KOMENTAR: Islam Menekankan Sifat Menghormati Semua Masyarakat & Membela Keadilan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, ramai yang meluahkan rasa marah dan sedih terhadap penderitaan di Gaza.
Adalah lumrah bagi umat Islam untuk berasa simpati yang mendalam terhadap rakyat Palestin dan mahukan keadilan buat mereka.
Namun, kadangkala perbualan di media sosial juga menunjukkan kata-kata keras, malah kebencian, yang ditujukan kepada orang Yahudi secara umum.

Di sinilah kita perlu berhenti sejenak dan berfikir. Kita di Singapura sebagai satu negara dan masyarakat telah menyuarakan pandangan kita terhadap resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan bantuan kemanusiaan mencecah lebih S$22 juta dolar serta doa nazilah di masjid-masjid.
Konflik Gaza Bukan Alasan Memusuhi Penganut Agama Lain
Menyokong mangsa konflik di Gaza tidak seharusnya menjadi alasan untuk memusuhi antara kaum di Singapura. Dalam Islam, membela keadilan tidak pernah bererti membenci keseluruhan sesuatu kelompok.
Nabi Muhammad SAW mengajar umat Islam supaya berlaku adil dan berbelas kasihan, termasuk terhadap mereka yang tidak sependapat dengan kita.
Sepanjang hidup Baginda, Nabi berurusan dengan pelbagai penganut agama, termasuk Yahudi dan Kristian, dengan menunjukkan rasa hormat dan membina kehidupan bersama berdasarkan amanah dan saling percaya.
Memahami Istilah Yang Berbeza
Kadangkala, kekeliruan timbul apabila istilah agama digunakan secara bertindih, walaupun maksudnya tidak sama.
Sebagai contoh, al-Quran menyebut beberapa kali tentang “Banī Isrā’īl” (Bani Israil atau Anak-Anak Israel), “Yahūd” (orang Yahudi pada zaman Nabi Muhammad SAW), dan “Ahl al-Kitāb” (Ahli Kitab, iaitu orang Yahudi dan Kristian).
Istilah-istilah ini digunakan dalam konteks yang berbeza. Memahami perbezaan ini membantu kita melihat bahawa kritikan dalam nas agama bukan kecaman menyeluruh terhadap semua orang Yahudi, tetapi mesej moral yang ditujukan kepada kumpulan tertentu pada waktu tertentu — tentang keadilan, keimanan dan perlakuan.
Perbezaan ini sangat penting pada hari ini. Kita boleh menentang dengan tegas tindakan mana-mana pemerintah atau angkatan tentera, termasuk cara Israel melayan rakyat Palestin, tanpa menukar kemarahan itu menjadi kebencian terhadap semua orang Yahudi di mana-mana sahaja.
Ramai Juga Orang Yahudi Lantang Bantah Konflik Gaza
Malah, ramai juga orang Yahudi di seluruh dunia yang lantang menyuarakan bantahan terhadap ketidakadilan di Gaza.
Menyedari kepelbagaian sikap ini dapat mengelakkan emosi kita daripada mencampuradukkan antara isu politik dengan sikap prejudis terhadap sesuatu kaum.

Bagi umat Islam di Singapura, yang hidup bersama dengan pelbagai agama dan bangsa, contoh yang ditunjukkan Nabi Muhammad kekal sangat relevan.
Nabi Muhammad menganjurkan rasa hormat dan ihsan — melakukan kebaikan walaupun dalam keadaan tidak bersetuju — dan menolak sikap bermusuhan secara membuta tuli berdasarkan bangsa atau agama.
Penting Terus Kukuhkan Keharmonian Kaum & Agama
Berpegang teguh kepada semangat ini mengukuhkan keharmonian sosial di negara kita dan menunjukkan bahawa perjuangan kita menuntut keadilan dipandu oleh nilai bukan kebencian.

Maka apabila kita meluahkan keprihatinan terhadap mangsa-mangsa di Gaza atau berkongsi pandangan di alam maya, biarlah ia dipimpin oleh rasa belas dan ilmu.
Jelaskan dengan tepat apa, dan siapa, yang kita kritik. Kita berdiri bersama mangsa kezaliman, sambil pada masa yang sama, menolak prejudis dalam apa jua bentuk.
Inilah jalan yang seimbang dan berprinsip yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada kita.
Kesimpulannya, kita mengharapkan agar kezaliman yang berlaku terhadap warga di Gaza dihentikan, dan negara Palestin dibina kembali untuk rakyatnya.
Semoga kefahaman al-Quran dalam menerajui hidup kita dapat sama-sama kita pelajari dan lestarikan.
Moga Allah SWT memberi kita dan seluruh masyarakat dunia keamanan dan keadilan untuk masa depan anak-anak kita yang lebih cerah dan hidup dalam kedamaian.
*Artikel asal bertajuk "Understanding Banī Isrā’īl, Yahūd, and Ahl al-Kitāb in the Qur’an: Co-existing in Contemporary Plural Societies" diterbitkan oleh RSIS pada 12 Dis 2025.
MENGENAI PENULIS

Ustaz Dr Mohamed Feisal Bin Mohamed Hassan ialah Zamil Penyelidik di Pusat Antarabangsa bagi Penyelidikan Keganasan Politik dan Pengganasan (ICPVTR) di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU). Beliau juga merupakan Setiausaha dan Kaunselor Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG).
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.