Skip to main content

Iklan

Iklan

Komentar

analisisBERITA: Wakaf Masyarakat SG sasar kumpul dana S$760 juta dalam 30 tahun

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Selepas empat tahun dalam perancangan, gagasan Wakaf Masyarakat Singapura (WMS) akhirnya dilancarkan secara rasmi Sabtu lalu.

Ditadbir oleh MUIS, wakaf dengan konsep baharu ini bertujuan mewujudkan sistem pendanaan mampan bagi mengisi keperluan jangka panjang sosioagama masyarakat Islam Singapura.

Sasaran yang diletakkan bagi WMS adalah mengumpul S$760 juta dalam tempoh 30 tahun, dan dana yang sudah diikrarkan setakat ini adalah S$3.8 juta.

Persoalannya, mengapa jumlah sebesar ini diperlukan?

Sejauh mana ia realistik untuk dicapai, melihat kepada kemampuan masyarakat kita?

Ustaz Kamal Mokhtar, anggota Jawatankuasa sementara WMS, berkongsi pandangan dalam analisisBERITA.

"Dalam jangkaan kita memerlukan lebih kurang dalam S$100 hingga S$150 juta untuk kita memperbaharui penyewaan masjid-masjid kita. Dan juga matlamat daripada Wakaf Masyarakat adalah untuk pembangunan asatizah. Jadi dana korpus sebanyak yang telah ditetapkan itu bagi saya adalah jumlah yang agak konservatif. Bagi saya kalau secara peribadi saya rasa S$2 billion agak boleh tercapai, kalau kita lihat daripada nisbah zakat yang telah dikumpul oleh MUIS.

s

Kalau disemak, jumlah pungutan zakat harta dan fitrah MUIS menunjukkan trend meningkat setiap tahun.

Jika pada 2019, jumlah pungutan zakat adalah S$46.5 juta, dalam tempoh hanya lima tahun, ia melonjak kepada hampir S$70 juta.

Dan ini hanya zakat yang dikumpulkan pihak MUIS, kata Ustaz Kamal.

"Kita juga ada daripada Pertapis, daripada Pergas, daripada Jamiyah, badan-badan Islam lain yang juga mengumpul zakat. Jadi kalau kita pandang balik S$60 juta, 2.5% peratus daripada aset bentuk tunai yang dimiliki oleh masyarakat Islam kita itu agak besar."

WMS WAKAF CARA BAHARU SESUAI DENGAN KONTEKS HARI INI

Ustaz Kamal akur bahawa konsep Wakaf Masyarakat Singapura jauh berbeza dengan institusi wakaf yang selama ini difahami oleh masyarakat.

Bagi memastikan semangat dan amalan wakaf dapat terus dihidupkan, maka pendekatan baharu diambil, sesuai dengan konteks kehidupan hari ini.

"Pada zaman dahulu wakaf-wakaf dikumpulkan daripada harta aset nyata. Harta benda, tanah ataupun rumah-rumah, bangunan-bangunan yang diwakafkan dan jumlahnya, jumlah wakaf-wakaf tersebut adalah dalam jumlah yang besar, berjuta-juta dolar. Tetapi dengan wakaf tunai ni semangat memberi wakaf tu diluaskan kepada semua pihak. Sekarang macam kita mempunyai slogan 'Kini, semua orang boleh wakaf'. Ia akan dimudahkan untuk semua pihak untuk memberikan derma mereka kepada dana wakaf ni. Jadi saya rasa ini adalah satu pembaharuan, satu idea yang sangat-sangat baik untuk kita menjana wakaf pada zaman ini.

WMS KEMUNGKINAN DIBERI STATUS IPC

Satu lagi kaedah bagi merancakkan pengumpulan dana WMS adalah idea menjadikan WMS sebuah Institusi Bertaraf Awam atau IPC.

"Satu perkara lagi yang telah dibincangkan, bahawa besar kemungkinan wakaf ini akan diberikan status yang diperlukan, iaitu status IPC. Dan IPC juga adalah status yang akan memudahkan dan memberikan manfaat yang lebih lagi kepada masyarakat kita."

Misalnya, dengan status IPC, kata Ustaz Kamal, penderma boleh mendapat pelepasan cukai berdasarkan jumlah yang mereka sumbangkan.

Terdapat beberapa cara untuk masyarakat menghulur sedekah jariyah kepada WMS yang pahalanya diharapkan berkekalan.

Yang paling mudah, sumbangan dalam bentuk wang tunai, dengan jumlah sekecil S$10.

Namun pendekatan yang menjadi tumpuan WMS adalah melalui perancangan kewangan, atau istilahnya legasi Islam.

Ini antara lain termasuk dalam bentuk wasiat bertulis, pencalonan wang CPF dan tuntutan insurans.

Ustaz Kamal turut menekankan, kesemua ini dengan mengambil kira prinsip Syariah, terutamanya pembahagian harta pusaka sesuai Faraid.

"Antara perkara yang akan jangkaan pengumpulan yang terbesar adalah daripada pencalonan CPF. Dan juga boleh daripada harta aset mereka daripada rumah HDB ataupun hartanah.Secara ringkas, legasi Islam ini adalah niat kita untuk amalan-amalan kita berkekalan. Ini yang dikatakan sebagai sedekah jariah, sedekah yang berterusan. Walaupun dah tak dapat lagi beribadat di muka bumi, masih lagi dapat pahala yang berterusan. Dan kita tak tahu berterusan sampai berapa ratus tahun."

SUMBANGAN WAKAF TERIMA GANJARAN BERKEKALAN

Tambah Ustaz Kamal, amalan ini sangat digalakkan agama, dan manfaat serta ganjarannya diraih si penyumbang sampai bila-bila.

"Jadi, Nabi SAW telah bersabda dalam sepotong hadith yang masyur, jika anak Adam meninggal, maka amalan-amalannya terputus kecuali tiga perkara saja. Iaitu sedekah yang berlari ataupun berterusan, ilmu yang telah dimanfaatkan kepada orang lain dan anak yang salih yang mendoakan untuk ini. Jadi, kalau kita sebagai orang Islam, walaupun kita sudah tidak ada lagi di permukaan bumi ini, tetapi amalan-amalan kita masih lagi diteruskan disebabkan oleh harta yang telah kita ketepikan untuk manfaat kepada masyarakat yang masih ada di permukaan bumi. Jadi, saya rasa ini adalah impian bagi setiap orang yang beriman."

Pelancaran WMS Sabtu lalu (3 Ogos) turut menandakan bermulanya Bulan Wakaf sepanjang Ogos ini bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai amalan yang sangat dianjurkan agama tersebut.

"Ini perlukan usaha kepada pendidikan awam. Jadi, masyarakat wajib didedahkan. Didedahkan tentang konsep wakaf dan juga bagaimana mereka boleh salurkan sebahagian daripada harta yang mereka ada kepada wakaf ini untuk kebajikan. Sebab itu baru-baru ini kita adakan bulan wakaf. Dan kalau dapat dilakukan tiap-tiap tahun, saya rasa ia adalah bulan di mana kita akan semarakkan lagi masyarakat kita untuk menyumbang kepada dana wakaf masyarakat Singapura.

GOLONGAN ASATIZAH PUNYA PERANAN PENTING KEMBANGKAN WMS

Ustaz Kamal juga menyeru para asatizah untuk berperanan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang WMS ini.

"Kita di Singapura sekarang ada lebih kurang dalam 5,000 asatizah. Kalau 5,000 asatizah ini, di antara mereka hanya perlukan 20 daripada anak murid mereka untuk kenal tentang program wakaf masyarakat Singapura, saya rasa satu Singapura sudah kenal. Jadi kalau kita ada sokongan daripada para-para asatizah, kejayaan wakaf ini saya rasa boleh dipastikan."

KEMAMPUAN MUIS MENGURUS WAKAF DIIKTIRAF DUNIA

S
Gambar: BERITA Mediacorp/Nazirah Jamzuri
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan