KOMENTAR: Antara sikap progresif dengan kelesuan berfikir, kenapa ada yang belum jelas
Respons terhadap beberapa isu mungkin telah memberi gambaran bahawa ada di kalangan masyarakat Islam masih kurang senang dengan perubahan?
Arus pemodenan menjadikan masyarakat dunia semakin terbuka dengan inovasi dan pembaharuan. Begitu juga halnya dengan perkara-perkara yang bersangkutan dengan persoalan agama.
Cabaran baru yang berkaitan dengan agama yang tidak pernah timbul sebelum ini dirungkai menerusi huraian-huraian yang disesuaikan dengan gabungan konteks semasa dan teks-teks agama.
Proses mengemaskini dan mencari jalan keluar berlandaskan konteks sebenarnya bukanlah satu kaedah baru, tetapi telah dipraktikkan sejak berabad-abad lamanya.
Tradisi dan sejarah ketamadunan Islam dari dulu lagi sudah jelas membuktikan keberkesanan hasil dan proses ini.
BACA: MUIS, Masjid Muhajirin jalankan latihan simulasi serangan pengganas
MASALAH LEBIH BESAR
Apakah respons negatif daripada anggota masyarakat ini mencerminkan masalah yang lebih besar, iaitu kelesuan dalam memikirkan isu-isu lebih mendasar yang sedang membelenggu masyarakat.
Sedang masyarakat Muslim di negara-negara lain menunjukkan ciri-ciri yang sangat progresif, dengan dapat berfikir secara seimbang dan rasional, termasuk mengambil makna dan erti sebenar di sebalik dalil dan menyesuaikannya dengan konteks hari ini - masyarakat Muslim Singapura janganlah kelihatan sebaliknya.
Masyarakat Islam Singapura tidak mampu dipandang sebagai masih lagi terhambat untuk befikiran maju ke hadapan.
(Profesor Khaled Abou Fadl. Gambar: UCLA)
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.