KOMENTAR: Karyawan wanita semakin mencipta nama dalam bidang teknologi & berani menyahut cabaran baharu
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar hiasan: iStock
SINGAPURA: Hari Wanita Antarabangsa yang diraikan setiap tahun pada 9 Mac sangat bermakna bagi diri saya.
Ini kerana 2024 menandakan tahun keenam Parrot Social beroperasi sebagai sebuah firma analitik data dan saya adalah seorang wanita daripada kaum minoriti yang menerajui syarikat dalam bidang teknologi dan kecerdasan buatan.
Enam tahun menyulam kasih dan dedikasi demi mengembangkan firma kecil ini - dalam industri yang hakikatnya didominasi oleh kaum lelaki. Banyak pengorbanan dan perit jerih telah saya lalui demi melayari bahtera ini.
Di peringkat antarabangsa, menurut Laporan Forbes pada 2023, lebih sedikit daripada 25% pekerjaan dalam sektor itu disandang oleh kaum wanita.
Satu lagi kajian oleh McKinsey menyatakan bahawa perniagaan dengan kepelbagaian jantina yang lebih besar berkemungkinan menjana peningkatan purata sebanyak 15% dari segi prestasi. Pasukan yang rencam berupaya menyuntik kesegaran dan penambahbaikan pada inovasi, pertumbuhan ekonomi dan reka bentuk produk.
Industri teknologi, yang sejak sekian lama dikuasai dan didominasi oleh kaum lelaki, menyedari betapa pentingnya untuk meningkatkan kepelbagaian jantina. Di sini, saya ingin berkongsi beberapa peluang untuk kaum wanita terus maju dalam bidang teknologi.

Peluang Bagi Wanita Dalam Bidang Teknologi
1. Sains Data
Adakah anda berminat untuk mendedahkan corak dan mengekstrak cerapan daripada data raya? Jika ya, sains data mungkin akan menarik minat anda. Dengan pertumbuhan eksponen data dalam setiap industri, permintaan untuk saintis data mahir semakin meningkat. Dari mengenal pasti trend pengguna hingga ke mengoptimumkan operasi perniagaan, saintis data memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan sesebuah syarikat atau pertubuhan. Sebagai wanita, kita boleh membawa perspektif yang segar dan unik ke meja rundingan, meningkatkan inovasi dan menghasilkan huraian dalam bidang dinamik ini.
2. Keselamatan Siber: Melindungi Sempadan Digital dengan Informasi Sahih
Dalam era digital hari ini, keselamatan siber semakin bertambang penting berbanding sebelum ini demi melindungi maklumat sensitif dan juga melindungi diri daripada ancaman siber. Sebagai penjaga dan pemantau sempadan digital, karyawan keselamatan siber mendapat permintaan yang tinggi dalam industri teknologi. Wanita yang bertugas dalam bidang keselamatan siber membawa kemahiran yang pelbagai, dari pengurusan risiko hingga ke pengesanan ancaman, mengukuhkan benteng pertahanan syarikat dan pertubuhan merata dunia.
Lantaran itu, jika anda berminat untuk bertugas dalam persekitaran kerja yang mencabar dengan tahap tekanan yang tinggi dan berkemahiran untuk menggagalkan jenayah siber, anda mungkin mahu menimbangkan kerjaya dalam bidang keselamatan siber.

3. Pengkomputeran Awan: Membawa Perniagaan ke Tahap Baharu
Pengkomputeran Awan atau “Cloud Computing” telah merevolusikan cara sesebuah perniagaan dikendalikan, menawarkan daya ukur dan fleksibiliti serta kecekapan yang belum pernah berlaku sebelum ini. Apabila sesebuah perniagaan berhijrah ke pengkomputeran awan, permintaan untuk karyawan yang mahir dalam bidang ini akan terus meningkat. Sama ada mereka mencorakkan seni bina pengkomputeran awan atau menguruskan infrastruktur pengkomputeran awan, kaum wanita boleh memainkan peranan penting dalam memacu inovasi bagi bidang ini. Dengan menguasai teknologi pengkomputeran awan, kita boleh memperkasakan sesebuah syarikat dan pertubuhan untuk berkembang maju dalam landskap digital yang berkembang pesat.
4. Kecerdasan Buatan (AI)
Melengkapi pengguna dengan kemahiran Kecerdasan Buatan (AI) bukan seolah-olah bahan cereka sains; ia semakin menjadi satu realiti dalam kehidupan seharian kita. Dari pembantu maya hingga ke kereta pandu sendiri, AI sudah merubah industri dan membentuk semula cara kita berinteraksi dengan teknologi.

Sebagai wanita, kita mempunyai peluang yang unik untuk membentuk masa depan AI dengan sentuhan kreativiti dan kepintaran kita. Sama ada membangunkan algoritma AI atau meneroka rangka kerja AI yang beretika, tiada had yang ditetapkan untuk kita mencapai kejayaan dalam bidang ini.
5. Peranan Penting Mentor dalam Syarikat Teknologi
Tiga daripada empat eksekutif dalam industri teknologi di seluruh dunia berpendapat bahawa mentor penting untuk membimbing dan membangunkan kerjaya mereka. Beberapa faktor yang akan memperkasakan seseorang karyawan muda dalam bidang teknologi termasuk mempunyai akses kepada rangkaian karyawan teknologi mapan. Rangkaian sedemikian penting untuk membimbing generasi inovator akan datang.
Bimbingan daripada seorang mentor akan membolehkan seseorang karyawan wanita untuk mendapatkan pendedahan yang betul, di samping menawarkan hubungan sosial dan peluang kerja. Matlamatnya adalah untuk mempersiapkan kaum wanita menyandang jawatan kanan dan menggalas peranan penting seperti melatih bakat muda dalam sesebuah syarikat.
Perlu diingatkan bahawa bimbingan yang dimaksudkan di sini bukan sekadar menetapkan masa formal untuk bersantai atau makan tengah hari bersama setiap bulan. Sebaliknya mentor yang diinginkan adalah seseorang yang berupaya menyuntik inspirasi dan dengan rela hati melabur masa dan usaha untuk bekerjasama dengan anda.

Sebagai contoh, kajian terbaharu oleh McKinsey menunjukkan bahawa dengan mempunyai lebih banyak pasukan yang pelbagai, ia akan meningkatkan prestasi pasukan dan mewujudkan pasukan yang lebih kuat dari semasa ke semasa. Namun dunia teknologi masih belum menerima kepelbagaian sepenuhnya.
Terdapat jurang jantina yang ketara dan kaum wanita kurang diwakili di semua peringkat dalam perancangan korporat.

Sebagai pemimpin syarikat, kita boleh memacu perubahan dan menggalakkan kesaksamaan jantina. Kita perlu menerima hakikat bahawa dengan membantu dan membimbing orang lain, kita akan dapat bangkit lebih kukuh.
Saya berharap lebih ramai wanita akan merealisasikan potensi dan bakat mereka dalam bidang teknologi. Dan saya juga menaruh harapan agar lebih ramai karyawan wanita dalam bidang teknologi akan membawa perubahan yang besar kepada bidang ini.
MENGENAI PENULIS

Hamidah Aidillah adalah Pengasas Parrot Social – firma Analitik Data yang menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) untuk membantu perniagaan dan institusi memahami dengan mendalam tentang media sosial dan trend-trend masa hadapan. Parrot Social merupakan firma Finalis peringkat antarabangsa di wadah online, WeConnect International 2022. Hamidah Aidillah juga tersenarai antara 100 Wanita Cemerlang dalam Bidang Teknologi 2023.
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.