BELASUNGKAWA: Mengenang Bakti Yusnor Ef
Anggaran Waktu Membaca:

Penulis lirik tersohor Yusnor Ef. (Gambar: Facebook/COMPASS)
SINGAPURA: Antara tokoh muzik tanah air, Yusnor Ef (nama sebenarnya Mohamed Noor bin Mohamed Yusofe) menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 87 tahun, dinihari Rabu 16 April di Hospital Sengkang.
Mohd Raman Daud, sahabat dan penyunting buku-buku Allahyarham, mengungkapkan bakti almarhum.
Dalam suasana Syawal bersalut lirik lagu Raya berkumandang di corong radio, seorang penulis seni kata veteran watan telah berpulang.
Almarhum ialah Mohamed Noor bin Mohamed Yusofe atau lebih dikenali sebagai Yusnor Ef – nama pena yang dikalungkan pembimbingnya, seniman besar P Ramlee (1929-1973). Antara karyanya meliputi sekitar 250 kuntum lirik lagunya tercipta antara akhir 1950-an sehingga awal tahun 2000 untuk para penggubah termasuk gurunya, Kassim Masdor, Ahmad Nawab dan S. Atan untuk nyanyian Saloma, Ahmad Daud, Sharifah Aini, Anita Sarawak, Ahmad Jais, Rafeah Buang sehingga Sanisah Huri.

Pada Nov 2022, beliau disanjung dengan pingat tertingginya, Bintang Bakti Masyarakat (BBM) daripada Presiden Halimah Yacob semasa Majlis Anugerah Hari Kebangsaan di ITE Kolej Tengah. Sebelum itu, beliau dianugerahi Pingat Bakti Masyarakat (PBM) pada 2002.
Sejumlah kurnianya yang lain meliputi Anugerah Pencapaian Seumur Hidup daripada Persatuan Penggubah dan Penulis Lirik Singapura (COMPASS), Anugerah Jauhari Sepanjang Hayat daripada Berita Harian (BH) dan Pingat Budaya (2011) daripada pemerintah.
Daya ciptanya bukan sahaja menampung lirik lagu dari genre kanak-kanak sehingga dewasa, bahkan juga skrip drama pentas dan televisyen serta filem, dokumentari pendidikan sehingga muzik dan filem serta beberapa buku penting termasuk P Ramlee Yang Saya Kenal, Dendang Temasek, 7 Magnificient Composers dan Muzik Melayu Sejak 1940-an.
ANAK YATIM
Dilahirkan di Singapura pada 12 September 1937, beliau dan dua beradiknya (kakak sulung dan abangnya) menjadi yatim ketika kematian ayah mereka sewaktu zaman Pendudukan Jepun. Mereka diasuh oleh seorang ibu tunggal yang gigih berjaja kuih dan mendapat bantuan daripada agensi kebajikan masyarakat ketika diam di bilik tumpangan “rumah-rumah orang” termasuk di Lorong Engku Aman, Geylang.
“Saya minta ibu saya agar tidak berkahwin lagi agar kami tidak disesiakan bapa tiri. Dan saya berjanji akan menjadi manusia berguna,” cerita Pak Yusnor kepada penulis.

P Ramlee: Nor, boleh abang pakai tandas.
Yusnor: Tandas sedikit rosak. Tak boleh sembur air.
P Ramlee: Ah, carikan skru drebar. Abang betulkan.
Tandas atau jamban tarik dapat digunakan. P Ramlee bergelak: “Tengok ni...jamban kau pun P Ramlee betulkan.”
Namun di sebalik gelaknya, P Ramlee menasihati Yusnor agar jangan mengikuti jejak langkahnya memasuki dunia filem atau hiburan di Kuala Lumpur. “Kau terus jadi guru dan jika ada masa, buat kerja seni dengan ikhlas.”
SENI IKHLAS
Walaupun sibuk sebagai guru, Yusnor aktif di Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (dalam kegiatan muzik) dan terlibat dalam muzik bersama Kassim Masdor sehingga menubuhkan syarikat piring hitam, Senada dengan bantuan seorang tauke Cina sebagai penaja. Malah kebanyakan muzik gubahan Kassim (1938-2014) menampilkan seni kata Yusnor, termasuklah ketika mereka bergiat dengan syarikat muzik antarabangsa, EMI, di MacDonald House, Orchard Road.

Dalam pada itu, Yusnor terus menghasilkan skrip drama televisyen hasil kerjasama dengan Othman Md Noor dan Khamaliah Salleh di Radio Televisyen Singapura (kemudian dikenali sebagai Perbadanan Penyiaran Singapura, SBC dan kini Mediacorp). Awalnya, Yusnor pernah menjadi pelawak di pentas dan rancangan radio kelolaan Zaharah Za’ba.
Beliau dan Kassim Masdor telah diminta oleh Indra Films untuk menghasilkan skrip filem dan lagu pada akhir 1970-an dan awal 1980-an.
Pada 1992, saya menggesa Pak Yusnor agar membela kebajikan karyawan muzik di Singapura, terutama anak Melayu. Maka tertubuhlan Persatuan Karyawan Muzik Singapura (PERKAMUS) dan saya bertindak sebagai penasihatnya. Sejak itu, lahirlah karya cetak beliau termasuk buku kecil, ‘Irama Juang PERKAMUS’.
Dari PERKAMUS, Yusnor meluaskan pelibatannya dengan Kementerian Kebudayaan dan agensinya, Majlis Seni Kebangsaan (NAC) dan turut menjadi ahli pengasas dan ahli lembaga pengarah, Persatuan Penggubah dan Penulis Lirik Singapura (COMPASS).
MINAT DOKUMENTASI
Selepas bersara daripada kerjaya sebagai guru dan penerbit media Kementerian Pendidikan (MOE), Pak Yusnor menggunakan sagu hati persaraannya untuk menubuhkan syarikatnya, YKNA Network di Singapura dan Malaysia. Namun banyak kerugian yang ditanggungnya tetapi hatinya terus bertekad untuk menghasilkan seni dengan ikhlas sebagaimana pesan mentornya, P Ramlee.
Beliau berhasil menerbitkan siri dokumentari muzik dan filem Melayu yang mendapat sambutan meluas di sini dan Seberang Tambak. Malah menerusi persahabatannya dengan para tokoh Malaysia, Tun Ahmad Sarji, Tan Sri Mohd Rais Yatim dan Datuk Patinggi Mohd Taib Mahmud, namanya mengharum di Malaysia terutama menerusi rancangan bersiri, Aku Dia dan Lagu yang disiarkan oleh stesen RTM dan juga saluran kabel Astro.

Namun pelibatan aktifnya juga terjejas oleh tohmah lewat media sosial dan sebaran am. Walaupun pilu sehingga menjejas teruk kesihatannya, Pak Yusnor bertahan sehinggalah tiba wabak COVID-19 yang langsung menjejas kegiatannya sehingga saat akhirnya.
SESUDAH YUSNOR
Wajar diperingati bakti Yusnor Ef yang meninggalkan seorang balu, Hjh Jamilah Jan Abdul Samad dan seorang puteri, Noreeta serta menantu, Rahmad Basir, dan tiga cucu perempuan.
Beliau bukan sahaja seorang pendidik tetapi juga aktivis masyarakat yang pernah gigih dalam Majlis Pusat, Pertubuhan-Pertubuhan Budaya Melayu menerusi Bulan Bahasa yang dihidupkan semula pada 1981 dan dua Pesta Budaya Melayu (1983 dan 1985) serta gagasan Perkampungan Melayu Singapura yang menampung warisan dan memajukan kesenian Melayu watan ini.
Pendeta Dr Muhammad Ariff Ahmad (Dr MAS, 1924-2016) pernah menyifatkan Yusnor selaku bekas muridnya (pernah belajar di bawah tunjuk ajarnya di Maktab Perguruan Singapura, TTC) sebagai insan yang amat “keras kemahuannya”.
Sekurang-kurangnya sebuah biasiswa atas namanya wajar diwujudkan di Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM), misalnya, menerusi tajaan COMPASS dan ihsan masyarakat. Renungkanlah.
MENGENAI PENULIS

Mohd Raman Daud ialah mantan wartawan kanan Berita Harian (1984-2016), mantan penulis tetap skrip drama televisyen Perbadanan Penyiaran Singapura (1980-1984), pengarang, aktivis masyarakat, editor sejumlah buku termasuk adikarya Pendeta Dr Muhd Ariff Ahmad, NILAM. Beliau juga antara anggota pengasas Majlis Bahasa Melayu Singapura dan Setiausaha Jawatankuasa Dana MAS @ LBKM.
Sumber : BERITA Mediacorp/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.