KOMENTAR: ChatGPT dan kesannya terhadap pendidikan anak-anak kita
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: iStock)
BERITAmediacorp: Sebagai model bahasa Kecerdasan Buatan (AI), ChatGPT boleh memberi impak yang besar kepada pembelajaran kanak-kanak dalam pelbagai cara.
Berikut adalah beberapa contoh:
- Menyediakan pengalaman pembelajaran yang diperibadikan: ChatGPT boleh memahami dan bertindak balas terhadap keperluan dan gaya pembelajaran seseorang pelajar. Dengan memberikan respons yang diperibadikan, ChatGPT boleh membantu pelajar memahami topik yang rumit dengan lebih baik dan meningkatkan pemahaman mereka.
- Menyokong pelibatan pelajar: ChatGPT boleh melibatkan pelajar dalam pembelajaran dengan menjawab soalan mereka dalam bentuk perbualan. Ini boleh membantu untuk mengekalkan minat dan motivasi pelajar untuk belajar.
- Meningkatkan akses kepada sumber pendidikan: ChatGPT boleh menyediakan pelajar akses kepada sejumlah besar kandungan pendidikan, termasuk buku teks, video dan artikel. Ini boleh membantu untuk memperluaskan pemahaman mereka tentang sesuatu mata pelajaran dan meningkatkan pembelajaran mereka.
- Meningkatkan kemahiran bahasa: ChatGPT boleh membantu pelajar meningkatkan kemahiran bahasa mereka dengan memberikan maklum balas tentang kemahiran menulis, bertutur dan mendengar mereka. Ini boleh memberi manfaat terutamanya kepada pelajar yang mempelajari bahasa baru.
- Memupuk kreativiti: ChatGPT boleh menyediakan pelajar dengan gesaan dan idea untuk memberi inspirasi kepada kreativiti mereka. Ini boleh membantu terutama bagi pelajar yang bergelut untuk menjana idea bagi sesebuah projek atau tugasan.

POTENSI BESAR CHATGPT
Secara keseluruhannya, ChatGPT mempunyai potensi untuk meningkatkan pembelajaran kanak-kanak dengan menyediakan pengalaman pendidikan yang diperibadikan, menarik dan mudah diakses.
Walau bagaimanapun, adalah penting untuk kita mengambil perhatian bahawa ChatGPT bukan pengganti untuk guru atau mentor manusia.
Sebaliknya, ia harus digunakan sebagai tambahan kepada kaedah pembelajaran tradisional untuk meningkatkan dan menyokong pembelajaran pelajar.
Apabila diminta untuk mengulas tentang topik di atas, saya telah mengajukannya kepada ChatGPT dalam Bahasa Melayu, yang kemudian memberikan jawapan dalam Bahasa Indonesia.
Kerana ia tidak menepati apa yang saya perlukan, saya bertanya pula dalam Bahasa Inggeris dan kemudian menggunakan Google Translate yang menghasilkan jawapan di atas.
Pada pendapat saya, apa yang tertera di atas adalah jawapan yang baik. Adakah ini bermakna bahawa saya sudah tidak perlu menulis seterusnya untuk artikel ini?
Adakah saya sudah tidak perlu berfikir lagi kerana ChatGPT mempunyai semua jawapan yang saya perlukan?
Hakikatnya ialah penggunaan sistem Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence atau AI) dan sejauh mana ia dapat memberikan jawapan yang tepat dan relevan kepada sesuatu soalan bergantung kepada ketepatan dan kekhususan soalan itu sendiri dan juga mutu data yang telah melatih model ChatGPT.
Respons yang diberikan oleh ChatGPT akan tersasar sekiranya data tidak mencukupi, baru atau berkualiti rendah.

Garbage In, Garbage Out
Ini antara sebab mengapa pada mulanya, jawapan ChatGPT (versi GPT 3.5) untuk peperiksaan undang-undang di Amerika Syarikat mendapat markah 10th percentile atau 10 peratusan paling bawah tetapi GPT-4 yang baru dilancar, mendapat markah 90th percentile atau antara 10 peratusan yang terbaik.
Penambahbaikan persembahan tersebut adalah kerana sistem ChatGPT itu telah dilatih dengan data yang lebih baik dengan peredaran masa dan menghasilkan jawapan yang jauh lebih baik dan bermutu.
Dan proses ini hanya akan menjadi lebih baik dan mengeluarkan jawapan yang lebih tepat seterusnya. Sebagai contoh, hal yang sama juga dapat dilihat dalam peperiksaan SAT dan GRE.
Keadaan sedemikian telah menimbulkan keprihatinan dalam kalangan ramai cendekiawan termasuk Elon Musk, Steve Wozniak dan Yuval Noah Harari bahawa pembangunan sistem AI yang begitu canggih ini akan membawa risiko yang tinggi dan kesan yang negatif terhadap masyarakat dan tamadun manusiawi.
Mereka terpanggil untuk menyeru agar segala projek pembangunan sistem AI seperti ChatGPT dihentikan buat sementara waktu agar isu-isu etika dan tadbir urus dapat dileraikan dan diperincikan terlebih dahulu.
Dari segi pendidikan anak-anak pula, sistem ChatGPT dapat menjana jawapan yang bernas dan bermutu tinggi untuk esei dan kuiz. Anak-anak kita pasti gembira kerana kerja rumah atau homework, hanya memerlukan mereka untuk memberikannya kepada ChatGPT untuk diselesaikan.
Anak-anak kita hanya perlu menyemak jawapan ChatGPT, kemudian membuat pembetulan sebelum menyerahkan tugasan mereka kepada guru.
Tentu sekali ini dapat mengoptimumkan masa yang diluangkan untuk kerja rumah dan membolehkan anak-anak kita fokus kepada aktiviti-aktiviti lain!
Bukankah ini sesuatu yang baik untuk anak-anak kita?
Bahkan, ia sepatutnya diperluaskan untuk kerja atau tugasan yang diberikan di kelas juga!
GUNAKAN CHATGPT SECARA BERHEMAH
Pada hemah saya, sistem AI seperti ChatGPT mempunyai kebaikan jika digunakan dengan betul.
Dan betul di sini bermakna digunakan berdasarkan sistem nilai yang baik, yang telah kita tanamkan dalam diri anak-anak kita dan berdasarkan daya dan kemahiran berfikir yang tajam dan matang.
Namun, kedua-dua faktor tersebut harus wujud bersama. Nilai tanpa daya fikiran akan melahirkan individu yang tidak berupaya meraih manfaat ChatGPT sepenuhnya. Daya fikiran tanpa nilai bakal mengakibatkan penyalahgunaan Chat GPT atau yang seumpamanya.
Para ibu bapa dan sekolah serta sistem pendidikan secara amnya, mempunyai peranan penting dalam memastikan pendidikan anak-anak kita menjurus ke arah tersebut supaya anak-anak kita bersedia dengan keupayaan untuk berinteraksi dengan teknologi baru secara optima dan berkesan.
Sebagai contoh, para ibu bapa boleh menggunakan ChatGPT untuk perkara-perkara yang santai dan membina seperti merancang percutian pada hujung tahun ini dan menggunakan cadangan daripada ChatGPT untuk dibincangkan bersama keluarga.
Ini dapat menunjukkan satu contoh yang baik dan memberikan isyarat yang jelas bagaimana anak-anak kita dapat memanfaatkan teknologi seperti ini.
Ibu bapa juga harus berusaha untuk terus memantau aktiviti harian anak-anak yang melibatkan penggunaan teknologi supaya mereka dapat sama-sama belajar mengenai teknologi tersebut dan kemudian memberikan panduan dan nasihat dan bukan untuk tujuan mengekang.
Sistem pendidikan pula perlu memberikan latihan secukupnya kepada anak-anak kita dengan membangunkan kebolehan mereka untuk berfikir secara kritis, menggalak kreativiti dan menerima adanya pelbagai huraian kepada sesuatu masalah dan meraikan budaya bertanya dan inovasi.
Natijah kemahiran seperti ini akan dapat melahirkan satu golongan yang bijak menggunakan teknologi untuk manfaat peribadi mereka ataupun dalam dunia pekerjaan dan perniagaan yang bakal mereka lalui dalam masa terdekat.
Akhir kata, teknologi baru dan lebih canggih akan sentiasa mencorakkan kehidupan kita.
Kita perlu memastikan anak-anak kita dan diri kita sendiri diperkasakan dengan nilai dan daya fikir yang baik dan kental sebagai benteng pertahanan kita untuk memaksimumkan apa jua teknologi baru yang dikeluarkan.
Buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.

MENGENAI PENULIS:

Effendy Ibrahim adalah Naib Presiden Asia Pasifik & Jepun di Alteryx, iaitu sebuah firma teknologi yang menawarkan khidmat kejuruteraan data, analitik, pembelajaran mesin & Kecerdasan Buatan (AI) dan sains data.
Sumber : BERITA Mediacorp/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.