DARI LUAR DARJAH: Nakal….
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Unsplash/David Clarke)
SINGAPURA: Masuk kelas lambat, tak boleh diam dalam kelas, tidak buat kerja sekolah dan mengganggu kawan-kawannya. Ini baru dalam kelas. Di luar kelas ditendangnya bola di mana-manapun ikut suka hatinya sehingga pecah berderai panel kaca pemberitahuan di sebelah kantin. Setiap minggu sekali atau dua kali dia dihantar ke pejabat sekolah kerana kenakalannya.
Itu di menengah dua. Di menengah tiga dia tidak datang sekolah berminggu-minggu. Bila dia tiada di kelas, terasa pula kehilangannya. Kelas menjadi sepi. Pada mulanya rasa elok, tetapi kemudian timbul pula rasa kasihan terhadap murid yang menghilangkan diri ini. Kata pihak sekolah dia ada masalah di rumah. Kata kawan-kawannya, dia larikan diri kerana tidak mahu dikawal. Berlegar-legar cerita dia menyertai kumpulan samseng.

Oleh kerana kegiatannya dengan kumpulan samseng, dapat khabar dia ditahan dan dimasukkan ke rumah tumpangan remaja-remaja bermasalah. Suatu hari dia tercegat di pintu kelas. Setelah mengetuk pintu dan memberi salam dia masuk ke dalam kelas. Tanpa beg dan tanpa buku, dia mula mengajak kawan-kawan di sebelahnya berbual. Memang dia menimbulkan masalah, tetapi semua yang hadir tahu dia ada masalah yang lebih besar. Tidak perlulah ditambah masalahnya.
Nakal Jadi Jahat
Dalam satu perbualan pendek dengannya, dia bangga ada keluarga baru yang faham keadaannya. Keluarga barunya tidak kongkong pergerakannya, malahan memberi kebebasan dan sokongan kepadanya. Dia berasa lebih bersemangat dan beruntung. Keluarga yang dimaksudkan ialah ketua samseng yang menjaganya setelah dia lari dari rumah. Dia juga mendapat wang sekolah kerana membantu menjual rokok haram. Dia tidak takut melakukan jenayah kerana ada keluarga yang sentiasa membela nasibnya.
Mengapa sampai ke tahap itu kenakalannya. Dia ada keluarga yang mewah. Apa yang tak cukup? Menurutnya tiada belaian kasih sayang yang diukurnya dari segi, kebebasan. Dia berasa dirinya terlalu dikongkong. Dia cemburu melihat teman-temannya dapat bergerak bebas. Katanya dia terpaksa patuh pada arahan bapanya. Ibunya pula hanya ikut perintah ayahnya. Memang benar katanya. Pada bulan Ramadan, sosoknya selalu kelihatan di masjid selepas solat tarawih. Kalau selalu di masjid, mengapa pula jadi remaja yang tidak terkawal.

Kita tahu bahawa pelajar yang di luar kawalan ini sudah terlanjur dan perlukan bantuan profesional untuk memperbaiki dirinya dan mengatasi masalah yang dihadapinya. Keluarga adalah unit dan institusi yang sepatutnya membantu pelajar seperti ini. Masalah perhubungan, ego, mengawal emosi, kurang menghormati pandangan yang lain dan kurang sensitif mudah menular dalam keluarga jika kita tiada kaedah untuk membanterasnya.
Terapkan Strategi Sesuai
Saya dengar dari sepasang ibu bapa yang menyebut ‘pilih medan peperangan’. Alahai, pilih medan peperangan. Nanti, ini baru sebahagiannya. ‘Pilih medan peperangan yang boleh dimenangi kedua belah pihak’. Sebagai contoh, jika anak kita mahukan sesuatu yang berlebihan, itu bukan gambaran besar kenakalannya. Anak-anak kita akan membuat kesalahan. Jikalau perlu didenda, pilih kesalahan yang paling besar, bukannya semua kesalahan. Lainlah kalau kita berlagak seperti warden penjara. Elakkan keadaan anak-anak berasa mereka hidup di penjara.
Saya dengar juga daripada sepasang datuk dan nenek. Setiap kali mereka kesan akan berlaku ketegangan di kalangan keluar, cepat cepat mereka ubah arah ketegangan itu kepada hal-hal lain seperti hari jadi, kegiatan hujung minggu atau perkembangan dunia yang penting. Yang penting, kurangi tekanan yang semakin menegang. Dalam keluarga perlu ada pihak yang tidak berpihak. Mereka seperti orang ketiga yang bebas daripada bebanan emosi. Orang ketiga ini dapat memainkan peranan sebagai moderator.
Saya dengar pula dari seorang pelajar yang merupakan anak sulung sebuah keluarga. Dia kurangkan bercakap dan banyakkan bertindak. Membebel tidak akan mengatasi masalah adik-adiknya yang lambat berkemas. Dia tahu berkemas bukanlah hal yang paling penting selepas bangun. Adik-adiknya mengambil masa lebih lama sebelum mengemas. Malangnya, mereka selalu terlupa untuk mengemas. Oleh itu, dia akan berdiri di pintu bilik mereka ketika mereka sedang bersiap-siap untuk ke sekolah sehingga mereka mengemas katil.

Kata seorang warga asing, dia sentiasa cari jalan tengah untuk selesaikan masalah. Menurutnya jalan tengah bermaksud, kedua-dua pihak yang bertelagah mencapai persetujuan. Tatkala anaknya tidak pedulikan pakaian yang kemas untuk ke sekolah, dia berusaha memahami sebab-sebab anaknya memakai pakaian yang compang-camping. Rupa-rupanya anaknya tidur lewat kerana suka membaca. Keesokannya anaknya terlewat bangun. Apa yang ada dicapainya lalu dipakainya ke sekolah. Dia kenakan syarat kepada anaknya. Sebelum membaca, anaknya mesti siapkan pakaian sekolah. Had tempoh membaca juga ditetapkan pada sebelah malam. Dengan cara ini, dia berjaya membantu anaknya merancang jadual tidur dan bangun yang lebih baik.

Kalau kita rajin mendengar dan merenung, tentu lebih banyak lagi strategi yang boleh kita kumpul. Yang baik kita jadikan tauladan dan yang sebaliknya kita jadikan sempadan.
Bukan rendah puncaknya Pulai,
rasa lega rehat di desa;
Jadikan kaedah rencah menggulai,
resepi keluarga aman Sentosa
Bukan rendah puncaknya Pulai,
rasa lega rehat di desa;
Jadikan kaedah rencah menggulai,
resepi keluarga aman Sentosa

MENGENAI PENULIS
CG Karmin Abbas pernah menjadi guru sekolah menengah di Singapura selama lebih 30 tahun. Banyak pengalaman yang beliau timba daripada interaksi dengan para pelajar, guru dan ibu bapa. Beliau kini seorang penggiat pantun dan budaya Melayu.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.