analisisBERITA: Mengapakah akta baharu bagi melindungi keharmonian kaum di Singapura diperlukan?
Satu undang-undang baharu yang bertujuan memperkukuh keharmonian kaum di sini mulai berkuat kuasa sejak 15 September 2026.
Anggaran Waktu Membaca:
NEWS ANALYSIS: Why is a new law needed to protect racial harmony in Singapore?
- MRHA came into force in Singapore on Sep 15, 2026 after it was passed by Parliament, with the government having earlier sought public feedback.
- The Act gives the Minister for Home Affairs the power to issue immediate restraining orders against content, including online content, that could undermine racial harmony.
- Mohamed Imran Mohamed Taib supported the move because racist sentiment can spread quickly, but the orders can be reviewed by the PCRRH and the President.
- He stressed that the law must be accompanied by education, dialogue, community rehabilitation and a broader definition of harmony to reduce hatred and conflict.
- MRHA mula berkuat kuasa di Singapura pada 15 September 2026 selepas diluluskan Parlimen, dengan kerajaan sebelum itu mendapatkan maklum balas awam.
- Akta ini memberi Menteri MHA kuasa mengeluarkan perintah sekatan segera terhadap kandungan, termasuk online, yang boleh menjejaskan keharmonian kaum.
- Mohamed Imran Mohamed Taib menyokong langkah itu kerana sentimen perkauman boleh cepat tular, namun perintah boleh disemak melalui PCRRH dan Presiden.
- Beliau menegaskan undang-undang perlu disertai pendidikan, dialog, pemulihan masyarakat dan takrif keharmonian lebih luas bagi mengurangkan kebencian serta konflik.
SINGAPURA: Satu undang-undang baharu yang bertujuan memperkukuh keharmonian kaum di sini mulai berkuat kuasa sejak 15 September 2026.
Diluluskan Parlimen pada Februari tahun lalu, Akta Mengekalkan Keharmonian Kaum (MRHA) itu memperkukuh rangka kerja undang-undang termasuk kuasa menyekat kandungan yang mengancam keharmonian antara kaum.
Mengapa dan bagaimana akta itu berfungsi, serta sejauh mana pendekatan tersebut akan lebih berkesan?

Semasa mengulas, Pengarah dan Pengasas Dialogue Centre Mohamed Imran Mohamed Taib mengalu-alukan langkah proaktif pemerintah itu.
"Apa jua pemerintah yang prihatin terhadap keharmonian di dalam masyarakat harus memikirkan konteks-konteks baharu yang muncul dan juga mencari jalan untuk menanganinya. Jadi pemerintah Singapura melihat kepada perkara ini dan cuba menanganinya dengan lebih berkesan."
Lebih-lebih lagi, sebelum penerapannya, pemerintah turut mengambil kira pandangan orang ramai, kongsi Encik Imran.
"Penting dinyatakan, ia melalui proses tindak balas awam dan juga proses yang benar, seperti akta yang telah digubal ini. Sebenarnya pemikiran ataupun maklum balas ini sudah dilakukan selama beberapa bulan sebelum ianya di bawa ke Parlimen dan akhirnya menjadi undang-undang."
MRHA BERI MENTERI MHA KUASA UNTUK KELUARKAN PERINTAH SEKATAN

Antara elemen baharu MRHA, ia memberi kuasa kepada Menteri Ehwal Dalam Negeri (MHA) untuk mengeluarkan perintah sekatan terhadap mereka menyampaikan, menghasilkan atau mengedarkan kandungan yang boleh menjejas keharmonian kaum di Singapura, termasuk secara online.
Arahan tersebut berkuat kuasa serta-merta, dan kegagalan memadamkan atau menghapuskan kandungan yang dimaksudkan, merupakan satu kesalahan.
"Di dalam konteks sekarang, sentimen perkauman ini sebenarnya boleh memuncak dengan cepat melalui media sosial dan apinya perlu dipadamkan secepatnya sebelum berlarutan sehingga terjadi konflik antara kaum. Jadi, Perintah Sekatan ini adalah langkah undang-undang yang pada saya wajar dan sangat diperlukan," akur Encik Imran
Beliau turut menukil contoh sentimen perkauman terhadap kaum India yang berleluasa di media sosial menyusuli tragedi runtuhan glasier di Nepal.
Dalam kes sedemikian, mungkin Perintah Sekatan dapat sedikit sebanyak membendung luahan, tuduhan serta pandangan sinis yang ditujukan kepada sesuatu kaum.
"Kita semua tahu bahawa suatu video atau 'posting' yang berbaur perkauman itu dapat menjadi viral dalam sekilip mata. Jika kita tunggu proses undang-undang - siasatan polis, dituduh di mahkamah dan akhirnya ke pengadilan, ini mengambil masa dan juga tidak akan meredakan suasana dan memperpanjangkan situasi yang buruk."
MRHA TURUT SEDIAKAN MEKANISME UNTUK SEMAK SEMULA PERINTAH SEKATAN

Tegas Pengarah Dialogue Centre itu, MRHA turut menyediakan peluang untuk menyemak semula Perintah Arahan yang dikeluarkan pihak MHA.
"Perintah Sekatan adalah langkah awal dan pantas yang lebih berkesan. Namun ada juga langkah-langkah perlindungan jika individu tersebut tidak bersetuju dengan arahan sekatan. Ada proses membawa kepada Majlis Presiden untuk disemak dan juga dibawa kepada Presiden Singapura untuk keputusan muktamad."

Majlis Presiden Bagi Keharmonian Kaum dan Agama (PCRRH) berkhidmat untuk tempoh penggal selama tiga tahun.
Menggunakan pertimbangan bebas dan bekerja secara kolektif, mereka memberi nasihat kepada Presiden mengenai perkara-perkara yang menjejas keharmonian kaum dan agama.
Menurut Encik Imran, satu lagi sisi menarik MRHA adalah Inisiatif Pemulihan Masyarakat, di mana individu yang terlibat dalam perbuatan yang menjejas keharmonian kaum - hanya perlu menjalani proses pemulihan.
"Proses pemulihan hubungan juga memberikan jalan rekonsiliasi supaya perasaan sakit hati antara kaum itu tidak berlarutan dan kedua-dua pihak dapat meredakan suasana dan kembali berbaik-baik. Jika kita hanya melalui jalan hukuman, mungkin akan menebalkan perasaan marah, sakit hati dan juga kebencian yang berlanjutan."
AKTA BELUM CUKUP UNTUK JAMIN KEHARMONIAN KAUM; PERLU USAHA LEBIH LUAS

Walau mengalu-alukan langkah penguatkuasaan menerusi MRHA, Encik Imran akur pendekatan undang-undang sahaja belum mencukupi.
"Kita harus mewujudkan kesedaran umum. Seperti yang kita lihat di dalam kejadian banjir glasier di Nepal itu, munculnya suara-suara yang berbaur perkauman di talian . Jadi harus ada juga upaya mendidik masyarakat mengenai bahaya sentimen perkauman yang mengarah kepada kebencian, diskriminasi, permusuhan dan juga keganasan.
Beliau lantas menyeru peningkatan usaha oleh semua pihak, terutama para pemimpin pelbagai kaum dan masyarakat yang ada di negara ini.
"Saya ingin melihat masyarakat umum terutamanya pemimpin-pemimpin masyarakat lebih giat dan lantang menyuarakan penolakan secara bersama. Saya juga ingin menyeru sekali lagi kepada institusi-institusi masyarakat untuk sama-sama bergandingan dan melakukan lebih banyak dialog dan kegiatan bersama antara kaum dan kelompok."
TAKRIF KEHARMONIAN KAUM PERLU DIPERLUAS DEMI PENDEKATAN LEBIH BERKESAN, MENYELURUH

Takrif keharmonian kaum juga perlu diperluas, tegas Encik Imran - merangkumi hubungan di kalangan kelompok berbeza di dalam sesebuah kaum itu sendiri.
Ini memandangkan penduduk Singapura yang semakin berencam serta datang daripada latar belakang yang berbeza.
"Ia bukan sekadar kaum yang berbeza tetapi kaum yang serumpun juga. Bukan sekadar kaum yang berwarganegara Singapura tetapi juga merangkumi kaum apapun termasuk yang lahir dan membesar dari negara lain tetapi bekerja dan hidup di sini atau telah bertukar taraf menjadi warganegara Singapura."
Menggulung perbincangan, beliau berkongsi panduan yang selama ini dipegang dalam usaha mengukuhkan keharmonian kaum di Singapura.
"Carilah titik persamaan untuk kebaikan bersama bukan titik perbezaan untuk kita bermusuhan. Itu adalah pedoman umum. Bagi saya akta yang baharu ini mengawal ruang dengan menentukan garis merah, tetapi di dalam ruang tersebut kita harus berusaha untuk melakukan dialog dan kegiatan yang membina."

Sumber : BERITA Mediacorp/IQ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.