KOMENTAR: 'Kesedaran Robotik' dan sejauh mana perkembangannya memudahkan tugas kita

(Gambar fail: AFP/Zaid Al-Obeidi)
Pemberhentian buat seketika ini akan memberi masa untuk melaksanakan 'protokol keselamatan bersama', menurut kumpulan itu dalam satu surat terbuka.
Pembelajaran mesin (machine learning) kini mendapat lebih banyak perhatian. Penjana imej seperti DALL·E 2 dan model bahasa seperti ChatGPT dan selanjutnya Robot-Robot yang mempunyai kesedaran tersendiri, adalah suatu fenomena yang akan menjadi lebih pasti dalam dunia yang semakin pesat membangun.
Kesan AI Terhadap Pengguna
Maka itu, apakah kesan Kecerdasan Buatan atau AI terhadap para pengguna masa kini?

Beliau mengatakan bahawa banyak fungsi pekerjaan sudah berubah di tangan mesin bijak yang kita hasilkan untuk memperbaiki kehidupan kita. Kenderaan tanpa pemandu, misalnya, bermakna kurang pekerjaan untuk pemandu trak, teksi, Uber dan Lyft.
Begitu juga robot yang digunakan di kedai, hotel dan rumah penjagaan akan bermakna berkurangan pekerjaan pada masa hadapan dalam sektor ini. Akan tetapi, dengan masyarakat yang kian menua, robot pembantu juga boleh digunakan untuk golongan lanjut usia supaya ia dapat memberikan kesan positif kepada kesihatan mental mereka, terutama sekali warga emas kita yang memerlukan lebih banyak perhatian.

Sebelum ia boleh dianggap berguna, rangkaian saraf mesti dilatih oleh manusia terlebih dahulu. Semasa latihan, rangkaian memproses sejumlah besar contoh dan berulang kali melaraskan sambungan antara neuron sehingga ia dapat mengkategorikan data latihan dengan betul. Sepanjang perjalanan, ia belajar untuk mengklasifikasikan input baharu dengan sepenuhnya. Ini akan memberi Robot atau Mesin ini lebih kepandaian pada masa akan datang.
Konsep Kesedaran Merangkumi Semuanya
Joshua Bongard, ahli robotik di Universiti Vermont dan bekas ahli Makmal Mesin Kreatif, percaya bahawa kesedaran bukan hanya terdiri daripada kognisi dan aktiviti mental, tetapi ia juga mempunyai aspek jasmani. Beliau telah membangunkan 'makhluk' yang dipanggil xenobots, yang diperbuat sepenuhnya daripada sel katak yang dihubungkan bersama supaya pengaturcara boleh mengawalnya seperti mesin.
Menurut Dr Bongard, bukan sahaja manusia dan haiwan sudah berkembang untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka dan berinteraksi antara satu sama lain; tisu kita juga telah berkembang untuk mengekalkan fungsi ini, dan sel kita telah berkembang untuk memelihara tisu kita.
"Apa yang kami ada ialah mesin bijak yang diperbuat daripada mesin bijak yang diperbuat daripada mesin bijak, sehinggalah ke bawah," katanya.
Ini menunjukkan bahawa minda kita bukan sahaja terkandung di dalam kepala atau otak kita. Ia adalah minda lanjutan yang menggunakan kecerdasan semua sel dalam badan kita yang mengandungi maklumat tertentu, memori mikro. Semua ingatan, kesedaran, dan minda muncul daripada rangkaian perasaan yang dipautkan ini. Ingatan sebenarnya adalah kandungan pengalaman seluruh badan, dan kecerdasan dipamerkan dalam pelbagai sistem jauh di luar sistem saraf pusat tradisional dalam tubuh manusia.

"Ini bukan hanya satu lagi soalan penyelidikan yang sedang kami usahakan -ini adalah soalannya." Menurut Lipson, mencipta mesin yang akan mempunyai kesedaran setanding dengan manusia akan mengatasi segala-galanya yang telah kita capai. Beliau mahu mencipta robot yang mempunyai kesedaran.
Antonio Chella, seorang pakar Robotik di Universiti Palermo di Itali pula percaya bahawa kesedaran tidak boleh wujud tanpa bahasa, dan telah membangunkan Robot yang boleh membentuk monolog dalaman, membuat pertimbangan dengan logik pada diri mereka sendiri dan merenung perkara yang mereka lihat di sekeliling mereka.
Salah satu robotnya baru-baru ini dapat mengenali dirinya dalam cermin, menjangkaui ujian kesedaran diri haiwan yang bijak.
Pada kadar keadaan semakin maju, manusia mungkin akan membangunkan robot yang lebih sedar akan pemikirannya.
Apabila itu berlaku, adakah robot harus diberikan hak? Kebebasan? Perlukah ia diprogramkan untuk merasakan kebahagiaan atau kesedihan?
Adakah ia akan dibenarkan bercakap untuk dirinya sendiri? Untuk mengundi?
Robot humanoid akhirnya mungkin boleh membangunkan hak dan tanggungjawabnya sendiri. Malah, sudah wujud bidang etika mesin/robot yang berkembang pesat.
Apabila mesin/Robot dapat berfikir menjadi lebih seperti manusia, kita pula menjadi lebih seperti mesin.

Contohnya adalah seperti mempertingkatkan keupayaan manusia dengan telefon bijak misalnya, kita menggantikan bahagian badan kita dengan prostesis dan kita tidak lama lagi boleh mengubah suai gen kita untuk mendapatkan faedah tambahan untuk diri kita sendiri dan keturunan kita, termasuk jangka hayat yang dapat dilanjutkan.
Akhir Kata
Walaupun teknologi digital seperti Kecerdasan Buatan atau Robotik menawarkan banyak faedah kepada penggunanya, teknologi ini juga mendedahkan penggunanya kepada risiko.
Robot mungkin boleh menjana sesuatu yang salah. Harus ingat ia boleh mengada-adakan situasi yang diragui kepastiannya atau menjana fakta yang kurang tepat seperti “fake news”.
Oleh itu, penting untuk manusia lebih peka semasa menghasilkan sofwe atau Robot yang sepatutnya membantu pekerjaan kita.
MENGENAI PENULIS

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.