ALAM MELAYU: Warisan Amanah Budaya Sedang Kita Menyongsong Tahun Baharu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Setiap hujung tahun, ramai yang keluar bercuti bersama keluarga dan taulan tersayang.
Hujung tahun juga menjadi masa untuk kita merenung kembali dan membuat penilaian.
Dalam dunia budaya, seni dan sastera, saban tahun kita menyaksikan perkembangan, perubahan dan juga kemajuan. Ini suatu petanda baik.
Sebaliknya ia dianggap tidak baik sekiranya dunia budaya, seni dan sastera itu malap, mencerut ataupun serabut. Itu petanda yang membimbangkan.
Dalam negara dan masyarakat yang kecil dengan jumlah tenaga manusia sangat terhad, segala perancangan tentang semua aspek kehidupan, sangat penting dibuat dan diperhalusi.
Ini termasuk perancangan bagi dunia warisan budaya, yang boleh sahaja merangkumi seni dan sastera.
Sewajarnya kita memberi ruang untuk memikirkan bagaimana dunia budaya warisan kita ini dapat terus diperkukuh dan dimajukan.
Dalam menceburi bidang seni budaya dan warisan, sayugia kita dimaklumkan tentang perkembangan yang ada dalam bidang masing-masing.
Termasuklah mengenal pasti sisi kelemahan dan keterbatasan. Disambut pula usaha mencari sebab musababnya, selain bertekad bahawa perubahan dan pembaikan bukanlah sesuatu yang mustahil.
Sambut Kejayaan Bertekad Lebih
Kejayaan yang kita raih, harus menambahkan tekad untuk terus memajukan bidang seni budaya yang kita ceburi dan warisi.
Seharusnya kita berbangga dengan pencapaian yang ada, walaupun ranah budaya bukanlah tempat kita untuk berpuas hati, bercukup rasa.

Dunia kesusasteraan kita masih berwarna, tetapi pemergian jaguh-jaguh besar memberi tanda siapakah pula pengganti muda yang sama kaliber atau lebih daripada barisan penulis yang terdahulu.
Persatuan penulis masih hadir, tetapi pena tajam mereka belum ternampak sudah cukup diasah ataupun seruan mereka kian redup.
Penerbitan dan peluncuran buku diadakan dari semasa ke semasa, namun permintaan buku fiksyen (cereka) belum sehebat mana, sedang pendapatan isi rumah dalam masyarakat kita semakin bertambah baik.
Kemudahan untuk menulis banyak disediakan, namun harus rajin dan tekun mendapatkannya, dalam bentuk dana sokongan, tajaan dan pengiktirafan.
Hari ini, para penulis, seperti seniman dan budayawan lain, harus berketerampilan untuk ke depan, mencari kesempatan, membina rangkaian dan mengurus kerja seni secara profesional.

Malah hidup berkarya dalam pelbagai bahasa juga sangat perlu dalam konteks masyarakat yang majmuk.
Dunia Sastera dan Teater
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penulisan novel dan cerpen mencerut sedikit. Novel yang menjadi mahkota karya dalam sesuatu khazanah sastera, memerlukan penulis yang kuat daya tekun, bercakerawala pemikirannya, membumi dengan persoalan manusia yang diangkat, tetapi melangit imaginasinya sehingga percubaan seninya menjadi hamparan kata-kata yang menusuk kalbu.

Ranah puisi dalam tahap yang memuaskan, namun ternampak lebih banyak puisi yang memperihalkan pengalaman peribadi, dari menyinggung persoalan masyarakat dan dunia, dengan lantunan yang berpihak, dan memikat pula lafaznya.
Kritikan sastera yang ilmiah jarang-jarang ditemui. Wacana sastera di peringkat awam masih bergerak walaupun tidak rancak.
Bila kritikan dan wacana tidak menggema, pastinya para penulis belum dapat memanfaatkan kupasan dan sambutan terhadap karya-karya mereka.
Pendek kata, penulisan novel dan kritikan sastera wajar mendapat perhatian dan galakan yang bersepadu.
Dunia teater yang dekad-dekad awal 1990-an sangat bergemencar, sudah mencapai kematangan namun sedikit lesu hari ini. Karya baharu yang ikonik belum tampil.
Juga anak panggung yang berbaris unik bakatnya, belum lahir terserlah hebat, berbanding dekad-dekad lalu.
Namun teater moden tetap bertenaga mementaskan tema-tema kemasyarakatan yang kritis dan simbolik.
Pendidikan kebudayaan dan kemasyarakatan menerusi teater boleh menjadi nada yang berpotensi berkembang, sebagaimana yang pernah ditunjukkan beberapa dekad lalu.
Mengembalikan pentas bangsawan adalah usaha yang wajar dipuji. Kepandaian berbangsawan harus diturunkan kepada generasi muda, termasuk bereksperimen dengan pendekatan baharu.

Namun penggalian cerita klasik yang menjadi inti dalam bangsawan memerlukan penguasaan sastera klasik dan lisan dari serantau, yang bakal memperkayakan tradisi berbangsawan ini.
Tarian Menghidupkan Budaya
Persembahan seni tarian kita masih berlanjutan tetapi belum berhasil mendapatkan penerobosan yang besar.
Tarian fusion yang menyelitkan unsur moden dan tradisional mungkin ciptaan kreatif, tetapi ketangkasan yang berligat belum terbangun kuat.
Penguasaan arian klasik wajar mendapat perhatian dan ini pasti memerlukan lebih banyak masa, sumber dan latihan khusus.
Gerakan bagi memasyarakatkan tarian masih dalam skala kecil, dengan beberapa kumpulan budaya (yang bergerak sebagai entiti komersial) menerajui dunia tarian.
Wacana tarian belum kukuh, walaupun forum tentang seni tarian kadangkala dianjurkan, walaupun sambutan daripada para penari sering kali agak suram.
Namun festival tarian seperti Gentarasa memberi galakan terus kepada penciptaan koreografi baharu buat pereka tari setempat.

Sebenarnya potensi memasyarakatkan tarian tradisional kita masih belum diteroka sepenuhnya. Hanya beberapa sekolah yang unggul dalam hal ini.
Wajar difikirkan bagaimana pembudayaan seni tarian dalam masyarakat boleh diperluaskan sehingga sifat manusia yang berbudaya itu harus pandai menari juga.
Ini dapat kita lihat dari ikhtiar negara tetangga seperti Indonesia, Thailand dan Kemboja di mana tarian tradisional diberikan status premium.
Berdendang Muzik Melayu
Dunia muzik Melayu, dengan langgam tradisionalnya masih berdendang dari semasa ke semasa, namun masih terdapat sesetengah pihak yang memainkan lagu-lagu lama. Penciptaan muzik gaya tradisional pada era ini agak jarang.
Begitu juga wacana atau kajian muzik masih lagi di peringkat asas, sedangkan korpus muzik adalah wadah seni paling produktif sejak pertengahan abad ke-20.
Irama asli, zapin, ghazal, dangdut dan keroncong mungkin masih kita dengari. Namun jika cakerawala muzik kita dapat diperluaskan untuk mengambil ilham daripada muzik Nusantara yang lain, pasti ia akan memperkayakan ranah ini.
Mungkin inilah juga ikhtiar yang dapat dimainkan segiatnya oleh Orkes Melayu Singapura, yang kelak ke depan menjadi wadah muzik Nusantara kepada khalayak Singapura.
Permainan angklung masih diajarkan di beberapa sekolah. Gamelan mula mendapat banyak perhatian, namun belum begitu meluas.

Menariknya, caklempong yang sudah bertapak lama di Semenanjung Malaysia, (yang asalnya dari Tanah Minang), belum dibawa masuk. Ini satu potensi yang wajar diusahakan.
Seni Tampak Semakin Nampak
Dunia seni visual syukur masih dapat bertahan dan masih dipelopori oleh beberapa seniman berbakat.
Lukisan batik yang kian mendapat perhatian wajar dikekalkan dan dilestarikan. Galeri seni lukisan masih aktif. Pelukis kita yang mapan banyak yang berkecimpung secara profesional atau sepenuh masa. Ini wajar dipuji.

Namun wacana seni visual kurang terbangun, dan tidak banyak pengkaji yang masuk ke lapangan ini, mentelah lagi seni visual yang dihasilkan oleh para pelukis Melayu kita.
Pendidikan mengapresiasi seni visual hampir tiada, khasnya yang tersusun penyediaannya. Forum membicarakan seni visual diadakan setompok-setompok dan penerbitan untuk mendokumentasi dan membicarakan karya seni visual hampir tiada.
Ada seniman beranggapan bahawa setelah menghasilkan karya-karya, mereka menyerahkannya kepada galeri komersial untuk memperkenal dan menjual karya-karya mereka, ataupun dibeli oleh pihak kolektor (pengumpul).
Dengan profesionalisme yang diperlukan, seniman semakin akrab dengan dunia transaksi daripada berdepan dengan masyarakat.
Ertinya seniman umumnya lebih sedia berurusan dengan galeri komersial. Ini tentunya bagus kerana ekonomi para seniman akan terjamin.
Tetapi mereka juga harus bersedia mendekati pusat kebudayaan dan perpustakaan agar karya-karya mereka boleh dibicarakan, malah dipamerkan dalam skala kecil.
Ertinya sosialisasi seni visual wajar dikembangkan dalam masyarakat agar seni bukan tatapan asing, jauh lagi benda elitis, yang golongan tertentu sahaja yang boleh menikmatinya.
Sayang sekali pusat-pusat pengajian tinggi pula, dengan tukikan tegar, jarang mendekati seniman kita.
Sama pentingnya adalah institusi-institusi dalam masyarakat kita khasnya, yang memiliki dana dan peruntukan kebudayaan, harus menimbangkan membeli lukisan-lukisan daripada para pelukis kita yang kemudian dapat dipaparkan atau dipamerkan di premis masing-masing.
Ini pula memberi akses kepada orang awam untuk melihat dan menghargai karya-karya itu.
Inilah rasanya yang belum tercapai lagi. Institusi-institusi masyarakat yang mendukung pelukis setempat kita, bukan sahaja menambah nilai kepada karya lukisan mereka tetapi juga dapat mendidik masyarakat untuk mengapresiasi seni.
Dikir Barat Semakin Berkilat
Antara bidang seni budaya yang banyak disertai anak-anak muda kita ialah persembahan dikir barat. Seni ini yang sudah dimapankan sejak empat dekad lalu, kian memperlihatkan kegemilangan dan kecemerlangannya.
Siaran pertandingan dikir barat di kaca televisyen menjadi buktinya. Kualiti persembahan semakin gah, tema terlantun semakin memikat, dan gaya persembahan semakin memukau.

Dukungan daripada sekolah dan institusi budaya semakin bertambah baik. Tahun ini kita menyaksikan terbitnya jurnal tahunan khas tentang dikir barat.
Sekiranya ini konsisten, para penggiat dikir barat dapat menunjukkan bahawa berseni dan berpanggung memerlukan penyusunan yang tersusun, kompak bergerak dan berani meneroka hal yang belum banyak memikirkannya.
Seni persembahan, khasnya yang ditampilkan oleh anak-anak muda kita sangat membanggakan. Seni memalu rebana dan kompang bergema di seluruh negara sehingga membuat kita beralun senada dengan warisan Nusantara.
Begitu juga dengan alunan bersyair terlantun sangat merdu dengan irama lebih rencam. Bertenaga pula kumpulan kuda kepang, yang berani berseni demi mempertahan jati diri.
Wayang kulit sudah bergerak dalam beberapa kumpulan di negara ini. Ini satu petanda baik, namun perlu didukung dan diperluaskan dengan lebih gigih.

Ini semua adalah perkembangan yang mewarni ranah budaya dan warisan kita. Menyebut tentang warisan, ia juga suatu ranah yang harus diberikan keutamaan dan penghormatan.
Mendokumentasi warisan di pusat-pusat warisan dan muzium kita dewasa ini disusun baik. Awal tahun depan, Pusat Warisan Melayu dan Istana Kampong Gelam akan dibuka selepas lama menjalani ubah elok dan kerja naik taraf.
Inilah gelanggang dan balai yang akan mengangkat terus seni budaya dan warisan kita.
Warisan Amanah Kebudayaan
Warisan membumikan kita dengan pengalaman leluhur kita sebelumnya, dan mengeratkan kita dengan sejarah serantau dan negara kita sendiri.
Ikon-ikon budaya seni dan sastera kita harus diprofilkan dengan baik sehingga generasi muda hari ini boleh rasa terpegun, menghormati dan menjadi obor inspirasi.
Pada masa yang sama, anak seni yang masih tekun bergiat, wajar diberikan tempat, kesempatan dan dukungan material dan mental, agar mereka maju melangkah, tekal mencipta, dan ghairah melestari.
Masyarakat umum dan tokoh kepimpinan harus sama dipertingkatkan kecelikan mereka dalam berbudaya.
Masyarakat umum harus diberikan kesempatan untuk mengetahui, menyaksikan dan mengalami sendiri beberapa seni budaya dan warisan yang terdapat dalam masyarakat.

Di sinilah pendidikan dan pendedahan awal di peringkat sekolah sangat penting. Anak bangsa yang kuat berpengetahuan budaya juga adalah anak bangsa yang akan cekal berdepan dunia yang mencabar, selain memberinya keutuhan jati diri, semangat dan kreativiti.
Kepimpinan juga haruslah tinggi selera berbudaya serta peka dengan warisan bangsa. Dalam hal ini kepimpinan harus memiliki sifat berseni yang peduli dan berani.
Seharusnya kepimpinan kita tidak digondolkan pemikiran mereka oleh kelompok yang anti-seni dan anti-budaya, atau yang tak semena-mena melihat warisan budaya sebagai pengganggu keimanan, lantas harus dibuang dan dijauhi.
Juga kepimpinan mempunyai jiwa kerdil budaya bangsa dan bahasanya sendiri. Sikap sebegini beranggapan budaya bangsa itu lapuk dan menjadi penghalang kemajuan. Inilah juga sikap yang sama dangkal dengan kecenderungan yang pertama tadi.
Kita pastinya memerlukan prasarana warisan dan seni budaya yang kukuh dan cemerlang. Lembaga sebagai penaung, penyelaras dan pendukung sememangnya diperlukan.
Institusi lembaga pasti boleh dibina. Namun ia tidak boleh dianggap mutlak sebagai bangunan yang menjadi rumah kepada kegiatan seni budaya.
Prasarana seperti ini penting sekali. Tetapi yang lebih penting ialah semangat dan nilai budaya yang tinggi dan ia terus berakar dan membumi dalam masyarakat.
Cinta budaya berdamping dengan cinta seni, cinta sejarah dan cinta ilmu sekali gus.
Malah, tidak munasabah sama sekali memiliki bangunan dan institusi budaya yang gah tetapi jiwa budayanya rapuh, sepi dan lemah.
Sesungguhnya seni budaya, sastera dan persembahan harus menjadi antara asas yang harus dibangunkan bersama dalam masyarakat.
Masyarakat yang maju pastinya masyarakat yang berbudaya.
Tidak akan ada kemajuan dan pembangunan masyarakat, sekiranya seni budaya dan sasteranya tersudut, tercorot dan terbiar.
Dengan seni budaya, manusia menjadi beradab, berseni, berhalus budi, dan berhati peduli.
Justeru, hal membangunkan seni budaya bukanlah suatu pilihan tetapi tanggungjawab yang wajib digalas.
Seni budaya ibarat taman mahligai kehidupan. Taman itu harus tumbuh menghijau dan berbuah ranum dan berkhasiat.
Tetapi taman itu bukanlah sesuatu yang wujud tersendiri. Ia memerlukan penjagaan dan perapian yang cermat, dengan siraman yang secukupnya, mentari yang merata, dan pupuk yang memperkayakan tanah.
Seni budaya, sastera dan warisan adalah penciptaan manusia seni yang hidup dalam masyarakat kita.
Para seniman boleh berperanan sebagai jurutera kerohanian dalam masyarakat. Seni mencelikkan manusia pada alam kehidupan, menghirupkan keindahan pada pemikirannya, membajakan nilai sejagat pada amalannya, dan menyuburkan ilhamnya dalam membaca sejarah silam dan dunia mendatang.
Ini senada dengan pengucapan Rendra yang menderu sewaktu pementasan “Perjuangan Suku Naga”. Ia berbunyi:
“Perasaan-perasaan terdalam dari masyarakat adalah ungkapan dari roh masyarakat. Masyarakat punya roh dan tubuh. Tubuh masyarakat adalah adat kebiasaan, kelembagaan dan hukum. Roh masyarakat adalah naluri bersama yang hanya dapat dinyatakan melalui simbol dan dongengan. Inilah jalan suci melalui mana roh masyarakat menyatu dengan yang Esa.”

Seni budaya dan sastera sebagai ciptaan anak bangsa harus dimegahkan dan disanggar, bukan ditegah atau dilengahkan.
Menyongsong Tahun Baharu ini, sayugia juga kita bertekad dengan membangunkan seni budaya dan warisan yang mencerah, adil, indah dan memuliakan semua ciptaan Sang Pencipta.
MENGENAI PENULIS

Dr Azhar Ibrahim Alwee ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Melayu, NUS. Beliau juga Naib Pengerusi Majlis Bahasa Melayu Singapura dan Ketua Perwakilan MASTERA Singapura.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.