Skip to main content

Iklan

Iklan

Komentar

KOMENTAR: Keselamatan siber dan keberhasilan kemajuan teknologi era Kecerdasan Buatan masa kini

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Kecerdasan Buatan atau AI merupakan salah satu trend teknologi terbesar pada masa kini.

Sejak tahun 2010, AI telah menjadi alat yang lebih berharga untuk membantu kita dalam mentafsir dan memahami dunia kita dengan lebih baik.

Jumlah data yang telah dikumpulkan mengenai rawatan kesihatan, peningkatan jangkitan dan keberhasilan langkah-langkah yang diambil untuk mencegah penularan jangkitan akan terus meningkat.

Ini bermakna bahawa algoritma pembelajaran mesin atau ‘machine learning’ harus dipertingkatkan untuk mencari penyelesaian atau huraian kepada masalah-masalah yang sedang membelenggu dunia.

Dari sistem penglihatan komputer yang memantau kapasiti kawasan awam hingga menganalisis interaksi yang ditemui melalui inisiatif penelusuran (pencarian) kenalan, algoritma pembelajaran kendiri akan memantau hubungan dan pandangan yang sebelum ini tidak disedari oleh analisis manusia manual.

Ia akan membantu kita meramalkan permintaan khidmat dari hospital dan penyedia khidmat kesihatan lain dan membolehkan pentadbir membuat keputusan yang lebih baik mengenai masa dan sumber.
Gambar fail.
Bagi perniagaan di seluruh dunia, cabarannya adalah untuk memahami perubahan pola tingkah laku pelanggan dan para pengguna. Lebih banyak aktiviti manusia akan dilaksanakan menerusi dalam talian - dari membeli-belah dan bersosial - hingga ke persekitaran kerja di alam maya, mesyuarat dan pengambilan pekerja secara online.

Kini, kita melihat alat-alat yang digunakan untuk menganalisis perubahan tingkah laku menjadi lebih canggih dan semakin sesuai dengan anggaran dan keperluan infrastruktur bagi pelbagai organisasi dan firma-firma.

Tetapi di sini juga, kita dan syarikat-syarikat harus berwaspada akan keselamatan siber terutamanya dengan kedatangan aplikasi-aplikasi teknologi terbaru seperti pengkomputeran awan (Cloud Computing).

Revolusi “As-A-Service”Pengkomputeran Awan

"As-a-service" merujuk kepada penyediaan khidmat yang mendukung cara kita hidup dan bekerja melalui khidmat pengkomputeran awan (cloud computing services) dan berdasarkan permintaan adalah kunci yang telah menjadikan trend teknologi yang disebutkan tadi dapat dijangkau oleh sesiapa saja.

Inilah sebabnya mengapa AI dan robot berkemungkinan digunakan oleh mana-mana perniagaan atau organisasi tanpa mengira saiz atau anggarannya. Lebih sering daripada tidak, revolusi "as-a-service" telah mempengaruhi pasaran pengguna. Terima kasih kepada tawaran awan dari syarikat seperti Google, Microsoft, Amazon dan semakin banyak syarikat pemula (start-up), dengan mana-mana inovator dapat menggunakan teknologi canggih dengan sedikit pelaburan pendahuluan dalam alat, peralatan atau tenaga kerja mahir.

Ketika wabak COVID-19 melanda, syarikat-syarikat yang berkembang dengan ‘cloud’ berkembang maju kerana mereka dilengkapi dengan penyelesaian yang dapat disesuaikan "sebagai perkhidmatan".
Logo aplikasi Zoom di sebuah skrin telefon bijak (Gambar: Martin BUREAU / AFP)
Sebagai contoh, Zoom, dengan begitu pantas menjadi suatu jenama yang difahami oleh semua lapisan masyarakat tidak kira tua ataupun muda disebabkan oleh kepantasannya menambah server dan meningkatkan liputan dan kualiti perkhidmatannya.

Oleh kerana sifatnya yang berasaskan ‘cloud’ dan kerjasama dengan penyedia khidmat, Zoom dapat dengan pantas meningkatkan produktivitinya untuk memenuhi permintaan para pelanggan di setiap pelosok dunia. Ini menunjukkan pada tahun 2022, khidmat "as-a-service" akan menjadi semakin penting dan akan membuka lebih banyak peluang untuk semua dari segala lapisan masyarakat.

Keselamatan Siber dan Kecerdasan Buatan

Oleh itu, tidak hairanlah jika kepentingan keselamatan siber semakin meningkat.

Pada asasnya, kita lebih bergantung kepada teknologi berbanding sebelum ini dan trend ini akan berkembang pada masa akan datang.

Kebocoran data yang boleh mengakibatkan kecurian identiti kini disiarkan secara terbuka di akaun media sosial. Maklumat sensitif seperti nombor keselamatan sosial atau nombor kad pengenalan, maklumat kad kredit dan butiran akaun bank kini disimpan dalam khidmat pengkomputeran awan seperti Dropbox ataupun Google Drive.

Pembelanjaan dan kecekapan yang diraih yang dijanjikan oleh pengkomputeran awan, digandingkan dengan wadah yang mudah dan ini menyerlahkan penguasaannya dalam alam peniagaan.

Namun, syarikat-syarikat secara amnya tidak mampu untk membuat andaian mengenai kayu ukur keselamatan “Cloud Computing”. Khidmat pengkomputeran awan atau “Cloud Services” adalah sasaran utama penyerang siber.

Syarikat-syarikat perlu lebih peka dan melakarkan gambaran yang jelas bagaimana mereka melenkapkan khidmat pengkomputeran awan bersama dan menetapkan lokasi data.
(Gambar fail: AFP)
Keselamatan infrastruktur awan syarikat anda memerlukan pembinaan keselamatan siber menyeluruh yang dimaklumkan oleh senario ancaman sebagai pendekatan berperingkat bagi keselamatan data dan aplikasi akan gagal.

Jawapan yang tepat adalah MDR.

Pengurusan kesan dan tindak balas adalah sebuah proses di mana data dikumpulkan dari setiap sudut, khidmat pengkomputeran awan dan syarikat yang bergabung untuk membina sudut pandangan kesatuan anda yang cukup menyeluruh.

Pada masa yang sama, ia dapat dilaksanakan untuk membasmi perkara-perkara yang ganjil, lemah dan ancaman yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Menurut UpGuard.com, kesilapan manusia menyebabkan 90% pelanggaran data pada tahun 2019.

Walau bagaimanapun, jika para pekerja diajar cara mengenal pasti dan bertindak balas dengan betul terhadap ancaman siber, sebahagian besar insiden pelanggaran atau pencerobohan data boleh dielakkan.

Program pendidikan sedemikian untuk para pejerka juga boleh meningkatkan nilai semua pelaburan bagi huraian keselamatan siber kerana ia akan menghalang kakitangan daripada tanpa disedari memintas kawalan keselamatan yang mahal untuk memudahkan jenayah siber.

Robotik, Dron dan Automasi Kenderaan

Oleh kerana jumlah penumpang pengangkutan awam kian berubah-ubah, inisiatif untuk kenderaan pandu sendiri berkemungkinan akan meningkat, termasuk di negara seperti Singapura juga.

Dorongan untuk rangkaian pengangkutan awam yang cekap akan diberi keutamaan oleh para penyedia khidmat dan pihak berkuasa.

Pengurangan kos buruh bagi pengangkutan akan membantu mengatasi ketidaktentuan permintaan pelanggan.

Sejak kebelakangan ini, kita telah melihat kemunculan robot dalam sektor penjagaan dan bantuan hidup.
Robot Camello diuji setahun buat penghantaran di kawasan Punggol. (Gambar: OTSAW)
Robot-robot ini akan memainkan peranan lebih penting, terutama ketika berinteraksi dengan anggota masyarakat yang paling mudah terkena jangkitan, seperti warga emas kita.

Selain daripada menggantikan sepenuhnya interaksi manusia dengan pengasuh, kita boleh mengharapkan robot menyediakan saluran komunikasi baru. Beberapa contoh termasuk akses pertolongan di rumah 24/7 (24 jam) dan juga memberi persahabatan dalam keadaan di mana menghantar kakitangan kejururawatan ke rumah tidak dapat dilaksanakan.

Tambahan pula, dron untuk kegunaan masa hadapan, yang digunakan untuk menghantar ubat-ubat penting dilengkapi dengan algoritma penglihatan komputer yang dapat memantau jejak di kawasan awam.

Ini akan lebih penting di kawasan yang dikenal pasti dengan penularan berisiko tinggi di negara-negara tertentu.

Akan tetapi, perlindungan dari pencerobohan siber amatlah penting bagi fungsi-fungsi sebegini terutamanya dalam bidang kesihatan dan syarikat-syarikat yang akan mengendalikan khidmat sebegini haruslah berwaspada dan menerapkan langkah-langkah pencegahan siber yang menyeluruh.
MENGENAI PENULIS:
Hamidah Aidillah adalah pengasas Parrot Social – firma analitik data yang menggunakan Kecerdasan Buatan untuk membantu perniagaan dan institusi memahami dengan mendalam tentang media sosial dan trend-trend masa hadapan. Parrot Social merupakan firma finalis peringkat antarabangsa di wadah online, WeConnect International 2022.
Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan