analisisBERITA: Kemenangan Prabowo-Gibran sukar dicabar; penyatu perpaduan rakyat Indonesia
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dengan mandat yang cukup luar biasa daripada rakyat Indonesia bagi Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming Raka, apakah pengertian kemenangan ini bagi Indonesia dan rantau ini?
Dapatkah pelbagai cabaran di peringkat awal diatasi mantan jeneral tersebut? Apakah keutamaan kepimpinan beliau nanti?
Melalui analisisBERITA, Zamil Kanan ISEAS – Institut Yusof Ishak, Dr Siwage Dharma Negara berkongsi pandangan beliau dengan BERITA Mediacorp.
"Kita melihat selisih peratusan dari suara yang diperoleh Pak Prabowo dan Gibran sebesar 58%, hampir 59%. Sedangkan suara yang diperoleh oleh pasangan di tempat kedua sebesar 25%. Selisih hampir sekitar dua kali lipat. Ini satu kemenangan yang sangat mutlak. Dari sisi jumlah wilayah yang dimenangkan oleh pasangan Prabowo dan Gibran, kita juga melihat kemenangan mutlak bagi 36 dari 38 wilayah yang ada di Indonesia."

Oleh itu, sukar dibayangkan bahawa langkah mempertikaikan kemenangan yang diraih gandingan Prabowo-Gibran akan berhasil.
Semasa menyampaikan ucapan terima kasih kepada para penyokong beliau, Encik Prabowo berikrar akan menjadi presiden kepada semua rakyat Indonesia, serta menyeru perpaduan kepada seluruh rakyat Indonesia.
Dr Siwage yakin, tengkarah politik menyusuli pilihan raya Februari lalu dapat segera kembali reda.
"Keutamaan pemerintahan Pak Prabowo-Gibran saat ini adalah menyatukan kembali para pengundi yang sempat terpecah-pecah. Kita belajar dari pengalaman pilihan raya-pilihan raya sebelumnya di Indonesia, di mana persaingan terjadi pada saat kempen pemilu dilakukan. Tetapi setelah ada pengumuman rasmi dari KPU atau Komisi Pemilihan Umum, akan terjadi penyatuan dan akan ada muafakat untuk sama-sama membangun negara Indonesia."
Selain memenangkan hati pengundi yang tidak memilih beliau, Encik Prabowo juga perlu menambat hati parti-parti politik yang sebelum ini menyokong dua gandingan yang menjadi pesaingnya, tambah Dr Siwage.
"Kita tahu sudah ada beberapa upaya dari Bapak Prabowo, bahkan Presiden Jokowi untuk mencuba membangun hubungan komunikasi agar partai-partai yang tadinya berseberangan dapat bergabung dalam satu pakatan besar. Kalau kita lihat dari dukungan parti yang diperoleh Bapak Prabowo, hanya mencapai sekitar 41%. Jadi untuk menguasai Parlimen, masih kurang sekitar 9% atau 10%. Bagi Bapak Prabowo, sangat penting untuk menguasai Parlimen kerana beberapa program handalan beliau akan sangat tergantung dari persetujuan Parlimen."

Menyentuh tentang dasar serta program yang boleh dijangkakan, perhatian tertumpu kepada sejauh mana pelbagai inisiatif Presiden Jokowi bakal diteruskan pentadbiran baharu nanti.
Ini memandangkan Encik Prabowo berkempen atas dasar sebagai penyambung kepimpinan Presiden Jokowi, menurut Dr Siwage.
"Saya fikir ini tidak hanya sekadar strategi untuk mendapatkan pemilih. Kerana kita tahu bahwa banyak program-program, dasar Presiden Jokowi sangat disukai oleh masyarakat, sangat diterima oleh masyarakat. Jadi saya fikir Pak Prabowo tidak akan semudah itu mengubah program-program, dasar
yang popular di masyarakat. Ada beberapa program seperti pembangunan infrastruktur, kemudian juga pembangunan ibu kota negara di Nusantara. Program-program seperti ini memiliki banyak pendukung. Kalau kita lihat Bapak Prabowo selama berkempen, beliau selalu
mengatakan akan meneruskan program-program yang sudah bagus dan akan memperbaiki program-program yang bisa diperbaiki. Jadi saya fikir akan ada keberlanjutan."
Namun, ini tidak bermakna kepimpinan Encik Prabowo nantinya akan terus dibayangi Jokowi.
"Kita juga tahu Bapak Prabowo memiliki program-program ikonik sendiri, program-program yang memang inisiatif beliau. Misi Pak Prabowo adalah mencerdaskan masyarakat Indonesia melalui program makan siang percuma yang disiapkan oleh negara. Kemudian juga akan membantu ibu-ibu yang hamil, meningkatkan gizi dari para ibu hamil dan juga anak-anak sekolah. Ini merupakan terobosan baru dari Bapak Prabowo dengan tujuan adalah tidak hanya memperbaiki mutu sumber daya manusia, tapi juga berupaya untuk
menghubungkan dengan ekonomi masyarakat kecil. Akan ada proses peralihan, di mana selama proses ini beliau akan masih menggunakan beberapa program handalan Pak Jokowi. Tetapi secara perlahan akan memperkenalkan program-program barunya."

Kini, negara-negara serantau juga akan memerhatikan, apakah erti kemenangan ini kepada rantau ASEAN sendiri, khususnya dalam soal perdagangan dan pelaburan.
Dr Siwage melahirkan keyakinan, banyak manfaat yang boleh diraih jika Indonesia di bawah kepimpinan Bapak Prabowo kekal maju dan makmur.
"Di kawasan ASEAN ini, kita juga bersaing untuk memperebutkan pelaburan, dan mungkin dalam perdagangan, dan sebagainya. Di sinilah, kenegarawanan diperlukan. Apakah Pak Prabowo boleh mengutamakan kepentingan ASEAN ke depan, kerana akan ada semacam kesan sampingan, apabila Indonesia dapat meningkatkan pertumbuhan di dalam negeri, tentunya akan banyak semacam keterkaitan dengan pelaburan dari negara-negara ASEAN yang lain, juga perdagangan. Indonesia merupakan pasaran terbesar di dalam ekonomi digital, e-dagang, juga teknologi kewangan. Kita akan melihat bahawa besarnya pasaran yang ada di Indonesia akan juga mendorong pertumbuhan di sektor-sektor digital negara-negara ASEAN yang lain."
Menyimpulkan perbincangan, Dr Siwage melahirkan harapan agar Indonesia di bawah pentadbiran yang baharu menjelang hujung 2024 nanti, dapat menjadi antara negara utama yang memperjuangkan kemampanan serta menangani perubahan iklim.
"Kita juga ingin melihat Indonesia yang lebih aktif berperanan dalam kawasan serantau dan di peringkat antarabangsa.
Indonesia memiliki komitmen di dalam mengurangi pengeluaran karbon.Apakah Indonesia mampu merubah perilakunya untuk menjaga lingkungan? Mungkin tidak ada lagi kebakaran hutan atau pembakaran lahan yang mengakibatkan pengeluaran karbon yang juga merugikan banyak pihak, tidak hanya Indonesia tetapi juga negara lain di ASEAN. Itu mungkin yang akan kita lihat komitmen daripada Presiden Prabowo dalam menjaga mutu lingkungan."
Peralihan pucuk kepimpinan daripada Presiden Jokowi kepada Pak Prabowo dijangka berlangsung pada Oktober nanti.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.