangsa menekankan keperluan untuk Malaysia terus berwaspada dalam usaha memerangi pengganasan, sedang negara itu menangani pertimbangan geopolitik yang lebih luas.
Pemberontakan dan Cabaran Keselamatan Berterusan Filipina
Filipina masih bergelut dengan isu-isu pemberontakan yang kompleks dan pelbagai rupa, terutama di wilayah selatan negara itu di mana kumpulan seperti Abu Sayyaf dan Barisan Pembebasan Islam Moro bermaharajalela.

Hubungan sejarah JI dengan kumpulan-kumpulan ini, ditambah pula dengan kemungkinan bekas anggota JI mencari perlindungan di Filipina, dan ini berisiko mencetuskan cabaran besar kepada keselamatan serantau.
Implikasi strategik keadaan keselamatan dalam negeri Filipina menjangkaui sempadannya.
Cara Filipina menangani kegiatan-kegiatan pemberontak boleh menjejas secara langsung terhadap kestabilan serantau. Jika bekas anggota JI bergabung dengan kumpulan-kumpulan pemberontak tempatan, maka risiko berlaku semula keganasan di Mindanao atau bahagian-bahagian lain di Filipina adalah tinggi.
Ini boleh membawa kepada krisis serantau yang lebih luas, terutama jika keganasan dan pengganasan merebak ke negara-negara jiran atau menggugat keselamatan maritim di perairan penting di Laut Sulu dan Laut Celebes yang strategik.
Dari sudut keselamatan, tumpuan Filipina terhadap konflik luar, khususnya pertikaian berterusan di Laut China Selatan, mungkin mengalihkan perhatiannya daripada ancaman yang ditimbulkan oleh kumpulan-kumpulan pengganas seperti JI. Jika Filipina terlalu tertumpu kepada keselamatan dalam negeri, ia mungkin secara tidak sengaja membolehkan kumpulan-kumpulan serpihan baharu memperoleh kekuatan dan memperluaskan pengaruh masing-masing, yang berpotensi merumitkan persekitaran keselamatan serantau.
Pengaruh Timur Tengah dan Implikasi Serantau
Konflik berterusan antara Israel dan Hamas menambah satu lagi kerumitan kepada landskap keselamatan di Asia Tenggara.
Perang itu telah meningkatkan ketegangan di seluruh dunia Islam, yang berpotensi menjadi sumber 'inspirasi' kepada kumpulan-kumpulan radikal di Asia Tenggara.
Hubungan sejarah JI dengan Timur Tengah, terutama melalui latihan dan pertukaran ideologi, bermakna konflik Israel-Hamas boleh berlarutan lebih panjang dengan bekas anggota JI dan kumpulan pelampau lain turut terlibat sama di rantau itu.

Terdapat juga kebimbangan para pelampau tegar dari Asia Tenggara yang turut berperang di Timur Tengah akan pulang ke rantau ini dengan 'kemahiran baharu' dan ideologi yang lebih radikal, sekali gus menimbulkan ancaman baharu kepada keselamatan serantau.
Ini amat membimbangkan negara-negara seperti Singapura, Malaysia dan Filipina, di mana kepulangan individu sedemikian boleh menjejaskan kestabilan masyarakat tempatan dan menghidupkan semula aktiviti pelampau.
Kesimpulannya: Pendekatan Seimbang
Pembubaran JI di Indonesia telah membentangkan peluang dan cabaran baharu kepada landskap keselamatan serantau.
Walaupun ia menandakan satu langkah penting dalam usaha memerangi pengganasan, ancaman-ancaman baharu mungkin ditimbulkan oleh anggota tegar dan ancaman mereka terhadap keselamatan serantau dan domestik kekal tinggi.
Sedang negara-negara di Asia Tenggara mengharungi landskap geopolitik yang semakin rumit, terdapat keperluan kritikal untuk mengimbangi keprihatinan terhadap keselamatan dalam negeri dengan ancaman berterusan yang ditimbulkan oleh kumpulan-kumpulan serpihan baharu.
Kumpulan-kumpulan serpihan ini boleh menimbulkan ancaman yang ketara, sedang negara-negara memberi tumpuan kepada usaha untuk mengelakkan konflik antara satu sama lain.
Strategi keselamatan menyeluruh yang menyepadukan usaha memerangi pengganasan dengan pertimbangan geopolitik yang lebih luas adalah penting untuk menjaga keamanan dan kestabilan jangka panjang di Asia Tenggara.
*Rencana bertajuk "The Evolving Threat Landscape in Southeast Asia After the Disbandment of Jamaah Islamiyah" diterbitkan oleh Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) pada 23 Ogos 2024.
MENGENAI PENULIS
Dr Noor Huda Ismail ialah zamil pelawat di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.