analisisBERITA: Hakam wanita pertama di Singapura - Mengapa baru sekarang dilantik & diperlukan?
Baru-baru ini, Mahkamah Syariah Singapura buat pertama kalinya melantik dua orang Hakam wanita.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Baru-baru ini, Mahkamah Syariah Singapura buat pertama kalinya melantik dua orang Hakam wanita.
Perkembangan ini cukup bersejarah kerana sebelum ini, para hakam terdiri daripada asatizah lelaki sahaja.
Persoalannya, mengapa baru sekarang langkah ini diambil, serta apakah perbezaannya?
Dan juga, apakah arus dalam kes-kes perceraian masyarakat yang mendorong perkembangan ini?
APAKAH TUGAS-TUGAS HAKAM?
Yang pasti, pengumuman Ustazah Dr Rohana Ithnin dan Ustazah Zuwainah Kamalutheen selaku Hakam bukan setakat suatu penerobosan sejarah bagi diri mereka sendiri, malah juga institusi Mahkamah Syariah.
Mereka kini menjadi antara 22 Hakam di Mahkamah Syariah.
Tugas seorang Hakam ialah untuk meleraikan pertikaian antara suami isteri dalam proses perceraian, ataupun mendamaikan mereka supaya berbaik semula.
Dalam setiap proses sebegitu, dua orang Hakam dikerahkan - seorang untuk si isteri, dan seorang lagi untuk si suami.
Jadi, apakah perbezaan yang boleh masyarakat jangkakan dengan adanya Hakam wanita?
APA PERBEZAAN HAKAM WANITA & HAKAM LELAKI?
Menurut peguam dan pengasas firm guaman R.W Law Practice, Cik Rafidah Wahid, peranan Hakam tetap sama bagi Hakam lelaki mahupun perempuan.
Iaitu "memudahkan cara perbincangan dan membantu pihak-pihak mencapai penyelesaian" apabila berdepan dengan proses perceraian.
Perbezaannya menurut Cik Rafidah terletak kepada "dynamics of interaction" dalam kes-kes tertentu.
Iaitu merujuk kepada dinamik berinteraksi terutamanya dalam kes-kes yang melibatkan isu rumahtangga lebih sensitif.
APA PULA KELEBIHAN HAKAM WANITA?
"Ada pihak yang mungkin lebih selesa bercakap dengan Hakam wanita dan bila ada keselesaan itu, biasanya mereka lebih terbuka," ujar Cik Rafidah.
Seperti yang diterangkan oleh Presiden Kanan Mahkamah Syariah, Ustaz Irwan Hadi baru-baru ini, penyertaan Hakam wanita mencerminkan dinamik keluarga yang semakin "rencam" atau pelbagai dalam kalangan warga Singapura dewasa ini.
Bagi Cik Rafidah, "rencam" di sini bukan sekadar merujuk kepada isu-isu penceraian.
Sebaliknya, masalah keluarga kini kompleks dan merangkumi pelbagai isu termasuk isu anak, kewangan dan komunikasi.
"Malah, kadang-kadang isu kepercayaan dan kawalan dalam hubungan. Jadi dalam konteks itu, perspektif khusus bukan bermaksud undang-undang berubah, tetapi bagaimana proses itu dijalankan.
"Dengan adanya Hakam wanita, ada kemungkinan pihak wanita terutama dalam situasi yang lebih sensitif, rasa lebih selesa untuk berkongsi pengalaman mereka," terang Cik Rafidah yang mempunyai 15 pengalaman sebagai peguam.
Beliau berpendapat, langkah pelantikan Hakam wanita ini menyesuaikan Mahkamah Syariah untuk menangani kepelbagaian situasi keluarga.
Jadi bermakna proses Hakam tidak bergantung kepada satu pendekatan sahaja.
Menurut peguam mapan ini, kes-kes yang lebih ekstrem pula melibatkan keganasan dalam rumahtangga, iaitu keganasan fizikal, emosi dan psikologi.
Ada situasi di mana pihak wanita kurang selesa menceritakan situasi mereka kepada Hakam lelaki.
"Sebab akan ada kes di mana daripada perspektif wanita - sebab selama ini Hakam semua lelaki kan? - mungkin mereka (isteri) tidak begitu selesa untuk memberitahu tentang situasi keganasan dalam rumahtangga, dari segi isu di balik kamar tidur.
"Mungkin mereka rasa ia bukan sesuatu yang boleh dikatakan kepada lelaki lain, walaupun lelaki itu ialah seorang Hakam," terang Cik Rafidah.
Jadi bila ada wanita yang menjadi Hakam, kes-kes sensitif lebih mudah mendapat kerjasama klien wanita.
MENGAPA BARU SEKARANG?
Semestinya, situasi begitu bukan sesuatu yang hanya wujud baru-baru ini.
Mungkin ada dalam kalangan masyarakat yang akan bertanya, mengapa baru sekarang Hakam wanita diperkenalkan? Mengapa bukan jauh lebih awal lagi?
Ini jawapan Cik Rafidah:
"Ini satu perkembangan, satu langkah yang semula jadi. Bukan sesuatu yang terlewat atau terlambat.
"Memang senang untuk kita katakan 'mungkin ini seharusnya terjadi lebih awal' tetapi sistem keadilan keluarga sendiri sangat dinamik dan biasanya berubah secara berperingkat berdasarkan apa yang dilihat di lapangan."
Beliau melihat perubahan dan pelantikan Hakam wanita ini sebagai satu tindak balas terhadap apa yang sudah diperhatikan sejak tahun-tahun kebelakangan ini.
"Memang ada penekanan yang lebih kepada pendekatan yang kami panggil "therapeutic justice" dan sensitif kepada dinamik kekeluargaan," kata beliau.
Ini merujuk kepada pendekatan yang menangani isu-isu asas pihak-pihak terlibat secara holistik dalam mencari huraian kepada sebuah pertikaian.
Lantaran itu juga hujah Cik Rafidah, pelantikan Hakam wanita yang mula dibuat sekarang ini bukan berbentuk simbolik.
Sebaliknya tekan beliau, sentuhan wanita sebegini akan memberi impak yang nyata kepada perjalanan kes-kes dalam proses perceraian.

Sumber : BERITA Mediacorp/QA/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.