analisisBERITA: TB menular di Malaysia - Apakah langkah-langkah yang perlu anda tahu?
Awal minggu ini, Malaysia mencatatkan lebih 500 kes baharu penyakit batuk kering atau TB, termasuk lebih 230 kes di Johor.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Awal minggu ini, Malaysia mencatatkan lebih 500 kes baharu penyakit batuk kering atau TB, termasuk lebih 230 kes di Johor.
Kini ada sekitar 2,600 kes TB di seluruh Malaysia.
Penyakit TB boleh mengakibatkan kerosakan paru-paru secara kekal, selain berpotensi menjejas tulang, usus, otak dan sistem saraf - lantas membawa komplikasi yang boleh mengancam nyawa.
Dengan ramainya warga Singapura yang sering ke seberang tambak untuk membeli-belah atau berbuka puasa, apakah langkah-langkah pencegahan yang perlu?
15% BABITKAN WARGA ASING
Menteri Kesihatan Malaysia Dr Dzulkefly Ahmad, pada Rabu (18 Feb) menyatakan, 85 peratus kes TB yang dilaporkan di negara itu membabitkan rakyat tempatan.
Hanya 15 peratus membabitkan warga asing.
Pendeknya menurut Dr Dzulkefly, ini bercanggahan dengan sesetengah sentimen awam tempatan, yang lebih mengaitkan TB dengan kemasukan warga asing.
Lantaran itu Kementerian Kesihatan Malaysia memberi amaran, risiko penularan dalam masyarakat adalah nyata dan tidak boleh dipandang ringan.
Menurut laman kesihatan Healthhub.sg, bagi pesakit-pesakit kencing manis, barah dan sakit ginjal yang mempunyai sistem kekebalan tubuh yang lemah, risiko mereka terkena penyakit TB aktif adalah lebih tinggi.
Pengarah Banyan Clinic, Dr Elly Sabrina Ismail, memberitahu BERITA Mediacorp, penularan penyakit TB ini adalah melalui udara.
"Jika anda berdekatan dengan seseorang yang mempunyai penyakit TB itu, apabila dia terbatuk, kita boleh mendapat penyakit TB melalui cecair daripada air ludah itu," ujar doktor keluarga itu.
TB kata Dr Elly lagi, tidaklah sangat berjangkit seperti COVID, tetapi masih boleh menular.
FAKTOR RISIKO BERKUNJUNG KE MALAYSIA - GUNA PELITUP
Selain bagi tujuan membeli-belah ke seberang tambak, berkunjung ke sana sempena Ramadan dan Syawal memang menjadi lumrah bagi warga Singapura.
Namun di tengah-tengah penularan kes TB di Malaysia sekarang, ini menjadi suatu faktor risiko yang perlu diambil kira para pengunjung dari Singapura.
Lantaran itu Dr Elly Sabrina mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati terutama sekali apabila kita pergi ke kawasan yang sesak dengan orang ramai.

Ini terutama sekali untuk mereka yang kurang sihat dan warga emas yang mempunyai penyakit kronik.
"Anda mungkin mahu menggunakan pelitup muka untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit yang senang menular seperti TB.
"Langkah-langkah yang sebelum ini kita sudah amalkan dan terapkan pada diri kita waktu penularan COVID-19, kita harus gunakan untuk situasi ini juga," syor Dr Elly lagi.
JALANI SARINGAN KESIHATAN
Sebagai langkah pencegahan, ibu bapa dinasihatkan supaya memastikan anak-anak mendapat imunisasi Bacillus Calmette–Guerin atau BCG.
Orang ramai juga dinasihatkan supaya menjalani saringan kesihatan jika mereka menunjukkan simpton-simptom atau sejarah berdekatan atau kontak rapat yang seorang penghidap TB.
Namun demikian, rakyat Singapura sebenarnya ada suatu kelebihan dalam aspek ini.
Menurut Dr Elly, rakyat Singapura rata-rata sudahpun mendapatkan vaksin TB pada waktu lahir.
Oleh itu ada kadar perlindungan daripada TB, walaupun bukan 100 peratus, tambah beliau.
"Yang paling penting apabila kita pulang dari seberang tambak, jika kita berasa kurang sihat, ada demam, selesema ataupun ada batuk-batuk berpanjangan ada berdarah, anda harus pastikan pergi berjumpa dengan doktor keluarga anda, supaya kita dapat mengesan penyakit TB dengan cepat," terang beliau lagi.
PROGRAM TB KEBANGSAAN
Di bawah Program Tuberkulosis Kebangsaan (NTBP), Kementerian Kesihatan Singapura ada garis panduan bagi penilaian, rawatan dan pengurusan penyakit itu.
Ini bagi mengelakkannya daripada menular dalam kalangan masyarakat tempatan.
"Apabila seseorang ke doktor keluarga dan doktor mengesyaki kes sebagai TB daripada X-ray dada, mereka akan dirujuk kepada unit TB di mana ada satu pasukan untuk memastikan pesakit-pesakit ini akan dirawat," jelas Dr Elly.
Rawatan TB boleh mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan bergantung kepada tahap jangkitan seseorang pesakit.
Para pesakit TB sebelum ini wajib ke poliklinik atau Unit Kawalan TB di Hospital Tan Tock Seng untuk memakan ubat di hadapan kakitangan jagaan kesihatan.
Namun sekarang bukti video sudah mencukupi.
Dr Elly berkongsi, masalah penyakit menular memang sentiasa ada jadi yang paling penting adalah apa-apa penyakit yang ada vaksin perlu diambil vaksinnya.
Sering mereka yang sihat kata beliau, tidak akan menghadapi banyak masalah kerana ada rawatannya.
Tetapi kata Dr Elly, kita lebih khuatir tentang nasib golongan yang lemah atau berisiko jika dijangkiti penyakit yang mudah menular ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/AA/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.