KOMENTAR: Dilema Ketua Pembangkang Perikatan Nasional
Anggaran Waktu Membaca:
Siapakah yang bakal menggalas peranan sebagai Ketua Pembangkang bagi gabungan Perikatan Nasional (PN)? (Gambar: Bernama)
SINGAPURA: Perikatan Nasional (PN) telah bertikai tentang siapakah yang bakal menggalas peranan sebagai Ketua Pembangkang bagi gabungan tersebut.
Walaupun akhirnya diputuskan bahawa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan menerajui gabungan itu, Dr Norshahril Saat berpendapat bahawa keupayaan dan kewibawaan PN sebagai alternatif yang diyakini berbanding Kerajaan MADANI masih diragui.

Gabungan pembangkang Malaysia, Perikatan Nasional (PN) telah melantik Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, atau lebih dikenali sebagai Dr Sam, sebagai pengerusi baharunya menyusuli peletakan jawatan penyandangnya, Muhyiddin Yassin.
Tanda Tanya Tentang Keupayaan PN Mentadbir Negara
Walau bagaimanapun, PN, yang sebahagian besarnya terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan parti nasionalis Melayu, iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), tidak melantik beliau sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.
Gabungan itu akhirnya memutuskan bahawa calon itu adalah dari PAS, tetapi kelengahan menamakan calon dan menyokong calon tersebut telah menimbulkan keraguan sama ada PN sudah bersedia untuk menjadi kerajaan alternatif.
Lazimnya, Ketua Pembangkang mestilah dari kalangan gabungan pembangkang. Tetapi PN agak tidak sehaluan. Pada 22 Februari, Dr Sam, Ahli Parlimen PAS untuk Kemaman, telah dinamakan sebagai Pengerusi PN tetapi tidak dinamakan sebagai Ketua Pembangkang.
Dalam sidang Parlimen baru-baru ini, Hamzah Zainuddin masih memegang peranan sebagai Ketua Pembangkang. Beliau adalah Timbalan Presiden BERSATU sehinggalah beliau dipecat daripada parti itu. Hamzah terus duduk betul-betul bertentangan dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di dalam dewan. Hamzah, yang bukan lagi ahli PN, dianggap oleh sesetengah barisan pembangkang sebagai ahli strategi yang paling berkebolehan.

Krisis Dalaman BERSATU
Krisis dalam BERSATU telah berlarutan selama setahun. Pertikaian secara terbuka bermula semasa perhimpunan BERSATU pada 2025, dengan khabar angin bertiup kencang bahawa Hamzah cuba menjatuhkan Muhyiddin, Pengerusi PN ketika itu. Akhirnya, kedua-dua kem tersebut berdamai dan Hamzah mengikrarkan taat setianya kepada Muhyiddin.

Beberapa Ahli Parlimen BERSATU kemudiannya disingkirkan atau digantung kerana melanggar disiplin parti. Mangsa yang paling ketara ialah Wan Saiful Wan Jan dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal. Ketegangan berlaku di Perlis pada akhir 2025, dengan spekulasi bahawa BERSATU telah mengatur penggulingan Menteri Besar PAS — satu dakwaan yang dinafikan oleh Muhyiddin. Namun, ramai yang menyalahkannya kerana gagal menguatkuasakan disiplin dan mengawal ahli parti yang berpecah belah.
Muhyiddin kekal sebagai Presiden BERSATU, manakala Hamzah dan para penyokongnya telah disingkirkan daripada parti itu. Pada hujung Februari, 13 Ahli Parlimen BERSATU daripada 25 Ahli Parlimennya sekarang (tidak termasuk enam Ahli Parlimen yang mengisytiharkan sokongan kepada PM Anwar sebelum ini) berikrar menyokong Hamzah untuk kekal sebagai Ketua Pembangkang.
Terdapat spekulasi bahawa Hamzah dan bekas sekutunya dalam BERSATU mungkin mengambil alih Parti Keluarga Malaysia, sebuah parti politik yang agak tidak dikenali.
Dengan masalah dalaman BERSATU, PAS - dengan 43 Ahli Parlimen - memutuskan untuk mengambil alih kepimpinan Perikatan Nasional (PN) melalui pelantikan Dr Sam. Walau bagaimanapun, keraguan PN untuk menamakan Dr Sam sebagai Ketua Pembangkang telah menimbulkan tanda tanya sama ada beliau berupaya mencabar PM Anwar atau mengukuhkan gabungan parti dalam PN. Muhyiddin juga secara terbuka mengkritik PN kerana tidak tegas. Beliau turut mengejek Hamzah kerana tidak malu dengan hakikat bahawa beliau tidak lagi mempunyai locus standi untuk terus menyandang jawatan sebagai Ketua Pembangkang.
Siapa Pengganti Hamzah?
Pada 14 Mac, tiga minggu selepas Dr Sam dinamakan sebagai Pengerusi, PN akhirnya memutuskan bahawa Ketua Pembangkang seterusnya adalah dari PAS. Ini bermakna wakil PAS akan menggantikan Hamzah. Tetapi Majlis Tertinggi PN tidak menamakan secara khusus Ketua Pembangkang itu. Majlis itu sebaliknya mengumumkan bahawa identiti Ketua Pembangkang yang baharu akan didedahkan sebelum akhir Mac.
Kelengahan melantik Dr Sam sebagai Ketua Pembangkang menimbulkan keraguan terhadap ketegasan gabungan itu. Tentu sekali, PN akan menimbangkan buruk baiknya untuk terus kekal menyokong Hamzah atau sebaliknya, sekalipun beliau pernah menerajui portfolio hal ehwal luar dan perdagangan dalam negeri sebagai menteri, dan beberapa portfolio sebagai timbalan menteri. Beliau telah membuktikan dirinya sebagai pendebat yang baik, setanding dengan PM Anwar.
Kejayaan terbaharunya ialah menyekat usaha Kerajaan MADANI untuk mengehadkan tempoh perkhidmatan perdana menteri kepada dua penggal.
Walau bagaimanapun, rekod beliau yang suka melompat parti tidak menunjukkan ketekalan (consistency) atau keupayaannya untuk bekerjasama dengan orang lain. Beliau telah melompat dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ke BERSATU dan kini hampir menyertai parti lain. Terdapat juga laporan bahawa Hamzah telah bertemu secara rahsia dengan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi di Bangkok, walaupun beliau kemudiannya mengisytiharkan bahawa beliau tidak berniat untuk kembali ke UMNO.

2 Calon Ketua Pembangkang
Ini membuka laluan untuk merebut jawatan Ketua Pembangkang. Dua calon utama dari PAS ialah Dr Sam atau Takiyuddin Hassan, yang telah dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Agung PN pada mesyuarat 14 Mac.
Kekuatan Dr Sam terletak pada sikapnya yang tidak agresif, yang akan menyukarkan Ahli Parlimen kerajaan untuk 'membunuh' wataknya. Mantan Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, adalah seorang teknokrat moderat dan bukannya seorang ulama konservatif, yang dianggap berupaya menarik minat bukan Melayu, iaitu satu segmen yang sukar dicapai oleh PN.

Sungguhpun demikian, Dr Sam kekurangan pengalaman dalam bidang politik persekutuan. Tempoh perkhidmatannya di Parlimen hanya bermula pada Disember 2023 disebabkan oleh Pilihan Raya Kecil (PRK), dan beliau tidak pernah memegang sebarang jawatan Kabinet. Walaupun Dr Sam juga merupakan Menteri Besar Terengganu, dan memimpin PAS menyapu bersih kesemua 32 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), beliau masih belum dianggap bersedia untuk menyandang jawatan tertinggi negara.
Takiyuddin juga merupakan seorang calon yang berpotensi. Tidak seperti Dr Sam, beliau mempunyai pengalaman berkhidmat dalam Kabinet sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (untuk Parlimen dan Undang-Undang) dan Menteri Tenaga dan Sumber Asli. Beliau telah menjadi Ahli Parlimen sejak 2013 dan merupakan Ahli Parlimen yang aktif. Beliau dilihat sebagai ahli kedua paling lantang bersuara di blok pembangkang selepas Hamzah.

Menamakan Dr Sam atau Takiyuddin sebagai Ketua Pembangkang sememangnya sesuatu yang menyegarkan, dalam persekitaran politik yang dikuasai oleh personaliti yang telah berkecimpung dalam politik sejak tahun 1980-an. Kedua-dua calon ini memenuhi syarat bagi pelantikan sebagai calon Perdana Menteri PN untuk Pilihan Raya Umum akan datang, yang dijadual berlangsung pada Februari 2028.
Mereka dianggap sebagai "moderat" dalam PAS. Ini penting, memandangkan PAS telah bergelut untuk meningkatkan sokongan melangkaui pengundi Melayu konservatif.

Di samping itu, mereka berdua adalah calon terbaik untuk menghalang puak-puak yang tidak berpuas hati dalam PN daripada menimbangkan pilihan baharu, atau menghidupkan semula pakatan alternatif, seperti Muafakat Nasional (antara UMNO dan PAS), atau mempercepatkan pengukuhan Ikatan Prihatin Rakyat (IPR, gabungan yang menyatukan semua parti pembangkang, termasuk yang tidak dalam Parlimen).
Alternatif ini mungkin menandakan berakhirnya projek PN, meskipun ia berpengalaman mentadbir negara dan berfungsi sebagai pembangkang sejak Pilihan Raya Umum yang lalu.
Mempercepatkan proses menamakan Ketua Pembangkang akan mengukuhkan kedudukan PN untuk menggantikan Kerajaan MADANI.

*Rencana bertajuk 'Perikatan Nasional’s Opposition Leader Dilemma' ini telah diterbitkan oleh Fulcrum pada 16 Mac 2026.
MENGENAI PENULIS
MENGENAI PENULIS
Dr Norshahril Saat ialah Zamil Kanan dan Penyelaras Program Kajian Sosial & Budaya Serantau, ISEAS – Institut Yusof Ishak.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.