KOMENTAR: Laluan Sutera Pada Langkah Singapura
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Laluan Sutera tampak berkembang semula selepas China mencurahkan sekitar AS$1trilion dalam projek Jalur Ekonomi Laluan Sutera (IBR) yang diraikan sedekad kehadirannya di Beijing, baru-baru ini. Mohd Raman Daud menyusuri jalinan Singapura dalam projek gah ini.
Sebut saja Laluan Sutera, sering terimbas di minda akan kembara kafilah demi kafilah sepanjang laluan 6,400 km yang amat mencabar dek cuaca terlampau, ancaman penyamun dan sebagainya di kawasan gurun dan juga lembah.
Laluan Sutera bermula dari Xi’an (ibu kota silam), berbentengkan Tembok Besar China, lewat Asia Tengah, Afghanistan, Pakistan dan utara India sehingga Aleppo di Syria dan Venice di Italy.
Dari 200 tahun sebelum Masihi sehingga pertengahan abad ke-15M, Laluan Sutera mempengaruhi haluan jagat – dari perdagangan sutera sehingga emas, pertukaran idea dan pertembungan budaya serta agama. Bahkan dikatakan ada sepotong hadis menyeru: “Tuntutlah ilmu walau ke Negeri China”.

Namun ramai tidak sedar bahawa Laluan Sutera juga melibatkan pelayaran menurut musim angin lazim (monsun) lewat pesisir Yaman, Parsi, India, Selat Melaka dalam rantau Asia Tenggara atau Nusantara dan mengharungi Laut China Selatan yang berakhir di Canton (kini Guangzhou).
Sejak kebangkitan China sebagai adikuasa pasca moden, dwilaluan Laluan Sutera dihidupkan semula menerusi pembinaan prasarana pengangkutan: jalan raya, landasan kereta api sehinggalah pelabuhan canggih. Ia bermula pada 2013 dek dipacu impian dan azam besar Setiausaha Agung Parti Komunis China dan Presidennya, Xi Jinpeng.
Baru-baru ini, berhimpunlah para pemimpin dan wakil 130 negara di Beijing demi meraikan sedekad kehadirannya. Laluan Sutera dirubah dengan erti ‘strategik’ baharu iaitu Jalur Ekonomi Laluan Sutera (Initiative of Belt and Road, IBR) dalam rangka China menyaingi ketuanan Amerika Syarikat.

PERANAN SINGAPURA
Di mana Singapura dalam IBR?
Ketika IBR dilancarkan, nama Singapura dikatakan “tidak disebut”. Mujurlah dalam tahun yang sama, Dr John N Miksic telah menghasilkan adikarya, Singapore and the Silk Road of the Sea, 1300-1800 (NUS Press, 2013). Dengan ampuh, ia membuktikan kaitan nusa ini dengan laluan perdagangan dunia zaman silam, khususnya laluan laut.
Sekali gus, buku ini telah menunjukkan bahawa sudah ada tamadun di pulau kecil ini lama sebelum kedatangan wakil Kompeni Hindia Timur British, Thomas Stamford Raffles, pada 1819 untuk membuka ‘sebuah loji’ di sini.
Hampir dua abad, buku-buku sejarah Singapura sering bermula dari zaman Raffles sahaja. Satu-satunya karya separa sejarah yang menjulang peranan silam Singapura ialah Sulatus Salatin (@Sejarah Melayu, SJ) susunan Tun Seri Lanang (Bendahara Johor) dalam abad ke-17M. Kalangan sejarawan sering meremehkannya sebagai dongeng.
Namun Dr Miksic mendapati bahawa pencirian SJ tentang Temasek dibangunkan Sang Nila Utama, anak raja asal Palembang (Sriwijaya) tidak dapat diperkecil. Malah ketika menggali Padang oleh kumpulannya, tersua lapisan pasir putih – bak diceritakan oleh SJ sebagai antara yang menarik putera itu untuk membuka negeri di sini.

Walaupun kecil, Singapura telah menjadi pusat dagang dan cendekia termasuk penyalinan dan penyebaran kitab-kitab Hindu/Buddha. Kerajaannya mantap, perkubuannya teguh. Maka ekonominya rancak sehingga hadir pelbagai kaum – Cina, India dan suku-suku rumpun Melayu yang hidup berjiran dengan pelbagai pekerjaan dengan rukun sentosa. Begitulah kisahnya 700 tahun lalu.
Para sejarawan akur bahawa laluan laut Laluan Sutera lebih mewah berbanding laluan darat. Tidak hairanlah ketika Dinasti Ming (1368-1644) menyuar, maka Laksamana Zheng He (@ Cheng Ho atau Ma Sanbao, 1371-1433M) diutus dengan armada cukup besar ke Melaka, Jawa sehingga Zanzibar di timur Afrika. Antara tujuannya adalah untuk memastikan laluan tadi selamat lagi terjamin.
Tidak hairanlah mengapa Raffles mengakui kegemilangan Singapura silam dan berimpian besar untuk membangkitkannya semula. Ironisnya, ini tentu berbeza sekali dengan pandangan mereka yang mendakwa Singapura bermula dengan Raffles.
Buku Miksic setebal 520 muka, semacam ensiklopedia dengan 300 peta dan foto berwarna itu amat besar ertinya dalam menilai peranan Singapura.
Pulau ini mungkin sudah lama menyerlah walaupun sejak zaman bernama Temasek. Hakikatnya bukti sejarah diperlukan – dari kitab sehinggalah penggalian (arkeologi) sebagai sandarannya.
ANTARA DUA GERGASI
Iktibar dari kisah Singapura silam ialah rumus atau formula penakatan yang dapat disimpulkan lewat persamaan matematik yang mudah:
Penakatan = (kepimpinan bijak, ilmu tinggi, pertahanan teguh (kubu laut Singapura sukar diceroboh dan insan amat gagah seperti Badang) dan rakyat yang taat bekerjasama)
Selain Majapahit, Singapura berdepan dengan kuasa rantau, Siam. Namun hubungan diplomatik Singapura melangkaui batas rantau ini iaitu sejauh China dan India.
Sejarah Melayu seolah-olah menghujahkan bahawa ‘rumus jaya’ Singapura menepati maksud peribahasa:
Asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau.
Itulah sebabnya raja terakhir Singapura yang melarikan diri daripada serangan Majapahit, berjaya membangunkan Kerajaan Melaka. Malah empayar itu jauh lebih handal daripada Singapura atau mana-mana negeri yang lain di rantau ini dalam zamannya.
Hari ini, Singapura berperanan penting sebagai hab kewangan, perdagangan dan perundangan antarabangsa serta keilmuan.

Ini serupa zaman Singapura dalam laluan laut Laluan Sutera. Hakikatnya, sejarah yang baik dan buruk boleh berulang. Maka bodohlah kita, bak dihujahkan oleh ahli falsafah, George Santayana, jika melupakan sejarah.
Oleh itu, China masih memerlukan Singapura. Ingatlah pesan akhir Pemimpin Agungnya, mendiang Deng Xiaopeng (1904-1997), agar negaranya yang besar belajar dari pulau kenit ini. Itu wasiatnya pada 1978. Sejak itu, China telah membangun amat pesat sehingga di luar jangkaan jagat.
Namun dewasa ini, selepas pasca COVID-19, timbul pelbagai isu berat yang kini merantai China termasuklah bebanan hutang rakyat, projek perumahan yang tergendala dan kadar tinggi pengangguran generasi mudanya.
Apatah lagi dalam konteks IBR, terdapat juga kesilapan para penggubal dasar dan teknokrat China dalam membina prasarana pengangkutan.
Banyak pembaziran dek silap perancangan dan pelaksanaan seperti projek pelabuhan di Sri Lanka. Mentelah dengan bebanan hutang besar digalas negara-negara terbabit seperti Pakistan, China amat memerlukan kepakaran untuk meleraikan simpulan rumit – sesuatu yang mungkin dapat dibantu oleh Singapura dengan tatakelola kewangan rapi dan berperundangan.
Berlatarkan senario persaingan sengit Amerika Syarikat dan China, Singapura dapat memanfaatkan iktibar sejarah silamnya daripada laluan laut Laluan Sutera. Ia perlu menyantuni dua gergasi tadi tanpa mengorbankan prinsip penakatan dan martabatnya.
MENGENAI PENULIS

Mohd Raman Daud ialah mantan wartawan (1984-2016) dan penulis tetap skrip drama Perbadanan Penyiaran Singapura (1980-84), mantan guru dan kini penulis/editor sejumlah buku, ahli pengasas dan pernah mengetuai perwakilan Majlis Bahasa Melayu Singapura dalam sidang Majlis Bahasa Brunei, Indonesia dan Malaysia (Mabbim) di Padang, 20-22 Mac 1996.
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.