analisisBERITA: Mendaki gunung? Apa faktor risiko & faktor tempatan yang perlu diberi perhatian?
Apabila Gunung Berapi Dukono di Maluku Utara meletus Jumaat lalu, seramai tiga terkorban, termasuk dua pendaki warga Singapura.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Apabila Gunung Berapi Dukono di Maluku Utara meletus Jumaat lalu, seramai tiga terkorban, termasuk dua pendaki warga Singapura.
Ramai yang mempersoalkan mengapa pendakian itu dilakukan, sedangkan Gunung Dukono sedang meletus setiap hari?
Adakah faktor-faktor risiko, faktor tempatan dan faktor komunikasi yang perlu pendaki beri perhatian?

Koresponden Kanan CNA di Indonesia, Saifulbahri Ismail, pernah aktif mendaki pelbagai gunung termasuk beberapa gunung berapi terkenal di Indonesia.
"Saya berpeluang mendaki beberapa puncak yang luar biasa, Gunung Semeru dan Ijen di Jawa Timur, Gunung Rinjani di Lombok, Gunung Tambora di Sumbawa, Gunung Batur di Bali.
"Letusan gunung berapi, terutamanya yang bersifat ganas sangat sukar untuk diramalkan dengan tepat. Namun pada masa yang sama, ini terasa seperti satu tragedi yang mungkin dapat dielakkan dengan langkah berjaga-jaga dan kesedaran yang sewajarnya," kata beliau.

400 GUNUNG INDONESIA POPULAR DIDAKI
Menurut Encik Saiful, setiap gunung yang beliau nyatakan itu menawarkan pengalaman yang berbeza.
Gunung-gunung berapi itu termasuk dalam senarai 10 gunung Indonesia yang popular di kalangan pendaki.
Ada lebih 400 gunung di serata Indonesia yang menjadi daya tarikan kepada para pendaki gunung.
"Kebanyakan daripada gunung berapi di Indonesia masih aktif dan itu sebenarnya satu daya tarikan untuk ramai orang. Untuk melihat kepulan-kepulan asap dan bagaimana gunung itu memuntahkan lahar," terang beliau.
Namun disebalik pelbagai daya tarikan tersebut, sentiasa tada risiko, tambah Encik Saiful:
"Mendaki gunung-gunung ini adalah satu pengalaman yang luar biasa memang, tetapi ia datang dengan tanggungjawab juga. Sama ada lontaran bahan gunung berapi, hujan, abu tebal, gas beracun atau letusan yang tidak dijangka."

Sejak awal 2013, pendaki yang terkorban berjumlah 166 orang kesemuanya.
Kebanyakan mereka merupakan warga Indonesia.
Contohnya 75 pendaki terperangkap apabila Gunung Marapi di Sumatra meletus pada Disember 2023.
24 pendaki akhirnya terkorban.

PERSIAPAN RAPI BAGAIMANA DIPERLUKAN?
Lantas, apakah persiapan yang perlu bagi kegiatan yang cukup berisiko ini? Ini kupasan Encik Saiful:
"Pertama, penting untuk menggunakan saluran yang betul. Kini banyak pendakian perlu ditempah melalui sistem rasmi. Ada sebab yang penting iaitu untuk mengurus keselamatan dan pemuliharaan.
"Satu lagi perkara penting ialah mendapatkan khidmat pemandu tempatan yang berlesen, kerana pemandu ini lebih arif tentang keadaan jalan di gunung, keadaan cuaca dan risiko berbanding orang lain."
Di samping itu, bakal pengembara juga perlu tahu status gunung berapi yang ingin didaki, tekan beliau:
"Yang paling penting, sentiasa periksa tahap amaran gunung berapi sebelum anda pergi.
"Keadaan boleh berubah dengan cepat dan pihak berkuasa seperti badan pemantau di Indonesia yang menyediakan informasi terkini untuk memastikan pendaki tidak memasuki kawasan larangan atau berbahaya."

LARANGAN MENDAKI SUDAH DIKELUARKAN, TAPI...
Pusat Volkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia menyediakan data terkini tentang 127 gunung berapi aktif yang dipantaunya.
Ia dibahagikan kepada empat tahap.
Dalam kes Gunung Dukono, arahan untuk menghentikan pendakian sudah pun dikeluarkan sejak bulan lalu.
Namun, kemalangan jiwa tetap berlaku. Jadi, di manakah silapnya?
"Apa yang dapat dilihat di sini ialah satu jurang komunikasi yang serius. Bukan dari segi ketersediaan maklumat tetapi bagaimana maklumat itu disampaikan dan difahami di lapangan," kata Encik Saiful.
"Dan ini menimbulkan persoalan yang lebih besar tentang bagaimana kejadian seperti itu boleh dielakkan pada masa depan."
Lantas Encik Saiful mencadangkan supaya maklumat itu dapat disebarkan secara lebih meluas.
"Salah satu langkah yang boleh dipertimbangkan ialah meningkatkan kesedaran awam khususnya dalam kalangan pelancong. Contohnya memastikan maklumat amaran gunung berapi lebh mudah diakses melalui platform negara asal seperti Kementerian Ehwal Luar Singapura," kata beliau.
Dengan cara demikian, mungkin dapat meningkatkan kesiagaan para pendaki serta membantu mereka membuat keputusan yang lebih matang. Tambah Encik Saiful:
"Kerana akhirnya apabila melibatkan gunung berapi aktif, maklumat itu selalunya memang ada. Cabarannya adalah memastikan ia benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukannya tepat pada masanya."

FENOMENA "SUMMIT FEVER"
Malah kata beliau mungkin ada beberapa lagi faktor lain yang menyumbang kepada tragedi letusan Gunung Dukono.
"Dalam dunia pendakian ada istilah yang dipanggil 'summit fever' ataupun demam puncak - iaitu dorongan kuat untuk sampai ke puncak at 'whatever cost', tidak kira apapun keadaannya.
"Dan di situlah bermulanya bahaya, kerana kadang kala,keputusan lebih bijak dan lebih selamat ialah untuk berpatah balik," ujar wartawan veteran itu.
Begitu banyaknya gambar dan video yang dimuat naik oleh para pendaki gunung dan pempengaruh ketika berada di pinggir kawah gunung, juga tidak membantu, tambah Encik Saiful.
Ini kerana ia berpotensi memberi gambaran yang salah mengenai status keselamatan gunung berapi yang didaki.
Lantaran itu Encik Saiful menyifatkannya sebagai suatu 'kebimbangan' yang semakin meningkat:
"Apabila sebuah kandungan atau konten di media sosial yang viral itu menjadi lebih penting dari maklumat yang rasmi dari pihak berkuasa. Apabila itu berlaku, nasihat keselamatan rasmi boleh dianggap terlalu berhati-hati.
"Manakala media sosial menjadi rujukan utama dalam membuat keputusan, dan itu perkara yang sangat berisiko."

INDUSTRI PENGEMBARAAN TETAP BERKEMBANG
Ditanya, adakah tragedi Gunung Dukono boleh menghambat berkembangnya industri pengembaraan di Indonesia, Encik Saiful kurang yakin.
Menurut beliau, ini memandangkan permintaan memanjat gunung yang kukuh dari dalam dan luar negara.
Indonesia juga menawarkan deretan gunung berapi yang cukup digemari para peminat aktiviti petualangan sedemikian.
Lagipula, ramai penduduk yang tinggal di kaki gunung turut bergantung rezeki kepada industri itu. Contohnya menjadi malim gunung, menyediakan tempat menginap ataupun menjual makanan dan minuman untuk pelancong dan pendaki.
Lalu, apakah jalan keluar yang ada? Ini cadangan Encik Saiful:
"Keselamatan tidak seharusnya dirasakan sebagai satu sekatan. Mencari keseimbangan yang tepat antara keselamatan dan menikmati alam semula jadi sebenarnya kunci kepada pengembaraan yang lestari.
"Terutamanya apabila melibatkan pendakian gunung berapi aktif di tempat seperti Indonesia."
MENGHORMATI RISIKO
Koresponden Kanan CNA itu berharap, semua pihak yang mempunyai kepentingan dalam industri tersebut dapat memainkan peranan masing-masing dengan penuh rasa tanggungjawab.
Pada akhirnya, mendaki gunung memerlukan kefahaman tentang betapa kerdilnya manusia dan betapa bertenaganya alam semula jadi.
"Menikmati lanskap yang begitu indah itu bergantung kepada satu perkara. Menghormatinya.
"Menghormati risiko, menghormati sains dan membuat keputusan yang membolehkan kita menikmati pengembaraan itu dengan selamat."

Sumber : BERITA Mediacorp/IQ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.