Skip to main content

Iklan

Iklan

Komentar

KOMENTAR: Konflik Gaza gugat kedudukan rakan-rakan Arab Israel

Baru dua bulan lalu, Jared Kushner mengisytiharkan, seolah-olah mencuba nasib: "Kita sedang menyaksikan babak-babak terakhir konflik Arab-Israel."

Anggaran Waktu Membaca:
KOMENTAR: Konflik Gaza gugat kedudukan rakan-rakan Arab Israel

Seorang penduduk Palestin berjalan di depan runtuhan bangunan Al-Shuruq di Gaza pada 20 Mei 2021 menyusuli serangan udara Israel. (Gambar: Mahmud Hams / AFP)

Diterbitkan : 21 May 2021 02:36PM Dikemas Kini : 21 May 2021 03:14PM

BERITAmediacorp: Baru dua bulan lalu, Jared Kushner mengisytiharkan, seolah-olah mencuba nasib: "Kita sedang menyaksikan babak-babak terakhir konflik Arab-Israel."

Menantu dan penasihat mantan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump itu berpegang kepada teori bahawa masalah Palestin boleh dihuraikan dengan menambah tekanan terhadap rakyat Palestin.

Namun tidak pernah dinyatakan dengan jelas bagaimana teori itu akan berfungsi secara praktik.

Pandangan itu berlandaskan andaian bahawa ancaman untuk mengasingkan dan tidak meminggirkan Palestin, serta kemungkinan tidak dapat memperoleh apa-apa kelebihan, akan memaksa Pihak Berkuasa Palestin untuk menerima syarat-syarat yang merugikan berbanding menerusi huraian politik.

Penasihat Presiden Amerika Syarikat Jared Kushner (kiri) diiringi Menteri Ehwal Luar Maghribi Nasser Bourita (tengah) sebaik tiba di Rabat, ibu kota Maghribi pada 22 Disember 2020. (Gambar: Fadel Senna/AFP)

Penasihat Presiden Amerika Syarikat Jared Kushner (kiri) diiringi Menteri Ehwal Luar Maghribi Nasser Bourita (tengah) sebaik tiba di Rabat, ibu kota Maghribi pada 22 Disember 2020. (Gambar: Fadel Senna/AFP)

Usulan itu satu pendekatan baru. Tanpa mengambil kira apa saja yang diperkatakan tentang pendekatan mantan Presiden Barack Obama atau George W Bush dalam menangani konflik Arab-Israel, mereka kadangkala mencari ruang untuk menawarkan ganjaran kepada Palestin dan bukan setakat menghukum saja.

Satu lagi pandangan Kushner terbukti lebih teliti - satu persatu negara-negara Arab akan berpaling daripada Palestin. Dalam erti kata lain, konflik Arab-Israel mungkin terpisah dari konfilk Israel-Palestin.

Namun dari satu sudut inilah hakikat sebenar sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Washington menyokong kedamaian secara berasingan antara Israel dengan negara-negara jirannya, yang dicapai dengan Mesir pada 1978 dan Jordan pada 1994.

Palestin dianggap sebagai punca yang mencetuskan konflik Arab-Israel. Untuk mengabaikan Palestin dengan berdamai bersama Israel membayangkan satu percaturan yang menarik.

ISU PALESTIN

Dalam bukunya Preventing Palestine, sejarawan Seth Anziska mengemukakan tafsiran semula peristiwa Perjanjian Kem David, iaitu pencapaian terunggul dari segi dasar luar mantan Presiden Jimmy Carter.

Pada awalnya, wawasannya adalah untuk memperuntukkan kawasan pertempatan menyuluruh bagi penduduk Palestin.

Namun semasa rundingan dijalankan, kepentingan terutama Presiden Mesir Anwar El Sadat, yang juga boleh dikatakan sebagai satu-satunya kepentingannya, adalah untuk mendapatkan semula wilayah Mesir di Semenanjung Sinai yang ditawan Israel.

Dalam mengusahakan kedamaian dengan Israel, Presiden Anwar juga menjamin persahabatan Amerika.

Namun ini bermakna, hak Palestin seolah-olah dipinggirkan. Ini mungkin bukan hasratnya (sekurang-kurangnya bukan hasrat Presiden Carter) tetapi ia merupakan hasil perjanjian tersebut.

Presiden Mesir Anwar El Sadat, Presiden Amerika Syarikat Jimmy Carter dan Perdana Menteri Israel Menachem Begin berjabat tangan selepas pemeteraian Perjanjian Kem David pada 17 September 1978. (Gambar fail: AFP)

Presiden Mesir Anwar El Sadat, Presiden Amerika Syarikat Jimmy Carter dan Perdana Menteri Israel Menachem Begin berjabat tangan selepas pemeteraian Perjanjian Kem David pada 17 September 1978. (Gambar fail: AFP)

Dalam penulisan Anziska, setidak-tidaknya bagi pihak Palestin, Perjanjian Kem David merupakan satu pengkhianatan berdasarkan pengalaman sejak perjanjian itu dimeterai oleh Presiden Mesir Anwar El Sadat dan Perdana Menteri Israel Menachem Begin pada 17 September 1978.

Terdapat kemungkinan hubungan diplomatik itu akan membolehkan Mesir dan negara-negara Arab untuk mempengaruhi Israel. Ia mungkin mendatangkan kelebihan.

Namun pada hakikatnya, sebarang kelebihan yang mungkin diraih sudah luput. Israel sudah mendapatkan apa yang dikehendakinya - ia berhasil melenyapkan ancaman ketenteraan oleh negara-negara Arab. Apa lagi yang harus diberikan oleh Mesir?

Sekarang, Amiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Maghribi dan Sudan menyertai senarai negara-negara yang berdamai dengan Israel, menerusi Perjanjian Ibrahim. Arab Saudi, sekurang-kurangnya sehingga permusuhan sekarang, kelihatan berkemungkinan ikut serta.

Ia tidak dijangkakan sama sekali. Putera Mahkota Mohammed bin Salman dipercayai mengadakan pertemuan sulit dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada November.

Penilaian Kushner ternyata tepat, iaitu langkah tersebut akan meminggirkan Palestin. Pemimpin-pemimpin Palestin di Tebing Barat pula, tidak merahsiakan rasa diri mereka dikhianati.

PALESTIN MAKIN LUPUT DARI DUNIA ARAB?

Palestin semakin pudar dari peranan utamanya dalam pertimbangan negara-negara Arab. Peristiwa Kebangkitan Dunia Arab turut menunjukkan bahawa medan perang utama di rantau tersebut bukanlah antara Arab dengan Israel tetapi antara rejim setiap negara dengan rakyatnya sendiri - atau lebih jelas lagi, antara rejim-rejim dengan gerakan-gerakan Islam.

Menteri Ehwal Luar Bahrain Abdullatif al-Zayani, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Menteri Ehwal Luar Amiriah Arab Bersatu Abdullah bin Zayed Al-Nahyan semasa pemeteraian Perjanjian Ibrahim pada 15 September 2020. (Gambar: Saul Loeb/AFP)

Menteri Ehwal Luar Bahrain Abdullatif al-Zayani, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Menteri Ehwal Luar Amiriah Arab Bersatu Abdullah bin Zayed Al-Nahyan semasa pemeteraian Perjanjian Ibrahim pada 15 September 2020. (Gambar: Saul Loeb/AFP)

Bagi sesetengah negara Arab, penakatan rejim menjadi keutamaan nombor satu yang dianggap jauh lebih penting berbanding hal-hal lain. Bagi kumpulan-kumpulan pembangkang, proses menuju demokrasi menjadi tumpuan mereka. Setelah pudarnya segala peluang peralihan ke demokrasi, kelangsungan hidup turut menjadi keutamaan mereka.

Huru-hara dan kerapuhan semasa Kebangkitan Dunia Arab dan kesan susulannya mengurangkan lagi kemungkinan bahawa Palestin akan menjadi keutamaan nombor satu dalam agenda negara-negara jirannya.

Oleh itu ia menjadi sesuatu yang boleh dibayangkan oleh para pemimpin negara Arab yang mungkin merasakan bahawa ia adalah masa yang tepat untuk mendampingi Israel, sambil mengambil kesempatan untuk meraih manfaat daripada kerjasama ekonomi dan keselamatan.

Bagi negara-negara Teluk - khususnya Arab Saudi - sebarang langkah seperti itu dianggap sensitif. Namun memandangkan Palestin semakin dipinggirkan dalam agenda negara-negara serantau, risikonya dianggap sebagai sesuatu yang boleh diterima. Mungkin ada yang akan merungut, dan mungkin juga ada yang lebih dari itu.

Pada masa sekarang pun sedang konflik di Gaza berlarutan, kesan sampingannya dijangka tidak ketara, lebih-lebih lagi di negara-negara di mana medianya - termasuk media sosial - dikawal ketat oleh pemerintah masing-masing.

Rakyat Tunisia memijak-mijak gambar mantan diktator Zine El Abidine Ben Ali semasa perhimpunan pada 14 Januari 2014 bagi mempertingati ulang tahun ketiga pemberontakan terhadap terhadap pemimpin kuku besi itu. (Fethi Belaid/AFP)

Rakyat Tunisia memijak-mijak gambar mantan diktator Zine El Abidine Ben Ali semasa perhimpunan pada 14 Januari 2014 bagi memperingati ulang tahun ketiga pemberontakan terhadap terhadap pemimpin kuku besi itu. (Fethi Belaid/AFP)

Arab Saudi, Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain adalah antara negara-negara yang paling menindas di rantau itu. Pada masa yang sama, negara-negara itu berhasil membangkitkan semangat nasionalisme baru, khususnya dalam kalangan belia.

Arab Saudi merupakan satu kes yang menarik. Kerabat Al Saud sejak sekian lama bergantung kepada suatu kaedah untuk memelihara dan menegakkan kesahan pemerintahannya. Sebagai Penjaga Dua Kota Suci, Saudi sering menunjukkan kerajaan negara itu sebagai sentiasa mengutamakan kepentingan Islam.

Namun di bawah Mohammed bin Salman, muncul satu bentuk 'nasionalisme Saudi' baru. Bagi dasar ehwal luar, ini bermakna "mengutamakan Arab Saudi terlebih dahulu".

Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman. (Gambar: Bandar Al-Jaloud/Istana Diraja Saudi/AFP) 

Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman. (Gambar: Bandar Al-Jaloud/Istana Diraja Saudi/AFP) 

Sehubungan itu, tanda pagar "Palestin bukan isu saya" menjadi satu trend di Arab Saudi di mana pertempuran di Gaza walaupun lama berlarutan, tidak lagi menghairankan. Tidak lama kemudian, muncul pula tanda pagar baru sebagai satu tindak balas - "Palestin adalah isu utama kami."

Sementara itu, sebilangan tokoh kanan Saudi mengambil jalan tengah dalam apa yang mungkin dianggap sebagai pendekatan yang boleh diterima Kerabat Diraja: Kritik keras Israel dan pada masa yang sama, juga mengecam Hamas.

Menurut Andrew Leber, calon doktor falsafah di Universiti Harvard yang mengkaji media sosial Saudi, liputan kurang meluas oleh media Saudi dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) lama- kelamaan membuka laluan kepada liputan yang jauh lebih lantang terhadap Israel.

"Sebaik saja kenyataan-kenyataan rasmi memberikan isyarat bahawa kerajaan Saudi berpihak dengan Palestin, saya lihat lebih banyak kenyataan pro-Palestin di laman Twitter Saudi," kata Leber.

AGENDA UNTUK DIPERJUANGKAN

Palestin membangkitkan semangat. Ia akan sentiasa menjadi satu keprihatinan. Ia adalah antara isu-isu yang benar-benar boleh mendapat sokongan yang luas dan telus dari negara-negara Arab.

Lantaran itu, mesej yang disampaikan rejim-rejim pemerintahan Arab perlu dikawal dengan teliti. Perpaduan rentas sempadan - sama ada dalam bentuk penyatuan Arab atau Islamisme - adalah satu ancaman. Ia tidak dapat dikawal dengan mudah.

Dan matlamatnya adalah untuk membataskan dan membendungnya. Bagi sesetengah rejim Arab, ukhuwah dengan penduduk Palestin turut dianggap sebagai satu masalah.

Masanya juga tidak begitu baik. Hanya setahun lalu, penulis ruang Amiriah dan Saudi seperti Abdelrahman Al Rashed menyifatkan Perjanjian Ibrahim sebagai "langkah ke depan yang akan memanfaatkan penduduk Palestin terlebih dahulu dan kemudian barulah penduduk UAE dan Arab." Ternyata Abdelrahman tidak dapat mempertahankan penilaiannya itu.

Penduduk-penduduk Gaza meraikan gencatan senjata Israel-Hamas yang berkuat kuasa pada 21 Mei 2021. (Gambar: Mohamed Abed / AFP)

Penduduk-penduduk Gaza meraikan gencatan senjata Israel-Hamas yang berkuat kuasa pada 21 Mei 2021. (Gambar: Mohamed Abed / AFP)

Keadaannya agak huru-hara. Seperti yang dikatakan saintis politik UAE Abdulkhaleq Abdulla, konflik Gaza meletakkan rakan-rakan Arab Israel dalam "kedudukan yang canggung."

Namun, keadaan itu adalah sesuatu yang boleh ditangani. Ini berdasarkan andaian bahawa konflik di Gaza, krisis kepimpinan di Tebing Barat dan keganasan antara masyarakat Arab dengan orang Yahudi di Israel sendiri boleh dibendung dan dikawal.

Malangnya, saya tidak tahu sama ada ia boleh dicapai ataupun tidak. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin Arab.

MENGENAI PENULIS:

Sumber : BERITA Mediacorp/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan