DARI LUAR DARJAH: 10G Untuk Rancang Tahun
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ketika zaman persekolahan, abang-abang sayalah yang menjadi pembimbing. Mereka akan bimbing cara ke sekolah dengan pengangkutan awam.
Dengan kawan-kawan ada juga kami berbincang tentang jadual kegiatan harian yang penting – bersekolah, bermain, menjerat burung, tangkap belalang, kutip siput dan lokan, dan bertanding dalam permainan bola sepak melawan pasukan-pasukan kejiranan di kawasan Jalan Kayu.
Dalam senyap tanpa gegar-gegar ibu bapa saya telah aturkan jadual harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Jadual harian seperti bantu ambil air dan mengaji. Jadual mingguan pula bantu makcik saya di gerainya pada hujung minggu. Jadual bulanan ialah menjenguk kaum keluarga di Tanjung Pagar, Pasir Panjang dan Lorong Mekola. Nak tahu jadual tahunan saya? Setiap cuti sekolah saya perlu belajar cara hidup kampung pada bulan Jun dan Disember di Sungai Kluang Darat, Rengit, Batu Pahat Johor. Jangan kata hidup zaman itu tidak berjadual.
Tentu keadaan masa sekarang tidak sama seperti masa lampau. Kini, hidup berkeluarga, terutamanya dengan anak-anak yang sedang bersekolah, ibarat mengendalikan sebuah orkestra yang penuh dengan melodi dan dinamika yang berbeza.
Setiap ahli keluarga memainkan instrumen masing-masing, dengan irama dan rentak yang tersendiri. Ada kalanya harmoni, ada kalanya riuh-rendah. Namun, bagaimana untuk memastikan orkestra keluarga ini sentiasa berada dalam keselarasan yang indah dan menghasilkan simfoni kehidupan yang menyejukkan hati? Apakah rahsia sesebuah keluarga yang berirama harmoni?
Rahsianya Terletak Pada Perancangan
Bayangkan sebuah orkestra tanpa konduktor. Setiap pemuzik memanglah ahli instrumen masing-masing. Mereka adalah pakar alat tersebut. Namun begitu, setiap seorang pemuzik tidak mungkin dapat selaraskan muzik yang mereka hasilkan dengan yang lain tanpa panduan seorang konduktor. Mereka akan memainkan instrumen mereka sesuka hati, tanpa menghiraukan melodi dan rentak yang dimainkan oleh orang lain. Hasilnya? Tentu sahaja bunyi yang kacau-bilau dan tidak menyenangkan.
Begitulah juga dengan keluarga. Tanpa perancangan yang baik, setiap ahli keluarga akan bergerak mengikut rentak masing-masing, tanpa mengambil kira keperluan dan keinginan orang lain. Akibatnya, timbul konflik, ketegangan, dan stres yang boleh menjejaskan keharmonian keluarga.
Saya perhatikan ada dalam kalangan murid-murid yang seperti ayam kehilangan ibu. Maksud saya, tanpa panduan ibu bapa yang kesibukan atau tidak meletakkan keutamaan pada perancangan jadual anak-anak mereka, akibatnya jelas di sekolah – datang lambat, pakaian tak terurus, tugasan sekolah tidak terbuat dan yang paling dikesali, hilang fokus pada pelajaran.
Ada dalam kalangan murid-murid sebegini yang berlatarbelakangkan keluarga yang berkemampuan.
Inilah yang menjadi keprihatinan tentang perlunya perancangan, terlebih penting lagi perancangan awal. Bagi saya, perancangan awal tahun ibarat "konduktor" yang membimbing setiap ahli keluarga untuk bergerak seiring dan menghasilkan simfoni kehidupan yang indah. Ia membantu kita menyelaraskan pelbagai aktiviti dan tanggungjawab, daripada jadual sekolah anak hingga ke jadual kerja ibu bapa, seterusnya mencipta kehidupan keluarga yang lebih teratur dan sejahtera. Paling penting proses ini akan mengutamakan kesejahteraan bersama bukan masing-masing.
'10G' Untuk Hasilkan Harmoni
Bagi yang belum biasa dan tertanya-tanya bagaimanakah hendak mengadakan mesyuarat keluarga dengan tujuan merancang jadual waktu keluarga, saranan saya ialah lupakan sejenak mesyuarat formal yang kaku dan membosankan.
Jadikan perancangan awal tahun ini sebagai satu aktiviti keluarga yang menyeronokkan. Ajak semua ahli keluarga duduk bersama, sambil menikmati minuman dan kudapan kegemaran, untuk berbincang tentang impian dan harapan masing-masing untuk tahun yang baharu. Saya masih ingat anak saudara saya yang mempunyai seorang anak lelaki remaja yang bukan main lagi menjaga dan bergaya dengan rambutnya yang berkerinting. Disuruh gunting rambut, dia tak mahu. Manalah tak marah bapaknya dibuat sebegitu?
Saya menawarkan satu pengalaman bahawa jalur komunikasi antara seorang anak dan ibu bapanya harus sentiasa lebar seperti internet 10G:
G1 - Gandingan:
Bekerjasama dalam tugasan rumah, projek sekolah, atau aktiviti keluarga. Ini mengajar anak-anak tentang tanggungjawab dan kerjasama, sambil ibu bapa menunjukkan contoh dan bimbingan.
G2 - Gayut:
Berkomunikasi secara berkala dan berkongsi cerita. Ibu bapa meluangkan masa untuk mendengar dan berinteraksi dengan anak-anak, menunjukkan mereka dihargai dan disayangi.
G3 - Gembira:
Cipta suasana ceria dan positif dalam keluarga. Raikan kejayaan anak-anak, kongsi cerita lucu, dan lakukan aktiviti menyeronokkan bersama untuk mencipta kenangan indah.
G4 - Guru:
Ibu bapa adalah guru pertama anak-anak. Mereka mendidik anak-anak tentang nilai-nilai murni, adab sopan, dan ilmu pengetahuan. Anak-anak juga boleh menjadi guru kepada ibu bapa, contohnya dalam hal teknologi.
G5 - Galak:
Memberi dorongan dan sokongan kepada anak-anak dalam mencapai cita-cita mereka. Ibu bapa perlu menjadi pembimbing dan penyokong tegar anak-anak.
G6 - Guna:
Menggunakan masa dengan bijak bersama anak-anak. Luangkan masa berkualiti untuk berinteraksi, bermain, dan belajar bersama.
G7 - Gigih:
Menunjukkan sikap tekun dan tidak mudah putus asa dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa perlu menjadi contoh yang baik dalam menghadapi cabaran.
G8 - Gemilang:
Ibu bapa sentiasa berusaha untuk menjadi contoh yang gemilang dalam perkataan dan perbuatan.
G9 - Gandrung:
Menunjukkan kasih sayang yang mendalam kepada anak-anak. Pelukan, ciuman, dan kata-kata sayang sangat penting untuk perkembangan emosi anak-anak.
G10 - Gugah:
Ibu bapa perlu menjadi inspirasi dan "menggugah" semangat anak-anak untuk menjadi individu yang berguna kepada masyarakat.
Setelah saya renung secara mendalam, 10G inilah yang menjadi rahsia kesejahteraan keluarga saya sehingga kini.
Sungguhpun ibu bapa kami sudah lama pergi, 10G ini sehingga sekarang menjadi amalan keluarga besar saya. Bagaimana kita dapat mengamalkannya.
Perancangan Awal Adalah Pelaburan
Perancangan awal tahun adalah pelaburan terbaik untuk masa depan keluarga. Ia membantu kita mencipta kehidupan yang lebih teratur, harmoni, dan penuh makna.
Semoga artikel ini memberikan inspirasi dan panduan kepada semua keluarga dalam merancang awal tahun yang lebih baik.
Selamat Tahun Baharu 2025!
MENGENAI PENULIS
CG Karmin Abbas pernah menjadi guru sekolah menengah di Singapura selama lebih 30 tahun. Banyak pengalaman yang beliau timba daripada interaksi dengan para pelajar, guru dan ibu bapa. Beliau kini seorang penggiat pantun dan budaya Melayu.

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.