ALAM MELAYU: Utamakan Yang Tua Ketika Beraya
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail sebuah keluarga bermaaf-maafan pada pagi Raya. (Gambar: TODAYonline)
SINGAPURA: Sambutan Hari Raya tidak berseri andai rumah ‘yang tua’ tidak diziarahi terlebih dahulu. Tetapi bagaimana apabila sudah tiada lagi golongan yang tua? Mohd Raman Daud menilai resam berkunjung dalam masyarakat kita.
Memerhatikan ibu bapanya yang tua lagi uzur pada Hari Raya Puasa beberapa tahun lalu, seorang sahabat saya terkedu.
“Moga panjang usia mak bapa aku,” ujarnya bak doa selaku anak sulung.
Senario atau pemandangan adik-beradiknya bersama anak-beranak mereka – masing-masing datang berlutut menurut giliran di depan ibu bapanya untuk sesi mohon maaf, diikuti menjamu selera lauk-pauk dan kuih Raya sambil bercanda dan berakhir dengan bergambar ramai. Semuanya merupakan yang teradat pada hari kebesaran, khususnya Aidilfitri.
ADAT KAWI
Mengenang budi orang tua, menurut Almarhum Pendeta Dr Muhammad Ariff Ahmad (@ Dr MAS, 1924-2016), merupakan teras utama dalam adat Melayu (adat yang kawi) yang bersandarkan syarak.
“Quran menyatakan selepas Allah dan Rasul-Nya, ketaatan kita hendaklah pada ibu bapa. Keutamaan pada ibu kerana mengandung, melahir, menyusukan dan mengasuh kita,” jelas beliau yang telah menghasilkan adi karya tentang adat Melayu, Nilam (2007).
Mengguris hati ibu bapa dengan sekadar menyatakan ‘ah’ sekalipun sudah dianggap ‘derhaka’ atau berdosa. Dan kisah ‘derhaka’ paling menyayat hati tentulah cerita rakyat, Si Tanggang, yang sudah difilemkan (boleh ditonton di YouTube).
Oleh itu, ziarah Raya selalunya bermula sebagai penghormatan besar dengan berkunjung ke rumah datuk nenek, ibu bapa, ibu dan bapa saudara, adik-beradik yang tua dan juga sepupu yang tua. Ini semua berlaku dalam rangka ikatan persaudaraan kerana jalinan ‘darah’ dan ‘perkahwinan’.

Lazimnya keratan usia menentukan ‘taraf umur’ iaitu bayi (sehari sehingga dua tahun), kanak-kanak (lebih dua tahun sehingga baligh), remaja (11 hingga 19 tahun), muda (pemuda/pemudi: 21 hingga 39 tahun), dewasa (40 – 59 tahun) dan tua (60 tahun ke atas).
Namun konsep ‘tua’ dalam budaya Melayu juga mengambil kira ‘orang yang dituakan’ walaupun usianya lebih muda daripada kita seperti imam masjid, guru agama (asatizah), guru sekolah sehingga penghulu dan ketua masyarakat. Malah dalam konsep sesetengah ajaran sufi, taraf guru tarekat (mursyid) sering dianggap sepenting ibu bapa.
Mereka menjadi ‘senior’ (dituakan) bukan pada usia tetapi berbakti luhur serta berilmu tinggi dan juga berpengaruh dalam masyarakat. Misalnya, sudah menjadi kebiasaan bagi kalangan pemimpin Melayu selaku ‘insan berpengaruh’ mengadakan ‘rumah terbuka’ untuk memberikan penghargaan kepada ‘anak buah’ dan juga para pendukungnya.
PERANAN SI TUA
Almarhum Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamed (1920-2010), ahli tafsir Quran dan juga budayawan nusa, pernah menjelaskan EMPAT peranan orang tua yang diperlukan dan SATU yang cuba sedaya upaya dielakkan.

Sambil memetik pepatah Jawa, beliau menyatakan ‘wong tuwo’ (orang tua) hendaklah bertindak untuk memberi ‘nutur’ (nasihat), ‘nabur’ (dermawan), ‘ngatur’ (penganjur) dan ‘nyembur’ (mengubati) tetapi ‘diselisihkan’ (cuba dielakkan) menjadi ‘ngawur’ (nyanyuk).
Mari kita fahami maksud nasihatnya.
• Pertama, orang tua selalu menjadi nara sumber kerana nasihatnya berguna bersandarkan ilmu dan pengalamannya serta firasatnya.
• Kedua, orang tua yang berharta diharapkan tidak lokek untuk melaksanakan derma, tidak sekadar zakat dan sedekah, tetapi juga membantu anak cucunya.
• Ketiga, orang tua yang pintar ‘mengatur’ dipinta ilmu dan kemahiran dalam berpersatuan atau mengadakan kegiatan.
• Keempat, ada orang tua yang arif tentang penyakit zahir dan batin dan amalan pengubatan – mungkin terlepas pandang oleh sains kesihatan moden. Malah orang tua begini dikatakan arif membaca ‘rukyah’ (doa bersandarkan Quran dan Hadis).
Siapalah yang suka menjadi orang tua ngawur? Namun ia berlaku kerana sudah menjadi hukum alam. Hakikatnya, kemajuan sains pasca moden pun belum dapat mengatasi masalah penyakit demensia (Alzheimer) yang mengakibatkan orang muda pun boleh menjadi ngawur. Dijangka pada 2030 kelak menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekitar 15 peratus daripada penduduk dunia (jumlah penuh 8.5 bilion jiwa) berusia 60 tahun ke atas menghadapi masalah nyanyuk yang menjejas ekonomi jagat.
QURAN BURUK
Ada kalanya orang tua diungkapkan dalam peribahasa sebagai ‘Quran buruk’ iaitu sesuatu yang sudah tidak boleh diharapkan atau digunakan tetapi masih dihormati kerana sebab-sebab tertentu.
Hal ini berlaku pada orang tua ngawur atau yang terlantar sakit sehingga lebih sering menyusahkan daripada menceriakan anak cucunya. Mereka masih dihormati dan dilayani dengan baik kerana pernah berbakti sebagai ibu bapa atau insan budiman.
Peribahasa ini terambil dalam pengamatan pada kitab suci yang sudah usang atau lusuh tetapi masih tersusun di rak-rak surau atau masjid. Pengelola masjid berasa ‘bersalah’ jika Quran sebegini hendak ‘dibuang’ (iaitu secara dicarik atau dibakar) selagi masih boleh dibaca. Waima, kian susut kitab Quran di masjid sejak adanya e-Quran dalam komputer sehingga telefon bimbit.
Menurut budayawan besar Riau, Dr Tenas Effendy (1936-2015) dalam bukunya, 'Tunjuk Ajar Melayu' (2006), orang tua ngawur termasuk yang cacat pekerti seperti miang, bakhil dan sebagainya.
REBUT LIMA MASA
Aidilfitri merupakan waktu atau masa khas yang perlu direbut atau dimanfaatkan keistimewaan, keindahan dan barakahnya yang antara lain mengeratkan hubungan kekeluargaan atau silaturahim

Namun dalam rangka masa yang lebih luas bak dinyatakan dalam hadis terkenal, seseorang perlu merebut masa muda sebelum tua; masa lapang sebelum sibuk; masa berada sebelum papa; masa sihat sebelum sakit dan masa hidup sebelum mati.
Demi masa, usia bertambah dan tidak mungkin berkurangan serta segala kegemilangan insan mungkin pudar. Inilah adat hidup manusia yang perlu diinsafkan ketika menyambut detik beraya.
Hakikatnya, ketuaan ada tarikh luputnya. Ia antara penentu jalinan masyarakat di sebalik amalan meritokrasi (mengutamakan kelebihan/merit), persamaan hak asasi dan demokrasi (hak memilih).

Mujurlah bagi kita semua di Singapura, budaya hormat orang tua masih teguh dalam masyarakat Melayu dan Islam telah memperkukuhkannya.
BILA IBU BAPA TIADA
Tahun lalu, sejak ibunya meninggal (didahului dengan bapanya setahun dua tahun lalu), sahabat saya menjadi tempat ziarah pertama Hari Raya untuk adik-beradiknya.
Dalam budaya Melayu, ada penarafan anak dari yang pertama iaitu sulung (pak long/mak long), diikuti dengan yang kedua (tengah atau ngah seperti pak ngah dan mak ngah), alang (pak lang/mak lang), andak, putih (utih), muda (uda), anjang, hitam (itam), cik sehingga bongsu (busu). Ini semua hirarki atau jenjang untuk dihormati berdasarkan usia walaupun ada kalanya Pak Ngah atau Pak Uda mungkin lebih berpengaruh lagi dihormati daripada Pak Long.
Kata sahabat saya: “Penuh meriah rumah aku dengan adik-beradik, anak saudara dan cucu saudara. Apa nak dikata? Inilah adat setahun sekali,” ujarnya yang diam di flat lama bersama isterinya sahaja dan perlu meminjam pembantu rumah anaknya untuk menguruskan jamuan besar. “Demi Aidilfitri, kita menerimanya dengan lega hati,” ujarnya.
MENGENAI PENULIS

Mohd Raman Daud ialah mantan wartawan kanan Berita Harian (1984-2016), mantan penulis tetap skrip drama televisyen Perbadanan Penyiaran Singapura (1980-1984), pengarang, aktivis masyarakat, editor sejumlah buku termasuk adikarya Pendeta Dr Muhd Ariff Ahmad, NILAM. Beliau juga antara anggota pengasas Majlis Bahasa Melayu Singapura dan Setiausaha Jawatankuasa Dana MAS @ LBKM.
Sumber : BERITA Mediacorp/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.