KOMENTAR: Bagaimana AI Generatif dapat bantu pekerja pada 2025
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar hiasan: iStock)
SINGAPURA: Kita sudah terbiasa dengan kuasa Kecerdasan Buatan (AI) sejak beberapa tahun kebelakangan ini. AI sudah mahir melaksanakan tugas tertentu seperti menganalisis data, meramal corak atau mengautomasikan proses sedia ada.
Ini bukan lagi perkara baharu dan sudah wujud sejak sekian lama - lagipun, bukankah Netflix telah mengesyorkan kandungan untuk kita menggunakan AI bagi menonton filem hampir sedekad yang lalu?
Kecerdasan Buatan Generatif atau “Gen AI” sebaliknya adalah subset AI yang masih agak baru. Ia boleh mencipta kandungan baharu seperti menjana imej atau reka bentuk menggunakan pengaturcaraannya untuk 'membayangkan' dan menghasilkan perkara yang belum wujud sebelum ini.
Fikirkan AI sebagai seorang pekerja berkemahiran tinggi, manakala Gen AI pula lebih seperti artis atau pencipta yang inovatif.

AI meraih manfaat daripada lonjakan besar Generative AI dan keupayaannya untuk 'mengubah' cara kita bekerja kerana keupayaannya untuk mencipta kandungan sangat menyokong kepakaran dan kemahiran manusia - menulis memo, nota mesyuarat dan laporan, menghasilkan reka bentuk grafik web, mencipta strategi pemasaran yang diperibadikan (personalised marketing) dan mengatur program pembelajaran pekerja.
Apabila kita melakar Gen AI pada pekerjaan dan kemahiran, kita tidak boleh mengabaikan betapa pentingnya kemahiran manusia. Kecerdasan emosi, pemikiran kritis, kepimpinan, dan keupayaan untuk menghuraikan masalah yang kompleks adalah sifat semula jadi manusia - semuanya agak mencabar untuk ditiru oleh mesin AI.
Inilah perbezaan dasarnya: jika manusia boleh menggunakan Gen AI untuk menyelesaikan tugas dengan lebih cepat, lebih mudah atau lebih baik daripada yang mereka boleh lakukan sebelum ini kerana teknologi mempunyai kemahiran tertentu, maka itu kita boleh mula menetapkan tugasan secara berbeza. Ini menjadi kunci kejayaan - teknologi tidak menggantikan pekerjaan; sebaliknya ia mengubah tugas dan kemahiran yang kita gunakan untuk menyelesaikan kerja kita.

Kesan Gen AI Di Tempat Kerja
Gen AI akan menjadi perubahan paling ketara di tempat kerja sejak revolusi pertanian dan perindustrian. Ini mungkin dianggap keterlaluan, namun, pada peringkat awalnya, ia menunjukkan revolusi yang menjanjikan perubahan pada pelbagai aspek sesebuah organisasi berfungsi.
AI mencipta landskap di mana individu boleh berkembang daripada pengkhususan dalam hanya satu atau dua bidang kemahiran kepada cekap mengendalikan beberapa kemahiran yang saling berkaitan secara serentak. Memperdalam integrasi Gen AI dalam organisasi memerlukan program pembelajaran yang lebih mantap dan budaya yang menekankan pengajaran dan pembelajaran merentas tiga dimensi: individu, organisasi dan AI itu sendiri.
Kira-kira 75 peratus daripada nilai yang boleh disampaikan oleh penggunaan Gen AI terkait dalam empat bidang: Operasi pelanggan, pemasaran dan penjualan, kejuruteraan perisian dan kajian dan pengembangan (R&D), menurut laporan McKinsey pada Jun 2023.
Penyepaduan Gen AI di tempat kerja menjanjikan pengganda daya terutamanya untuk para karyawan berkemahiran tinggi.
Alat ini mempunyai potensi untuk mempertingkatkan lagi produktiviti pekerja, meningkatkan kreativiti dan membuka kunci inovasi. Kajian terbaharu McKinsey meramalkan bahawa Gen AI berpotensi untuk mengautomasikan aktiviti kerja yang menyerap 60 hingga 70 peratus masa pekerja hari ini.

Manfaat AI yang berbeza di tempat kerja:
• Peningkatan produktiviti: AI mengautomasikan tugasan berulang, membebaskan pekerja untuk menumpukan perhatian kepada kerja bernilai lebih tinggi dan memperkasakan mereka untuk mencapai lebih banyak tugasan dengan jumlah sumber yang sama.
• Komunikasi yang lebih berkesan: Gen AI memperibadikan dan meningkatkan komunikasi, memastikan mesej kekal relevan dan konsisten, yang menjadikan setiap komunikasi lebih berkesan dan menarik.
• Kreativiti dan inovasi yang dipertingkat: AI membantu dalam sumbang saran, menggunakan gesaan manusia untuk menjana idea baharu yang memacu inovasi dan kreativiti.
• Pengalaman pelanggan lebih baik: Chatbot dikuasakan AI dan pembantu maya menyediakan sokongan aktif, menawarkan jawapan yang cepat dan tepat dan sekali gus meningkatkan kepuasan pelanggan.
• Menghasilkan keputusan yang dipertingkat: AI menganalisis data yang besar (data raya) untuk memberikan pandangan yang boleh diambil tindakan, menyokong penjanaan keputusan lebih berhemah dan perancangan strategik.
• Penglibatan dalam kesejahteraan pekerja: Dengan mengambil alih tugas rutin, AI membolehkan pekerja terlibat dalam kerja dan tugasan yang bermakna, meningkatkan kepuasan kerja dan kesejahteraan mereka secara keseluruhannya.
Manfaat-manfaat ini boleh diraih oleh kedua-dua pekerja dan majikan. Bagi pekerja yang menggunakan Gen AI secara kerap, 77 peratus mengatakan bahawa ia menjadikan mereka lebih mahir dalam pekerjaan mereka.

Akhir Kata
Saya percaya AI tidak akan 'merampas' pekerjaan manusia dalam masa terdekat, sebaliknya kedua-dua manusia dan AI dapat meningkatkan keupayaan masing-masing dari masa ke semasa untuk memanfaatkan potensi penuh Gen AI untuk organisasi dengan lebih berkesan lagi.
Untuk benar-benar memahami dan memanfaatkan teknologi transformatif ini, saya menggalakkan para pekerja kita untuk menumpukan masa mempelajari lebih banyak lagi tentang kuasa Gen AI dengan melibatkan diri dalam teknologi tersebut dengan mencubanya hari ini.
MENGENAI PENULIS

Hamidah Aidillah ialah Pengasas Parrot Social – firma Analitik Data yang menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) untuk membantu perniagaan dan institusi memahami dengan lebih mendalam tentang media sosial dan trend-trend masa hadapan. Parrot Social merupakan firma finalis peringkat antarabangsa di wadah online, WeConnect International dan Hamidah antara 100 Wanita Cemerlang dalam bidang Teknologi di Singapura.
Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.