ALAM MELAYU: Taman Warisan Melayu Dalam Tahap Selanjutnya
Anggaran Waktu Membaca:
Perdana Menteri Lawrence Wong merasmikan pembukaan semula Taman Warisan Melayu pada 25 April 2026. (Gambar: Taman Warisan Melayu)
SINGAPURA: Sesudah dua tahun ditutup untuk kerja-kerja naik taraf, Taman Warisan Melayu (TWM) dibuka semula secara gah pada 25 April.
Apakah laluannya untuk tahap selanjutnya? Mohd Raman Daud meneroka beberapa saranan.
Syabas para peneraju Taman Warisan Melayu (TWM) kerana berjaya memastikan mercu tanda ini dapat dinatarkan (naik taraf). Ia dibuka semula pada Sabtu 25 April 2026 bersamaan 7 Zulkaedah 1447H, selepas dua tahun penantian penuh debar.
Apakah laluan TWM selepas detik bersejarah ini? Mari kita teroka pelbagai kemungkinan masa depannya.
IKTIBAR SEJARAH
Harapan atau jangkaan masyarakat Melayu selaku minoriti terbesar di Singapura (SG) kian menggunung.
Ini kerana Melayu SG sudah melalui beberapa tahap kemajuan. Zaman ‘ukur baju di badan sendiri’ (1960-an hingga 1990-an) sudah berlalu. Kini ada seruan agar “duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi” dengan kaum-kaum lain di Singapura, rantau ini, bahkan mencapai impian di persada dunia.
Tahap-tahap ini mencerminkan kebangkitan maruah atau harga diri. Dalam rangka ini, TWM dapat dinilai antara lembaga atau institusi yang mencerminkan citra Melayu SG.
Dahulu SG tandus muzium. Cuma sebuah iaitu Muzium Sejarah (Muzium Negara, juga dipanggil ‘Sekolah Gambar’ oleh orang Melayu dahulu). Namun, kini pelbagai muzium awam dan swasta muncul. TWM termasuk muzium etnik sebaris Muzium (Baba) Peranakan, Pusat Kebudayaan Cina dan Pusat Warisan India.

Bezanya bangunan TWM berbanding muzium etnik lain ialah ia mempunyai sejarah unik. Iaitu, ia pernah menampung Istana Kampong Gelam (IKG), tempat bersemayam Sultan Hussein Syah (1776 - 1835), yang kemudian diperdaya penjajah British sehingga terlepas takhtanya.
IKG pernah lama terabai walau didiami zuriat Sultan Hussein. Bahkan lamannya pernah dijadikan parkir awam. Dikatakan Perdana Menteri kedua SG, Goh Chok Tong, tersentuh akan keadaan daifnya ketika merasmikan bangunan tambahan Masjid Sultan, yang bersebelahan dengannya, pada Julai 1993.

Sejak itu, ia diwartakan untuk menjadi ikon SG serentak dengan pembaharuan kawasan Kampong Glam (seharusnya dieja ‘Kampong Gelam’). Diringkaskan cerita, ia dibangunkan semula sebagai muzium. Nama baharunya atas saranan Pendeta Dr Muhammad Ariff Ahmad (1924 - 2016), antara ahli pengarah lembaga perintis Yayasan Warisan Melayu (YWM) selaku pengamanah/pengelola TWM.
SENTIASA DIPERELOK
Memang wajar TWM senantiasa diperelok setiap sedekad dua demi mengelakkan imej ‘terabai’. Budaya senggara dan pembaharuan merupakan teras Singapura untuk terus relevan sebagai kota pelabuhan-kewangan yang menampung pelbagai kegiatan utama bertaraf jagat.
Namun itu dari segi perkakasan (Inggeris: hardware), bagaimana dengan nilai-nilai tidak ketara (intangible) TWM atau perisiannya (software)? Aspek ini lebih amat perlu untuk memaknai kehadirannya sebagai antara ‘citra’ Melayu SG.
Selain mempunyai koleksi kekal (permanent collection) yang boleh dipamerkan dan disimpan secara berkala, TWM perlu terus memaparkan kekayaan warisan rumpun Melayu rantau ini. Ini boleh dilakukan secara zahir dengan meminjam artifak atau mendapatkan salinan (replika) atau boleh dilakukan secara digital (persembahan maya) sehinggalah menonjolkan persembahan ceramah, tunjuk cara (demonstrasi) dan sebagainya.

Dalam pada itu, TWM perlu menjadi wadah untuk memupuk bakat anak Melayu kita untuk menjadi pakar dalam pelbagai bidang, termasuk kebudayaan Melayu – sebagai sarjana atau pengamal profesional (karyawan). Ini perlu dilakukan lewat kerjasama dengan institusi setempat seperti Jabatan Pengajian Melayu di dua universiti (NUS dan NTU) dan juga luar negara, sehingga pemberian biasiswa (scholarship) dan geran kajian.
Mereka boleh menimba ilmu dan mencanai kemahiran di institusi SG atau dihantar belajar berkelana di rantau ini sehingga mencapai keterampilan yang dibanggakan atau diiktiraf.
MODAL INSAN
SG pernah menjadi ‘nadi terulung’ Dunia Melayu dan tebarannya (diaspora) Melayu bak terakam dalam sejarahnya – pertama, 13-14 Masihi dan kedua, antara 1830 - 1960-an.
Dalam zaman kedua, SG menarik pelbagai insan terutama bijak pandai Melayu sehingga para senimannya. Dan dari sini pula, kalangan mereka kembali ke ‘kampung halaman’ masing-masing untuk membangunkan kerjaya mereka.
Misalnya dari tanah Minang, SG berbangga dengan pencapaian Zubir Said, Ahmad Jaaffar dan Wandly Yazid. Nama P Ramlee (1929 - 1973), anak Aceh kelahiran Pulau Pinang, sebagai seniman agung tertinta utama ketika pelibatannya dalam Zaman Emas Filem Melayu (1950 - 1970) di SG. Sehingga kini, daya cipta dan karya sastera (lebih 120 judul) dihasilkan Harun Mohd Amin (1907 - 1986 @ Harun Aminurashid), anak SG lahir di Telok Kurau, masih belum ada pencabarnya.

Amalan terbaik SG dalam bidang penerbitan akhbar, majalah sehingga penyiaran berbahasa Melayu juga tersebar di rantau ini. Misalnya, Zain Mahmood (1933 - 1994, penerbit siri ‘Pak Awang Temberang’ pada 1960-an di SG) yang merupakan anak Kedah, telah turut menyuburkan daya cipta di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
PELAN INDUK
Walaupun tertakluk kepada Lembaga Warisan Negara (NHB), namun TWM tentu boleh menampilkan pelan induknya untuk suku abad selanjutnya. Ini akan menarik perhatian bukan sahaja masyarakat Melayu, bahkan sesiapa sahaja yang berminat akan Dunia Melayu.
Namun untuk apa jua rancangan, diperlukan dwiunsur: kepakaran dan dana teguh. Ini menuntut kegigihan YWM untuk menyusun strategi menarik agar orang Melayu SG sanggup menderma setiap bulan atau berkala bak dilakukan untuk Dana Pembinaan Masjid dan MENDAKI (MBMF). Dalam pada itu, firma-firma milik anak Melayu SG, terutama di sekitar Kampong Gelam, juga wajar menyokongnya.
Misalnya, terdapat beberapa syarikat Melayu seperti Halijah Travels di Kampong Gelam, yang disenaraikan sebagai firma warisan. Menerusi kerjasama TWM, firma sedemikian dapat menaja persembahan digital tentang sejarah dan keunikan kawasan bersejarah ini dari segi khidmat warisan seperti haji dan umrah sehingga karya para pelukis Angkatan Pelukis Aneka Daya (APAD).

Penjalinan sedemikian amat genting kerana orang Melayu di SG memanglah kecil bilangannya berbanding dengan Dunia Melayu.
Namun menerusi perancangan bertepatan dan pelaksanaan yang jitu, produk intelek dan budaya Melayu dari SG dapat menyerlah. Serlahan bersinar ini turut mengangkat peranan penting TWM.
Jumaat lalu (24 April), berpulang Dr Sharom Amat, 86 tahun, anak Melayu SG pertama meraih ijazah sarjana muda kepujian kelas satu (Sejarah) dari Universiti Singapura (US, kini NUS) pada 1962. Beliau menjadi pensyarah kanan sejarah dan timbalan dekan sastera serta antara cendekiawan Melayu terpenting ketika gerakan ‘Maju Padu’ anjuran Majlis Pusat Singapura pada awal 1970-an. Namun, beliau berhijrah ke Malaysia dan menjadi antara gergasi penting dalam pentadbiran universiti dan pendidikan tinggi.
Dr Sharom Amat (1939 - 2026)

Prof Ahmad Ibrahim (1916 - 1999) dan Pak A. Samad Ismail (1925 - 2014) mengharumkan bakti mereka di seberang tambak. Kini tinggal arkitek ulung Hijjas Kasturi (1936 - ) yang dikatakan pernah mengajukan idea bagi rekaan untuk membangunkan semula sebuah masjid-makam di sini.
Para tokoh ini, sama ada yang muda seperti Encik Eshamuddin Ismail (Ashley Isham) di London atau mapan seperti sifu muzik M Nasir sehingga Pak Hijjas perlu dipautkan dengan SG menerusi TWM dalam rangka memupuk bakat baharu dan sebagainya.
Banyak idea yang boleh diteroka demi pelestarian dan perkembangan TWM. Semoga makalah ini dapat mencetuskan minat dan keghairahan dalam membina citra kemajuan masyarakat Melayu SG.
MENGENAI PENULIS
MENGENAI PENULIS
Mohd Raman Daud ialah mantan wartawan kanan Berita Harian (1984 - 2016), mantan penulis tetap skrip drama televisyen Perbadanan Penyiaran Singapura (1980 - 1984), pengarang, aktivis masyarakat, editor sejumlah buku termasuk adikarya Pendeta Dr Muhd Ariff Ahmad, NILAM. Beliau juga antara anggota pengasas Majlis Bahasa Melayu Singapura dan Setiausaha Jawatankuasa Dana MAS @ LBKM.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.