analisisBERITA: Isu radikalisasi - adakah keluarga dan rakan masih ragu untuk laporkan?
Anggaran Waktu Membaca:
Sebilah pisau yang ingin digunakan oleh seorang remaja berusia 14 tahun yang radikal untuk serangan sekolah. (Gambar: ISD)
SINGAPURA: Baru-baru ini, tiga remaja rakyat Singapura berusia 14, 15 dan 19 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Ini selepas mereka dikesan merancang untuk melakukan serangan yang akan membunuh ramai orang di negara ini.
Sebenarnya, sejak 2015, seramai 23 belia berusia 20 tahun ke bawah ditangani oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) kerana menjadi radikal.
Mereka yang ditangkap itu juga semakin muda, menurut ISD.
Remaja berusia 14 tahun dalam kes baru-baru ini adalah yang paling muda ditahan di bawah ISA.
ADAKAH KELUARGA, RAKAN UMUMNYA MASIH RAGU UNTUK LAPORKAN?
Dalam kes melibatkan remaja berusia 14 tahun itu, rancangan serangannya itu gagal selepas seseorang di sekolahnya menyedari tanda-tanda radikalisasinya dan memaklumkan pihak berkuasa.
Dalam kes melibatkan remaja berusia 19 tahun pula, kenalannya melaporkannya kepada pihak berkuasa kerana pandangan ekstremisnya dan niatnya untuk melakukan keganasan di dalam dan luar negara.
Namun bagi kes melibatkan remaja berusia 15 tahun, walaupun remaja itu mendakwa tidak berkongsi aspirasi serangannya dengan sesiapa pun, keluarga dan rakan-rakan remaja itu nampaknya menyedari tentang pandangan ekstremisnya.
Bagaimanapun, tiada seorang pun yang melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Semua ini menimbul persoalan - apakah antara sebabnya anggota keluarga dan rakan-rakan berasa keberatan atau ragu-ragu untuk memaklumkan pihak berkuasa?
SIKAP RADIKALISASI FASA SEMENTARA SAHAJA?
Soalan itu kami ajukan kepada Prof Madya Razwana Begum Abdul Rahim. Beliau ialah Ketua Program Keselamatan Global dan Strategi dari Sekolah Ilmu Kemanusiaan dan Sains Tingkah Laku, Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).
Ini jawapan Prof Razwana:
"Ramai tidak terus mengaitkan perubahan tingkah laku seseorang itu dengan proses radikalisasi. Ahli keluarga selalunya berharap perubahan itu adalah salah satu fasa sementara, terutamanya dalam kalangan remaja.
"Rakan-rakan pula mungkin akan berasa bimbang kerana hubungan persahabatan mereka akan terjejas sekiranya mereka tersalah sangka, sebab tidak tahu perubahan itu sebenarnya membimbangkan ataupun secara perubahan yang biasa.
Lantaran itu kata Prof Razwana, ramai yang berasa takut membuat penilaian yang salah.
Mereka juga takut untuk melabelkan seseorang itu secara tidak adil.
"Saya rasa ini bukan sikap tidak peduli, tetapi sebenarnya mungkin mereka rasa sayang terhadap seseorang itu.
"Tetapi mereka tidak pasti tindakan yang paling sesuai yang mereka boleh ambil untuk menolong seseorang itu," jelas beliau lagi.
KELUARGA MAMPU TANGANI SENDIRI RADIKALISASI?
Namun menurut Prof Razwana, memang ada keluarga yang berasa mereka mampu menanganinya sendiri isu radikalisasi ini.
Hakikatnya, langkah awal memang boleh membawa kepada intervensi lebih awal, untuk menyelamatkan remaja yang terjebak.
"Saya rasa ahli keluarga sememangnya ingin melindungi orang yang mereka sayangi. Ada yang bimbang individu tersebut akan terus dikenakan tindakan undang-undang.
"Oleh itu, mereka rasa bahawa jika mereka meminta bantuan, tetapi tindakan itu akan terus ke bahagian undang-undang, tanpa apa-apa proses," kata beliau.
Ada juga yang tidak tahu mengenai saluran yang sesuai, ataupun sama ada mereka boleh berkongsi kebimbangan mereka secara sulit atau rahsia.
Prof Razwana berkata mendapatkan bantuan daripada peringkat awal bukan bermaksud menghukum seseorang itu.
"Sebaliknya, ia adalah peluang intervensi, untuk menawarkan kaunsling dan memberi sokongan sebelum seseorang itu menjadi lebih terpengaruh dengan fahaman yang mendorong kepada keganasan," kata beliau.
SEMUA ORANG ADA PERANAN SELAKU PENCEGAH
ISD menekankan bahawa majoriti belia remaja yang terbabit sebenarnya menunjukkan tanda-tanda radikalisasi kepada anggota keluarga dan kawan-kawan.
Ini termasuk berkongsi pandangan yang ekstremis dan kandungan yang pro-ISIS dengan mereka.
Namun ISD menegaskan bahawa semua demografi sebenarnya berisiko, dan semua orang ada peranan selaku pencegah.
Dalam hal ini, sejauh manakah masyarakat umumnya masih terus mengambil sikap enggan menjaga tepi kain orang?
Ini pandangan Prof Razwana: "Masyarakat Singapura sememangnya menghargai keharmonian dan menghormati privasi (orang lain). Tetapi ramai juga memilih untuk tidak campur tangan kerana mereka bimbang menggangu urusan keluarga orang lain, dan mereka juga takut tersalah sangka."
Keselamatan masyarakat, tambah beliau, merupakan tanggungjawab bersama dan ramai faham bahawa perkara itu harus diusahakan sebagai satu komuniti.
"Kita perlu mengambil berat tentang orang di sekeliling kita, tetapi pada masa yang sama, kita tidak boleh membuat andaian ataupun menjatuhkan hukuman tanpa memahami keadaan sebenar."
Tambahnya lagi, ia bukan tentang mengawasi satu sama lain, tetapi sebaliknya mengambil berat tentang seseorang itu.
IDEOLOGI 'SALAD BAR' ATAU CoVE
Ini mentelah lagi memandangkan bahawa faktor-faktor yang membawa kepada radikalisasi belia sekarang ini cukup kompleks.
Prof Razwana merujuk kepada kes-kes sejak kebelakangan ini, di mana individu-individu terbabit mempunyai ideologi yang disifatkan sebagai 'salad bar'.
Dikenali sebagai 'Composite Violent Extremism' (CoVE), ia menyaksikan individu menggabungkan pelbagai fahaman dan naratif, termasuk ideologi yang saling bercanggah seperti yang pro-ISIS serta fahaman pelampau berhaluan kanan, sebelum menggunakannya bagi melakukan tindakan keganasan.
"Kita tidak tahu sebenarnya sama ada perubahan ini tentang satu ideologi ataupun kerana mereka rasa bahawa mereka mempunyai masalah yang lain," terang Prof Razwana.
"Kajian kita menunjukkan bahawa kebanyakan remaja sebenarnya sedang mencari tiga perkara: iaitu identiti, rasa diterima dan tujuan hidup. Kumpulan ekstremisme sering mengeksploit keperluan-keperluan ini."
PENUHI KEPERLUAN POSITIF
Lantaran itu, Prof Razwana menekankan adalah menjadi tanggungjawab masyarakat untuk memastikan agar golongan remaja memenuhi keperluan itu daripada saluran yang positif.
Ini termasuk membina hubungan yang rapat dengan ibu bapa dan orang dewasa yang mereka percayai, memberi mereka peluang untuk menyumbang kepada masyarakat, menjalinkan persahabatan yang sihat, dan melengkapkan mereka dengan kemahiran berfikir secara kritikal apabila menggunakan media sosial.
Hubungan kekeluargaaan yang kukuh serta masyarakat yang saling percaya atau saling bersedia mengambil berat antara satu sama lain adalah salah satu benteng terbaik dalam mencegah keganasan dan fahaman pelampau.
KURANGKAN STIGMA DALAM DAPATKAN BANTUAN
Prof Razwana berkata masyarakat perlu terus mengukuhkan perpaduan sosial dan mengekalkan keharmonian.
Namun juga penting untuk mengurangkan stigma terhadap mendapatkan bantuan dan menjadikannya lebih mudah untuk remaja meminta bantuan.
"Antara faktor perlindungan yang paling penting adalah rasa kekitaan atau 'sense of belonging'. Apabila seseorang remaja berasa dirinya dihargai oleh keluarga, sekolah dan masyarakat, mereka lebih sukar dipengaruhi oleh kumpulan ekstremisme yang menawarkan identiti yang baharu, tujuan hidup atau rasa diterima."
Pencegahan radikalisasi, tambah beliau lagi, melibatkan usaha membina hubungan yang rapat, berani mengadakan perbualan yang sukar, dan mendapatkan bantuan awal jika timbul kebimbangan.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.