ALAM MELAYU: Warna-Warni Membudayakan Ramadan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Selaku kelompok Muslim terbesar dunia (300 juta daripada 1.7 bilion jiwa), rumpun Melayu turut meronakan Ramadan. Mohd Raman Daud menyusuri warisan rumpun di SG dan rantau ini sempena bulan suci ini.
Marhaban (Arab: selamat datang) Ramadan!
Begitulah semangat kebanyakan Muslim di seluruh dunia ketika menyambut bulan paling suci dalam agama Islam. Muslimin Singapura (SG) juga tidak terkecuali.
Di sebalik letih berpuasa di siang hari, Ramadan memancarkan daya kuat umat Islam dalam bertugas seperti biasa dan amalan rohani (beribadah termasuk solat tarawih) pada malam harinya sehingga gigih mengadakan bazar.

Malah seperti tahun-tahun lalu, Muslimin SG dijangka mewarnai kegiatan ihsan seperti mengisi Tabung Amal Aidilfitri (TAA) untuk mencapai sasarannya sehinggalah pemberian juadah dan bantuan kepada keluarga miskin sempena Ramadan. Malah kegiatan sebegini kian diperluas sehingga menarik penyertaan warga bukan Islam secara peribadi sehingga korporat dalam rangka membina harmoni kaum.
AMALAN WARISAN
• Juadah Ramadan dan Berbuka Puasa (Iftar)
Dahulu, para ibu sepenuh masa perlu menyiapkan juadah Ramadan. Mujurlah atas semangat kejiranan, lazimnya berlaku saling memberi juadah.
Namun sejak 1960-an, apabila para ibu kian perlu bekerja demi mencukupkan keperluan keluarga, juadah dibeli di kedai kejiranan dan tentulah bazar Ramadan terutama di Geylang Serai dan Kampong Gelam. Sejak lewat 1990-an, muncul pula bazar di kawasan ‘baharu’ petempatan Muslim iaitu di Woodlands dan Tampines.
Lazimnya hidangan juadah Ramadan di bazar berisi campuran makanan tradisional dari nasi ambeng, nasi lemak, sate sehingga nasi beriani. Tentulah pelbagai jenis kurma dari medjoul sehingga ajwa (kurma Nabi) juga tersedia selain kuih-muih tradisional seperti gandus dan koleh-koleh sehingga roti prata, dan murtabak.

Selain bazar, restoran seperti Permata Singapore juga mengetengahkan "Citarasa Warisan" seperti nasi kerabu balado, bubur lambuk permata, mee wak katok dan laksam Kelantan.
Memandangkan kian ramai keluarga Muslim jarang masak di rumah, maka terdapat khidmat tepen (Inggeris: tiffin) atau ‘mangkuk tingkat’ yang disediakan oleh rangkaian restoran setempat seperti Hjh Maimunah dan Campur untuk memudahkan penghantaran juadah berbuka ke rumah. Malah khidmat kiriman juadah daripada niaga dari rumah (HBB: home-based business) lazimnya berkembang sepanjang Ramadan. Khidmat begini menjadi ‘genting’ ketika pandemik COVID-19, 2020 hingga 2022, dan lejangannya berterusan sehingga kini.
Antara juadah kegemaran ramai ialah sambal goreng yang terbahagi dua iaitu pertama, sambal goreng biasa (sama ada kering atau basah) yang berisi tahu, tempe, suun dan kacang panjang; serta kedua, sambal goreng pengantin yang dimasak macam sambal goreng biasa tetapi tempe dan tahu digantikan dengan daging limpa dan peparu lembu: Hidangan istimewa ini juga menjadi kegemaran semasa Ramadan dan Syawal.

Namun generasi muda Melayu SG kian cenderung kepada makanan Barat seperti piza dan pasta, roti john atau yang bersifat ‘campuran’ (fusion) seperti nasi goreng dengan daging lembu panggang.
• Saling Beri Juadah
Di kejiranan flat yang ramai Muslim, masih berlaku tradisi saling beri-memberi juadah dari nasi goreng, lontong sehingga pelbagai jenis mi untuk berbuka puasa sesama jiran tetangga. Malah masih ada amalan jiran Melayu yang sederetan di tingkat blok pangsa yang sama – memasang lampu elektrik kelip-kelip (juga disebut lampu lap-lip) sehingga pernah diadakan semacam peraduan.
Tradisi menghidupkan ‘pelita’ (menggunakan obor dan dian) untuk sepanjang Ramadan sudah berlaku ratusan tahun di rantau ini. Antara lain, ini sebagai sambutan ‘bulan besar’ (Ramadan) dan tentulah demi ‘menerangkan gelap malam’ agar mudah perjalanan jemaah berulang-alik dari rumah ke masjid kampung.
Dahulu terdapat usaha anak-anak kampung memukul canang untuk menyatakan waktu berbuka dan waktu bangun sahur. Kini, semuanya digantikan secara elektronik seperti pengumuman di radio atau penggunaan telefon bimbit sahaja.
• Berbuka Sahaja di Masjid
Walaupun santai dan mesra sesama anggota keluarga untuk berbuka di rumah, namun kian ramai Muslimin SG memilih untuk berbuka di masjid. Mentelah pihak masjid kian berlumba-lumba menyediakan ‘suasana Ramadan’ yang mesra keluarga termasuk menyediakan khidmat menjaga kanak-kanak sedang ibu bapa bertarawih.

Tinjauan media menunjukkan dek kesibukan bekerja dan tiada masa bersiap di rumah, maka kalangan ibu bapa mendapati berbuka, bertarawih sehingga melaksanakan solat malam (10 hari terakhir) di masjid kian selesa.
JUADAH ISTIMEWA
Makanan utama berbuka tentulah kurma yang dianggap penting kerana adanya hadis mengenainya. Seyogia, SG juga menjadi pusat agihan kurma Ramadan untuk serantau ihsan dari sebuah keluarga Saudi melalui kerjasama Masjid Ba'alwie sejak lebih tiga dekad.
Namun, juadah paling utama sepanjang Ramadan di SG tentulah bubur lambuk. Hakikatnya, terdapat pelbagai jenis bubur – yang bahan utama beras atau gandum sehingga oat. Terdapat kepercayaan bahawa bubur bril (asal Arab: berisi gandum, kekacang dan daging kambing/lembu) dapat memberikan ‘kekuatan’ kepada insan yang berpuasa.

Bubur lambuk berakar dari tradisi berbagi-bagi makanan di masjid pada pertengahan abad ke-20M. Dikatakan ia mula dipopularkan oleh Masjid Kampung Baru di Kuala Lumpur sekitar 1950-an. Bubur ini berupa campuran beras, rempah-rempah (kurma), santan, dan daging yang dimasak dalam kuali besar sebagai bentuk sedekah bagi orang yang berpuasa.
Asal nama ‘lambuk’ (dialek Selangor) merujuk kepada mencampur atau menghamburkan berbagai bahan ke dalam satu kuali. Resipinya mungkin berasal dari ‘nombu kanji’ iaitu bubur khas India yang dibawa ke Nusantara.
Lazimnya, bubur lambuk dihasilkan secara gotong-royong oleh para sukarelawan di masjid-masjid dan dibagikan secara percuma kepada masyarakat umum untuk berbuka puasa (iftar). Mutakhir ini, masjid-masjid juga memberikan bubur kepada pengunjung bukan Muslim. Mentelah, beras yang digunakan turut didermakan oleh persatuan bukan Muslim iaitu Buddhist Lodge dan Lembaga Endowmen Hindu.
Jelaslah, bubur lambuk bukan sekadar makanan khas Ramadan tetapi juga lambang kebersamaan dan harmoni umat Islam SG selama bulan suci Ramadan.
Ada kalanya terdapat jamuan ringan sesudah solat tarawih. Ia dinamakan ‘moreh’ di Malaysia. Tujuannya adalah sebagai ‘alas perut’ (Jawa: mentong) sebagai bekal dalam perjalanan dari masjid ke rumah. Dan tentulah demi membina muhibah Ramadan.
Sewaktu berbuka atau iftar, selain kurma dan air merupakan pemula wajib, diikuti bubur dan juadah seperti murtabak serta pelbagai jenis kuih-muih tradisional seperti epok-epok, puteri salat, koleh-koleh.

MENJELANG AIDILFITRI
Selain membersihkan dan merias rumah menjelang Aidilfitri pada 1 Syawal, muncul pula keperluan untuk menyediakan menu ‘mesti’ termasuk ketupat, lemang (pulut dalam buluh), lontong, lepat dengan juadah rendang, serunding, lodeh, kari kurmak ayam atau lembung/kambing.
Rendang daging/ayam yang terbukti berasal dari tanah Minang, kian dianggap lauk mesti. Ia dimasak lama sehingga 8 jam agar santannya pecah minyak dan kering! Bahan utama: daging, santan pekat, kerisik (kelapa parut goreng), daun kunyit, dan serai. Kunci kelazatan rendang adalah pada kerisik dan proses menumis rempah (bawang, halia, lengkuas, cili) sehingga benar-benar garing atau "pecah minyak".
Ketupat (bungkusan daun kelapa atau janur berisi beras yang direbus hingga pejal) sering menjadi ‘lambang’ Hari Raya. Ia berasal dari ciptaan Sunan Kalijaga (antara anggota Wali Songo di Jawa Tengah) pada abad ke-16M dan sarat makna falsafah yang dalam.

Dahulu para ibu sibuk menyediakan kuih-muih tradisional seperti baulu, kuih lapis, koleh-koleh, kuih dadar (@ kuih ketayap) dan sebagainya. Kini kuih sedemikian sehingga pelbagai kek kukus yang berwarna-warni dijual di bazar setempat atau di Johor.
Menurut Pendeta Dr Muhammad Ariff Ahmad (1924 - 2016), ilmu menghasilkan kek sehingga jahit-menjahit cara Barat pernah dirintis sekumpulan wanita Melayu yang dipanggil ‘Tenaga Murni’ pada awal 1950-an di kawasan Onan Road.
Demikianlah warna-warni Ramadan dalam budaya Melayu SG. Selamat menunaikan ibadah pada bulan suci ini!
MENGENAI PENULIS

Mohd Raman Daud ialah mantan wartawan kanan Berita Harian (1984-2016), mantan penulis tetap skrip drama televisyen Perbadanan Penyiaran Singapura (1980-1984), pengarang, aktivis masyarakat, editor sejumlah buku termasuk adikarya Pendeta Dr Muhd Ariff Ahmad, NILAM. Beliau juga antara anggota pengasas Majlis Bahasa Melayu Singapura dan Setiausaha Jawatankuasa Dana MAS @ LBKM
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.