KOMENTAR: Bahasa Indonesia Kian Laris
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar hiasan: iStock
SINGAPURA: Hampir setahun sejak Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menggunakan Bahasa Indonesia secara rasmi dalam kongresnya.
Ini suatu pencapaian besar bagi 200 juta penuturnya yang terus bertambah.
Mohd Raman Daud menyingkap laluan selanjutnya bagi bahasa ini yang asasnya adalah bahasa Melayu.
Semakin laris.
Itulah kedudukan Bahasa Indonesia yang pada November tahun lalu diiktiraf sebagai antara bahasa rasmi di persidangan Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Indonesia seluas 1.9 juta km persegi (lebih 17,000 pulau) dengan penduduk 284 juta (rujuk: Worldometer).

Wahana utamanya, Bahasa Indonesia, digunakan oleh majoriti rakyatnya, sekitar 200 juta jiwa.
Ini bermakna masih ramai penduduknya yang menggunakan bahasa etnik seperti Jawa, Sunda, Batak dan Minang.
5 BAHASA POPULAR
Namun Bahasa Indonesia (BI) belum lagi meraih darjat bahasa popular di dunia.
Menurut UNESCO dan Berlitz Corp (syarikat antarabangsa yang mengajar bahasa), ada lima bahasa popular di dunia, iaitu Inggeris, Mandarin, Hindi, Sepanyol dan Perancis.
Kedudukannya seperti berikut:
(1) Inggeris (bahasa pertama/penutur asli: 380 juta, bahasa kedua: 1,077 bilion; jumlah: 1.456 bilion penutur)
(2) Mandarin (bahasa pertama: 939 juta; bahasa kedua: 199 juta; jumlah: 1.138 bilion penutur)
(3) Hindi (bahasa pertama: 345 juta; bahasa kedua: 266 juta; jumlah: 610 juta penutur)
(4) Sepanyol (bahasa pertama: 485 juta; bahasa kedua: 74 juta; jumlah: 559 juta penutur)
(5) Perancis (bahasa pertama: 81 juta; bahasa kedua: 266 juta; jumlah: 347 juta penutur)
Banyak faktor mendorong suatu bahasa menjadi popular.
Ini boleh difahami secara mudah dengan rumus matematik:
Bahasa = f(jumlah penutur, ilmu, kuasa ekonomi, kuasa politik, rekayasa bahasa)
DOMINASI INGGERIS
Lazimnya, dua faktor yang membangunkan suatu bahasa menjadi bahasa popular adalah jumlah penutur dan kuasa ekonomi.
Misalnya sebagai bahasa pertama, Bahasa Inggeris ‘alah’ dengan bahasa Mandarin.
Tetapi penutur Bahasa Inggeris boleh dikatakan ‘mendunia’ iaitu berada di serata pelosok jagat disebabkan oleh peranannya dari segi penyebaran ilmu, penyejagatan urusan ekonomi sehingga menjadi bahasa perundangan antarabangsa.
Sudah menjadi semacam amalan terbaik sejak abad ke-20M ialah seseorang warga dunia perlu menguasai bahasa ibundanya dan juga Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Pemakaian Bahasa Inggeris tidaklah terhad setakat perhubungan di Internet tetapi juga menjadi lingua franca (bahasa pengantar) terampuh.
Misalnya, karya sastera daripada pelbagai bahasa biasanya diterjemahkan kepada Bahasa Inggeris terlebih dahulu dan kemudian ke bahasa-bahasa yang lain.
Inggeris popular seiring kekuatan Empayar British (Pax Britannica: tahun 1815-1945). Ia kemudian digantikan oleh Amerika Syarikat (Pax Americana: 1945 hingga kini).
Hal ini, antara lain, menjelaskan mengapa penutur jati Bahasa Inggeris lebih kecil daripada penutur Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.
Bahasa Mandarin mempunyai jumlah penutur jati terbanyak, terutama di China. Ini diikuti Bahasa Sepanyol yang menjadi bahasa kebangsaan di banyak negara Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

EVOLUSI BAHASA INDONESIA
Hari ini, Indonesia mempunyai jumlah penduduk keempat terbesar di dunia - selepas India, China dan Amerika Syarikat. Ia juga antara negara berpengaruh sebagai anggota G20 ekonomi terpenting di dunia.
Antara faktor sejarah ampuh yang membentuk Indonesia ialah pertemuan dipanggil ‘Sumpah Pemuda’ dalam Kongres Pemuda Kedua pada 28 Oktober 1928 di Batavia (nama Belanda bagi Jakarta). Antara lain, para wakil telah mengungkapkan:
"Kami Putera dan Puteri Indonesia, mengaku bertumpah darah yang satu, tanah air Indonesia.
"Kami Putera dan Puteri Indonesia, mengaku berbangsa yang satu, bangsa Indonesia.
"Kami Putera dan Puteri Indonesia, menjunjung bahasa persatuan, Bahasa Indonesia."
Asas Bahasa Indonesia ialah Bahasa Melayu yang kemudian dikembangkan secara semula jadi dan juga rekayasa (language engineering) dengan pesat sejak kemerdekaannya daripada penjajah Belanda pada 1945.
Pada 1986 dalam Pertemuan Sasterawan Nusantara V di Makassar, saya pernah mewawancara Prof Sutan Takdir Alisyahbana (1908-1994), antara ‘jurubina’ Bahasa Indonesia dan pernah mengetuai Komiti (Jawatankuasa) Bahasa Indonesia sejak kemerdekaan 1945.
Beliau amat menggalakkan nusanya belajar cara Barat agar bingkas maju, termasuk menerapkan istilah Inggeris dan Belanda dalam Bahasa Indonesia.
Namun setelah Pusat Bahasa Indonesia (kini dinamakan: Badan Pembinaan dan Pengembangan Bahasa) diterajui Prof Anton Molieono (1929-2011), berlaku perubahan sikap iaitu Bahasa Indonesia perlu mengutamakan istilah yang ada daripada bahasa etnik terlebih dahulu dan jika tiada, barulah menyerap istilah daripada ‘bahasa asing’ (di luar Nusantara).

Memandangkan begitu banyak istilah Jawa (membentuk 40% atau majoriti penduduk Indonesia) yang diserap, maka timbul kebimbangan akan ‘penjawaan’ atau ‘Jawanisasi’ ke atas Bahasa Indonesia.
Prof Sutan Takdir menentang keras, namun ramai bahasawan tampak menyokong Prof Anton.
Bagaimanapun, mutakhir ini banyak sekali istilah Inggeris digunakan, misalnya ‘pendidikan’ sering digantikan dengan ‘edukasi’ (Inggeris: education). Apatah lagi dengan ledakan penggunaan Internet, Bahasa Inggeris kian dominan di kota-kota besar Indonesia.
BAHASA MELAYU LAWAN BAHASA INDONESIA
Perbezaan antara Bahasa Indonesia berbanding Bahasa Melayu pernah diulas oleh Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew yang memaklumi bahawa terdapat jurang yang kian lebar antara dua bahasa ini (rujuk: Lee Kuan Yew (2000). From Third World to First.)

Makalah Ahmad Ibrahim dalam majalah Dewan Bahasa (2011. ‘Kesenjangan Leksikal Bahasa Melayu Malaysia dan Bahasa Indonesia’) menegaskan jurang tadi sehingga memerlukan ‘terjemahan’ karya sastera dari Malaysia untuk pembaca Indonesia, dan begitu juga sebaliknya.
Memang banyak istilah Melayu sudah berlainan dalam konteks Bahasa Indonesia. Misalnya: ‘percuma’ bererti ‘sesia’ atau ‘tidak berguna’ dalam Bahasa Indonesia, tetapi ia bermakna ‘tiada bayaran’ atau ‘gratis’ dalam Bahasa Melayu.
Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri pernah menyeru pada Mac 2022 agar Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa pengantar ASEAN, selain Inggeris.
Namun, Badan Bahasa Indonesia kurang menyokong usul ini dan berasa Bahasa Indonesia jauh lebih layak.
Waima, untuk mekar di persada jagat, perkembangan Bahasa Indonesia perlu didorong dengan mempromosikannya sebagai antara bahasa rasmi di pertubuhan antarabangsa, penerbitan jurnal ilmu atau prosiding sejagat dalam Bahasa Indonesia, dan tentulah meluaskan rancangan Bahasa Indonesia untuk Penutur Asing (BIPA) di dalam dan luar negeri.
Dengan pengiktirafan UNESCO, keampuhan Bahasa Indonesia kian meningkat.
Tetapi apakah ertinya bagi pengguna Bahasa Melayu di Brunei, Malaysia dan Singapura?

Almarhum Pendeta Dr Muhammad Ariff Ahmad pernah menjangkakan perkembangan ini.
“Itulah sebabnya perlu ada bahasa supra iaitu Bahasa Baku dengan istilah yang difahami oleh semua orang di rantau ini. Sebutan baku, misalnya, mengurangkan beza penyebutan kata antara pengguna Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia. Selanjutnya, karya sastera Melayu perlu dapat masuk bebas ke Indonesia agar dapat dibaca dan fahami. Semua usaha ini dapat mengurangkan perbezaan atau kesenjangan antara Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia.”
MENGENAI PENULIS

Mohd Raman Daud ialah mantan wartawan kanan Berita Harian (1984-2016), mantan penulis tetap skrip drama televisyen Perbadanan Penyiaran Singapura (1980-1984), pengarang, aktivis masyarakat, editor sejumlah buku termasuk adikarya Pendeta Dr Muhd Ariff Ahmad, NILAM. Beliau juga antara anggota pengasas Majlis Bahasa Melayu Singapura.
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.